ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 26, 2009

Balkis perah lebih RM5 juta duit PNSB?~Malaysiakini

Balkis perah lebih RM5 juta duit PNSB?~Malaysiakini


Anak syarikat kerajaan negeri, Pemodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), memperuntukkan sumbangan RM1 juta setiap tahun bermula tahun 2002 hingga 2007 kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Ketua Eksekutif PNSB, Datin Khairiah Abu Hasan yang menjadi saksi kelima dalam siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) memaklumkan jumlah sumbangan sepanjang tempoh itu sebanyak RM5,186,588.20.

Beliau yang menjadi Ketua Eksekutif sejak tahun 2007 mengakui semua program Balkis akan diberi sokongan daripada PNSB.

Khairiah turut mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Yang Dipertua Balkis, Datin Zaharah Kechik (isteri mantan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo).

Pada tahun 2003 PNSB telah menyumbangkan RM1.65 juta kepada Balkis dan sebanyak RM148,280 diperuntukkan dalam majlis perkahwinan saudara baru seramai 50 orang.

PNSB membayar jamuan makan untuk jemputan 1,400 orang hampir RM90,000 selain bayaran tempahan kek RM5,000, kombo MBSA RM9,000 dan hiasan dalaman RM19,000.

Pengerusi Selcat adalah Teng Chang Khim (DAP) manakala AJK adalah Haniza Talha (KeADILan-Taman Medan), Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Pada hari kedua siasatan dijalankan dua orang wakil BN, Sulaiman Abdul Razak dan Ismail Sani tidak hadir.

Setelah diajukan soalan daripada Jawatankuasa Selcat, Khairiah mengakui pada 14 Oktober 2003 PNSB telah memberi wang tunai sebanyak RM240,000 kepada Setiausaha Balkis ketika itu untuk membeli hamper di mana Balkis turun ke program 'Bersamamu' sempena bulan Ramadan.

Beliau turut mengakui PNSB memberi sumbangan kepada Balkis sebanyak RM5,000 untuk diagihkan kepada 48 kawasan DUN bagi meraikan warga emas dan orang miskin pada bulan Ramadan.

Pengakuan beliau menyebabkan Azmin mengajukan soalan; "Pada tahun 2003 ada 54 Dun, enam Dun diwakili pembangkang dan sudah jelas bahawa 48 Dun dikuasai BN. Apakah PNSB terlibat secara langsung dengan permainan politik BN ketika itu?"

Bagaimanapun, soalan itu tidak dapat dijawab oleh Khairiah.

Lebih menarik dan mengejutkan Jawatakuasa Selcat, pada tahun 2004 PNSB memberi sumbangan kepada Khir Toyo yang menjadi Menteri Besar ketika itu sepasang jaket jenama 'Summer Man' bernilai RM3,600 sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam satu majlis berbuka puasa September 2006, PNSB sekali lagi membayar RM13,000 kepada saudara kandung Zaharah Kechik, Abdul Malik Kechik untuk pakej jamuan dan nyanyian.

Khairiah diingatkan berulang kali oleh Teng supaya memberi penjelasan dengan betul kerana ia dibuat setelah beliau melakukan perakuan bersumpah.

Ini berikutan banyak persoalan yang diajukan oleh Jawatankuasa Selcat tidak dapat dijawab oleh Khairiah terutama dalam isu pengeluaran wang tunai yang melibatkan ratusan ribu kepada Balkis.

26 Mac 2009

Siapapun kepalai sayap, persoalan rasuah masih membelenggu UMNO !

Siapa pun kepalai sayap, persoalan rasuah masih membelanggu Umno?
Wan Nordin Wan Yaacob Thu Mar 26, 09 11:42:12 am MYT
Pemilihan di peringkat sayap-sayap Umno sudah diketahui, malah ada yang menyifatkan satu keputusan yang agak mengejutkan dengan ramai muka baru membarisi ketiga-tiga sayap Umno.

Khairy Jamaluddin calon yang penuh 'kontroversi' kerana diberi amaran oleh Lembaga Disiplin berikutan dakwaan rasuah menang Ketua Pemuda menewaskan Dato' Mukriz Mahathir dan Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Sementara Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil menang besar selaku Ketua Wanita menewaskan 'iron lady', Dato' Seri Rafidah Aziz dengan jurang undi yang besar.
Di peringkat Puteri pula, ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Sirlin menewaskan lima lagi calon lain termasuk saingan sengitnya, Dato' Shahaniza Shamsuddin.
Menyingkap kemenangan Khairy menewaskan saingan sengitnya Mukriz, beberapa penganalisis politik membayangkan perihal Pemuda Umno yang akan dibawa selepas ini.
Paling menarik, sebelum ini bekas calon KeADILan, Badrul Hisham Shaharin yang pernah menentang Khairy di Rembau pada pilihan raya umum ke-12 mengungkap bahawa jika Khairy menang, benarlah hipotesisnya bahawa ada 'deal' yang berlaku antara Ketua Pemuda Umno itu dengan orang penting yang akan menerajui Umno.
Sementara dalam sebuah forum televisyen swasta semalam, seorang panelis, Anis Yusal Yusof mengingatkan antaranya jika ini kehendak perwakilan Pemuda Umno maknanya ia juga akan menjadi bicara kepada semua pihak di pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Anis Yusal membayangkan apa yang dikaitkan dengan Khairy sebelum ini menjadi bahan yang turut akan dibawa tidak kira oleh mana-mana pihak yang akan berkempen nanti.
Walaupun agak terkejut dengan kemenangan Khairy, namun kesemua panelis forum itu antaranya, Norizan Shariff dan Prof Hamidin masih mahu melihat apa sebenarnya mesej yang mahu ditampilkan perwakilan pemuda yang memilih Khairy.
Di peringkat Puteri pula, Anis Yusal positif dengan pemilihan Rosnah yang pernah dikenali sewaktu di Institut Integriti Malaysia.
Sementara membincangkan perihal rasuah yang membelenggu dalam Umno, Anis Yusal dengan tegas memberi peringatan bahawa apa juga bentuk politik wang ia adalah satu jenayah yang harus dipandang serius.
Menjadikan tindakan larangan bertanding oleh Lembaga Disiplin Umno ke atas Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam sebagai contoh, Anis Yusal mengingatkan betapa masyarakat melihat Ali dikekalkan selaku penjawat kerajaan mengundang persoalan.
Perihal rasuah dalam pemilihan Umno bukan rahsia lagi, malah secara terang terangan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut jika siapa pun terpilih dalam Wanita, perihal rasuah tidak akan terlepas di antara dua calon Ketua Wanita.
Nah rakyat kini mempunyai persepsi bahawa terpilihnya Shahrizat tidak semestinya barisan kepimpinan 'muka baru' ini tidak terlepas dari rasuah.
Hanya kini yang kurang dibicarakan persoalan rasuah hanyalah jawatan Ketua Puteri Umno, walaupun mungkin dalaman sayap itumengetahui ada 'benda' yang berlaku.
Dari cerita seorang rakan Pemuda Umno yang hadir dalam pemilihan semalam, pemilihan Khairy tetap dilihat dengan penuh persoalan.
Tidak kesemua bicara penulis dengan rakan itu boleh diadaptasi dalam analisa ini namun, bicara beliau mengundang persoalan adakah apa yang ditohmah kepada Khairy selama ini termasuk perihal rasuah akan terus dibincangkan selepas ini?.
Kejadian sorak menyorak antara penyokong Khairy dengan Mukriz selepas pengumuman keputusan yang berlaku di luar dewan dan tuduh menuduh yang didakwa berlaku turut mengundang persoalan.
Rakan penulis menyingkap persoalan 'jika benar pemilihan Khairy diekori persoalan rasuah, maka kelompok yang kalah termasuk Mukriz dan Khir perlu melaporkan kepada Lembaga Disiplin untuk siasatan'.
Namun katanya jika Khairy benar-benar menang dengan bersih, pastinya tamparan hebat kepada Mukriz dan Khir yang sebelum ini mendominasi pencalonan di peringkat bahagian.
Khairy hanya calon yang terakhir yang layak bertanding jawatan Ketua Pemuda, dan dalam ucapannya semalam menantu Perdana Menteri itu mengingatkan perwakilan perihal yang dihadapinya sewaktu pencalonan sebelum ini.
Norizan Sharif dalam forum Awani Astro yang membincangkan ucapan penangguhan Khairy menyifatkan ucapan tersebut tidak berunsur menyatukan pemuda.
Tidak seperti ucapan Shahrizat yang jelas membuka mata perwakilan wanita agar bersatu kembali di bawah pentadbirannya.
Persoalannya, dengan kepimpinan yang diterjemahkan perwakilan yang memilih semalam adakah Umno yang terus dilihat sebagai parti yang bergelumang dengan rasuah ini mahu dilihat sedemikian selamanya?
Yang menariknya natijah dari pemilihan ini pastinya membuka satu lagi episod yang bakal diterjemahkan rakyat dalam pilihan raya kecil 7 April ini.
Samada jentera sayap Pemuda, Wanita dan Puteri yang akan berkempen di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan diterima dengan imej yang dibawa nanti, atau sebaliknya kehadiran mereka akan membawa liabiliti kepada Umno.
Adakah persoalan rasuah akan terus membayangi Umno selepas ini, pastinya ramai yang menanti analisa bekas Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad yang terpaksa menerima hakikat anaknya kalah dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno./wann _

PNSB Ibarat 'Cashier' Untuk Balkis

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dilabelkan sebagai 'cashier' (juruwang) oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Teng Chang Khim pada sesi petang Pendengaran Awam Balkis berkata ini berikutan amalan anak syarikat kerajaan negeri Selangor itu yang menurut saja arahan atau permintaan Badan amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis) untuk menyelesaikan pembayaran atau memberi sumbangan berkaitan dengan aktiviti atau program anjuran badan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Datin Khairiyah Abu Hassan memberitahu panel Selcat, adalah menjadi amalan biasa bagi pengurusan syarikat tersebut untuk melunaskan ataupun menyediakan sumbangan berbentuk wang ringgit setiap kali diminta berbuat demikian oleh Yang Dipertua (YDP) atau Setiausaha Kerja badan berkenaan.

Ahli panel Selcat, Saari Sungib, yang juga Adun Hulu Kelang turut mengulangi kesimpulan yang dibuat bahawa PNSB sememangnya berperanan seperti juruwang ketika itu apabila bil-bil Balkis yang berjumlah begitu kecil serendah RM180 untuk membeli bakul hadiah pun terpaksa dibayar oleh syarikat tersebut.

Sepanjang tahun 2002 sehingga 2007, PNSB telah menanggung atau menaja kebanyakan program serta aktiviti yang dianggap mengamalkan pembaziran dan gaya perbelanjaan mewah.

Selcat diberitahu, antara pembelanjaan atau sumbangan yang dilakukan oleh PNSB termasuk:

- Membayar sejumlah RM4,000 bagi membeli sehelai jaket berjenama "Summer Men" sebagai cenderahati kepada mantan Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo dalam satu majlis menyambut Tahun Baru Cina pada tahun 2004

- Perbelanjaan berjumlah RM17,000 bagi membeli tiket penerbangan serta penginapan dalam satu lawatan ke Bukit Tinggi, Indonesia yang diketuai oleh YDP Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik dan turut disertai Khairiyah sendiri.

- Membayar RM13,000 bagi majlis berbuka puasa anjuran Balkis dimana pembayaran tersebut adalah bagi pembiayaan jamuan dan juga bayaran penyanyi.

- Menaja meja makan satu majlis makan malam anjuran Balkis berjumlah RM25,000

- Menaja RM338,547.97 untuk sukan tahunan anjuran Balkis pada tahun 2007 lalu.

Khairiyah juga ditegur oleh ahli panel Selcat kerana tidak mengamalkan pengurusan korporat yang telus dan cekap.

Selcat juga mendapati berlaku pembayaran kepada Balkis yang tidak mengikut prosedur syarikat di samping wujudnya tindakan membuat pindaan kepada baucer pembayaran menggunakan tulisan tangan tanpa ditandatangani untuk pengesahan.

Beliau juga kelihatan keberatan untuk menjawab atau mengesahkan samada beliau sebenarnya mengikut arahan daripada Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo ketika Selangor di bawah pemeritahan BN apabila diminta berbuat demikian oleh ahli panel Selcat.

-tvantara

Kekalahan Mukhriz - Isyarat Supaya Mahathir Senyap?

Khairy Jamaluddin diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah mengalahkan Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir.

Yang aneh, Mukhriz yang memperolehi pencalonan terbanyak tiba-tiba mendapat undi terkecil. Mukhriz - 232, Khir - 254, Khairy - 304.

Apakah faktor yang membawa kekalahan Mukhriz yang dilihat sebagai satu yang amat mengejutkan?

Ayahnya Tun Dr Mahathir semenjak dari isu pemilihan timbul, hampir setiap hari telah muncul membuat kenyataan itu dan ini. Sekalipun beliau bukanlah seorang ahli UMNO lagi tetapi perbuatan beliau yang kelihatan begitu aktif cuba menyingkirkan "orang-orang Pak Lah" daripada barisan Najib dilihat sebagai penyumbang utama kekalahan Mukhriz.

Penglibatan Tun Dr Mahathir secara terus-terang untuk menjadi "mentor" Najib didalam menentukan siapa yang patut dipilih siapa yang tidak di dalam kepimpinan UMNO menjadikan ahli-ahli Pemuda melihat Najib perlu diberikan perhatian bahawa beliau telah perlu mempunyai pendirian sendiri tanpa diperngaruhi oleh Mahathir.

Sekalipun apa yang diucapkan oleh Mahathir mengenai isu Lembaga Disiplin yang gagal menggunakan peluang yang ada untuk melakukan pembersihan terhadap UMNO apabila mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan yang berbeza terhadap permimpin yang berbeza di atas kesalahan yang sama, namun ia sepatutnya tidak dilakukan secara terbuka kerana ia sepastinya mengundang interpretasi bahawa Mahathir sedang berkempen untuk anaknya Mukhriz.

Malah Mahathir mendakwa Khairy bercita-cita untuk menjadi PM yang termuda.

Khairy Jamaluddin pula semalam telah menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa kemenangannya kali ini ada kaitan dengan amalan politik wang.

Keputusan yang menyebelahi Khairy nyata mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Mukhriz.

Reaksi bantahan tersebut ketara apabila penyokong ahli Parlimen Jerlun itu meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn tempat perhimpunan pergerakan tersebut diadakan.

Dalam pada itu sekumpulan penyokong Mukhriz yang berada di luar dewan berkumpul dan bersorak menyatakan perasaan bantahan mereka.

Antara sorakan yang jelas kedengaran ialah 'Khairy rasuah'.

Samada Mahathir akan meneruskan usahanya untuk terus-terusan menyerang saki-baki pengaruh Pak Lah di dalam Kerajaan belum dapat dipastikan namun kekalahan Mukhriz semalam sepatutnya memberi sedikit "pengajaran" kepadanya bahawa terlalu benar mereka yang pernah berkata : "Mahathir akan melihat sendiri kesan dan akibat perbuatan zalimnya terhadap orang lain sewaktu beliau berkuasa dulu, selagi beliau enggan untuk mengakui serta meminta maaf dan selagi hayatnya masih ada".

Mana Wak Khir pergi selepas diumumkan beliau adalah naib johan Ketua Pemuda UMNO

(caption gambar - Hadiah Naib Johan)

Selesai sudah pemilihan pemuda UMNO Malaysia dan tentu semua orang sudah tahu akan keputusan siapa yang menang , hebat juga Wak Khir ini , dia boleh kalahkan Mukhriz , calon hebat ketika pencalonan Ketua Pemuda UMNO yang lalu. Malang sekali kekuatan Wak Khir tidak menobatkan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO. Apabila beliau tewas sebanyak 50 undi kepada Khiary Jamaluddin. Nak buat macam mana nasib tidak menyebelahi beliau lagi tahun ini, apalah malang sangat nasib beliau kebelakangan ini, apakah ini kerana doa rakyat Selangor yang marah dengan Wak Khir ini. Mungjkin lepas ini Wak Khir boleh lah cuba merebut kerusi persatuan-persatuan belia untuk meniti kembali kemalapan kerjaya politik beliau.Tapi dalam pada itu ramai juga kawan-kawan bertanya , ke mana Khir menghilang sebaik saja nama beliau diumumkan sebagai pemenang kedua (Naib Johan), sedangkan Mukhriz naik ke pentas memberikan tahniah kepada Khairy Jamaluddin. Mungkin Wak Khir lebih selesa dengan menghantar SMS saja kepada Khairy kot......... sekurang-kurangnya kenalah jadi Gentelman , agaknya Wak Khir terlalu kecewa dan terlalu mengharapkan kemenangan ini.Itulah , jika wak Khir dahulu bertanding MP atau Naib pun mungkin masih ada peluang untuk menang , kalau tak jadi top 5 dari atas jadi top 5 dari bawah pun cukuplah , ada juga sebab nak datang pejabat UMNO Malaysia untuk mesyuarat MT. Mungkin Wak Khir akan merindui pejabat UMNO Malaysia selepas ini. Eloklah Wak Khir suruh pegawai Wak Khir sentiasa semak program-program UMNO yang diadakan di bangunan UMNO itu nanti.

Tak apalah Wak Khir pemilihan yang akan datang boleh bertanding lagi dengan syarat Wak Khir kena menjaga ketampanan agar kelihatan muda selalu. Esok jangan lah lupa datang ke PWTC kerana Perhimpunan UMNO belum lagi selesai.

Mar 25, 2009

25 Mac 2009

Umno/Bn mula bertindak kotor di Bukit Gantang

BUKIT GANTANG, 25 Mac : - Pengarah Jentera Operasi PAS Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi melahirkan rasa kesalnya di atas provokasi kotor oleh Umno/Barisan Nasional terhadap PAS/Pakatan Rakyat di sini menjelangnya pilihan raya kecil pada 7 April ini

"Walaupun kempen sepatutnya berlaku selepas hari penamaan calon 29 Mac ini, tapi Umno/BN telah bertindak liar menggunakan jentera perang saraf jahat dengan mengedarkan gambar-gambar dan risalah serta menggunakan pihak polis bagi menentang lawan cara di luar batas kemanusiaan," tegas Asmuni dalam sidang media di Markaz Tarbiyah PAS Air Kuning dekat sini petang semalam.

Dakwanya, beliau terkejut apabila mendapati Umno/BN mengedarkan gambar-gambar "menghina Sultan dan PAS/Pakatan Rakyat", memburukkan parti lawan cara peribadi pada hal perbuatan sebegitu adalah dilarang kerana ia di luar tatasusila kemanusiaan.

"Apa ini. Perkataan anjing pun ada dilebelkan pada sekeping gambar risalah berkenaan. Adakah ini perbuatan pemimpin atau ia dilakukan oleh yang berkaki empat memanjat dan melompat di atas pokok?" tanya Asmuni.

Beliau juga mendakwa majlis pengisytiharan calon pada 23 Mac kelmarin yang dilakukan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang diganggu sedangkan ia mendapat permit polis.

"Mengapa ketika majlis sedang rancak berjalan pihak polis dan FRU berpakaian lengkap dengan senapang gas pemedih matanya tiba-tiba hendak naik ke atas pentas untuk menghalang, padahal sebelum itu pun telah ditunjukkan bahawa PAS ada permit sah," jelasnya.

Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana keadaan dapat dan kira-kira 30,000 orang pelbagai kaum yang tidak berpuas hati di atas tindakan Umno/BN hendak menunjukkan kuasa belangnya yang tidak kena tempat itu dapat ditenteramkan.

Segala aktiviti dan maklumat Bilik Pengarah Operasi P-59 boleh dilihat melalui laman web: http://prk059.pas.org.my/. Harakahdaily.

Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka

Seterusnya bolih lihat divideo ini sbg 2,3 dan 4.

Jom lakukan HARTAL untuk selamatkan negara tercinta ini.

BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA SEKARANG!
MANSUHKAN ISA SEKARANG!

seterusnya klik...

UMNO ARAHKAN FRU MENGGANAS LAGI!!!!

Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menyampaikan ceramah di Bilik Gerakan PAS DUN Trong di kampung Sungai Tinggi kerana dihalang oleh pihak polis dan FRU. 15 buah trak FRU berserta trak water canon dengan pasukan kira-kira 200 anggota dikerah menghalang laluan ke lokasi ceramah. Pihak polis memberi arahan menghentikan ceramah ketika calon PAS-PR P.59, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang memberikan ucapan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan tiba di lokasi ceramah pada jam 9.45 malam, disyorkan oleh petugas keselamatan Pakatan Rakyat supaya tidak meneruskan perjalanan ke kampung Sungai Tinggi. Beliau hanya sempat sampai di pekan Trong ketika dimaklumkan bahawa pasukan polis dan FRU telah menghalang laluan ke lokasi ceramah.

Orang ramai yang hadir amat kecewa dengan tindakan tidak menasabah pasukan polis dan FRU. Majlis penerangan itu boleh berjalan dengan lancar kerana diadakan di bangunan markaz yang besar dan halaman yang luas. Kelancaran lalulintas berdekatan kawasan itu juga tidak terganggu disebabkan kawalan keselamatan jalanraya yang baik oleh pasukan Unit Amal.

Korang tengok lepas Najib naik jadi PM, ramai orang dah naik tocang, ingat boleh buat apa yang diorang boleh buat.

perubahan jelas ini memang di jangka. Beberapa minggu lepas kelihatan di akhbar musa hassan begitu tersenyum bangga lagi. tandanya, "aku boleh buat apa yang aku nak buat".

najib memang dah agak, pilihanryaa akan memihak kepada PR. jadi apa lagi cara yang paling berkesan kecuali menipu.

Awas padapengundi hantu dan SPR.
pilihanraya paling buruk akan berlaku.