ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 29, 2011

KETUA CABANG KUALA LANGAT 2010-2013




Siapa Mereka Semasa Berada Dalam Jawatan Tertinggi PKR K.Lgt?


Kepada yang kalah dalam pertandingan pemilihan jawatan parti PKR pada 27 mac 2011 yang tertunda sejak 5 bulan lepas, sepatutnya ruang besar utk menang adalah peluang mereka terus menerajui Kepimpinan parti. Tetapi ia amat berbeza kerana ahli-ahli parti memerhati gerak kerja mereka. Oleh itu tidak hairanlah mereka-mereka ini wajib terima hakikat sebenar apa yang berlaku.
Sememangnya pendapat peribadi Hanyar, pemilihan hari itu ketidak ketelusan yang terbaik berlaku. Apapun Hanyar menghormati program itu berjalan dengan lancar sehingga selesai serta menerima keputusan muktamat .

*Yang  dihiraikan, kenapa lebih 6000 ahli berdaftar, hanya kurang dari 1000 ahli datang menunaikan t/jawab?
*Kenapa ramai ahli-ahli dari penyokong Hanyar, hilang sebagai ahli berdaftar?
*Kenapa ramai ahli-ahli tidak tahu hari pengundian berlangsung (w/pun ada pemidang kecil dipaparkan)?
*Kenapa kehadiran pengundi, datang dengan kenderaan yang disediakan oleh calon-calon Ketua Cabang? 

Tidak salah mereka disediakan kemudahan untuk kehadiran. Tetapi biarlah kehadiran mereka, tahu t/jawab seorang ahli parti. Terbaik kenderaan disediakan oleh parti sendiri, keuwangan guna tabung parti Cabang.

Serta tidak hairanlah bila ada kelompuk calon yang kalah, sudah kedengaran mahu keluar parti, tidak mahu kerjasama dengan pilihan Ketua Cabang baru. Ada juga angin-angin berkata parti itu tidak betul dan ingin keluar parti. Kenapa selama ini mereka semasa berada dalam jawatan parti dan ingin pula bertanding utk pertahankan jawatan? 
Pendapat iklas Hanyar, MEREKA ADALAH PENGKIANAT PARTI SEJAK 3 TAHUN BERLALU.
Hanyar ucapkan pada calon yang menang, dan Hanyar juga bertanggungjawab membantu untuk kemenangan beliau. Hanyar ada menerima RASUAH dari calon? (lapurkan kpd polis,sprm dan parti. Hanyar akan kerjasama utk penjelasan).

Seperti yang lalu Hanyar ada huraikan sedikit tentang 5 calon K.Cabang  yang bertanding. Apa yang berlaku hanya 3 calon sahaja muktamat bertanding. Kenapa 2 calon tiada? Jawapannya ada pada semua calon yang bertanggungjawab.
Kenapa pemilihan pada 5 bulan yang lepas menjadi terbatal? Malah, Hanyar pula dituduh dalang dari UMNO juga bukan ahli parti. Kenapa pula mereka tidak mendakwa kepada yang pihak yang sah utk tindakan? Hanya keluar kenyataan pada media dada akbar serta internet sahaja.

Mar 27, 2011

Memacu Arus Perjuangan

Mar 13, 2011

YDP K.Lgt LANTIKAN PERTAMA KERAJAAN NEGERI SELANGOR DITUKAR.


WALAU 1000 KALI Yang DiPertua(YDP) DITUKAR.......

Majlis Daerah Kuala Langat adalah dibawah pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang telah ramai ketahui sejak zaman Khair Toyo memerintah, diumumkan iaitu Selangor maju 2005. Apa yg semua tahu bila sejak PR memerintah, Selangor Maju 2005 hanya kepada kroni terdekat/rapat sahaja. Oleh kerana mejoriti pengundi faham hal Khair Toyo retorik sahaja , maka  pada PRU12 pengundi memberi signal untuk kebenarannya Selangor Maju 2005 adalah tidak betul. (terima kasih pengundi prihatin walaupun dikatakan atas pagar).  
Mach 2008 pengundi rata-rata telah melaksanakan t/jawab menunaikan keluar mengundi memilih kerajaan, maka terjawab sudah mana parti yg memrintah. 
Apa yang berlaku ketika itu dan masakini, dari parti pembangkang turun padang berkempin bagaikan telah bersedia memikul t/jawab melaksanakan kebenaran. Telah melepasi ½ penggal PRU12 masih lagi tidak nampak 1 Dasar pun yang telah dilaksanakan oleh Ahli-ahli Majlis yang dipilih oleh kerajaan yang diamanahkan oleh mejoriti pengundi di K.Langat.
Tidak perlu menyalahkan YDP atau pegawai-pegawai yang sedia ada. Yang penting Ahli-ahli Majlis perlu cerdik melaksanakan Dasar-dasar baru untuk ada keterbukaan perubahan yang baik. Yang Hanyar melihat apa berlaku YB-YB, Ahli-ahli majlis tidak pernah bersatu untuk bekerjasama menyelesaikan t/jawab yang diamanahkan.
Hari ini berlaku pula pertukaran YDP kerana dikatakan tidak tahu buat kerja. Walaupun 1000 kali ditukar, jika pentadbiran dari kerajaan Selangor tidak memilih betul-betul Ahli-ahli majlis, ia tidak akan menjadi kesan untuk perubahan yang benar-benar memberi kebaikan kpd penduduk K.Lgt dan kerajaan memerintah Selangor.
Lebih 20 orang Ahli Majlis dari parti PAS, KEADILAN dan DAP juga ada lantikan dari NGO professional, apa yang dilihat semuanya hampeh belaka. (tak tahu apa t/jawab mereka berada disitu) Sepatutnya mereka-mereka ini bersedia menerima jawatan, sudah tahu kerja yang perlu dilaksanakan. Hanya 2 perkara t/jawab perlu tahu, tetapi mereka abaikan. (byk FAKTA yang Hanyar boleh kemukakan). Mereka tidak boleh berdolak dalik.
Truskanlah dan jika masih lagi merasa hebat dengan cara pentadbiran PR itu dh bagus, lihatlah nanti bila sampai PRU13 akan tiba. 
Rakyat akan menjadi HAKIM.


Mar 11, 2011

MUNGKIN REBUNG DAH MENJADI BULOH.

“kacang lupakan kulit” setelah itu pula mereka melakukan “makan kacang, kulit buang berselerak”.




Sikap Tamak dan tidak berpendirian, akibatnya nama parti  menjadi buruk. Memperjuangkan hak kebenaran untuk rakyat, hinggakan rakyat menaruh kepercayaan penuh pd PRU12 di kebanyakan beberapa buah negeri jatuh kekepimpinan kerajaan baru. Oleh kerana ramai pimpinan dalam parti tidak memiliki Nawaitu sempurna, maka bnyak berlaku seperti “kacang lupakan kulit” setelah itu pula mereka melakukan “makan kacang, kulit buang berselerak”.
Bergelarkan saja rakan seperjuangan, tetapi langsung tidak sepertimana Bersih, Cekap dan Amanah. Rata-rata yang dilihat cakap tidak serupa bikin. Slogan itu dtgnya dari Dr Mahadzir (mantan PM) dulu. Pimpinan pembangkang semua bersetuju mengatakan slogan itu tidak jujur kepada rakyat. Apa yang berlaku pada ketika ini kenyataan itu terpalit kepada pimpinan PR sendiri.
Banyak contoh yang dapat dilihat sepertimana salah1Malaysianya kepada Gobalakrisnan (MP Padang Serai) yang keluar parti dan membuat kenyataan bongkak, sedangkan beliau memiliki kuasa untuk menyuarakan pendapat dalam parti untuk kebaikan kerana hak kepentingan rakyat.

KALAULAH GOBALAKRISNAN BEGINI, BAGAIMANA MP YG LAIN PULA? Jng pecah tembelang setelah mereka tidak sehaluan.

(Dari malaysiakini) Selepas 'diserang' ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di Parlimen semalam, PKR 'menyerang balas' hari ini dengan mendakwa bekas rakan seperjuangan mereka itu telah dibayar untuk meninggalkan parti pembangkang dan menyerang kepimpinannya.

NONEPKR mengulangi pendiriannya bahawa tindakan wakil rakyatnya keluar parti, adalah didorong oleh insentif mewah yang tidak mungkin mereka perolehi jika kekal di dalam parti itu.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution (kanan) menyifatkannya
sebagai satu godaan yang mendorong mereka menjadi mangsanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, beliau berkata, mereka ini kemudiannya mencipta pelbagai alasan yang tidak berasas untuk menjustifikasikan pengkhianatan mereka itu.

Begitu juga, kata Saifuddin, dengan ahli parlimen Padang Serai yang juga keluar dari parti itu.

NONEYang anehnya, dakwa beliau, secara tiba-tiba, Gobalakrishnan dapat membayar pajakan RM1,402,250 untuk Embun Megah Sdn Bhd dialamatkan 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort Kedah - yang didakwa Saifuddin milik ahli parlimen itu - kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.

Bayaran itu, dakwanya lagi, telah dibuat melalui dua cek lewat tarikh Bank Hong Leong Bank - satu bertarikh 12 Januari 2011 berjumlah RM700,000 dan yang satu lagi bertarikh 15 Mac 2011 berjumlah RM701,250, kata Saifuddin, sambil menunjukkan salinan fotokopi cek tersebut kepada pemberita.






Mar 8, 2011

AGONG BERTITAH UNTUK SIAPA????

Adakah pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai kerajaan serta pimpinan akar umbi dan rakyat jelata boleh MENGHORMATI dengan titah Tuanku Agong?


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah dan memandang berat kecenderungan pihak-pihak tertentu membangkitkan isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara yang tidak sepatutnya.
Menurut baginda, soal kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain meliputi hak kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak harus dipersoalkan bagi mengelak perpecahan.

LAGI. beliau bertitah..
"Beta menyeru semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan," titah baginda semasa merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen hari ini 7 feb 2011.
Tuanku Mizan menyeru semua pihak agar memberi sokongan padu dan keyakinan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di negara ini
Seri Paduka turut menyeru semua pihak agar sentiasa mengekalkan keharmonian serta maruah negara dengan menjadi warga yang bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sayugia diingatkan bahawa perbuatan fitnah memfitnah yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang oleh semua agama. Ambillah iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah," titah baginda.

Kepada ahli Parlimen, Tuanku Mizan mengingatkan mereka sentiasa mempamerkan tingkah laku terpuji dan berbahas dengan tertib dengan menyumbangkan pemikiran yang bernas serta sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Ingatlah rakyat sentiasa menuntut perkhidmatan yang terbaik dari setiap pemimpin yang mereka pilih," titah baginda