Hampir seramai 11,000 rakyat Malaysia di Mesir, Kerajaan Malaysia perlu bertanggungjawab membawa pulang.
Kerajaan Malaysia yg diterajui oleh BN, sesuai dgn slogan PM(Najib) agar segera membawa pulang rakyat Malaysia di sana. (Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur,” kata Anwar).
Berkemungkinan Kedutaan Malaysia di Mesir   menghadapi kesukaran membawa pulang rakyat Malaysia kelak kerana   kerajaan Mesir sudah mula mengawal rangkaian komunikasi terutama   penggunaan telefon dan internet di negara itu.
Rakyat Malaysia di  Mesir  hampir 11 ribu orang, juga 10,328  orang daripada itu pelajar berdaftar di Kedutaan Malaysia.
Dikhuatiri kedutaan Malaysia menghadapi kesukaran  mengawal  serta  menjamin keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia. Kebelakangan  ini regim Hosni Mubarak telah bertindak untuk merencat  penggunaan  internet terutamanya jaringan media sosial seumpama Facebook  dan  Twitter.
Perkhidmatan telefon mudah alih juga sukar  diperolehi. Amat  mustahil buat kedutaan Malaysia mengawasi serta  menjamin keselamatan  seluruh rakyat Malaysia di sana kerana sistem  telekomunikasi sudah lumpuh.
No comments:
Post a Comment