“kacang lupakan kulit” setelah itu pula mereka melakukan “makan kacang, kulit buang berselerak”.
Sikap Tamak dan tidak berpendirian, akibatnya nama parti menjadi buruk. Memperjuangkan hak kebenaran untuk rakyat, hinggakan rakyat menaruh kepercayaan penuh pd PRU12 di kebanyakan beberapa buah negeri jatuh kekepimpinan kerajaan baru. Oleh kerana ramai pimpinan dalam parti tidak memiliki Nawaitu sempurna, maka bnyak berlaku seperti “kacang lupakan kulit” setelah itu pula mereka melakukan “makan kacang, kulit buang berselerak”.
Bergelarkan saja rakan seperjuangan, tetapi langsung tidak sepertimana Bersih, Cekap dan Amanah. Rata-rata yang dilihat cakap tidak serupa bikin. Slogan itu dtgnya dari Dr Mahadzir (mantan PM) dulu. Pimpinan pembangkang semua bersetuju mengatakan slogan itu tidak jujur kepada rakyat. Apa yang berlaku pada ketika ini kenyataan itu terpalit kepada pimpinan PR sendiri.
Banyak contoh yang dapat dilihat sepertimana salah1Malaysianya kepada Gobalakrisnan (MP Padang Serai) yang keluar parti dan membuat kenyataan bongkak, sedangkan beliau memiliki kuasa untuk menyuarakan pendapat dalam parti untuk kebaikan kerana hak kepentingan rakyat.
KALAULAH GOBALAKRISNAN BEGINI, BAGAIMANA MP YG LAIN PULA? Jng pecah tembelang setelah mereka tidak sehaluan.

(Dari malaysiakini) Selepas 'diserang' ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di Parlimen semalam, PKR 'menyerang balas' hari ini dengan mendakwa bekas rakan seperjuangan mereka itu telah dibayar untuk meninggalkan parti pembangkang dan menyerang kepimpinannya.
PKR mengulangi pendiriannya bahawa tindakan wakil rakyatnya keluar parti, adalah didorong oleh insentif mewah yang tidak mungkin mereka perolehi jika kekal di dalam parti itu.
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution (kanan) menyifatkannya
sebagai satu godaan yang mendorong mereka menjadi mangsanya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, beliau berkata, mereka ini kemudiannya mencipta pelbagai alasan yang tidak berasas untuk menjustifikasikan pengkhianatan mereka itu.
Begitu juga, kata Saifuddin, dengan ahli parlimen Padang Serai yang juga keluar dari parti itu.
Yang anehnya, dakwa beliau, secara tiba-tiba, Gobalakrishnan dapat membayar pajakan RM1,402,250 untuk Embun Megah Sdn Bhd dialamatkan 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort Kedah - yang didakwa Saifuddin milik ahli parlimen itu - kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.
Bayaran itu, dakwanya lagi, telah dibuat melalui dua cek lewat tarikh Bank Hong Leong Bank - satu bertarikh 12 Januari 2011 berjumlah RM700,000 dan yang satu lagi bertarikh 15 Mac 2011 berjumlah RM701,250, kata Saifuddin, sambil menunjukkan salinan fotokopi cek tersebut kepada pemberita.

No comments:
Post a Comment