ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 15, 2009

4/Bloggers Network ditahan polis

2 Bloggers Network adalah diantara yang ditahan di Kuala Kangsar tadi kerana mengedar risalah.

Mereka ialah Alfa Berlian dan Bikir Perak. Seorang lagi wanita yang ditahan ialah Ketua Wanita PKR Bahagian Kuala Kangsar, Puan Rosmina Hamdan dan Meor Johari bin Meor Abu Bakar, Bekas Ketua AMK Bahagian Kuala Kangsar.

Dari kiri: Meor Johari, Alfa Berlian dan Sya-reformis

Dari kiri: Meor Johari, Alfa Berlian dan Sya-reformis

dari kiri: Sya, Rosmina dan Bikir Perak diBalai Polis Kuala Kangsar

dari kiri: Sya, Rosmina dan Bikir Perak diBalai Polis Kuala Kangsar

Sya-reformis dan Perisik Rakyat masih di kawasan Balai Polis Kuala Kangsar untuk mendapatkan berita lanjut.

3/YB V.SIVAKUMAR MASIH SPEKER DUN PERAK YG SAH...

Masalah akan menanti “kerajaan haram” Zambry Kadir apabila DUN Negeri Perak mula bersidang nanti.

V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat masih lagi seorang Speaker DUN yang sah. Yang lebih menyakitkan lagi, V. Sivakumar tidak boleh dipecat melalui proses “Undi Tak Percaya” menurut perlembagaan negeri Perak. ...klik...

2/ DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.” ...video nizar di masjid Kg baru- ...klik untuk tatapan..

Skuad Dun Batu Caves

1/TUNGGU DAN LIHAT KERAJAAN HARAM PERAK HANCUR....

Kutukkan terhadap Osman Jailu dah jadi buah mulut orang kampong. Sejak melompat keluar dari keADILan, tak tau mana Osman pi. Orang lain angkat sumpah, ada yang jadi EXCO..tapi Osman Jailu masuk hospital…cari MC supaya elak ke mahkamah.

Kenduri kendara kat Cangkat Jering, dia tak nampak muka…tak berani balik kampong. Hari ni, semua ADUN makan bersama Sultan di istana. Nizar dan Ngeh yang dikatakan derhaka pun dijemput dan makan bersama Sultan dalam Istana, tapi adun lompat tak nampak muka.

Nak jadi apa? Adik beradik dah tak mengaku saudara, orang kampong dah tak mengaku qariah, orang Umno tak peduli bila depa dah dapat apa yang depa mau.

Jamaludin pun macam tu juga.Nak jadi apa?

Hee lagi teruk, saudara mara dia kena pulau! Tak percaya?..Tunggu masa saja. Mana boleh tahan maa! Dia punya bapak mau beli sayor pun olang tak mau jual. Dia punya culai dekat Beruas pun sudah banyak malah ooo! Dia punya kedai satu olang pun tak masuk ma!!! Ciak beh liao!

Tuhan nak tunjuk, sebelum Anwar Ibrahim bertolak ke Qatar, ada utusan Jamal dan Osman berjumpa DS Anwar, minta berunding…kot-kot Anwar boleh terima balik. Tapi Anwar kata, “umumkan letak jawatan dulu, baru aku mau jumpa.” Terkedu utusan Jamal dan Osman. Tak tau la..apa keputusan Jamal dan Osman nanti, tak mustahil…

Datuk Nasa pun dah menung macam ayam berak kapor. Menyesal tak sudah.Bini dia pun dok maki dia.Belah sini tak suka, belah sana buat tak peduli…dah bercakap sorang..menyesal kerana dipergunakan untuk kepentingan orang lain.yang untung, Hamidah dan Hamdi.

Hamidah ni…ramai wanita Umno tak suka. Dan bila dia jadi EXCO kanan, lagi la orang meluat.

Dan orang yang paling marah ialah Raja Ahmad dan Ahmad Pakeh Adam. 2 orang ni yang banyak memainkan peranan memperdayakan DS Anwar. Ahmad Pakeh Adam ada bersama Datuk Nasa semasa Datuk Nasa mengumumkan masuk keADILan. Dia ni talam dua muka, kat DS Anwar janji, kat Umno pun dia janji. Bila dia sesak…dia jumpa Anwar dan kata nak masuk keADILan, tapi bila dijanjikan macam-macam olih umno, kalau dapat meruntuhkan PR Perak, dia lompat kesana. Bila tak dapat apa-apa, dia cuba jumpa Anwar balik. Dan Anwar kata..”mampuih pi!” La ni terkatong-katong sorang -sorang. Orang Umno tak suka dia, orang PR lagi la meluat.

Oooooo!! Bukan dia sorang-sorang…ada lagi sorang yang nak melompat keluar dari Umno sebab tak dapat-apa-apa.

Raja Ahmad merupakan orang yang memujuk Datuk Nasa supaya belot dan lompat balik keumno Dia yang datang berjumpa Datuk Nasa dan bagi tau Raja Muda nak jumpa. Sebaliknya di angkut ke Putrajaya bertemu Najib.

Tapi bila senarai EXCO diumumkan, Raja Ahmad melepas. Sebab orang Umno pun tak percaya kat dia. Itu pasal dia marah sangat masa ditemuramah di Astro Awani.

Raja Ahmad dan Ahmad Pakeh Adam menghantar utusan untuk berjumpa dengan kepimpinan keADILan Perak untuk berunding. Nasib baik kepimpinan keADILan Perak pun cakap macam DS Anwar…”mampuih pi!

Mampuih pi la kat depa. Depa punya pasai, semua orang susah. La ni..mampuih pi la kat depa..bagi depa rasa sikit macam mana hidup susah.

Enam (6)orang dah hidup macam kera sumbang, nak keluar tak berani..pi masjid pun takut…nak jadi apa?

Letak jawatan la…itu cara yang paling terhormat.

UMNO YANG PUTAR BELIT FAKTA SEBENAR, TOLONG JAWAB.

ZAMRI TOLONG JAWAB.

NAJIB KITA BEKUKAN, AGAR TIDAK MENJADI PM.

Feb 14, 2009

3 Adun ‘melompat’ di Perak hidup dalam tekanan

Tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang menjadi penyebab kepada krisis perlembagaan di Perak dikatakan dihimpit kecelaruan apabila masih menyembunyikan diri sehingga sekarang.

Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu dan Hee Yat Foong difahamkan belum kembali ke rumah mereka sejak episod kehilangan mereka sebelum ini.

Malah seorang daripada Adun terbabit tidak juga kembali ke rumah biar pun isterinya sakit tenat sekarang.

Manakala Hee Yat merupakan orang kurang upaya (OKU) juga belum pulang ke rumahnya.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Adham Lim Abdullah berkata, rumah Adun Jelapang sekarang menjadi sasaran rakyat yang tidak berpuas hati terhadap tindakannya menjadi pembelot.

“Saya diberitahu setiap hari orang yang lalu lalang di depan rumahnya menghamburkan kata-kata kesat. Ada yang melemparkan telur busuk dan macam-macam lagi.

“Anaknya juga tidak dapat berniaga seperti biasa sekarang kerana tidak tahan berdepan dengan cemuhan orang ramai,” katanya pada ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.

AWAS HANTU KOPEK MASUK KAMPONG.........

Diberitakan tadi olih orang-orang kampong, dikawasan sekitar Parlimen Bukit Gantang, pecacai-pecacai umno dah mejalankan kerja tambahan untuk mencula mengenal pasti pengundi-pengundi yang berada di parliman itu.Mereka telah memperKEMASkan kawasan masuk kampong.

Amat menyedihkan kita, orang bukit, jika masih berpelok tubuh dan melihat sahaja maka bukit yang selama ini bermaruah akan ditebuk pecacai yang tidak bermaruah.

7 minggu lebih adalah saat yang amat menakutkan kepada meronggakan bukit yang selama ini dijaga dengan baik, walaupun kepala salah satu dun telah dirosakan olih hantu kopek, adakah kita mahu melihatkan sahaja?

7 minggu juga senarai daftar pengundi bolih berubah.

7 minggu juga pengundi berdaftar sedia ada bolih tercicir dari senarai.

7 minggu bulih terjadi berbagai muslihat permainan kotor umno.


Pakatan Rakyat dan pengundi bertanggung jawab perlu berhati-hati dan anak muda diingatkan masa depan terletak pada pemerintah yang mahu kan perubahan.

MENCERMINKAN PAKATAN RAKYAT DIATAS BUKIT-BUKIT;

jangan lupa Kedah N25 same.

Hati-hati 2 bukit yang tinggi makna...

Pilihan raya kecil dipenghujung tempoh 60 hari, 7 minggu dari sekarang. Kita bolih menang tanpa bertanding,AWAS....klik baca seterusnya....


KETUA PEMUDA UMNO AKAN DATANG
1/Polis Halang Demo Depan Rumah Karpal

Kira-kira 100 penyokong Umno tidak jadi mengadakan perhimpunan bantahan di depan rumah Karpal Singh di Pulau Pinang selepas dihalang oleh polis.

Kumpulan itu yang diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said disekat polis pencegah rusuhan lebih kurang 500 meter dari rumah pengerusi DAP itu dekat Taman Botani Pulau Pinaumno youth demo against karpal singh penang 130209 02ng. Diberitakan juga demo tidak mempunyi permit polis. Apa alasan Khir Toyo ?

Polis juga meminta Dr Mohamad Khir dan Mohd Zaidi hadir di balai berdekatan untuk memberikan keterangan berhubung perhimpunan tersebut.