ERTI BERMARTABAT
Feb 5, 2009
OLIH;AFRAR YUNUS
Mohd Najib Tun Razak 56 tahun sudah tentu kelihatan lebih hebat dan kacak di mata isteri keduanya Rosmah Mansor biarpun wanita Monggolia Altantunya menjadi usikan dan dikaitkan dengan suaminya itu.
Apa tidaknya?
Mac tidak sampai sebulan lagi. Bulan itu bakal menyaksikan Najib ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam. Itupun jika Abdullah dan penyokongnya tidak membuat pusingan-u.
Anak bangsawan kelahiran Pahang itu menggantikan bapanya dikerusi parlimen Pekan Pahang ketika berusia 23 tahun. Sudah tentu banyak pengalamannya.
Rata-rata diperkatakan, sejak kelahirannya, Najib tidak pernah mengenal erti kesusahan. Kehidupannya, sama seperti anak-anak raja di istana.
Terbaru, peranannya di Perak yang mampu dan berdaya dalam percubaannya menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat sudah tentu dilihat sebagai permulaan yang sungguh berstamina oleh Rosmah.
Sebentar nanti, istana Perak akan membuat keputusan terhadap masa depan kerajaan Pakatan Rakyat yang berusia sebelas bulan itu. Samada membubarkan Dewan Undangan Negeri atau menerima kerajaan baru Barisan Nasional yang ditinggalkan Tajol Rosli yang malang.
Keputusan pilihan pertama sudah tentu akan melegakan PR. Pilihan kedua bakal merupakan
keputusan yang ditunggu-tunggu Najib dan BN serta Rosmah.
Bermakna dengan pilihan kedua, penghalang kerjaya politik suaminya iaitu sudah pastinya Anwar Ibrahim, Ustaz Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Karpal Singh dilihat kecundang sebagai pemimpin berwibawa.
Bagi Rosmah dan Najib, sokongan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dalam isu ADUN di Perak sungguh melegakan. SPR seperti bapa angkat mereka berdua. Lagipula, belotkah rasuahkah, bukankah itu namanya politik ala-Malaysia.
Apa yang lebih penting ialah harapan menuju ke Putrajaya terlalu tinggi. Sudah pasti Najib dan Rosmah mengimpikan mereka berdua lebih dulu memijak kaki ke sana. Bagi mereka, "Anwar dan Pakatan Rakyat apa ada?"
Tercungap-cungap dan tak berstamina agaknya.

Komitedlah Pada Perjuangan... - malaysiakini
Salam semua…Ini adalah kali ketiga UMNO menjalankan cara tipu daya nak mengambil kuasa.. kali pertama tahun 1961 ketika kerajaan Kelantan PAS memerintah.. 4 orang ADUN PAS mereka culik selama sebualan. tetapi rancangan ini tak berjaya.. kali kedua kat Terengganu kektika PAS memerintah dengan majoriti kecil juga, mereka culik arwah Dato’ On dan mereka berjaya menyebab mereka dapat mengambil alih Terengganu.
kali ketiga kali ini pula berlaku kepada kerajaan negeri Perak.. Apa pun ikut pada segi teori mereka masih belum lagi dapat kuasa sehingga menunggu perkenan Sultan, mengikut apa yang dicerita oleh Sifu aku sebentar tadi selepas MB Nizar betemu pada pukul 4 ptg tadi, beliau telah menerangkan kepada Sultan dari seluruh aspek, dan Sulta pun mendengarnya dengan membuatkan Sulta meminta tangguh, akhir sekali bila MB Nizar nak keluar Sulta mengingatkan MB Nizar dengan membaca ayat “Innallah ha maas sabirin.” Apa maksud sultan hanya Allah saja yang maha mengetahui niatnya… Selepas itu pada jam 6.00 Najib pula pergi mengadap.. dan dengar ceritanya itu pun Sultan minta tangguh dulu untuk melihat dari segi aspek perundangan.. wallahhuaklam katanya.. tapi aku dah bertekad kalau Sultan Azlan mengikut kata UMNO dengan tidak membubarkan DUN maka pada setiap Jumaat doa dalam Khutbah keduanya aku tak kan mengaminkan doa untuknya..berdoalah hangpa kalau hang nak berdoa kat dia.. INI TEKAD AKU.. Bagi aku Raja yang adil raja disembah.. kalau raja macam UMNO juga pigirahhhhhh.
Apa pun nasihat sifu aku apa pun terjadi itu ada hikmahnya.. mana tau mungkin lebih baik kita jadi pembangkang pula..ini semua kerja ALLah, hanya DIA yang mengetahui segala-galanya.
"RAKYAT HAKIM NEGARA"
Program Munajat dan Perhimpunan Rakyat Menyokong kepimpinan MB Perak, Dato Seri Ir Nizar pada hari ini KHAMIS.. 5 februari Jam 7 malam Bertempat dikediaman Rasmi MB Perak,Ipoh.
Turut hadir Dato Seri Anwar Ibrahim dan Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat...
Semua RAKYAT dijemput hadir..
Disatu sudut perkembangan untuk PAS terang lagi nyata.. Orang DAP pun ada belot, begitu juga PKR… jadi yang taat setia ADUN PAS.. Tahniah PAS.. Sebentar tadi seorang Ahli Keadilan Lumut, bekas (Wakil Calun Parlimen PKR Lumut) dah minta borang PAS nak jadi ahli PAS pula.. alhamdulillah,, mereka dah nampak mana yang jelas perjuangan..
-Manjung Mari
Feb 4, 2009


Wednesday, February 4, 2009
Isu Perak : 4 pilihan Sultan Perak untuk rakyat Perak ?
..kerajaan Perak masih lagi kerajaan Pakatan Rakyat. Walaupun BN mendakwa ada lebih Adun tetapi selagi Tuanku tidak bubar DUN dan tiada persidangan utk mengemukakan usul x percaya, maka kerajaan negeri masih dibawah Pakatan Rakyat. Persidangan DUN akan bermula pada bulan 4 akan datang, masih ada masa untuk memperbaiki keadaan...Menukar kerajaan tidak semudah menukar isteri !!
Maka di tangan bagindalah sekarang untuk menentukan siapakah yang akan menerajui Negeri Perak untuk hari seterusnya. Keputusan Sultan Perak ini sangat besar maknanya berkebetulan baginda baru menyambut ulang tahun Jubli Perak pemerintahan baginda.
Situasi yang ada seperti inilah yang menjadikan baginda benar-benar berperanan sebagai pemerintah berdaulat dan tidak berpihak, yang akan dikenang dalam sejarah pemerintahan beraja di Malaysia.Baginda Sultan Perak mempunyai pilihan untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak sebagai yang dituntut oleh Menteri Besar sekarang.
Kuasa untuk memperkenankan pembubaran DUN itu terletak di tangan Baginda. Sekiranya baginda memperkenankan permohonan ini, baginda akan dilihat sebagai bertindak bijak untuk memberi semula mandat kepada rakyat untuk memilih siapakan yang bakal menerajui negeri Perak.
Namun begitu tindakan seperti ini bukanlah penyelesaian terbaik, kerana pilihan ini akan menyebabkan usaha untuk melompat akan terus berlaku di masa akan datang. Mana-mana kerajaan yang mendapat kepercayaan rakyat secara majoriti mudah akan sentiasa terdedah kepada ketidakstabilan dan rampasan kuasa secara tipuhelah jijik dan mual.
Pilihan yang lain, Sultan Perak boleh memperkenankan pembentukan kerajaan baru oleh BN. Sekiranya baginda memperkenankan pembentukan kerajaan baru ini, maka baginda akan dilihat berpihak malah akan dianggap dipergunakan oleh BN untuk menyempurnakan tipu helah yang jijik dan memualkan tersebut.
Baginda Sultan Perak yang terkenal dengan ketegasan dan kebijaksanaan tidak mungkin akan dipengaruhi dengan budaya politik tidak bermaruah yang diamalkan oleh BN. Sekiranya Baginda mengambil tindakan seperti ini, sejarah hitam akan terpalit kepada pemerintahan baginda, kerana bertindak untuk menyokong mereka yang mengkhianati kepercayaan rakyat Baginda.
Secara umum, rakyat baginda telah memberi mandat kepada PR untuk memerintah dalam PRU yang lalu.Sebagai Sultan yang bijaksana, Baginda boleh menjadi pendamai antara kedua pihak dengan mencadangkan pembentukan sebuah kerajaan campuran antara PR dan BN.
Pilihan ini lebih praktikal berbanding dua pilihan sebelum ini. Dalam konteks ini baginda sekali lagi memainkan peranan yang berkesan sebagai pemerintah sebenar kepada negeri Perak dengan menggunakan kuasa budi bicara mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih stabil melalui pembentukan kerajaan campuran tersebut.
Sekiranya kerajaan campuran itu berjaya dibentuk, kerajaan itu tidak mungkin tergugat lagi dengan permainan kotor politik. Sebaliknya masing-masing akan berusaha untuk menunjukkan prestasi terbaik bagi mendapat kepercayaan rakyat pada pilihanraya yang akan datang.Pilihan yang terakhir yang ada di tangan Baginda Sultan ialah mengekalkan Kerajaan Negeri yang sedia ada sebagai sebuah kerajaan minoriti.
Baginda mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian kerana Baginda boleh menggunakan budibicara baginda menyerahkan mandat kepada mana-mana pihak yang dilihat mendapat sokongan majoriti. Sokongan majoriti itu boleh jadi datang daripada ADUN dan boleh jadi datang daripada rakyat. Majoriti yang datang daripada rakyat diterjemahkan dalam PRU yang lalu, manakala majoriti yang datang daripada ADUN sentiasa boleh berubah berdasarkan lompat-melompat.
Oleh itu Baginda boleh menggunakan budibicara itu untuk mengekalkan kerajaan yang sedia ada. Sekiranya ini pilihan Sultan Perak, Baginda akan dilihat sebagai Sultan yang tegas. Malah lebih penting lagi akan menamatkan sejarah lompat-melompat parti yang telah berlaku sejak selepas merdeka.Latarbelakang Baginda sebagai Bekas Ketua Hakim Negara menjadi pentunjuk bahawa tidak mungkin pilihan kedua diambil. Baginda Sultan Azlan telah teruji untuk memutuskan keputusan yang adil semasa menjadi Ketua Hakim sebelum ini.
Baginda juga telah melihat bagaimana institusi kehakiman telah menjadi bahan ketawa apabila ketua-ketua hakim yang selepasnya menjadi balaci politik kepada pihak tertentu. Kali ini institusi istana pula menjadi perhatian, sedangkan Bagindalah yang sedang menjadi perhatian seluruh negara. Dengan pengalaman yang luas memberi keadilan semasa menjadi hakim, maka Baginda diyakini akan bertindak dengan saksama kepada situasi yang berlaku sekarang.

Bubar DUN atau tidak?
7.40pm.Visited 347 times, 347 so far today | By matsamankati | Category: Isi I
Nizar sedang berada diistana mengadap Sultan. Istana mana…tak tau.
Tapi sebentar tadi, kereta Sultan Perak masuk kepekan Kuala Kangsar menuju istana. Tak tau siapa didalam. Member-member di Ipoh kata Nizar tidak ada di Ipoh, so…besar kemungkinan mereka sedang berada di Istana Bukit Chandan.
Stay tune….mungkin sebelah petang nanti kita akan tau.
Tapi pengumuman sama ada bubar atau tidak, hangpa cari la kat Malaysiakini atau akhbar online lain. Aku tengah cari sorang lagi YB yang hilang.
Suspense!!Wednesday, February 04, 2009
Sultan Perak Perkenan Pembubaran DUN Perak? - malaysiakini
Khabar sahih...Sultan Perak telah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak. MB Perak akan mengadap Tuanku Sultan Perak jam 5ptg ni.
Tunggu PC dari MB Perak (lepas ni bekas MB Perak).
Sabar bah..

Wednesday, February 4, 2009
PRU Umum DUNdi Perak diketahui !
Pilihanraya Umum Di Perak dijangka akan diumumkan sebentar lagi..kira2 jam 1 petang atau paling lewat sebelum jam 3. Moga2 Allah bukakan hati baginda Sultan Perak untuk memberi perkenan. Allah hu Akbar !! Maaf kerana tidak dapat melaporkan sekerap yg mungkin kerana ada 'gangguan' teknikal kpd server blog yang tidak stabil. Harap Maaf !!
Wednesday, February 04, 2009
Hee Yit Foong Isytihar Tinggalkan DAP - malaysiakini
Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menulis surat, memaklumkan meninggalkan gabungan tersebut pagi ini...Sekian Terima Kasih...
Wa Caya Lu...!!!
Khak Ptuih...!!!
KEZALIMAN UMNO..

NAJIB BERTANGGUNGJAWAB KEHILANGAN 2DUN PERAK....
03/02/09 SELASA
Lebih kurang jam 10.30 malam diberitakan olih sahabat terdekat dengan Datok Nasaruddin, Datuk telah di culik olih sb umno.
Dimaklumkan 3 orang datang menjemput serta memberitahu Tuanku Sultan Perak minta mengadap dengan segera. Dengan lantas Datuk Nasaruddin menerima jemputan untuk mengadap, serta terus pergi bersama dengan iringan 3 orang tadi. Isteri Datuk Nasariddin sebagai saksi mendengar perbualan mereka.
Setelah Datuk Nasaruddin keluar pergi bersama mereka, dan isteri Datuk merasa curiga dan cuba menalipon Datuk.tetapi gagal. Isteri Datuk terus memberitahu semua kepimpinan perkara kehilangan Datuk Nasaruddin.
Sementara itu pula diberitahu juga seorang adun DAP(Tim Speker) tidak dapat dikesan.
Bermakna 2 DUN Perak hilang diculik olih umno zalim pada malam ini.