ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 9, 2009


Bukit Gantang bakal nilai penerimaan rakyat

FEB 9 – Nampaknya apa yang dihajati para pemimpin Pakatan Rakyat di Perak untuk menilai sokongan rakyat negeri itu kepada mereka menjadi kenyataan apabila anggota Parlimen Pas Bukit Gantang, Roslan Shaharum meninggal hari ini.

Dengan kematian ini, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Adalah dipercayai Speaker Dewan Rakyat secara rasmi akan memaklumkan kepada SPR berlaku kekosongan di kerusi Parlimen Bukit Gantang itu dan dalam masa 60 hari SPR dijangka akan mengadakan pilihan raya kecil.

Di Kedah, perletakan jawatan Adun PKR Bukit Selambau yang juga Exco kerajaan negeri, V Arumugan diterima, maka satu pilihan raya kecil juga terpaksa diadakan. Juga 2 ADUN, Lunas dan Kulim(pilihan terbaik)

Namun sehingga kini, beliau hanya membuat pengumuman di media sahaja ekoran tekanan kuat terhadapanya. Arumugan masih belum menyerahkan surat itu kepada PKR ataupun kepada Dewan Undangan Negeri.

Namun menurut sumber PKR, beliau menerima tekanan hebat dengan pelbagai cara agar meninggalkan PKR dan menyertai BN namun situasi beliau agak sukar untuk membuatkannya menyertai BN.

Ini kerana, kebanyakan penyokong beliau yang berada di estet dan berpegang kepada prinsip makkal sakhti tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku bahkan akan mengancam nyawa beliau jika menyertai BN.

Untuk itu, beliau dinasihatkan bercuti untuk mengelakkan tekanan itu.

Dengan kematian Roslan bermakna pilihan raya kecil akan berlaku di Perak. Ini juga bermakna, rakyat di Perak berpeluang untuk menghantar mesej mereka samada kerajaan Perak yang baru dibentuk diterima oleh mereka ataupun tidak.

Sebelum ini, ketika dua Adunnya hilang (Behrang dan Changkat Jering), kerajaan negeri Perak di bawah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, melalui Speaker telah memohon kepada SPR agar diadakan satu pilihan raya kecil.

Apabila sah kedua-duanya mahu menyokong BN dan ditambah seorang lagi Adunnya dari DAP keluar dari pakatan itu, Pakatan Rakyat telah memohon agar Dun Perak dibubarkan untuk membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan.

Namun Sultan Perak telah mengambil sikap untuk tidak membubarkan Dun tetapi menyerahkan kuasa kepada BN untuk membentuk kerajaan baru.

Episod di atas menampakkan kesediaan Pakatan Perak untuk menghadapi pilihan raya. Kini, dengan takdir Allah anggota Parlimennya meninggal dunia dan pilihan raya kecil akan diadakan.

Walaupun Roslan menang dengan undi yang memberangsangkan di Bukit Gantang iaitu dengan majoriti 1,566 undi dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan khasnya Pas tidak boleh mengambil mudah perkara ini.

Ini kerana, ketika mereka mahu menunjukkan rakyat Perak menyokong mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memimpin BN Perak kini akan berbuat apa saja untuk memastikan BN menang kali ini.

Ini kerana, kemenangan bermakna sokongan untuk kerajaan negeri yang beliau bentuk dan kekalahan bermakna penolakan rakyat Perak terhadap kerjabuat beliau itu.

Kalau dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu ramai menolak ia adalah referandum untuk Najib, namun di Bukit Gantang, ia tidak boleh ditolak lagi.

Saya percaya, Dr Mahathir pun sukar untuk mengatakan ia bukan satu penilaian untuk Najib dan kerajaan baru Perak yang dibentuknya, walaupun di Kuala Terengganu dia masih lagi mengaitkan pilihan raya itu dengan Datuk Seri Abdullah dan bukan penilaian terhadap Najib sebagaimana yang dianggap oleh banyak pihak lain.

Melihat kepada cara Najib mengendalikan hal di Perak ini, BN khasnya beliau sendiri nampaknya sangat fobia dengan pilihan raya selepas menghadapi kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Sebab itulah, BN sekali-kali akan mengelak dari menghadapi pilihan raya.

Ini kerana, suasana yang ada di Perak sekarang benar-benar memihak kepada Pakatan Rakyat. Walaupun berlaku sedikit kesusahan ekoran kenyataan Karpal Singh yang meminta Anwar berundur dari memimpin Pakatan, namun di akar umbi sokongan kepada Anwar dan Pakatan makin kuat.

Seorang rakan saya yang membuat tinjauan ke Perak merumuskan perkara berikut:-

Di pihak Pakatan, hujjah mereka adalah:-

1) Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "tidak derhaka" dan Menteri Besar Pakatan Rakyat itu hanya mengikut undang-undang tubuh negeri.

2) Nizar masih lagi Menteri Besar Perak yang sah

3) Cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

4)Hanya pilihan raya bebas dan adil akan dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri Perak.

5) Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan mengosongkan pejabat rasmi menteri besarnya sebagai "rampasan kuasa yang biadap."

6) Ekoran itu, pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional.

Di pihak BN pula, media mereka terus dengan pendekatan berikut:-

1) Nizar ingkar titah Sultan.

2) Beliau telah menderhaka padahal dia hanya melaksanakan keputusan partinya iaitu Pas dan Pakatan.

3) Dia juga difitnahkan hendak menyaman sultan padahal yang menyaman adalah Karpal Singh.

4) Dia juga didakwa menganjurkan perhimpunan haram padahal yang berlaku adalah ekoran kemarahan rakyat terhadap apa yang berlaku.

5) Sultan juga didesak menarik balik gelaran Datuk Serinya.

Dalam situasi inilah pilihan raya kecil Bukit Gantang akan diadakan. Pilihan raya ini bermakna satu referandum diadakan untuk menilai penerimaan rakyat terhadap kerajaan BN yang baru mengambil alih kerajaan negeri Perak ini.

09 Februari 2009

Sembahyang jenazah jam 6.00 petang di Cangkat Larang, Batu Gajah.

Sembahyang jenazah Hj Roslan Sharom akan di adakan di Changkat Larang, Batu Gajah 6.00 petang ini.Kepada yang ingin menziarahi sila hadir ke rumah beliau di tempat yang sama juga.

TERKINI;3.15PM Isnin. 9/feb/09

negeri kedah

Adun Bukit Selambau Kedah 15 minit lepas diberitakan telah meletak jawatan ADUN dan semua dikerajaan Negeri Kedah. Sikap beliau yang cintakan Negeri supaya aman dan bertanggung jawab, sanggup menerima hakikat walaupun salah laku beliau sejak beberapa tahun yang lalu.

Sementara itu juga masih ada 2 ADUN yang mengalami tekanan dari UMNO ZALIM untuk bersama mereka keBN. ADUN tersebut ialah Lunas dan Kulim.

Buat 2ADUN ini dinasihatkan letak jawatan sahaja, kebaikan rakyat bukan umno ZALIM.

Difahamkan juga Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam dan kini berada di luar negeri.

Peletakan jawatan Arumugam, jika disahkan hari ini, akan mengesahkan spekulasi sepanjang bulan ini bahawa beliau mahu atau dipaksa menyertai BN.

Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya.

Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan.

"Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polisnya itu.


Pakatan Rakyat memerintah selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi.

Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1).

Arumugam yang bertanding sebagai calon bebas, kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sbagai ahli exco kerajaan negeri

BERITA SELANJURNYA AKAN MENYUSUL NANTI.

09 Februari 2009.Siapakah barisan Exco kerajaan kudeta ? , selamat kembali ke PR.

Esok dikatakan hari akan diadakan angkat sumpah Exco Kerajaan kudeta. Pertelagahan mengenai siapa akan dilantik sebagai Exco semakin meruncing dalam keadaan tidak sampai 48 jam angkat sumpah berlangsung.

Sebelum itu pertelagahan mengenai kelayakan Pangkor sebagai MB kudeta masih belum reda dan ianya masih menjadi persoalan yang semakin kusut. Apa lagi penyokong kuat UMNO masih ingat dengan keterlibatan Pangk or dalam gerakan reformasi dan pernah ditahan ISA kerananya.

Berikut ini adalah jangkaan Exco yang bertiup kencang dan gambarnya tersiar dan akhbar Cina...


Kalau Hee Yit Fong turut dikatakan tersenarai sebagai salah orang yang dipilih, ke mana pula ADUN Behrang, Jamaluddin Md. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu.

Inilah yang dikatakan akan dilantik menjadi Exco ?

Kalau benarlah mereka berdua tidak terpilih sebagai Exco, malang lah nasib mereka, sudah jatuh ditimpa tangga. Dulunya Exco sudah melompat jawatan hilang, padahnya di caci dan di maki oleh pengundinya sendiri. Malah dianggap sebagai pengkhianat kepada pengundinya sehingga memporak peranda kerajaan Pakatan Rak

yat di P

erak.

Namun malang dan padah itu cuma sementara, Allah maha menerima taubat hamba-hambanya. Jasa mereka berdua akan disanjung tinggi kalau mereka sanggup kembali ke pangkuan Pakatan Rakyat.


Kembalinya usahlah di fikir masuk mana-mana parti,buang yang keruh ambil yang jernih. teruskan anda dengan parti bebas yang diumumkan tetapi beralih lah arah menyokong PR. Mudah-mudahan jawatan Exco yang saudara pernah pegang akan dikembalikan. Namun bukan hak saya dan sikap kami untuk menjanjikan sesuatu. Tetapi demi untuk menjernihkan suasana, menenangkan semua pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan anda, eloklah difikirkan langkah yang terbaik demi untuk menyelamatkan Perak yang kita kasihi.

Monday, February 09, 2009

Tiada Pilihanraya Kecil Di P-056...!!! - malaysiakini

Khabar angin bertiup kencang...

Khabarnya Pilihanraya Kecil tidak akan diadakan di P-056 demi mengelakkan pembaziran wang rakyat oleh kerana krisis ekonomi...

Gerombolan sedang memujuk pihak berkenaan di Villa Kinta supaya Pilihanraya Kecil tidak perlu diadakan...

Kata wakil Gerombolan Isteri Rosmah a.k.a hantu kopek, gunakan sahaja kuasa veto Yang Maha dan lantiklah sesiapa sahaja yang kami cadangkan... itu lebih mudah dan menjimatkan...

Gerombolan telah berjaya dengan taktik itu beberapa hari lalu, apa salahnya kalau digunakan lagi taktik ini buat kali kedua??? kata BikMama a.k.a hantu kopek a.k.a Suami Najib...

Yang Maha pening... tiba-tiba BikMama a.k.a hantu kopek a.k.a Suami Najib menyampuk lagi...

Yang Maha jangan bimbang... jam 3 nanti rakyat gerombolan akan datang menyatakan sokongan yang tak berbelah bagi dihadapan villa Kinta...

Seluruh rakyat Perak diminta bersabar... gerombolan sedang merancang strategi seterusnya... yang pasti, nama PILIHANRAYA KECIL memang amat menakutkan hatta bagi seekor HANTU KOPEK...!!!

09 Februari 2009

LANDSKAP POLITIK BARU....

Jam 11.30 pagi : MB di wawancara wartawan Wasilah.

Perak melahirkan landskap politik baru bagi Malaysia menyebabkan UMNO dan BN iri hati dengan melakukan kudeta. Demikian kenyataan YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dikediamannya pagi ini.

Ikuti isi wawancara sepenuhnya temuramah beliau oleh wartawan akhbar Wasilah yang menemuinya ramah beliau pagi ini.
Feb 9, 2009

Timbalan YDP Pas Beruas ditangkap

ne_01_1
gambar atas, beliau memakai vest sambil memegang bendera

Timbalan Yang di Pertua Pas Kawasan Beruas ditangkap awal pagi tadi dirumahnya. Tuan Hj. Nazeer Hamid, yang juga merupakan Penyelia DUN Pengkalan Baru merupakan lelaki yang berbaring sambil memegang bendera diatas jalan, ketika konvoi Sultan melalui jalan ke Istana Iskandariah.

Hj. Nazeer kini sedang ditahan di Balai Polis Jalan Gereja, Ipoh.

TERKINI;BERITA KEMATIAN AHLI PAR, BKT GANTANG. TAIPING.


Jam 1.45 PM : mayat masih di Hospital Batu Gajah.

Saya baru menerima talipon dari Exco Kerajaan negeri yang juga ADUN Kuala Sepetang memaklum dan masih berada di Hospital Batu Gajah. Beliau mengesahkan mayat Hj. Roslan Shaharum masih berada di sana.

Bila bertanya sebab kematian, beliau mengatakan disyaki kena serangan jantung.

Dimemaklumkan Hj. Roslan pergi mencuci kenderaannya di tempat cuci kereta di pekan Batu Gajah dan meminjam basikal dari tempat cuci kereta itu. Lalu dia terjatuh dari basikal.


Sementara itu, kelmarin Yb Idham bersama dengan Yb.Roslan Shaharum di Kediaman MB, dia berada disini sehingga habis ceramah pada malam tadi pada jam 12 malam.Beliau duduk di beranda atas kediaman MB bersama kepimpinan parti yang lain yang menjadi pentas ceramah.

Semasa makan tengah hari saya dan kawan-kawan lain ada bertanya dengannya mengenai jawatan yang dipegangnya sebagai Pengerusi yayasan Perak. Dia jelaskan kepada kami keretanya sudah diarah diserahkan balik dan dia lakukan beberapa hari lepas. Saya sejak akhir-akhir ini banyak kali bertemu dengan beliau dalam keadaan kami sama-sama mempertahankan Kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat.


Al fatihah...