ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 26, 2009

Kekalahan Mukhriz - Isyarat Supaya Mahathir Senyap?

Khairy Jamaluddin diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah mengalahkan Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir.

Yang aneh, Mukhriz yang memperolehi pencalonan terbanyak tiba-tiba mendapat undi terkecil. Mukhriz - 232, Khir - 254, Khairy - 304.

Apakah faktor yang membawa kekalahan Mukhriz yang dilihat sebagai satu yang amat mengejutkan?

Ayahnya Tun Dr Mahathir semenjak dari isu pemilihan timbul, hampir setiap hari telah muncul membuat kenyataan itu dan ini. Sekalipun beliau bukanlah seorang ahli UMNO lagi tetapi perbuatan beliau yang kelihatan begitu aktif cuba menyingkirkan "orang-orang Pak Lah" daripada barisan Najib dilihat sebagai penyumbang utama kekalahan Mukhriz.

Penglibatan Tun Dr Mahathir secara terus-terang untuk menjadi "mentor" Najib didalam menentukan siapa yang patut dipilih siapa yang tidak di dalam kepimpinan UMNO menjadikan ahli-ahli Pemuda melihat Najib perlu diberikan perhatian bahawa beliau telah perlu mempunyai pendirian sendiri tanpa diperngaruhi oleh Mahathir.

Sekalipun apa yang diucapkan oleh Mahathir mengenai isu Lembaga Disiplin yang gagal menggunakan peluang yang ada untuk melakukan pembersihan terhadap UMNO apabila mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan yang berbeza terhadap permimpin yang berbeza di atas kesalahan yang sama, namun ia sepatutnya tidak dilakukan secara terbuka kerana ia sepastinya mengundang interpretasi bahawa Mahathir sedang berkempen untuk anaknya Mukhriz.

Malah Mahathir mendakwa Khairy bercita-cita untuk menjadi PM yang termuda.

Khairy Jamaluddin pula semalam telah menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa kemenangannya kali ini ada kaitan dengan amalan politik wang.

Keputusan yang menyebelahi Khairy nyata mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Mukhriz.

Reaksi bantahan tersebut ketara apabila penyokong ahli Parlimen Jerlun itu meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn tempat perhimpunan pergerakan tersebut diadakan.

Dalam pada itu sekumpulan penyokong Mukhriz yang berada di luar dewan berkumpul dan bersorak menyatakan perasaan bantahan mereka.

Antara sorakan yang jelas kedengaran ialah 'Khairy rasuah'.

Samada Mahathir akan meneruskan usahanya untuk terus-terusan menyerang saki-baki pengaruh Pak Lah di dalam Kerajaan belum dapat dipastikan namun kekalahan Mukhriz semalam sepatutnya memberi sedikit "pengajaran" kepadanya bahawa terlalu benar mereka yang pernah berkata : "Mahathir akan melihat sendiri kesan dan akibat perbuatan zalimnya terhadap orang lain sewaktu beliau berkuasa dulu, selagi beliau enggan untuk mengakui serta meminta maaf dan selagi hayatnya masih ada".

No comments: