ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 26, 2008

UNTUK SEMUA BLOGGERS!!![Perisik-Rakyat] [Perisik Rakyat®] PERHATIAN UNTUK SEMUA BLOGGERS!!!

Tandakan mesej ini

[Perisik-Rakyat] [Perisik Rakyat®] PERHATIAN UNTUK SEMUA BLOGGERS!!!

Khamis, 25 Disember, 2008 18:38
Daripada:



Kali terakhir kita berjaya sebab bersatu bila surind mula mempermainkan Islam dalam blognya dan kali ni aku mintak tolong semua blogger, tak kira pro UMNO ka, PKR ka, PAS ka, MIC ka, MCA ka, SAPP, DAP ka asalkan hangpa Islam...

Macam hari tu jugak, moh kita sama-sama Flag kan blog ni http://adibahahmad.blogspot.com/.

Untuk sesape yang rajin (aku tak dak kemudahan sangat nak gerak mana-mana) ni ada sikit maklumat pasai budak ni (tolong baca sampai habis) :-

Adibah Ahmad
About Me

I am open minded, modern thinking,fun loving individual, like to challenge all the old thoughts, call me at 03-5566 3800 if you are one of me.

PERHATIAN : aku tak fikir budak ni buat sendiri blog ni sebab kalau ikut lojik, orang yang gila buat blog macam ni TAK KAN BERANI NAK LETAK MUKA & NI PHONE DIA DEKAT BLOG dan jugak blog ni baru je bukak 24hb.Disember, 2008... tak sampai seminggu lagi.

Jadi aku simpulkan bahawa budak ni mungkin kena pedajal dekat sape-sape.

Mana-mana yang ada kemudahan tak payah call kalau nak cakap dengan dia. aku dah call banyak kali dah, dia tak mau cakap.

Jadi, penyelesaian ialah, buat report polis dulu, kendian pegi opis dia dengan polis untuk penjelasan. kalau betoi dia kene pedajal, kita bantu dia, kalau bukan kena pedajal, serah dekat polis terus.

Bertindak sekarang geng...!!! (korang tau macam mana nak flag kan???)



BANGSA MELAYU zaman sekarang....

26 December 2008

Anak Melayu dah Teruk

Assalamualaikum Semua

Semalam merupakan hari cuti untuk semua warga Utara, saya mengambil
kesempatan untuk membawa anak-anak untuk berjalan – jalan di Bandar
Sungai Petani. Saya pergi ke Central Square iaitu sebuah Pusat membeli
belah yang sentiasa menjadi tumpuan warga utara dan pekerja asing.
Tujuan saya menulis kepada Kedah Lanie ialah saya ingin memaklumkan
tentang betapa teruknya BANGSA MELAYU zaman sekarang,dimana anak-anak
malayu sedang mengalami keruntuhan akhlak yang serius. Kebanyakan
anak-anak muda dari kampung-kampung yang keluar ke Bandar dan sanggup
menipu mak bapak , yang kebanyakkanya dari keluarga yang berpendapatan
rendah.

Saya membawa keluarga untuk bermain bowling di tingkat lima, dimana
ditingkat itu ada macam-macam yang disediakan seperti Panggung Wayang,
permainan Video , bowling dan tempat makan.

Selepas bermain bowling saya pun mengajak keluarga makan di sebuah
restoren di sebelah panggung wayang.Saya lihat ramai orang yang sedang
menikmati makanan disitu, terutamanya yang sedang bercinta. Mereka
sudah tiada lagi perasaan malu di mana mereka tanpa segan silu
berpelukan dan bercium. Dan lebih malang lagi disuatu sudut lain ada
anak-anak melayu yang sedang menghisap ganja bersama rakan-rakan dan
teman teman wanita mereka. Mereka membalut rokok daun sebesar ibu jari
tangan dan semua mereka hanya berkongsi sebatang rokok daun itu
sahaja. Dan saya tak syak lagi sudah tentu ganja, sebab dari cara dan
gerak geri mereka seperti orang yang dalam ketakutan. Dan rokok pun
sorok bawah meja.

Harapan dari saya, agar pihak berkuasa perlu satu tindakan dengan segera.

(Gapena) tetap mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan .........

Bahasa Inggeris: Gapena tetap mahu saman, perhimpunan 15 Februari

PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) tetap mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan jika meneruskan dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Sehubungan itu badan tersebut menjelaskan, 31 Disember ini bukan bukan tarikh akhir sebenar yang diberikan kepada kerajaan berhubung pendiriannya.

Ketua 1 Gapena, Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, tarikh 31 Disember bukanlah tarikh akhir badan meneruskan perancangannya menggunakan perundangan sebagai langkah susulan.

"Kita masih berbincang dengan teman-teman dari bidang perundangan mengenai cara yang bagaimana boleh kita gunakan untuk selesaikan isu ini.

"Kita juga masih tunggu keputusan kerajaan sama ada teruskan atau tidak dasar ini, tapi jika mereka teruskan maka kita akan tetap akan ambil tindakan undang-undang," katanya kepada mStar Online.

Selasa lalu, Ketua 2 Gapena, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar menegaskan Gapena tidak berganjak dengan ketetapannya untuk mengambil tindakan undang-undang sewajaranya jika Kementerian Pelajaran meneruskan dasar itu yang dilaksanakan sejak enam tahun yang lalu.

Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran keduadua subjek itu kepada bahasa Malaysia.

Ismail menjelaskan, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Gapena hari ini akan turut membincangkan mengenai tindakan susulan mereka bagi menangani isu ini.

Ismail turut menjelaskan bahawa Gapena masih belum berpuas hati dengan kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang akan mempertimbangkan mengenai pelaksanaan dasar tersebut.

"Kenyataan menteri itu masih belum memuaskan kerana kami mewakili budayawan Melayu tidak bersetuju dengan langkah kerajaan ini.

"Kalau hampir semua budayawan di negara ini keberatan dengan dasar ini, maka sudah pasti ada sesuatu yang kami dikuatiri," katanya.

Beliau turut berharap agar kerajaan menimbangkan pandangan golongan budayawan yang mahukan pengajaran subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Malaysia.

Ditanya mengenai perancangan susulan Gapena jika kerajaan menagguhkan untuk keputusan mengenai perkara ini, beliau berkata, gabungan itu juga sedang merangka untuk mengadakan satu perhimpunan khas bagi menyuarakan bantahan.

"Kita rancang untuk adakan satu perhimpunan pada 15 Februari depan.

"Pilihan tarikh berkenaan adalah simbolik kepada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya.

Bagaimanapun jelasnya perkara itu masih berada dalam peringkat perbincangan.

Dec 25, 2008

SEBENAR NYA .... FARID NI KENA TIKAM DARI BELAKANG,,,,

NAK MP, DIBERI CALUN. KUASA NAJIB PUNYA ANGKARA. NAK BLOG DIBERI BLOG. DALAM BLOG ADA CERITE.


251208. BELUM pun berlangsung hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, paluan gendang dan suara menentang calon pilihan Presiden Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh ligat kedengaran sana-sini.

Biarpun media arus perdana setiap hari memainkan propaganda ke atas PAS berikutan masih belum mengumumkan nama calonnya, namun 'najis yang melekat' kepada calon Umno terus diperkatakan membayangi perihal sebenar kekalutan dalam Umno.

Pemilihan Wan Farid yang diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 20 Disember lalu tidak berjaya 'mengamankan' kelompok yang bertelagah.

Sumber ahli Umno di Kuala Terengganu menyatakan, sebenarnya Wan Farid telahpun ditentang sejak sebelum hari pengumuman calon.

Sumber mengakui, ahli umno dan jentera pilihan raya umum Mac lalu masih 'bengang' dengan sikap Wan Farid yang dilihat hanya menjadi 'elit' tetapi tidak membantu kempen.

Pemilihan Wan Farid juga dilihat oleh kelompok penyokong Ketua Puteri Umno Terengganu, Nordiana Shafie sebagai 'sabotaj' kerana kononnya Wan Farid yang menjadi dalang hingga Nordiana tidak dilantik sebagai senator semula.

Nordiana sendiri pastinya mengidamkan akan dicalonkan kerana 'signal' berikutan tidak dilantik sebagai Senator untuk penggal yang kedua dilihat sebagai langkah untuk mencalonkan beliau.

Namun segalanya meleset bagi Nordiana, akhirnya 20 Disember lalu Wan Farid pula yang dipilih sebagai calon paling rapat dengan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Paling dibimbangi beberapa tokoh yang juga pemimpin Umno Terengganu dikatakan berkira-kira untuk mengenakan Wan Farid dan dalam bahasa lain, 'sabotaj' rakan baik menantu PM itu pada 17 Jan ini.

Wan Farid juga pastinya 'tahu' perkembangan ini, namun 'alang-alang' telah dicalonkan dan mandat telah diberikan Presiden Umno, beliau pastinya akan menggunakan kesempatan untuk mendaki.

Namun Wan Farid pastinya bakal tidak tersangka akan perubahan yang sebenarnya berlaku dalam Umno mutakhir ini dimana ahli Umno seperti dalam pilihan raya umum lalu mampu melakukan perubahan untuk tidak mengundi calon Umno jika tidak kena dengan selera mereka.

Lihat sahaja fakta dalam pilihan raya umum lalu ahli Umno secara 'borong' memangkah calon Pakatan Rakyat untuk menzahirkan kemarahan kepada Umno yang hancur kerana ditadbir Abdullah Ahmad Badawi dengan nasihat 'tingkat 4'.

Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui senario yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu yang akhirnya menjerumuskan Umno kepada keparahan.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu mungkin akan mengulangi senario yang sama, pastinya kubu kuat Umno itu bakal disabotaj oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan pemilihan Wan Farid.

Angin perubahan sudah mula bertiup, kalangan pemimpin bawahan Umno di Kuala Terengganu sudah mula mengkritik dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

Seperti kata seorang pemimpin Umno tempatan, BN harus mempertimbangkan kekuatan PAS di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN): Batu Burok, Ladang dan Wakaf Mempelam.

"Ruang untuk menang ada tetapi kena kerja kuat. Tetapi ketika ini peluang adalah 50-50," katanya.

Malah BN juga perlu memikirkan faktor lain seperti pengundi atas pagar dan pengundi Cina.

Paling menjelekkan mata pengundi pastinya personaliti Wan Farid yang dianggap "elit" menyebabkan calon itu sukar mendapat sokongan pengundi kampung.

Pengundi juga dikatakan mula membandingkan Timbalan Menteri Dalam Negeri itu dengan bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu Dato' Razali Ismail, yang diibaratkan "langit dengan bumi".

INFO AGAMA

Pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya...

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2.Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3.Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia


Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan tadi:


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185


KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179


KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab : " Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab : " Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab : ' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


Dec 24, 2008

AKU PUN BUKAN BUGIS MUDAH LUPA..........

Aku bukan melayu mudah lupa .ko orang ??????












Foto ini khas untuk mereka-mereka yg baru berjinak dengan parti keadilan.ingat di mana kamu ketika pemimpin kamu di perlakukan sebegini dulu.
Adakah ahli keADILan lupa?
Adakah pemimpin keADILan lupa?
Adakah reformis lupa?
Adakah orang umno lupa?
Adakah polis lupa?
Adakah orang melayu lupa?
Adakah keluarga DSAI lupa?
Adakah Dato Seri Anwar lupa?
Tetapi-tetapi tidak jk. BUGIS NI PUN SAMA GAK.
Tak ketinggalan juga, adakah orang cina, india, asli lupa?

Eh... yang lepas jangan di kenang, kepala bapak ko orang, atok laki mak kau. Dia kena hentam teruk sorang-sorang senang je suruh lupakan. Sampai matipun tak akan jamil lupakan. Aku pun.

............................KESIANNYE,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Dec 24, 08 10:48am

Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Abu Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - menyertai PAS hari ini.

abu zahar hashim umno pasBeliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.




RUMAH KE RUMAH MEMBAWA FITNAH....

-- Jentera Pemuda UMNO Terengganu akan menggunakan pendekatan kempen “rumah ke rumah” bagi mendekati pengundi bagi memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kekal milik Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangannya, Razali Idris berkata melalui pendekatan tersebut pihaknya bukan sahaja dapat menerangkan misi dan visi BN malah menceritakan kisah sebenar Pas yang selama ini berselindung di sebalik perjuangan Islamnya.

Jelas beliau kempen tersebut bukan berbentuk fitnah atau tuduhan liar sebaliknya bersandarkan kepada banyak fakta dan bukti.

"Pas tidak perjuangkan negara Islam. Mereka hanya mengabui mata rakyat di kampung-kampung sedangkan di dalam Parlimen mereka tidak sedikit pun memperjuangkan negara Islam."

Aku cukup-cukup setuju dengan pendakatan yang cuba diambil oleh pemuda UMNO Malaysia. dekati pengundi dengan fakta dan bukti.

Cadangan aku untuk Pemuda UMNO :-

Terangkan jugak pada para pengundi dengan fakta dan bukti bahawasanya yang menghalang PAS dari menegakkan undang-undang Islam di Kelantan dan juga Malaysia selama ini ialah KERAjaan yang diketuai oleh UMNO.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana Kerajaan PAS Kelantan diugut oleh KERAjaan pusat pimpinan UMNO akan diambil tindakan dibawah akta Darurat sekiranya Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang hudud.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana wang royalti yang sekian lama dinikmati oleh Negeri Terengganu sejak lama dahulu dirampas oleh KERAjaan pusat pimpinan UMNO sebaik sahaja tampuk pemerintahan bertukar pada PAS pada tahun 1999.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti kemana dan bagaimana wang royalti milik negeri Terengganu dibelanjakan selepas ianya dirampas dari rakyat Terengganu.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti kemana hilangnya wang royalti milik negeri Terengganu hilang semasa pemerintahan KERAjaan UMNO pimpinan Idris Jusoh.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana tindakan bodoh KERAjaan menaikkan harga minyak telah membebankan rakyat golongan sederhana dan bawahan.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana keadaan rakyat sekarang selepas 7 kali penurunan harga minyak. adakah semakin baik atau tidak berubah, masih terbeban?

Sebenarnya, kebodohan KERAjaan UMNO menaikkan harga minyak secara mendadak pada pertengahan tahun tempohari dah banyak merosakkan kehidupan rakyat Malaysia terutamanya golongan sederhana dan rendah.

Bagi aku, penurunan harga minyak sebanyak 7 kali sikit pun tak membantu. masa harga minyak naik, harga barangan pun naik mendadak. bagi hangpa yang ada motosikal & kereta, kira ringan la jugak (walaupun sikit) sebab hangpa dapat jugak rebet.

Aku yang tak dak kenderaan ni dapat apa? aku macam jugak rakyat Malaysia yang lain-lain yang tak dak kenderaan cuma dapat beban. sebab apa kami dapat beban?

Sebabnya ialah, bila harga minyak naik, harga barangan pun sama jugak naik mendadak. kami membeli barangan keperluan dengan harga yang tinggi lepas kenaikan harga minyak. belanja bulanan kami naik mendadak sebaik harga minyak dinaikkan oleh KERAjaan.

Korang pergi la dekat pasaraya atau pasar atau mana-mana kedai. bukan korang tak tau harga susu anak naik berapa RM lepas bulan 7? bukan korang tak tau harga barangan dapur naik berapa RM lepas bulan 7?

Kami yang tak dak kenderaan ni langsung tak rasa ringan walaupun harga minyak dah turun sebanyak 7 kali. apa yang KERAjaan buat untuk kurangkan beban kami? sdelama ni KERAjaan dok bangga sebab berjaya turunkan harga minyak sebanyak 7 kali tapi hakikatnya kalau harga minyak turun sebanyak 800 kali pun kesannya pada kami hanyalah pada "seronok harga minyak turun" tapi pada kos belanja bulanan, kami tak dapat apa-apa faedah pun.

Jadi UMNO tak payah la nak bangga sangat dengan cerita harga minyak ni. hangpa-hangpa yang ada kenderaan sendiri memang seronok bila harga minyak turun, tapi kami yang tak dak apa-apa ni cuma mampu "sakit hati" je.

Ramai yang fikir beban rakyat semakin berkurang dengan penurunan harga minyak tapi hakikatnya ialah, beban korang-korang yang ada kenderaan je yang berkurang. kami masih membayar harga yang tinggi untuk menanggung anak bini kami dan KERAjaan pusat yang ada sekarang tak pernah peduli dan tak pernah sedar kewujudan kami.

Setakat ni KERAjaan pusat cuma berlakon konon mendesak supaya harga barangan keperluan diturunkan sejajar dengan penurunan harga minyak, tapi itu cerita 2 minggu lepas. sekarang mana suara desakan-desakan tu? KERAjaan pusat lebih tertarik untuk bantu golongan berada di bukit antarabangsa daripada kami-kami yang berpendapatan "sikit" ni.

Apa yang kami nak seronok? apa yang orang Kuala Terengganu nak seronok? makcik-makcik ngan pakcik-pakcik boleh bagi tau pemuda UMNO yang nak kempen dekat rumah tu berapa kali dah harga barang dekat pasar turun... harga ayam berapa kali turun? harga ikan berapa kali turun?

Aku tak yakin Pemuda UMNO yang kononnya nak "dekati pengundi dan terangkan dengan fakta dan bukti" berani nak cerita pasai ni. kalau depa cerita pun aku 100% yakin bahawa cerita tu hanya penuh dengan auta... seperkara lagi, aku rasa depa tak kan pi dengan tangan kosong kerumah para pengundi...

Kurang-kurang pun aku rasa 2-3 ratus mungkin akan jadi "umpan" untuk para pengundi. juallah maruah korang kalau korang rasa korang tak de harga diri. mungkin 2-3 ratus tu boleh kurangkan beban korang selama sepenggal lagi. sape tau kan?

Kebenarannya ialah - UMNO tak pernah pedulikan nasib rakyat Malaysia golongan sederhana dan rendah, UMNO tak kan bercerita yang benar... apa yang benar dalam UMNO? yang benar tentang UMNO satu perkara je... UMNO benar-benar tak guna..!