Hampir seramai 11,000 rakyat Malaysia di Mesir, Kerajaan Malaysia perlu bertanggungjawab membawa pulang.
Kerajaan Malaysia yg diterajui oleh BN, sesuai dgn slogan PM(Najib) agar segera membawa pulang rakyat Malaysia di sana. (Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur,” kata Anwar).
Berkemungkinan Kedutaan Malaysia di Mesir menghadapi kesukaran membawa pulang rakyat Malaysia kelak kerana kerajaan Mesir sudah mula mengawal rangkaian komunikasi terutama penggunaan telefon dan internet di negara itu.
Rakyat Malaysia di Mesir hampir 11 ribu orang, juga 10,328 orang daripada itu pelajar berdaftar di Kedutaan Malaysia.
Dikhuatiri kedutaan Malaysia menghadapi kesukaran mengawal serta menjamin keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia. Kebelakangan ini regim Hosni Mubarak telah bertindak untuk merencat penggunaan internet terutamanya jaringan media sosial seumpama Facebook dan Twitter.
Perkhidmatan telefon mudah alih juga sukar diperolehi. Amat mustahil buat kedutaan Malaysia mengawasi serta menjamin keselamatan seluruh rakyat Malaysia di sana kerana sistem telekomunikasi sudah lumpuh.
ERTI BERMARTABAT
Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...
BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan...
BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...
BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,
CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...
dari TIADA kepada ADA...
dari SUSAH kepada SENANG...
dari SEDIH kepada GEMBIRA...
dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA...
dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...
mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...
dari NEGATIF kepada POSITIF???
dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK....
hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..
Jan 31, 2011
Jan 24, 2011
UCAPAN PENUH MB SELANGOR.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cadangan pindaan Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Selangor 1959 dibuat supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan sultan.
Pada 21 Disember 2010, Istana, menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani telah menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Tuan Haji Mustapha bin Talib. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud bekas Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai balasan surat yang beliau hantar pada 3 Disember. Untuk makluman sidang dewan, surat 3 Disember tersebut telah menghantar tiga (3) cadangan nama kepada DYMM Sultan. Surat pada 10 Disember pula memaklumkan kepada Dato' Ramli Mahmud bahawa DYMM Sultan Selangor sudah berkenan terhadap pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Namun, kedua-dua surat ini pun tidak dihantar salinan kepada saya selaku Menteri Besar.
Pada 24 Disember 2010 Pejabat Dato' Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir untuk menyatakan bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Dato' Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.
Pada 27 Disember 2010 saya menulis surat sekali lagi memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan. Pada tarikh ini juga, tanpa sepatah nota makluman kepada saya, Ketua Setiausaha Negara (KSN) lantas mengumumkan Dato' Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Negeri yang baharu.
Pada 3 Januari 2011 saya mendapat perkenan menghadap DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tuanku menitahkan bahawa setelah Perlembagaan Negeri dipinda pada 1993, baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menerima keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya maklumkan kepada Tuanku bahawa saya hendak pertahankan hujah saya bahawa pelantikan yang tidak mendapat kebenaran Kerajaan Negeri yang sah dipilih rakyat Selangor adalah salah di sisi amalan dan adab hatta harus dibincangkan semula. Pada hari yang sama saya menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri ingin membincangkan semula pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak bersedia mengadakan majlis angkat sumpah kerahsiaan sehingga perkara ini selesai.
Pada 4 Januari 2011, saya menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah kesetiaan yang dijadualkan pada 6 Januari ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri menyelesaikan perkara pelantikan tersebut.
Meskipun demikian pada 6 Januari 2011, saya dan barisan Exco turut hadir ke majlis di Istana Bukit Kayangan sebagai menzahirkan rasa taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda yang pada ketika itu menerima darjah kebesaran dari DYMM Ayahanda Sultan. Pada masa yang sama kita maklum bahawa Dato' Mohamad Khusrin dikehendaki melakukan angkat sumpah kesetiaan terhadap DYMM Tuanku.
Pada majlis tersebut, DYMM Tuanku telah bertitah dengan begitu jelas bahawa baginda tidak menyokong mana-mana parti politik dan kesal terhadap sikap sesetengah golongan yang memutar belit kenyataan baginda. Tuanku Sultan juga dengan tegas menyatakan baginda senang dengan amalan profesional, nasihat menasihati yang kita amalkan. Ketegasan baginda tersebut telah memberi kekuatan kepada kita untuk memanggil Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini bagi mengimarahkan lagi amalan konsultasi dalam pentadbiran dan perhubungan antara Istana dengan barisan Eksekutif.
Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Demikianlah kronologi peristiwa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang membawa kepada perkara di hadapan kita hari ini.
Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada keseluruhan episod ini? Pengajarannya ialah, jika pelantikan Setiusaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri tidak dilakukan secara telus, ia boleh diputarbelitkan oleh banyak pihak; sama ada daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kerajaan di istana dan di pejabat Dato' Menteri Besar, atau di Perkhidmatan Awam yang tiada urusan kerja dalam hal penempatan pegawai kerajaan.
Menyedari hakikat ini, Pakatan Rakyat tidak akan meneruskan amalan yang ternyata bercanggah dengan amalan Pakatan Rakyat, yakni bertindak secara telus, kompeten dan penuh pertanggungjawaban dalam apa-apa hal dan modus operandi pentadbiran negeri.
Saya tegaskan di sini, meskipun kerangka Perlembagaan kita menyebelahi Kerajaan Persekutuan saya yakin bahawa sekiranya ia dibenarkan beroperasi dalam semangat demokrasi, mungkin negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat boleh melaksanakan pentadbiran dengan baik. Malangnya, ini tidak berlaku dan semangat federalisme yang dikandung oleh Perlembagaan dilanggar secara terang-terangan.
Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini,
Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat bertunjangkan konsep keihsanan dan kepedulian rakyat. Rakyat Selangor tidak meminta lebih. Mereka hanya mahu hak mereka sebagai rakyat negeri yang menyumbangkan 30 peratus kekayaan negara Malaysia.
Saya mengakhiri pembentangan ini, dengan melontarkan beberapa soalan yang berikut:
Pakatan Rakyat, tegas Khalid lagi, memberikan komitmen menjunjung perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh negeri serta Rukun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini.
Pakatan juga, tambahnya, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.

Berikut ucapan penuh Abdul Khalid yang disampaikan sebentar tadi:
Dengan izin Allah SWT, dan di atas perkenan Tuanku, dapat patik dan seluruh wakil rakyat di seluruh negeri Selangor, negeri naungan Tuanku, hadir ke Dewan yang mulia ini bagi patik sekalian melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Selangor Darul Ehsan.
Patik mengaku, akur dan insaf terhadap ingatan Tuanku bahawa Tuanku memberi perkenan akan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor ini dan patik percaya dan yakin semua wakil rakyat cukup rasional dan bertanggungjawab kepada rakyat di kawasan mereka. Tuanku tidak sama sekali diheret ke dalam kepentingan mana-mana kolompok kepartian di sepanjang perbahasan di dalam dewan ini.
Patik ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh wakil rakyat yang hadir kerana ia jelas menunjukkan permasalahan yang kita bincangkan ini adalah permasalahan dan masa hadapan negeri. Wakil-wakil rakyat juga tidak mahu bermuka dua dan membelakangi rakyat yang memilih mereka.
Patik bangga isu yang besar ini dapat mencantumkan pemikiran kami semua terhadap isu utama negeri, perihal yang mendesak dan mempunyai kepentingan awam ini, meskipun kami berbeza daripada segi perjuangan dan ideologi politik. Patik sekalian berusaha memartabatkan dewan yang mulia ini dengan tatatertib yang baik serta kata-kata yang melambangkan rakyat negeri ini adalah rakyat bertamadun. Ampun Tuanku.
Dato' Speaker, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor, ahli-ahli dewan negeri, ahli-ahli parlimen yang turut hadir, pengamal undang-undang, ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan, ahli-ahli politik, para mahasiwa, wakil-wakil media massa dan seluruh hadirin pada pagi yang mulia ini.
Dalam tempoh hampir tiga tahun Pakatan Rakyat memegang teraju pentadbiran negeri Selangor, terdapat beberapa kendala yang perlu dilalui dengan berhemah. Semuanya itu adalah asam garam yang memang perlu dilalui oleh mana-mana pemimpin politik yang dinamik. Demikianlah, bagi saya, Selangor selaku negeri tunjang negara, perlu bersedia menghadapi suasana di luar jangka perjalanan biasa. Kita perlu bersedia melakukan perubahan sebesar manapun, seandainya perubahan itu mampu membawa kebaikan kepada rakyat negeri ini.
Peristiwa pelantikan setiausaha kerajaan negeri mempunyai hikmah tersendiri. Kita tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis perlembagaan. Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini. Prinsip "biasakan yang betul dan betulkan yang biasa" adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini.
Maka, tindakan kerajaan persekutuan atas tiket ketua setiausaha negara melantik pegawai eksekutif ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat lantas berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri. Penghinaan ini wajib kita perbetulkan. Berpegang pada tanggungjawab itulah maka kita kembali ke dewan yang mulia ini untuk mengadakan mesyuarat dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor. Mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya pada Perkara 52(1).
Selaku Menteri Besar, saya berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umno sejak pindaan Perlembagaan 1993. Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan Negeri dan Sultan bercelaru dan kabur. Justeru itu, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya. Dalam perkataan lain mereka tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Duli Yang Maha Mulia Sultan.
Berburu ke padang datar,
Tembak rusa belang kakinya,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Sidang dewan yang dimuliakan,
Berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kita kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan. Selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, kita hendak melakukan yang terbaik. Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa negeri mahupun kuasa Sultan.
Saya perlu menggunakan masa sedikit lama bagi menghuraikan kronologi yang menyebabkan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini diadakan agar ia menjadi lakaran sejarah untuk rujukan penggubal undang-undang pada masa hadapan dan bagi kajian ilmiah pelajar dan pengamal undang-undang agar tiada lagi pengamal undang-undang yang buta sejarah.
Namun, sebelumnya izinkan saya mengimbas kembali sejarah dan latar belakang yang melatari pindaan perlembagaan 1993, khususnya senario politik negara ketika itu. Ia amat perlu dikhabarkan kerana rakyat negeri Selangor berhak untuk mengetahui sejarah dan fakta sebenar dan sebagai negeri yang berdaulat, Dewan Yang Mulia inilah forum terbaik untuk melakarkannya.
Apatah lagi terdapat segelintir manusia yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan hendak melemahkan kedudukan istana dengan tindakan kita hari ini. Kenyataan ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa negeri tidak mempunyai kuasa dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif menggambarkan beliau seorang yang menurut buku secara membuta tuli hingga mengenepikan unsur-unsur penting dalam tata kelola pentadbiran yang baik seperti adat, amalan secara konvensyen dan ketetapan bersama yang diterima pakai. Selaku orang tertinggi dalam perkhidmatan awam, amat malang beliau lupa tentang sejarah dan amalan-amalan biasa yang pernah dan patut diamalkan di dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang efisyen.
Begitu juga dengan peguam Umno Dato' Salehudin Saidin yang mengatakan bahawa pindaan yang hendak kita lakukan ini bukan untuk mengembalikan kuasa raja tetapi Menteri Besar. Kenyataan ini bertentangan dengan kefahaman KSN. Ini membuktikan bahawa Umno lebih cenderung untuk memutar belit kefahaman undang-undang dan tidak melihat undang-undang sebagai sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan baik. Mereka sebenarnya mempunyai ingatan yang singkat; a short memory. Nampaknya, ada benarnya tohmahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "Melayu mudah lupa". Mereka lupa bahawa permasalahan hari ini timbul akibat tindakan Kerajaan Persekutuan yang bersikap seperti 'constitutional monarchy' dan mempermainkan kuasa negeri sekali gus mencemar semangat federalisme.
Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Sebagaimana yang kita tegaskan beberapa kali, termasuk dalam manifesto Pilihan Raya Ke-12 dan dasar bersama Pakatan Rakyat, kami komited untuk menjunjung Perlembagaan, baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri yakni Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Malahan, prinsip-prinsip Rukun Negara dijadikan landasan dalam pentadbiran kita.
Pada premis yang sama Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Malahan dalam Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat beberapa tahun yang lalu kami zahirkan dengan jelas komitmen kita untuk mengembalikan kedudukan Raja-Raja yang berjaya dihakis oleh pentadbiran Umno, khususnya semasa kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Justeru itu, adalah sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan Perdana Menteri itu mendakwa bahawa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-Undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor Dato Seri Noh Omar pada 7 Januari yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan tidak mungkin berjaya melakukan pindaan kerana tiada perkenan istana. Kepemimpinan Umno Selangor agak berdolak dalik umpama lalang; mula-mula mengugut mahu memboikot, selepas itu mahu hadir dengan bersyarat pula. Apa-apapun, kita menerima kehadiran mereka sama ada yang jahil mahupun yang ada sedikit ilmu. Sebelum itu, saya ingin bertanya: adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap?
Dato Speaker yang dimuliakan,
Memandangkan Kedaulatan Raja-Raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap kami maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan duduk perkara yang sebenar. Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-Raja sejak awal 1980-an lagi. Secara ringkas, Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja.
Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi: "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja". Bagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu lantas melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
Antara pindaan yang berjaya dilakukan adalah Perkara 66(5). Peruntukan asal berbunyi: "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani". Peruntukan pindaan pula adalah "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong, baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu, berkuatkuasa sebagai Undang-undang".
Begitu juga dengan pindaan kepada Perkara 10(1), iaitu kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut. Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini, bermula pada pindaan tahun 1983 itu.
Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-Raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-Raja. Umno pada ketika itu membuat road show ke seluruh negara mengutuk Raja-Raja. Akhirnya, setelah membuat beberapa rundingan krisis itu diselesaikan dengan beberapa kompromi:
(1) Pertama, Umno bersetuju menggugurkan pindaan yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu.
(2) Kedua, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan Rang Undang-undang yang baginda tidak berkenan kepada Parlimen,
(3) Ketiga, pindaan terhadap kuasa perkenan di negeri-negeri, digugurkan,
(4) Keempat, kuasa mengisytiharkan darurat dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Langit tidak selalunya cerah. Mendung tidak bererti hujan. Umno terpaksa berlindung dan memohon belas ihsan istana apabila menghadapi masalah politik beberapa tahun kemudian, iaitu apabila Umno diisytiharkan pertubuhan haram oleh mahkamah pada 1987. Pimpinan Umno lantas kembali merayu kuasa Sultan untuk menubuhkan Umno Baru dan memohon Sultan Johor untuk melancarkannya di Istana Besar Johor Bahru.
Bagaimanapun, hubungan Umno dengan istana tegang semula apabila Umno tersungkur 39-0 di Kelantan pada Pilihan Raya 1990. Ibarat kacang melupakan kulit, Perhimpunan Agung Umno dijadikan medan memaki hamun Raja-Raja. Ada perwakilan yang meminta Perlembagaan dipinda untuk membataskan kuasa Raja-Raja. Tetapi ia tidak berlaku kerana mereka tidak tahu peruntukan mana yang hendak dipinda. Namun begitu, Umno memaksa Raja-Raja membuat aku janji dan lahirlah apa yang disebut sebagai "Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan 1992". Bagaimapun, ini hanyalah penegasan dan komitmen Raja-Raja terhadap peruntukan-peruntukan yang berkenaan; tidak ada apa-apa pindaan yang dibuat.
Hubungan tegang Umno dengan Raja-Raja memuncak pada hujung 1992 hingga membataskan peruntukan mengenai kuasa mengampun Raja-Raja dan keistimewaan imuniti. Maka, berlakulah Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 dan penubuhan Mahkamah Khas Raja-Raja.
Ketika krisis itulah Umno menggunakan kesempatan untuk membuat pindaan yang tidak ada kena mengena dengan isu yang menjadi punca terhadap masalah ketika itu. Ia termasuklah pindaan pada perlembagaan negeri yang saya hendak sentuh selepas ini. Di kesempatan ini, saya suka mencadangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, terutama daripada Umno-BN supaya membaca kembali pelbagai berita dan rencana tentang krisis Perlembagaan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan the New Straits Times dari November 1992 hingga Mac 1993. Ketahuilah, siapakah yang "beriya-iya dan bersikap biadap" hendak menghakis kuasa istana dan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu?
Izinkan saya memetik beberapa kenyataan Tun Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan pada 18 Januari 1993 yang selepas itu kita dapati beliau telah memungkirinya. Tun Mahathir ketika itu menyatakan;

"Kelulusan ( pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan". Kata beliau lagi, "Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat".
Beliau meneruskan hujah, "Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan".
(Nah... itu yang diperkatakan ketika itu, ugutan dan amaran keras diselit secara terbuka dan biadab. Demi kemudahan rujukan generasi akan datang saya kepilkan teks ucapan Tun Dr Mahathir bertarikh 18 Januari 1993 bersama teks ucapan saya ini di hansard Dewan Negeri).
Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Bukan setakat itu sahaja: pada 1994 Tun Mahathir mungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 yang sebutkan di awal bicara tadi dipinda di luar pengetahuan Raja-Raja. Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan Rang Undang-Undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali. Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) - adalah sebuah Rang Undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.
Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ia termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, iaitu ia dengan jelas menyatakan bahawa "Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja".
Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat Dr. Mahathir pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-Raja. Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah, namun ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan; khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Meskipun kita menyedari bahawa Tun Dr. Mahathir sudah menjadi dan menerima sejarah, namun ia tidak menghalang kita daripada berasa aneh kerana hari ini Tun Mahathir tiba-tiba menyatakan pendirian yang berbeza. Bagaimanapun, ini tidaklah begitu memeranjatkan apabila kita mengimbas kembali pergolakan politik yang dinyatakan tadi. Umno sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku himpitan politik.
Dato' Speaker,
Jelas sekali hujah Tun Mahathir ketika itu berbeza sekali daripada apa yang dilakukan Umno selepas itu. Mereka lantas melakukan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri meskipun menyentuh kuasa Sultan, dalam situasi yang tergesa-gesa dan penuh kekaburan. Hari ini perbuatan mereka yang tidak beradab itu terbongkar satu persatu. Jelik dan memalukan. Ini termasuklah topik permasalahan yang kita depani ketika ini Perkara LII ( 1 ) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.
Perkara LII ( 1 ) yang asal berbunyi;

"(1) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mestilah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri:
Dengan syarat sebelum bertindak atas cadangan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan, ke bawah Duli Yang Maha Mulia mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujukkan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."
Pindaan yang dilakukan pada 1993 dan terpakai sehingga kini berbunyi;
" LII ( 1 ) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan. "
Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Demikianlah, secara ringkas senario dan perkembangan politik negara yang melatari pemansuhan kuasa Sultan hinggalah terkesan dalam hal perlantikan tiga orang pegawai ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) oleh pentadbiran Umno pada 1993. Pakatan Rakyat berpendapat pindaan tersebut telah mengakibatkan kesan negatif kepada pentadbiran negeri. Bagi menyokong hujah ini, izinkan saya menegaskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan dan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri.
Jika kita teliti peruntukan-peruntukan perlembagaan dan perakuan dalam Laporan Suruhanjaya Reid 1957 kita dapat rumuskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan yang memerintah dan perkhidmatan awam. Ia diperkuat dengan amalan yang secara konsisten dipatuhi di kesemua negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen atau Westminster. Sebahagian besar amalan konsisten yang membentuk apa yang disebut Konvensyen Perlembagaan (Constitutional Convention) itu kini dikanunkan sebagai undang-undang dalam Perlembagaan kita; baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri.
Kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas. Mereka adalah Raja Berperlembagaan, iaitu Yang di-Pertuan Agong - di peringkat Persekutuan - adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri. Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik daripada kalangan Ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan. Inilah bentuk demokrasi yang dilaksanakan menurut sistem Westminster.
Dalam kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) - mesti bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan dasar yang digubal dan dilaksanakan. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan sebaliknya bertindak menurut nasihat. Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi Istana daripada terperangkap dalam kontroversi dan politik. Sebenarnya, Raja-Raja menjadi lambang negeri dan perpaduan rakyat, yang menjangkaui politik kepartian.
Raja-Raja diberi banyak keistimewaan; termasuk peruntukan dalam Senarai Di Raja (Civil List) yang tidak boleh dikurangkan. Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Bagaimanapun, pelaksanaan kuasa ini diletakkan di tangan kerajaan yang memerintah kerana mereka sahaja yang boleh disoal oleh wakil-wakil rakyat.
Mengambil prinsip tersebut sebagai landasan, ia menjelaskan kedudukan dan peranan perkhidmatan awam. Oleh sebab mereka tidak dipilih maka mereka berperanan menjalankan arahan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. Bagaimanapun, sebagaimana juga istana mereka kekal di situ walau apapun bentuk dan warna politik kerajaan yang memerintah.
Persoalannya, apakah kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa mutlak?
Jawapannya sudah tentu tidak, kerana selain terpaksa menjawab soalan di dalam dewan mereka perlu berhadapan dengan rakyat apabila tiba pilihan raya. Tegasnya, kerajaan yang memerintah dalam kerangka yang benar-benar demokratik tidak mungkin mempunyai kuasa mutlak. Umno menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dengan pindaan ini kerana mereka beranalogi Pakatan Rakyat juga mempunyai budaya politik seperti mereka!
Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Umno mahu membolot dan mengongkong segala-galanya; istana, kehakiman, dewan, perkhidmatan awam dan badan-badan lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam pada itu media juga dikongkong melalui undang-undang. Rakyat juga tidak dapat bebas dengan adanya pelbagai kekangan untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Umno ketakutan terhadap janji Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan ini semua; Umno tidak biasa dan tidak berani bermain dalam lapangan yang sama rata dan adil. Sebab itu belum apa-apa lagi, Umno sudah membuat pelbagai tohmah dan tuduhan terhadap inisiatif Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; baik Istana, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahupun Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.
Kerajaan Negeri yakin bahawa tatkala ia mempunyai hak untuk menasihatkan sultan ia juga sedar bahawa kedudukan berkecuali dan profesional perlu diberi peluang. Dalam pada itu kami juga sedar bahawa Duli Tuanku sebagai sultan yang begitu lama dan berpengalaman sebagai Raja Muda - yang paling lama dalam sejarah negara, sebelum memegang tampuk pemerintahan Negeri. Pastinya DYMM Tuanku mempunyai input untuk diberi dalam soal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Inilah perkongsian pintar yang bukan sahaja selaras dengan kehendak pengurusan ekonomi semasa tetapi juga selaras dengan kehendak Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan asasi dalam negeri.
Kalau kita perhatikan pindaan yang dibuat oleh Umno pada 1993 - yakni Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagaimana dinyatakan di atas - ia kelihatan begitu ganjil. Saya katakan demikian, kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik. Sepatutnya ada kuasa tertentu yang diperuntukkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Hal ini cukup ganjil tetapi begitulah hakikatnya. Saya tidak dapat menolak ia terjadinya begitu kerana tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa.
Cuba bandingkan dengan perlantikan yang sama di peringkat Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 144, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang- undang Tubuh Negeri Selangor.
Apa-apa pun, gopoh mahupun tidak, kita berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa masalah yang cuba diselesaikan oleh Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 adalah menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak harus disentuh. Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja bersetuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu adalah imuniti. Kelihatannya Umno menggunakan kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang gusar dan membingungkan ketika itu.
Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undang-Undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang - checks and balances - dalam perlembagaan. Kami percaya bahawa konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa mereka terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. Umno berpendapat sebaliknya; nampaknya bagi mereka, Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke sini mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980-an hinggalah sekarang.

Sebagaimana yang saya janjikan di awal bicara tadi, saya ingin menggalurkan kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat jelas akan duduk perkara yang sebenar. Ia perlu kerana media - khususnya yang dimiliki oleh Umno-BN memutar belit fakta yang sebenar. Hal yang sama juga dilakukan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sepatutnya menjadi wahana milik seluruh rakyat tetapi merelakan institusi mereka diperkudakan oleh kelompok yang terdesak.
Saya ingin menegaskan bahawa meskipun saya adalah ketua kerajaan negeri, namun saya bukan sahaja tidak dimaklumkan dalam hal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri malah saya telah dibelakangi.
Pada 26 Oktober 2010 Pusat Sumber Manusia di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri selaku jurucakap kepada Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyerahkan kepada saya lapan ( 8 ) nama calon yang difikirkan layak untuk jawatan Setiausaha Kerajaan bersama dengan Nota Amalan yang mengandungi prosedur dan tatacara pelantikan. Nota ini menyatakan bahawa:
(1) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak (Gred 54 ke atas) kepada Menteri Besar.
(2) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyenaraipendekkan dan menyerahkannya kepada DYMM Sultan Selangor bagi memohon perkenan Tuanku.
(3) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Menteri Besar hendaklah menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.
Amalan ini jelas dan tertib; iaitu yang bermaksud tiada fungsi diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan dalam istana untuk berperanan dalam lantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baharu. Malahan, daripada segi adabnya, kesemua pihak ini tiada hak untuk mencampuri urusan ini.
Pada 8 November 2010 saya menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih tiga (3) orang calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang dicadangkan. Jawatankuasa Pemilihan ini diketuai oleh Dato' Speaker sendiri dengan dua anggota lain, iaitu YB Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali dan YB Tuan Dr Xavier Jeyakumar.
Panel Pemilihan ini bukanlah ditubuhkan untuk melakukan sesi temu duga tetapi melakukan proses temu bual sebagai usaha kita mewujudkan satu proses yang telus di samping menekankan unsur-unsur kompetensi dalam pemilihan. Pada masa yang sama proses temu bual diharapkan dapat memberi peluang kepada para calon menghayati dan memupuk aspirasi wakil rakyat yang memerintah.
Panel juga tidak dibebankan dengan jangkamasa tertentu kerana tidak wujud keperluan untuk tergopoh gapah. Apa yang penting kita mahu mencari calon yang sebaik mungkin untuk menggalas tanggungjawab berat Setiausaha Kerajaan.
Pada 22 November 2010 Jawatankuasa Pemilihan memulakan proses menemubual semua calon. Pada 3 Disember 2010 Jawatankuasa memaklumkan kepada saya bahawa enam calon sudah ditemu bual dan tiga nama dipilih untuk dicadangkan serta memberitahu bahawa dua calon tidak mahu mengambil bahagian.
Seterusnya, setelah menjalankan beberapa saringan dan pengesahan maka pada 17 Disember 2010 saya menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir yang dipilih untuk cadangan. Saya nyatakan dengan jelas, meskipun demikian, saya terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat jika Tuanku mempunyai keraguan terhadap cadangan tersebut.
Pada 20 Disember 2010 saya menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan bahawa saya sudah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan masih menunggu maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu saya akan bercuti ke luar negara pada 20 Disember hingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada saya terlebih dahulu.
Pindaan yang dilakukan pada 1993 dan terpakai sehingga kini berbunyi;
" LII ( 1 ) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan. "
Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Demikianlah, secara ringkas senario dan perkembangan politik negara yang melatari pemansuhan kuasa Sultan hinggalah terkesan dalam hal perlantikan tiga orang pegawai ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) oleh pentadbiran Umno pada 1993. Pakatan Rakyat berpendapat pindaan tersebut telah mengakibatkan kesan negatif kepada pentadbiran negeri. Bagi menyokong hujah ini, izinkan saya menegaskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan dan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri.
Jika kita teliti peruntukan-peruntukan perlembagaan dan perakuan dalam Laporan Suruhanjaya Reid 1957 kita dapat rumuskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan yang memerintah dan perkhidmatan awam. Ia diperkuat dengan amalan yang secara konsisten dipatuhi di kesemua negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen atau Westminster. Sebahagian besar amalan konsisten yang membentuk apa yang disebut Konvensyen Perlembagaan (Constitutional Convention) itu kini dikanunkan sebagai undang-undang dalam Perlembagaan kita; baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri.
Kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas. Mereka adalah Raja Berperlembagaan, iaitu Yang di-Pertuan Agong - di peringkat Persekutuan - adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri. Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik daripada kalangan Ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan. Inilah bentuk demokrasi yang dilaksanakan menurut sistem Westminster.
Dalam kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) - mesti bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan dasar yang digubal dan dilaksanakan. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan sebaliknya bertindak menurut nasihat. Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi Istana daripada terperangkap dalam kontroversi dan politik. Sebenarnya, Raja-Raja menjadi lambang negeri dan perpaduan rakyat, yang menjangkaui politik kepartian.
Raja-Raja diberi banyak keistimewaan; termasuk peruntukan dalam Senarai Di Raja (Civil List) yang tidak boleh dikurangkan. Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Bagaimanapun, pelaksanaan kuasa ini diletakkan di tangan kerajaan yang memerintah kerana mereka sahaja yang boleh disoal oleh wakil-wakil rakyat.
Mengambil prinsip tersebut sebagai landasan, ia menjelaskan kedudukan dan peranan perkhidmatan awam. Oleh sebab mereka tidak dipilih maka mereka berperanan menjalankan arahan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. Bagaimanapun, sebagaimana juga istana mereka kekal di situ walau apapun bentuk dan warna politik kerajaan yang memerintah.
Persoalannya, apakah kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa mutlak?
Jawapannya sudah tentu tidak, kerana selain terpaksa menjawab soalan di dalam dewan mereka perlu berhadapan dengan rakyat apabila tiba pilihan raya. Tegasnya, kerajaan yang memerintah dalam kerangka yang benar-benar demokratik tidak mungkin mempunyai kuasa mutlak. Umno menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dengan pindaan ini kerana mereka beranalogi Pakatan Rakyat juga mempunyai budaya politik seperti mereka!
Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Umno mahu membolot dan mengongkong segala-galanya; istana, kehakiman, dewan, perkhidmatan awam dan badan-badan lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam pada itu media juga dikongkong melalui undang-undang. Rakyat juga tidak dapat bebas dengan adanya pelbagai kekangan untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Umno ketakutan terhadap janji Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan ini semua; Umno tidak biasa dan tidak berani bermain dalam lapangan yang sama rata dan adil. Sebab itu belum apa-apa lagi, Umno sudah membuat pelbagai tohmah dan tuduhan terhadap inisiatif Pakatan Rakyat.
Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; baik Istana, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahupun Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.
Kerajaan Negeri yakin bahawa tatkala ia mempunyai hak untuk menasihatkan sultan ia juga sedar bahawa kedudukan berkecuali dan profesional perlu diberi peluang. Dalam pada itu kami juga sedar bahawa Duli Tuanku sebagai sultan yang begitu lama dan berpengalaman sebagai Raja Muda - yang paling lama dalam sejarah negara, sebelum memegang tampuk pemerintahan Negeri. Pastinya DYMM Tuanku mempunyai input untuk diberi dalam soal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Inilah perkongsian pintar yang bukan sahaja selaras dengan kehendak pengurusan ekonomi semasa tetapi juga selaras dengan kehendak Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan asasi dalam negeri.
Kalau kita perhatikan pindaan yang dibuat oleh Umno pada 1993 - yakni Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagaimana dinyatakan di atas - ia kelihatan begitu ganjil. Saya katakan demikian, kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik. Sepatutnya ada kuasa tertentu yang diperuntukkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Hal ini cukup ganjil tetapi begitulah hakikatnya. Saya tidak dapat menolak ia terjadinya begitu kerana tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa.
Cuba bandingkan dengan perlantikan yang sama di peringkat Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 144, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang- undang Tubuh Negeri Selangor.
Apa-apa pun, gopoh mahupun tidak, kita berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa masalah yang cuba diselesaikan oleh Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 adalah menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak harus disentuh. Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja bersetuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu adalah imuniti. Kelihatannya Umno menggunakan kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang gusar dan membingungkan ketika itu.
Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undang-Undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang - checks and balances - dalam perlembagaan. Kami percaya bahawa konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa mereka terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. Umno berpendapat sebaliknya; nampaknya bagi mereka, Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke sini mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980-an hinggalah sekarang.
Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Sebagaimana yang saya janjikan di awal bicara tadi, saya ingin menggalurkan kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat jelas akan duduk perkara yang sebenar. Ia perlu kerana media - khususnya yang dimiliki oleh Umno-BN memutar belit fakta yang sebenar. Hal yang sama juga dilakukan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sepatutnya menjadi wahana milik seluruh rakyat tetapi merelakan institusi mereka diperkudakan oleh kelompok yang terdesak.
Saya ingin menegaskan bahawa meskipun saya adalah ketua kerajaan negeri, namun saya bukan sahaja tidak dimaklumkan dalam hal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri malah saya telah dibelakangi.
Pada 26 Oktober 2010 Pusat Sumber Manusia di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri selaku jurucakap kepada Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyerahkan kepada saya lapan ( 8 ) nama calon yang difikirkan layak untuk jawatan Setiausaha Kerajaan bersama dengan Nota Amalan yang mengandungi prosedur dan tatacara pelantikan. Nota ini menyatakan bahawa:
(1) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak (Gred 54 ke atas) kepada Menteri Besar.
(2) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyenaraipendekkan dan menyerahkannya kepada DYMM Sultan Selangor bagi memohon perkenan Tuanku.
(3) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Menteri Besar hendaklah menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.
Amalan ini jelas dan tertib; iaitu yang bermaksud tiada fungsi diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan dalam istana untuk berperanan dalam lantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baharu. Malahan, daripada segi adabnya, kesemua pihak ini tiada hak untuk mencampuri urusan ini.
Pada 8 November 2010 saya menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih tiga (3) orang calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang dicadangkan. Jawatankuasa Pemilihan ini diketuai oleh Dato' Speaker sendiri dengan dua anggota lain, iaitu YB Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali dan YB Tuan Dr Xavier Jeyakumar.
Panel Pemilihan ini bukanlah ditubuhkan untuk melakukan sesi temu duga tetapi melakukan proses temu bual sebagai usaha kita mewujudkan satu proses yang telus di samping menekankan unsur-unsur kompetensi dalam pemilihan. Pada masa yang sama proses temu bual diharapkan dapat memberi peluang kepada para calon menghayati dan memupuk aspirasi wakil rakyat yang memerintah.
Panel juga tidak dibebankan dengan jangkamasa tertentu kerana tidak wujud keperluan untuk tergopoh gapah. Apa yang penting kita mahu mencari calon yang sebaik mungkin untuk menggalas tanggungjawab berat Setiausaha Kerajaan.
Pada 22 November 2010 Jawatankuasa Pemilihan memulakan proses menemubual semua calon. Pada 3 Disember 2010 Jawatankuasa memaklumkan kepada saya bahawa enam calon sudah ditemu bual dan tiga nama dipilih untuk dicadangkan serta memberitahu bahawa dua calon tidak mahu mengambil bahagian.
Seterusnya, setelah menjalankan beberapa saringan dan pengesahan maka pada 17 Disember 2010 saya menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir yang dipilih untuk cadangan. Saya nyatakan dengan jelas, meskipun demikian, saya terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat jika Tuanku mempunyai keraguan terhadap cadangan tersebut.
Pada 20 Disember 2010 saya menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan bahawa saya sudah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan masih menunggu maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu saya akan bercuti ke luar negara pada 20 Disember hingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada saya terlebih dahulu.
Pada 21 Disember 2010, Istana, menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani telah menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Tuan Haji Mustapha bin Talib. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud bekas Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai balasan surat yang beliau hantar pada 3 Disember. Untuk makluman sidang dewan, surat 3 Disember tersebut telah menghantar tiga (3) cadangan nama kepada DYMM Sultan. Surat pada 10 Disember pula memaklumkan kepada Dato' Ramli Mahmud bahawa DYMM Sultan Selangor sudah berkenan terhadap pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Namun, kedua-dua surat ini pun tidak dihantar salinan kepada saya selaku Menteri Besar.
Pada 24 Disember 2010 Pejabat Dato' Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir untuk menyatakan bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Dato' Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.
Pada 27 Disember 2010 saya menulis surat sekali lagi memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan. Pada tarikh ini juga, tanpa sepatah nota makluman kepada saya, Ketua Setiausaha Negara (KSN) lantas mengumumkan Dato' Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Negeri yang baharu.
Pada 3 Januari 2011 saya mendapat perkenan menghadap DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tuanku menitahkan bahawa setelah Perlembagaan Negeri dipinda pada 1993, baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menerima keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya maklumkan kepada Tuanku bahawa saya hendak pertahankan hujah saya bahawa pelantikan yang tidak mendapat kebenaran Kerajaan Negeri yang sah dipilih rakyat Selangor adalah salah di sisi amalan dan adab hatta harus dibincangkan semula. Pada hari yang sama saya menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri ingin membincangkan semula pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak bersedia mengadakan majlis angkat sumpah kerahsiaan sehingga perkara ini selesai.
Pada 4 Januari 2011, saya menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah kesetiaan yang dijadualkan pada 6 Januari ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri menyelesaikan perkara pelantikan tersebut.
Meskipun demikian pada 6 Januari 2011, saya dan barisan Exco turut hadir ke majlis di Istana Bukit Kayangan sebagai menzahirkan rasa taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda yang pada ketika itu menerima darjah kebesaran dari DYMM Ayahanda Sultan. Pada masa yang sama kita maklum bahawa Dato' Mohamad Khusrin dikehendaki melakukan angkat sumpah kesetiaan terhadap DYMM Tuanku.
Pada majlis tersebut, DYMM Tuanku telah bertitah dengan begitu jelas bahawa baginda tidak menyokong mana-mana parti politik dan kesal terhadap sikap sesetengah golongan yang memutar belit kenyataan baginda. Tuanku Sultan juga dengan tegas menyatakan baginda senang dengan amalan profesional, nasihat menasihati yang kita amalkan. Ketegasan baginda tersebut telah memberi kekuatan kepada kita untuk memanggil Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini bagi mengimarahkan lagi amalan konsultasi dalam pentadbiran dan perhubungan antara Istana dengan barisan Eksekutif.
Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Demikianlah kronologi peristiwa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang membawa kepada perkara di hadapan kita hari ini.
Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada keseluruhan episod ini? Pengajarannya ialah, jika pelantikan Setiusaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri tidak dilakukan secara telus, ia boleh diputarbelitkan oleh banyak pihak; sama ada daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kerajaan di istana dan di pejabat Dato' Menteri Besar, atau di Perkhidmatan Awam yang tiada urusan kerja dalam hal penempatan pegawai kerajaan.
Menyedari hakikat ini, Pakatan Rakyat tidak akan meneruskan amalan yang ternyata bercanggah dengan amalan Pakatan Rakyat, yakni bertindak secara telus, kompeten dan penuh pertanggungjawaban dalam apa-apa hal dan modus operandi pentadbiran negeri.
Saya tegaskan di sini, meskipun kerangka Perlembagaan kita menyebelahi Kerajaan Persekutuan saya yakin bahawa sekiranya ia dibenarkan beroperasi dalam semangat demokrasi, mungkin negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat boleh melaksanakan pentadbiran dengan baik. Malangnya, ini tidak berlaku dan semangat federalisme yang dikandung oleh Perlembagaan dilanggar secara terang-terangan.
Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini,
Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat bertunjangkan konsep keihsanan dan kepedulian rakyat. Rakyat Selangor tidak meminta lebih. Mereka hanya mahu hak mereka sebagai rakyat negeri yang menyumbangkan 30 peratus kekayaan negara Malaysia.
Saya mengakhiri pembentangan ini, dengan melontarkan beberapa soalan yang berikut:
- Keterlaluankah kami apabila kami mahu mengembalikan hak Sultan dan hak Negeri yang telah dirampas secara salah oleh Umno Persekutuan yang memperkudakan kepemimpinan Umno-BN Selangor?
- Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan Negeri dan baginda Sultan yang memerintah negeri yang berdaulat ini?
- Derhakakah mereka jika mereka menolak atau lari daripada menerima usul pindaan ini?
Mohon, soalan-soalan ini dijawab di dalam Dewan yang mulia ini.
Oleh itu, Dato' Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, saya mohon mencadangkan.

Petikkan dari malaysiakini.
Jan 21, 2011
MALAYSIA MERDEKA, RAKYAT MARHAEN PUN WAJIB MERDEKA DAN LEBIH FAHAM PERLEMBAGAAN TERSEDIA.....
APA MASAALAHNYA SIAPA PUN TPM…
Salah satu sebab mengapa isu Timbalan Perdana Menteri (TPM) Cina tidak penting ialah kerana soal-soal yang dikaitkan dengan jawatan itu, khususnya hidup mati Islam dan Melayu, bukan bidang kuasa orang politik; sebaliknya peranan dan kerja raja-raja, baik secara peribadi yakni melalui kuasa Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja, mahupun atas kapasiti kolektif mereka di bawah Majlis Raja-Raja. Oleh itu sama ada kerajaan dipegang orang Melayu atau tidak, perkara-perkara itu tidak akan terjejas.
Sebenarnya raja-raja diberi kuasa penting; bukan sahaja melindungi peruntukan perlembagaan yang berkenaan, tetapi juga memantau pelaksanaan sebagaimana diperuntukkan Perkara 38(5) dalam soal kedudukan istimewa Melayu yang dikandung oleh Perkara 153.
Tetapi itu semua tidak menjadi kenyataan dan raja-raja dianggap simbol dan lambang sahaja. Ini tidak salah. Tapi dalam soal-soal yang disebut tadi raja-raja bukan sekadar lambang.
Sebab itu perkara-perkara tadi tidak boleh dipinda tanpa perkenan raja-raja sebagaimana disebut perlembagaan di bawah Perkara 159(5).
Malangnya orang politik, baik UMNO atau Pas, tidak melihatnya begitu. Bagi mereka kuasa politik adalah segala-galanya. Sebab itu Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Harun Taib contohnya dilaporkan menyebut, orang Cina yang hendak dilantik TPM perlu memeluk Islam dan berakhlak mulia.
Mungkin mereka kata begitu kerana bimbang UMNO akan memutarbelitkan kenyataan mereka.
Apa pun Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu TPM akan diselesaikan mengikut kerangka Perlembagaan.
Tentang UMNO pula kita semua maklum, setelah kecundang di 5 negeri dalam PRU 2008, dengan tiba-tiba begitu prihatin kepada kedudukan raja-raja, Islam dan Melayu.
Sebelum itu UMNO berasa merekalah segala-galanya. Raja atau Perlembagaan tidak penting. UMNO mendakwa tanpa mereka, Melayu akan hanyut sedangkan syarat MB Melayu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melayu itu adalah ketetapan Perlembagaan. Ertinya sama ada UMNO wujud atau tidak Melayu tetap di situ.
Kita masih ingat bagaimana pentadbiran Mahathir menghina raja-raja. Saya telah beberapa kali menyebut betapa seorang bekas menteri besar UMNO dengan bangganya mengatakan kedudukan istimewa Melayu itu ialah kerana UMNO, bukan Perlembagaan.
Kekeliruan peranan dan kuasa timbul kerana Perlembagaan tidak diisi dan dilaksanakan.
Telah beberapa kali menyebut Perlembagaan ini adalah manual atau buku panduan yang perlu dibaca mereka yang memerintah negara. Begitu juga bagi yang bercita-cita hendak berbuat demikian.
Meskipun ia bukan sebuah dokumen sakral dan suci sifatnya ia satu-satunya dokumen yang mengikat kita semua. Memang kita tidak puas hati atau selesa dengan semua peruntukannya. Tetapi inilah satu-satunya dokumen yang kebanyakan kita kenal dan faham.
Sudah menyatakan sekiranya hukum Islam hendak dilaksanakan pun Perlembagaan tidak menghalangnya. Apa yang penting ialah rakyat menerima dan menyokong hukum itu, memahami dan mengisi Perlembagaan.
Perlu ingat, kita hendak memerintah atau melaksanakan Islam di Malaysia bukan diluar Negara (Negara orang lain).
Dalam kerangka Perlembagaan sekarang yang meneruskan peranan khalifah ialah Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja. Bukan Perdana Menteri, menteri besar atau ketua menteri.
Ada yang ragu dengan pandangan ini, tetapi mengapa kita boleh menerima Kesultanan Uthmaniah yang runtuh pada 1924 itu sebagai khalifah yang terakhir?
Umumnya kualiti pemimpin mereka lebih kurang sama saja dengan apa yang kita ada sekarang.
Dalam isu TPM ini pemimpin Pas, khususnya yang berusia dan enggan memahami Perlembagaan, jelas membuang masa dan membelakangkan slogan Pas untuk semua yang parti itu uar-uarkan selama ini.
Sebab itu ada yang membuat jenaka; sebelum pilihan raya mereka kata “Pas untuk semua”. Tetapi selepas menang tindak-tanduk mereka memberi isyarat, “semua untuk Pas”.
Dalam isu TPM ini mereka belum tentu menang pun. Seorang penulis Cina berpendapat, dalam isu TPM ini pendirian Pas sama sahaja dengan Perkasa, NGO Melayu yang banyak membuat kerja politik UMNO.
Isu TPM ialah isu Perlembagaan. Sebab itu kita perlu menanganinya melalui peruntukan dan lenggok Perlembagaan. Kalau kita bawa perspektif lain kita akan jadi keliru.
** Artikel ini adalah tulisanProfesor Dr Abdul Aziz Bari yang telah mengajar undang-undang selama lebih 21 tahun ~ADMIN

Jan 17, 2011
KENAPA BANYAK SANGAT DISKRIMINASI ISU INI. (maruah Islam dan umatnya wajib dihormati)
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
HANYA KERANA SATU ADUAN, MARUAH ISLAM DIKORBANKAN
(14 Januari 2011)
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal dan kecewa dengan tindakan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan. Apakah malang bagi sebuah negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam apabila Perdana Menterinya tidak mempunyai wibawa dan ketegasan bagi membela syiar dan syariat Islam.
Umat Islam seluruhnya juga merasa terpukul dengan arahan ini yang menganggap ia adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini. DPPWP dan umat Islam tidak boleh menerima hakikat arahan ini, kerana azan adalah kaedah dakwah Islam kepada masyarakat bukan Islam bagi mengajak mereka terhadap keindahan Islam. Azan juga adalah sebagai seruan kepada umat Islam agar menjaga ibadah dan seterusnya mengimarahkan masjid.
Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, azan telah menjadi suatu syiar kepada umat Islam. Ia perlu dikumandangkan untuk didengari oleh seluruh manusia. Bahkan Nabi SAW mengarahkan azan agar dilaungkan dengan kuat sebagai menandakan masuknya waktu Solat.
Bagi kaum bukan Islam, azan tidak boleh dipertikaikan kerana ia adalah syiar Islam. Sama seperti agama Kristian dan Hindu yang membunyikan loceng tatkala waktunya, kaum Tionghua yang membakar mercun pada masanya, bagi umat Islam azan adalah kaedah bagi menandakan masuk waktu bersembahyang.
DPPWP difahamkan individu yang membantah azan di Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam adalah seorang ahli MCA seumur hidup. Beliau telah menulis surat kepada Perdana Menteri meminta suara azan di masijd tersebut diperlahankan. Dalam hal ini, DPPWP mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan JAWI tunduk kepada tekanan ini hanya kerana beliau seorang ahli parti komponen BN? Isu ini membuktikan bahawa UMNO bukanlah parti yang mampu membela dan mempertahankan Islam, kerana mereka sendiri terpaksa akur dengan tuntutan ahli-ahli parti komponennya.
DPPWP difahamkan juga bahawa kawasan sekitar Pantai Dalam adalah kawasan yang dihuni oleh ramai orang Melayu beragama Islam. Saban hari dan tahun penghuni sekitar tidak menghadapi masalah dengan laungan azan di masjid tersebut, tetapi mengapa hanya dengan satu aduan daripada seorang ahli MCA tiba-tiba pihak JAWI dengan serta merta mengarahkan azan diperlahankan?
DPPWP mengingatkan Perdana Menteri bahawa tindakan ini boleh merendahkan maruah Islam dan umatnya. Bagaimanakah nanti selepas ini jika pelbagai aduan diajukan terhadap mana-mana masjid agar laungan azan diperlahankan atau mungkin ditiadakan, adakah Perdana Menteri dan JAWI akan tunduk terhadap aduan mereka? DPPWP bimbang sekiranya berlaku nanti ada masjid terpaksa dibuang pembesar suara kerana dianggap mengganggu penduduk sekitar dan pihak kerajaan melayan tuntutan mereka!
Disediakan oleh;
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Jan 13, 2011
TAHNIAH.. KERAJAAN PR PERLU BUKTIKAN KETELUSAN ITU SAMPAI KEAKAR UMBI DAN RAKYAT SELANGOR MERASAINYA.
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM1 juta kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat untuk diagihkan dalam tempoh tiga bulan bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.
"Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, petang semalam.
Khalid juga berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.
Perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.
Ditanya sama ada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Khalid berkata kerajaan Pakatan Rakyat akan merujuk kepada amalan kerajaan persekutuan.
"Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut," katanya

ADA KEBENARANNYA UNTUK DITUNTUT OLEH RAKYAT DAN JANGAN JADI BUTA HATI.
Pakatan hanya perlu RM19 bilion untuk rakyat
Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.
Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.
Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.
Tabiat berhutang Umno/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.
Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan Umno/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong Umno/BN.
Contoh-contoh pembaziran Umno/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.
Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.
Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.
Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:
Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.
Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.
Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.
Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.
Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa Umno/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang Umno/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
11 JANUARI 2011
Jan 12, 2011
APAKAH BILA RAKYAT BERI PELUANG PD KERAJAAN PR, MAHU JADI BEGINI?
BACALAH HAL2 TAUKEH JUDI/ORANG UMNO
A) kepentingan dalam syarikat JUDI di negara ini -
1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlahmlah saham - 1,900,000
2. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
3. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
4. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334
5. Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
6. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600
7. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
8. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.
9. Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584
Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.
Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.
B) Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

Jumlah saham - 1,900,000
Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari

Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334
2. Dalam Genting Berhad

Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

3. Dalam Sports Toto

Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah

Jan 10, 2011
Adun Komtar cabar Kimma buktikan, beliau sedia letak jawatan
Setiausaha politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik, yang didakwa berkata “tutup kedai, balik India” terhadap seorang pengusaha restoran nasi kandar di sini, bersedia untuk meletakkan jawatan jika ada bukti beliau mengeluarkan kenyataan berbaur rasis itu.
Minggu lalu, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mendesak Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar agar memohon maaf berhubung dakwaan beliau mengeluarkan ungkapan seumpama itu 2 Januari lalu.
Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada Ng, setiausaha politik kepada Ketua Menteri berbuat demikian dan menarik balik kata-kata unsur perkauman itu.
Laporan media sebelum ini menyebut, Ng mengeluarkan ungkapan itu kepada Syed Kasali Mohamed Aliyar, 42, ketika pasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi menyita barang-barang kedai.
Ng telah menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian dan menunjukkan rakaman video bagi mempertahankan pendirian beliau.
“Ini jelas satu pembohongan... fitnah dan dakwaan liar yang saya tidak boleh terima,” kata beliau pada sidang media hari ini.
“Jika ada bukti bahawa saya mengatakan kata-kata itu, saya dengan segera akan meletakkan jawatan saya sebagai setiausaha politik,” kata beliau.
Ng juga berkata, beliau akan menghantar surat kepada Kimma meminta mereka memohon maaf dalam seminggu atau berhadapan dengan tindakan susulan.

Jan 8, 2011
Bila Setiausaha tidak setia dan tidak berusaha
Nak jadi seseorang setiausaha bukanlah senang. Pertama dia mesti setia. Kedua dia juga perlu berusaha. Sebut tentang setia, nak setia pada siapa? Dan usaha pula nak usaha untuk siapa? Ini adalah soalan yang menarik untuk difikirkan bagi mereka yang suka berfikir walaupun sebenarnya perlantikan seseorang setiausaha bukanlah sesuatu yang menarik sangat untuk difikirkan oleh rakyat.
Selama ini pelbagai setiausaha dalam pelbagai organisasi dan juga kerajaan telah dilantik. Ada setiausaha akhbar dan setiausaha politik menteri yang cukup setia kepada menteri dan cukup berusaha untuk menteri tersebut sehingga diberikan peluang bertanding dalam pilihanraya dan akhirnya menjadi wakil rakyat. Ada juga yang berjaya dilantik menjadi anggota kabinet dan kemudiannya melantik setiausaha mereka sendiri.
Seorang penulis biografi tokoh politik pernah memberitahu bagaimana satu hari dia menelefon seorang setiausaha akhbar untuk mendapatkan beberapa ucapan seorang menteri untuk dimuatkan ke dalam bukunya. Dengan hendak tak hendak setiausaha akhbar menteri itu menyuruhnya menghubungi setiausaha politik yang kemudiannya menyuruhnya pula menghubungi setiausaha sulit.
Dipendekkan cerita akhirnya setiausaha sulit menteri itu berjanji akan menelefon semula. Bagaimanapun janji tinggal janji sehinggalah penulis tersebut selesai menulis buku dan menerbitkannya.
Begitulah kisah ringkas beberapa orang setiausaha menteri yang setia dan berusaha sepenuhnya. Dulu dalam UMNO pun ada seorang menteri yang menjadi Setiausaha Agung kepada pertubuhan politik tersebut. Sementara dia setia kepada parti dan presiden, tetapi kadar usaha yang dilakukan agak dipertikaikan sehingga ada cawangan yang tidak berdaftar dan mengakibatkan badan siasah yang ditubuhkan pada 1946 itu terkubur atas perintah mahkamah.
Cerita-cerita mengenai setiausaha ini memang menarik. Satu ketika dulu ada kisah-kisah mengenai bagaimana adanya bos-bos yang menjalinkan hubungan sulit dengan setiausaha peribadi mereka. Tapi cerita semacam ini sudah basi. Skandal seperti ini mungkin masih berlaku tetapi orang sudah tidak hairan lagi kerana sudah ada cerita yang lebih sensasi, misalnya kisah bagaimana seorang bos yang berijazah-ijazah dan ada kedudukan dalam politik merogol pembantu rumahnya. Tapi dalam orang sibuk bersembang dan memperkatakan tentang perogol bukan-bersiri ini tiba-tiba masyarakat Malaysia sekali lagi dikejutkan pula dengan cerita hangat mengenai seorang manusia yang entah bagaimana dilantik menjadi seorang setiausaha kerajaan negeri.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri itu nak dikatakan besar, bukanlah besar sangat. Sama sahaja pentingnya dengan jawatan Pencari Fail atau Pembantu Pejabat yang juga disebut sebagai Budak Pejabat. Cuma ada sesetengah mereka yang menjawat jawatan berkenaan merasakan dirinya sudah cukup besar atau sama besar dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat walhal kerja yang dilakukan adalah sama sahaja iaitu menjadi hamba kepada kerajaan negeri yang seluruh bajetnya, termasuk gaji Setiausaha berkenaan dibiayai oleh wang rakyat.
Oleh kerana wang rakyat terbabit dalam hal ini, maka tidak ada sebab mengapa rakyat tak boleh bising-bising apabila orang yang dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri itu tidak disukai oleh rakyat (iaitu rakyat yang diwakili oleh Wakil Rakyat, termasuk Menteri Besar, Ahli Berhormat DUN dan para EXCO).
Sepatutnya perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negeri berkenaan sahaja dan bukannya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Soal negeri, soal negerilah. Apa ada kena mengena dengan KSN yang sepatutnya hanya mengambil tahu perlantikan pegawai-pegawai Persekutuan sahaja. Bagaimanapun atas sebab-sebab sejarah dan carta organisasi perjawatan yang disediakan oleh pentadbir British di Malaya satu ketika dulu, maka semua Setiausaha Kerajaan Negeri adalah merupakan pegawai Persekutuan kecuali bagi negeri Johor dan Kedah.
Mungkin Johor dan Kedah ketika itu enggan Setiausaha Kerajaan Negeri mereka dilantik dari kalangan Persekutuan. Macam tak logik sahaja, apabila jawatan tertinggi sesebuah negeri adalah jawatan Persekutuan dan bukannya jawatan Negeri.
Apapun sejauh ini tidak ada apa-apa masalah tentang perlantikan sedemikian walaupun prosidur perjawatannya adalah pelik dan tidak ada sesiapa dari kalangan pihak parti pemerintah yang membuka mata untuk membetulkan prosidur ini bersesuaian dengan masa. Dan sejauh ini semua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor seperti juga negeri-negeri lain yang menurut prosidur pelik ini membuat perlantikan masing-masing menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri masing-masing.
Di Selangor sendiri, menerusi Seksyen 52 Perlembagaan Negeri Selangor menyata dengan jelas bahawa perlantikan tiga ex-officio negeri iaitu,Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri hendaklah dilakukan oleh Perkhidmatan Awam Negeri itu. Oleh itu, dalam lain perkataan sekiranya perlantikan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang lain daripada yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri Selangor itu, maka perlantikan tersebut bolehlah dianggap sebagai tidak sah dan terbatal.
Adalah tidak mungkin bagi KSN dan sesiapa sahaja dalam kerajaan yang bertanggungjawab ke atas perlantikan Khusrin Munawi tidak tahu peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Selangor atau tersilap menginterpretasikan ayat-ayat dalam Seksyen 52 yang ibarat sudah terang lagi bersuluh. Begitupun, umum perlu mengetahui betapa ada sesetengah manusia yang dilantik menjadi setiausaha kerajaan (termasuk kerajaan Persekutuan) menumpahkan taat setianya kepada parti yang menguasai kerajaan dan berusaha melakukan apa sahaja termasuk memperlekehkan undang-undang demi memuaskan hati pihak yang mereka menaruhkan kesetiaan tersebut. Mereka ini sama ada tidak faham perbezaan di antara kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan atau takut sekiranya kedudukan mereka tergugat.
Dalam kes perlantikan Khusrin selaku Setiausaha Kerajaan Negeri, bolehkah beliau menumpahkan kesetiaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk rakyat Selangor menerusi Wakil Rakyat yang dipilih rakyat. Atau apakah beliau tidak lebih daripada hamba kepada pihak yang telah melantiknya ke jawatan tersebut?
http://warta-utara.blogspot.com