ERTI BERMARTABAT
Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...
BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan...
BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...
BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,
CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...
dari TIADA kepada ADA...
dari SUSAH kepada SENANG...
dari SEDIH kepada GEMBIRA...
dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA...
dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...
mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...
dari NEGATIF kepada POSITIF???
dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK....
hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..
Jun 1, 2013
DEMOKRASI BERPARLIMEN, RAJA BERPERLEMBAGAAN. ANWAR PERJUANGKAN APA?
Salam sempena tarikh 1 Jun 2013, kerana lama Hanyar tidak menulis di halaman usang ini, secara tuntasnya Hanyar coretkan apa sahaja yang terfikir dikotak naluri hati. Buat sahabat yang melawat laman ini, Hanyar m,engucapkan ribuan terima kasih dan selamat membaca.
Pikir-pikir, teringat pulanak menulis pasal politikus Anwaq.
Siapakah gerangan yg menggegarkan politik Malaysia hingga memberi kemenangan yg luar biasa dengan 82 kerusi Parlimen kepada pembangkang pada PRU 12? Dan PRU13 bertambah 7 kerusi Parlimen, serta pengundi kaum Cina solid menaruh harapan kepimpinan Anwaq. Tak lain dan tak bukan ialah Anwar Ibrahim. Tembok penjara yang pejal tidak dapat menahan gemuruhperjuangan untuk memburu kuasa dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Kalau tahun 1999 para penyokong Anwar menjaja gambar mata lebamnya yang dipukul bekas Ketua Polis Negara, (Rahim Nor), kini Anwar sendiri lahir ditengah-tengah suararakyat untuk meminta pembelaan, dan menghanyutkan kepimpinan Barisan Nasional yang super laih, tapi super gila nafsu untuk mengekal kuasa yang dipinjamkan Allah.
Anwar buat gempaq menyatakan lebih 30 wakil rakyat Barisan Nasional akan melompat. Kalau ini berlaku ketika itu, pociklah Pok Lah dan Najib hendak terus berkuasa hingga kini.Maka jatuhkan kerajaan Barisan Nasional kalau ia gagal mempertahankan 112 kerusi Parlimen yang mempunyai 222 orang wakil rakyat semuanya. Haha.. tidak ada harapanlah menantu Najib yang sekarang ni menjadi Menteri serta Zahid terus menjadi Menteri komidi.
Rupa-rupanya gempaq Anwar kecemasan yang amat tidak gemilang lagi tidak terbilang bagi Pok Lah dan Najib. Seperti biasa Najib akan menari dan bercakap menurut rentak bosnya kerana ingin menunjulkan kesetiaan yang kononnya tidak berbelah bagi. Dulu sudah ada ura-ura pembangkang hendak membawa usul undi tak percaya terhadap Pok Lah. Kecut segala-galanya. Walaupun usul itu tidak dibalas dalam Parlimen tidaklah bermakna undi tidak percaya tidak boleh diulang semula.
Mereka(BN) menganggap Anwar hanya gempaq dan tidak dapat mempengaruhi wakil-wakil rakyat, khasnya dari Sabah dan Serawak, melompat. Akhirnya Pok Lah yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketika itu. Senyum sumbinglahNajib dan isteri tercintanya yang dikenali berlagak bakal isteri Perdana Menteri.
Antara maruah dan kuasa Pok Lah dan Najib bernafsu besar memburu dan mempertahankan kuasa. Tanpa kuasa mereka seperti singa tua yang boleh mengaum tetapi tidak ada gigi untuk membaham mangsa.
KESIMPULAN YANG AKU NAK CERITA.
Musuh utama Najib dan BN, lebih-lebih lagi Mat Ded, ialah Anwar Ibrahim. Puak UMNO sanggup membenamkan perselisihan demi menghadapi ancaman dari Anwar yang pernah mereka angguk dan enggeh pada satu ketika dulu. Mereka tahu sukar bagi mereka hendak menentang seorang tokoh yang lebih matang buah fikiran, lebih kaya dengan pengalaman hidup menjadi mangsa kerakusan dan kebuasan politik. Mereka menghadapi tekanan jiwa yang cukup parah hendak menghadapi cabaran dan gugatan Anwar.
Mereka gabra menghadapi Anwar kerana dia bukan pemimpin politik kampongan yang hidup atas ampuan, julang-menjulang, pujian melangit untuk sekadar mendapat sedikit upah.
Anwar dibesarkan dalamapi perjuangan yang tidak kunjung padam. Dia lahir ditengah-tengah banjiran air mata rakyat yang inginkan perubahan yang menjamin hak hidup kebebasan, hak asasi manusia dankeadilan untuk semua seperti yan dituntut semua agama.
Sebenarnya rakyat mengkagumiAnwar, termasuk juga ahli-ahli UMNO yang berjiwa merdeka, kerana beliau merupakan seorang politikus bertaraf antarabangsa. Sebut sahaja nama Anwar Ibrahim dikalangan pemimpin dunia banyak yang mengenalinya dan tahu perjuangannya.
Walaupun kini dia seorang pemimpin pembangkang namun penghormatan dan sanjungan yang diberikan oleh para pemimpin dunia di Amerika, Afrika, Timur Tengah dan Asia tidak pernah luntur kerana dia bukan seorang Timbalan Perdana Menteri.
Anwar, anda suka atau tidak, dia tetap terkenal sebagai seorang pejuang politik yang gigih mempertahankan hak dan kepentingan rakyat. Inilah Anwar yang dunia mengenalinya. Dan inilah Anwar yang rakyat Malaysia dari berbagai suku kaum mengaguminya.
Aku mengharapkan hari ini pelapis seperti Adam Adli, Safuan Anang, Khalid Mohd Ismat dan beberapa orang yang lain lagi yang aku tidak sebut, contohilah seperti perjuangan Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment