ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 28, 2009

Tindakan cuba beli ADUN dikutuk - Malaysiakini



Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin masih seorang Menteri Besar Perak.

Di dalam penjelasannya di Dewan Rakyat semalam beliau menyatakan hanya ada 3 cara untuk melucutkan seseorang menteri besar iaitu

1) Bubar dewan undangan negeri
2) Undi tidak percaya
3) Menteri Besar itu meletak jawatan
Karpal Singh raised point of order in Parliament after he was blocked, mobbed, threaten by UMNO Youth.




DAH CELAKA BODOH PULA

Media massa arus perdana samada ada media eletronik maupun media bercetak nampaknya bersungguh-sungguh membela tindakan pemuda UMNO yang menyerang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Sedangkan tanpa menyedari perbuatan Pemuda-pemuda UMNO yang menyerang seorang wakil rakyat itu di perkarangan Parlimen jelas sekali menunjukkan mereka kumpulan yang memang celaka dan serangan itu bakal membawa kecelakaan kepada diri mereka sendiri dan juga kepada para pembela mereka.

2/Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak

Apa yang berlaku di Perak dan tidak dipaparkan di TV (5 Siri).



Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak 2/5
Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak 3/5
Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak 4/5
Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak 5/5


Feb 27, 2009



DS Nizar: Beri Tanah Pada Yang Berhak - malaysiakini

MB kat Masjid Tinggi Bagan Serai, Amran (Setiausaha Sulit MB) bagi kat aku satu surat. MB dah jelaskan hal ini dalam ucapan beliau tadi. Ini pulak sumber dan bukti yang Perak betui-betui ada bagi tanah kat orang melayu.

Banyak tulis pun tak guna, klik kat gambar sebelah, baca sendiri apa surat tu kata. Aku malas nak cerita panjang. Kalau nak tau cerita lanjut baca kat sini, sini, sini, sini, sini, sini dan sini. Nak tau lebih lanjut lagi tanya kat Pakcik Google.

Aku cukup heran, sampai la ni isu tanah kat Perak ni Umno masih lagi main, sekurang-kurangnya di alam maya. Baru sehari dua lepas aku dapat lagi email dari kawan-kawan yang tak puas hati pasai isu tanah kat Perak ni.

Depa-depa ni cukup percaya kelentong Umno yang kata Hj Nizar boneka DAP pasai luluskan tanah untuk orang cina. Aku pun heran, takkan depa-depa ni tak pernah langsung terbaca jawapan balas menjawab isu ni. MB sendiri dah jawab isu ni dan jawapan dia tu ada kat banyak blog, macam kat sini dan kat sini.

  • Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.
Memang aku pun tak mau nafi Perak ada bagi kat cina. Persoalannya cina yang duduk kat perak ni bukan warganegara ka? Depa sebagai warganegara tak layak dapat tanah? Sungguh-sungguh Umno jaja isu ni sampai ada yang kata Kerajaan PR Perak nak gadai negeri. Andaian yang cukup bodoh tetapi cukup jijik. Aku kata jijik pasai depa tak pernah pun bagitau kat kita apa yang depa dah buat sebelum ni.
  • 22,000 ekar ( Ya! DUA PULUH DUA RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
  • 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

  • 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

  • Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

  • 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!
Depa mungkin kata semua tu untuk pembangunan perak. Tapi isu sekarang semua tanah tu adalah dari jenis 'Simpanan Melayu' yang patut diganti dengan tanah lain yang sama keluasannya. Ada Umno buat? HARAM. Bukan takat di Perak ja, seluruh Malaysia depa buat macam tu. Pasai tu la tanah rizab melayu semakin berkurangan.
  • Suatu ketika, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negara ini mencapai 3 juta hektar. Kini tanah tersebut hanya tinggal 1.7 juta hektar. Dalam satu laporan pada Jun 1998, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi memberitahu, di Selangor, sebanyak 8,299.9 hektar TRM hilang statusnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Dari jumlah tersebut, hanya 2,833.48 hektar atau 34 peratus diganti semula oleh kerajaan negeri. Bakinya tidak diganti, atau mungkin terus lesap.
  • Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru, TRM sudah tidak sampai 10 peratus. Ini semua adalah ekoran kebebasan yang diperuntukkan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.
Petikan kat atas tu aku cedok kat web mindarakyat yang diterbitkan tahun 2000. Sapa-sapa yang ada angka terbaru tolong terbitkan, aku takdan nak cari. Artikel tu bukan takat cerita pasai isu tanah ja tapi banyak lagi isu lain yang menunjukkan betapa UMNO ternyata gagal dalam perjuangannya untuk kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara.

Lagi satu aku nak minta tolong kat sapa-sapa yang berkenaan, tolong semak pasai status dan cerita 'menarik' tanah tapak TESCO ka apa tah yang kat Taiping tu. Aku nak cerita tak berani pasai tak dak bukti. Ada member mintak aku tolong semak tapi aku tak dak kabel.

(source :
Cenangau/Al-Banjari Online,)

UMAT ISLAM SEBAGAI CONTOH

27/2/2009

Assalamu'alaikum Wr,Wb
Salam Muhibah.

Umat islam waktu kebelakangan ini sudah menjadi umat caca marba, ada yang mengakui diri meeka sebagai umat islam akan tetapi islam cara yang mereka bawa adalah islam kekufuran, ada pula islam yang cara munafik, ada pula islam yang cara fasik dan zalim, namun apa yang Allah s.w.t kehendaki ialah umat islam yang beriman dan bertakwa supaya dapat di contohi oleh orang lain ataupun agama lain sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

Mafhum firman Allah:

"Kamu wahai (umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang di lahirkan bagi umat manusia, kamu menyeru kepada berbuat baik dan melarang kepada perkara keburukkan, dan kamu beriman pula kepada Allah" ('Ali Imran 110)

Ayat yang di atas Allah telah menerangkan kepada manusia tentang sifat-sifat umat islam yang menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan serta beriman, namun apa yang berlaku di zaman ini apabila kita menerangkan sesuatu yang benar maka seruan itu akan di sanggah dengan keras dan melampau batas, dan apabila kita terangkan kepada mereka tentang konsef keimanan maka mereka kata mereka telah beriman, yang anihnya orang yang berdakwah itu pula di katakan yang sesat
IBRAHIM ALI & EZAM ADALAH SPY PALING BAHAYA BAGI UMNO


Org Umno patut tembak saja dua org ni kerana merekalah yang ditugaskan utk membuka pekung Umno, cukup pandai mereka berdua ni berpura-pura.... sokong Umno konon... tapi mereka punya dendam kesumat yg tak berkesudahan. Mereka ini adalah SPY NO. 1 di Malaysia ini. Di perhimpunan agung nanti mereka akan buat kacau. Patutnya Najib hilangkan dua orang ni dan bom seperti Altantuya. Tapi nak buat camna...org Umno ni bodoh2 belaka tertipu dgn Berahim Ali dan Ezam... termasuk SB dan polis sekali kena tipu... pandai sungguh mereka ni... hanya org2 tertentu sj yg ada rahsia ni termasuklah saya...

hahahaahaaahaaaaaaa....

anggaplah ucapan sy sbg gurauan kerana sy pun nak tengok umno direbahkan oleh Berahim dan Ezam ni.

fgr

Feb 26, 2009

KENAPA TIMBALAN PERDANA MENTERI MERASA GELISAH SERTA TAKUT?

26.02.2009. kHAMIS. DS Najib perlulah bijak agar keterampilan bakal menerajui kerusi selesa Perdana Menteri bulan depan. Beliau sepatutnya tidak perlu menjawab atau memanipulasikan keatas laporan 2 orang ADUN dari Perak kepada SPRM.

Hanyar beranggapan laporan yang dibuat olih 2 ADUN adalah munasabah serta YB berkenaan bersedia dipanggil untuk disiasat. Kenapa pula DS Najib merasa takut dengan apa yang telah dilaporkan kepada SPRM keatas tuduhan yang bersangkutan dengan beliau. Mungkin juga DS Najib cuba mempengaruhi SPRM untuk mengelak dari dituduh.

Hanyar dan rakyat marhain cabar Umno BN supaya bebaskan 4 ADUN dari Perak agar mereka dapat memperjelaskan kepada rakyat apa yang sedang berlaku terhadap mereka. Yang selama ini banyak cerita sebaliknya yang bolih dianggap benar sebagai ugutan Umno BN terhadap 4 ADUN itu dicorong-corong ceramah dari PR. Umno BN tidak perlu merasa takut sekiranya benar tidak melakukannya.

SPRM yang dinaikkan taraf olih Perdana Menteri, nampaknya seperti makin lebih teruk daripada yang lalu.Lebih-lebih lagi apabila tersebarnya masalah dalaman keluarga pengerusi SPRM. Hanyar berharap biarlah Pengerusi SPRM, jangan dipengaruhi masaalah peribadi dengan undang-undang yang dipertanggungjawabkan olih rakyat.

Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat ialah Adun Malim Nawar Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (keADILan). Mereka telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa ditawarkan wang sehingga RM20 juta serta jawatan dan konsesi kawasan balak oleh pihak tertentu. Sekiranya bersetuju menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

YB Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa agen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada agen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina .

Beliau juga berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta, serta akan dilantik sebagai Pengerusi MIC Perak dan dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri.jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas serta menyokong BN.

Tawaran jawatan Anggota Exco adalah yang terbaru dibuat oleh seorang agen sebaik selepas BN mengambil alih kerajaan negeri, katanya.

"Saya minta Datuk Seri Najib tampil membuat kenyataan berhubung perkara ini kerana perbuatan ini jelas menunjukkan kerajaan negara ini terlalu korup dan amat terdesak," katanya.

Sementara ADUN Kuala Kurau YB Abdul Yunus berkata selain tawaran wang tunai , beliau turut ditawarkan konsesi kawasan balak sekiranya beliau meninggalkan parti keADILan.

GERAK PERLU BERTANGGUNGJAWAB SEBAGAI BADAN BERTINDAK BUKAN KERAJAAN (NGO)............

Dalam isu salah guna kuasa kerajaan negeri Selangor yang telah dibangkitkan olih GERAK satu perkara yang baik. Walau apapun perlu ditingkatkan lagi untuk meneruskan kerja dengan slogan “Kearah Memperjuangkan Maruah Bangsa Tanpa Rasuah”.

Ada baik nya GERAK bongkar apa saja aduan yang diterima dengan munasabah kepada SPRM untuk siasatan. Dan kini setelah GERAK melaksanakan tanggungjawab, maka timbul berbagai isu salah laku kuasa dari pihak umno BN. Amat tidak adil sekiranya GERAK mengambil sikap menyepi apabila menerima pelbagai aduan rasuah, walaupun mana-mana pihak seperti badan politik maupun individu, untuk aduan kepada SPRM. Terpulang kepada SPRM melaksanakan tanggungjawab yang bijak sana adil dan telus.

Pertikaian yang berlaku sekarang adalah SPRM telah mendahului proses mahkamah.Tidak wajarlah SPRM, pengerusinya Tan Sri Ahmad Said mengeluarkan kenyataan yang bolih menyinggong mana-mana pehak. Sewajarnya beliau mengambil sikap bijak, dan tidak membuat keputusan sendiri melaui media.

Daripada apa yang berlaku berpunca dari laporan GERAK sebuah badan NGO kepada SPRM, ia menjadi satu hikmah pengajaran yang baik. Dari sudut itu,baik buruk ada penampilannya.

Tuduhan aduan GERAK, kepada salah laku kuasa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai olih keADILan, amatlah memalukan.Bagi Kerajaan yang tidak melakukan kesalahan mengikut undang-undang termaktub, itu menjadi satu kebaikan untuk rakyat menilai baik buruk, dengan pilihan mereka semasa pilihan raya umum mac 2008 yang lepas.

Dalam masa sama, selepas isu aduan GERAK kepada SPRM yang diwarkan olih media BN, timbul lagi satu isu YB ADUN Bukit Lanjan yang langsung tidak membawa kearah memertabatkan maruah Malaysia. Olih kerana isu ini telah dibawa kepada pihak mahkamah, Hanyar tidak mahu memanipulasikan dan biar mahkamah dengan tanggungjawab adil dan saksama.

Situasi setelah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, diperkenan mengadap Tuanku Sultan, Tuanku merasa hiba keatas kemelut yang berlaku kepada negeri beliau. Dengan bijak sana Tuanku mengambil sikap tidak bolih mencampuri urusan politik dan memberi mandat kepada memanda Datok Menteri Besar, untuk menyelesaikan secara berhemah dari segala urusan pentadbiran ekonomi dan kebajikan. dengan takbir urus kearah kerajaan yang telus,

Berbalik kepada tindakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Bin Ibrahim, hormat mengadap Tuanku Sultan Selangor, amatlah wajar dan tidak bolih dipertikai.Perlu seseorang Memanda Datuk Menteri Besar meminta nasihat Tuanku sebagai tidak menderhaka kepada Sultan yang memerintah Negeri.