ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 2, 2009


TAZKIRAH



" Hai orang-orang beriman,masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya,dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."-Al-Baqarah :208



Terdapat dua perkara dihadapan kita sekarang,sama ada kita menjadi orang-orang yang beriman yang mengamalkan islam secara keseluruhan dan menjadi mukmin yang sebenar ataupun mengambil separuh-separuh yang bersesuaian dengan nafsu kita lalu mengikut jejak langkah syaitan.

Tidak menerima islam keseluruhannya pun sudah dikira menolak islam dan menjadikan syaitan sebagai pedoman.Ingatlah bahawa syaitan itu boleh terdiri daripada kalangan syaitan asli (Jin) atau pun syaitan manusia.

Mereka ini sentiasa mahu memesongkan kita dengan pemikiran dan idologi yang karut-marut daripada ciptaan dan buatan manusia yang akan menyesatkan kita jauh dari landasan islam sebenar,dan jadilah kita orang yang sentiasa dalam keadaan jahil lalu hanya mengikut dan membenarkan segala kata-kata mereka.Ingatlah tidak ada pula istilah "Atas Pagar" dalam islam itu hanya rekaan nafsu semata-mata.

-Telaga Budi

AKIBAT KERAKUSAN....SULTAN DIPERSENDA.......... ITULAH POLITIK UMNO..........


Assalamu'alaikum Wr,Wb

AKIBAT KERAKUSAN MEROMPAK DAN MENYAMUN AKHIRNYA YANG DI ROMPAK DAN YANG DI SAMUN TIDAK DAPAT DI MENEFA'ATKAN, APA YANG JELAS RAKYAT MENJADI KELIRU, PEMIMPIN TERUS BINGUNG, ORANG YANG BIJAK PANDAI MENJADI PUSING KEPALA, ORANG YANG MERANCANG TERUS MENIKUS DAN MAHKAMAH PULA LAMBAT UNTUK BUAT KEPUTUSAN

ORANG YANG MEROMPAK JIKA TIDAK IKUT UNDANG-UNDANG MAKA AKIBATNYA AKAN HANCURLAH NEGERI DAN RAKYAT MENJADI MANGSA, ALANGKAH BAIKNYA JIKA NEGERI DAN NEGARA INI TIADA UNDANG-UNDANG, DENGAN ADANYA UNDANG-UNDANGLAH MAKA SEGALA PEKERJAAN TIDAK BERES, INILAH YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDWAN

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI PERAK 16 (6) , 16 (7) , 18 (2) a, 36 A (1) DAN PERKARA 72 (3) PERINTAH TETAP NEGERI PERAK MEMBOLEHKAN KERAJAAN MOHAMAD NIZAR MASIH MENJADI MB PERAK DAN UNDANG-UNDANG INILAH JUGA YANG MENGHALANG ZAMBRY TIDAK BOLEH JADI MB PERAK, RAKYAT SUDAH MULA MELUAT DENGAN UNDANG-UNDANG

YANG MERANCANG MEMBUAT HURUHARA DI NEGERI PERAK MASING-MASING MENDIAMKAN DIRI, ORANG YANG TERLIBATPUN DEMIKIAN JUGA, SEGALA KEPANDAIAN DAN KEPINTARAN MEREKA TERSEKAT KERANA ADANYA UNDANG-UNDANG YANG MEREKA LANGGAR DAN YANG MEREKA CIPTA, ERTINYA MEREKA TERJERAT DENGAN JERAT MEREKA SENDIRI, INI PERBUATAN BODOH KE ATAU PANDAI ?

ORANG BODOH TIDAK BOLEH JADI PEMIMPIN SEPERTI ORANG ZAMAN BATU DAHULU KALA, ORANG ZAMAN SEKARANG YANG PANDAIPUN TIDAK JUGA BOLEH JADI PEMIMPIN KERANA KEPANDAIAN MEREKA SUDAH SETARAF DENGAN ORANG ZAMAN BATU DAHULU KALA JUGA, ERTINYA ORANG ZAMAN DULU DAN SEKARANG SAMA-SAMA BODOH DAN BEBAL

ABU JAHAL ADALAH BERMAKSUD SI BAPAK JAHIL AKAN TETAPI DIA SEBENARNYA SEORANG HAKIM YANG PINTAR UNDANG-UNDANG DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW YANG TINGGAL DI KOTA MEKAH, DIA KEMUDIANNYA MENJADI MUSUH KEPADA NABI MUHAMMAD DAN ORANG ISLAM DI ZAMAN ITU DAN SEHINGGALAH ZAMAN SEKARANG INI DIA TERKENAL DENGAN KEBODOHANNYA

MASALAH DI NEGERI PERAK BUKANLAH TIDAK BOLEH SELESAI AKAN TETAPI TETAP TIDAK JUGA BOLEH SELESAI SEBAB JIKA DI BUBARKAN DUN PERAK MAKA PILIHANRAYAPUN DI ADAKAN DAN BIARKAN RAKYAT YANG TENTUKAN, INIPUN TAK BOLEH JUGA SEBAB NANTI BN KALAH, DAN YANG PASTINYA BN PASTI KALAH TERUK KERANA RAKYAT SUDAH TIDAK MAHU PADA BN DAN UMNO, HAL INI MEREKA SENDIRI SUDAH MAKLUM, BEGITULAH SUKARNYA PERKARA YANG SENAG, IA SESUKAR UNTUK MEMAHANI RANGKAP ARTIKAL YANG AKHIR INI


UMNO BERSELINDUNGKAN SULTAN, P.RAKYAT BERPEGANG PADA UNDANG2....





Setiausaha Dewan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri tidak mahu sidang di adakan. speaker pula mahu meneruskan sidang pada hari selasa ini. satu senario yang menarik. jalan terakhir umno adalah penggunaan kuasa polis dan mungkin tentera untuk menghalang persidangan di adakan. alasan mereka melawan sultan.

kah kah kah .. melawan atau takut nak lawan?

umno sedang menggunakan sultan sebagai benteng terakhir. kuasa yang mereka cipta selama ini telah menyebabkan kuasa sultan telah terhakis. sekarang perdebatan tentang perlembagaan yang mereka ubah di putar belit secara jelas untuk memberikan gambaran bahawa sultan itu lebih berkuasa. sedangkan sultan sendiri sudah tersungkur di dalam hirarki pemerintahan negara. tak cukup di hakis, malah sultan di malukan.

apa yang umno sedar bahawa, populariti mereka sudah pudar.
1. kaum india sudah menolak kerana isu hindraf.
2. kaum cina sudah menolak kerana sikap perkauman umno dan terang lagi nyata.
3. kaum singh menolak kerana isu karpal singh yang di sekat dan di perbudak budakkan.
4. kaum melayu menolak umno kerana rampasan kuasa yang berlaku di perak.

maka kepada siapa lagi umno perlu berlindung? mereka kembali kepada sultan ... !
kah kah kah ..
berpaut selagi boleh ... !
kita lihatkan kartunnya umno di dalam usaha memegang kuasa pemerintahan negeri dan negara

Mar 1, 2009

Polis Mengganas Di IPD...

MP Kapar antara 17 ditahan

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dari PKR antara 17 yang ditahan ketika menyertai orang ramai membuat aduan berhubung kemudahan perubatan yang dinafikan kepada tahanan ISA, P. Uthayakumar.



Selanjutnya

Gaji: Siapa Yang Berhak, Nizar atau Zambry?

SPRM tetapkan tempoh setahun selesai setiap aduan (klik je)


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mula beroperasi sejak 1 Januari lalu, meletakkan sasaran untuk menyelesaikan setiap aduan dikemukakan dalam tempoh setahun, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (gambar).
01.mach.2009. Ahad.

RAKAMAN VIDEO PENJELASAN ISU-ISU FEB 2009

Ducapkan ribuan terima kasih keatas pejuang-pejuang blogger dari Perak.
Korang-korang... kalau nak tengok koleksi rakaman video Siri Jelajah Perak sepanjang bulan Februari, 2009 boleh pi jengukRAKAMAN VIDEO klik je...

PAC Perak panggil Zambry, Nizar dan Exco-Exco

YB Wong Kah Woh adalah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC), Adun kawasan Canning juga Setiausaha Publisiti DAP Perak akan memanggil Dr Zamri dan DS Nizar dan Exco-exco untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.PAC akan mengadakan mesyuarat khas pada pukul 4 petang, 5 Mac ini.

PAC boleh mengeluarkan arahan untuk waran tangkap terhadap individu yang enggan hadir, lapor Bernama.

PAC yang mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat kewangan negeri di Ipoh kelmarin memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera, berkaitan pelantikan tiga penasihat menteri mesar baru dan ketua penerangan kerajaan negeri.Sidang akhbar berlangsung di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak semalam.

PAC mempersoal pelantikan dan manfaat daripada pelantikan itu, Datuk Chang Ko Youn sebagai Penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina, Datuk S Veerasingam (penasihat hal ehwal masyarakat India) dan Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz sebagai penasihat hal ehwal agama serta pelantikan Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai ketua penerangan kerajaan Perak.

Perlantikan itu adalah luar biasa dan membabitkan penggunaan sejumlah wang yang besar kerana ia memerlukan pembayaran gaji atau elaun tertentu yang sememangnya menggunakan wang kerajaan negeri.

"Oleh itu, timbul persoalan yang memerlukan penjelasan daripada pihak berkenaan iaitu apakah dasar undang-undang yang diguna dalam pelantikan itu, rasional dan tujuan pelantikan serta emolumen yang dibayar termasuk gaji, elaun dan kemudahan lain yang disediakan," katanya.

"PAC juga akan menuntut penjelasan berhubung kedudukan Zambry dan Mohammad Nizar sebagai menteri besar serta barisan exco masing-masing pada mesyuarat khas itu,".

Beliau berkata dalam keadaan krisis politik sekarang PAC perlu mengambil berat dan memastikan barisan exco mana harus dibayar gaji dan elaun serta kemudahan lain seperti yang diperuntukkan undang-undang.

Jika keadaan memerlukan, PAC juga akan memanggil Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim bagi memberi penjelasan mengenai perkara yang sama.

"Notis pemberitahuan berhubung mesyuarat itu akan dikeluarkan Setiausaha PAC yang juga bertindak sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Abdullah Antong Sabri,".

Di Kuantan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah masih belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu.Tunggu keputusan mahkamah Beliau yang juga pengerusi Umno Perak berkata sebarang keputusan untuk mengadakan sidang DUN Perak bergantung kepada keputusan mahkamah berhubung kes terbabit.

"Tak boleh (adakan sidang DUN), sebab ada tindakan mahkamah," katanya kepada pemberita di Kuantan semalam sebagai mengulas kenyataan Speaker V.Sivakumar bahawa sidang tergempar DUN Perak akan diadakan pada 3 Mac ini.

Ditanya sama ada sidang DUN itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang baru ditubuhkan, Najib berkata: "Apa apa pun kita tunggu keputusan mahkamah dulu, kita kena 'establish' dulu kerajaan Perak dari segi perlembagaan."

Korang dengar kenyataan Isteri Rosmah yang last skali... did he say "mana ada kita sampai 50 juta..! mengarut ni..!"

opsss... "mana ada sampai 50 juta..!" ngooooookkk..!

Rupanya si bodoh ni pun tak yakin yang KERAjaan yang dia bangga-banggakan di Perak tu adalah KERAjaan yang sah dan dalam masa yang sama si bodoh ni dah mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah Kerajaan Negeri Perak yang sah!

Pada 13 Februari lalu, Mohd Nizar mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah pengisytiharan dari Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur di sini bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Mohd Nizar selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu.

Di Taiping, Zambry berkata tindakan Sivakumar itu bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan peraturan Perintah Tetap persidangan itu.

Katanya terdapat peruntukan peraturan yang terkandung dalam Perintah Tetap dewan yang jelas menunjukkan sebarang persidangan yang mahu diadakan di DUN hendaklah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu.

'Cerita karut' kata Zamri..

"Dia (Speaker) boleh kata dan baca ikut Perintah Tetap (perkara) 8, 11. Cuba dia baca betul-betul dan lihat pula Perintah Tetap (perkara) 36, baca dan sebagainya. Ini tidak, dia ikut suka hati dia saja.

"Jadi dia buat peraturan ikut peraturan dia sendiri, suka hati dia apa yang dia nak buat. Dia merasakan bahawa tindakan dia mahu mengatasi Sultan dan sebagainya...ada orang kata 'Singh is King' tapi tak tahulah kalau ada yang kata 'Siva is King'," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) bagi piliharaya kecil Parlimen Bukit Gantang di sini Changkat Jering semalam.

Katanya beliau yakin Sivakumar mengetahui tindakannya bertentangan dan tidak mengikut undang-undang serta peraturan yang ada tetapi masih mahu bertindak 'ikut suka hatinya'.

Zambry juga menyifatkan tindakan Sivakumar memanggil sidang tergempar itu seperti cerita 'kartun' kerana dalam masa yang sama Sivakumar menggantungnya dan enam Exco kerajaan negeri dan tiga Adun bebas yang didakwa Sivakumar telah meletak jawatan juga tidak akan diberi notis hadir.

Ketika ditanya sama ada beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan menghadiri persidangan itu, Zambry berkata: "mereka patut faham bahawa ia tidak mengikut perlembagaan. Paling penting anda tanya mereka, sama ada apa yang dilakukan mereka betul atau salah, anda tanya mereka".

Sebelum ini, Sivakumar memberitahu pemberita bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.



Al- Fatihah- Ibu mertua DS Nizar Kembali keRahmatullah.

28/2/09. Sabtu. Ibu Mertua YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar telah kembali ke rahmatullah pada jam 10:00 malam tadi di rumah anaknya di Jalan Damai, Tapah.

Jenazah Allahyarhamah Ibu Mertua YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar, puan Azizah binti Zainal Abidin akan dikebumikan sebelum waktu Zohor 01/03/09. Ahad.

Hanyar serta keluarga mengucapkan takziah kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar serta Datin Sri dan ahli keluarga atas pemergian mertuanya/ibu ke rahmatullah.

Al-Fatihah...