ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 18, 2009


18/4/09. Sabtu.

NAJIB JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN..

One malaysia kata BN mungkin tak bertanding dalam PRK Penanti jika dapat lampu hijau rakan-rakan kongsinya.

Awal-awal dah angkat bendera putih ni. Janganlah kita celebrate dulu. Barangkali PRK jika berlaku di Penanti, calon PR akan menentang calon bebas yang ditaja BN. Tak tahulah berapa ramai yang akan bertanding kali ni.

Dulu orang umno malu nak pakai baju parti kalau ke bandar, sekarang pemimpin mereka pulak malu nak bertanding guna logo parti.

Desperado betul...tak lama lagi terlingkuplah UMNO dan BN.


AnonymousEmail Sahabat dari Sabah;-

maaf...menyibuk di sini. saya bloger dari sabah (non-muslim). dulu saya takut kepada PAS kerana membaca dan mendengar cerita yg dicanang oleh media BN ke hulu ke hilir bahawa PAS adalah parti yg extrame, tiada tolak ansur dan fanatik. tetapi semakin banyak saya membaca blog saudara2 dlm PAS semakin selesa rasanya kerana apa yg saya nampak PAS sememangnya parti yg serdahana dan dapat dipercayai dapat menjaga hak2 rakyat bukan sahaja rakyat beragama Islam tetapi juga rakyat non-muslim. kalaulah keikhlasan menjadi satu asas perjuangan maka saya percaya bahawa PAS akan memerintah negara Malaysia yg tercinta ini suatu hari nanti. saya menyokong penuh agama Islam dijadikan asas perpaduan bangsa Malaysia dan menolak parti berasaskan kaum sebagai landasan perpaduan.

18/04/2009.
Senario ini boleh mengundang celaka

Muda-mudi sekarang agak kurang prihatin soal politik. Sebab kurang prihatin maka suara remaja dan orang muda semacam tenggelam. Senario ini boleh mengundang celaka. Bala makin mendekat.

Hari-hari boleh cerita isu semasa. Isu semasa bermaksud, adalah ke arah hiburan dan keseronokan. Filem bohsia pun nak keluar. ..Jahanam!!

Perlu menyeru pada semua orang muda, kita tenggelamkan suara-suara orang tua. Kita punyai tenaga yang lebih walau stamina tak lama macam orang tua tapi tu boleh adjust. Bukan apa, politik adalah alat untuk kita cipta masa depan yang lebih sempurna dan generasi akan datang. Tengok anak-anak kita semua dan muka orang rumah dan kita perlu genggam azam untuk berikan mereka masa depan yang lebih sempurna. Kita bersuara dan menjerit agar semua ahli politik tersentak dan kecut perut. Barulah perencanaan negara seimbang dan tidak berpihak macam sakai.

Lu tak paham? Lu perlu belajar perlahan-lahan. Tapi lu jangan bosan dan muak dengan politik macam lu muak dengan artis sekian-sekian. Lu bertahan dan keras sikit. Suarakan idea yang lebih cemerlang untuk masa depan negara. Pasti hasilnya manis. Percayalah!!
18/04/2009.
SPR BERTINDAK LUAR BIDANG KUASA..

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihanraya sentiasa bertindak di luar daripada bidangkuasanya. Dalam kes Fairus yang telah meletak jawatannya sebagai ADUN Penanti, Suruhanjaya Pilihanraya tidak ada hak untuk membuka mulut dan memberi sebarang komen. Itu bukannya kerja pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Mulakan kerja-kerja persediaan untuk pilihanraya kecil di Penanti.

Suruhanjaya Pilihanraya merupakan agensi yang mengendalikan pilihanraya. Itu sahaja kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Apabila terima surat daripada Speaker, buat sahaja kerja yang patut dibuat. Jangan pula pandai-pandai nak beri nasihat. Suruhanjaya Piliharaya tidak perlu memberi nasihat politik kepada mana-mana pihak.

Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya , Tan Sri Abdul Aziz Yusuf sudah bertanduk selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya berhak menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dewan Negeri.

Beliau memberi komen bahawa pengendalian pilihanraya kecil seperti ini amat membazirkan wang negara. Siapakah yang membazirkan wang dalam pilihanraya kecil? Kerajaan mencurahkan berjuta-juta ringgit untuk memikat hati rakyat sewaktu pilihanraya kecil. Pelbagai projek mee segera dilaksanakan secara lintang-pukang oleh kerajaan. Banyak lagi pemberian dibuat walaupun tindakan-tindakan seperti itu menyalahi undang-undang pilihanraya. Kos sebenarnya ditimbulkan oleh kerajaan sendiri kerana boros berbelanja untuk kepentingan parti-parti politiknya.. Kalau Tan Sri Abdul Aziz betul-betul berniat untuk memberi nasihat, beritahu Perdana Menteri supaya tidak boros membelanjakan wang rakyat dalam pilihanraya kecil Penanti yang bakal kita dihadapi. Blog Suara Perak.

Apr 17, 2009

Friday, April 17, 2009

Abdullah dan Najib : Seperti belacan dikerat dua

Kita biasa mendengar ungkapan peribahasa yang berbunyi : Seperti pinang dibelah dua ; untuk menggambarkan sepasang suami isteri terutamanya pengantin baru yang sama cantik dan sama padan.

Namun, terdapat juga satu peribahasa yang memberi gambaran yang sebaliknya. Ianya berbunyi : Saperti belacan dikerat dua - yang pergi busuk, yang tinggal hancing

Begitulah perumpamaan yang boleh dibahasakan terhadap pentadbiran Abdullah Badawi yang telah berlalu dan kepada penggantinya Najib Abdul Razak . Perumpamaan tersebut amat tepat dan bersesuaian sekali jika kita teliti senario yang mutakhir berikut :

Krisis Perak : Mahkamah Persekutuan tidak berhukum mengikut undang-undang perlembagaan negara, kata Bekas Hakim Mahkamah Rayuan.

Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang menghakimi Krisis Perak tersebut ialah:

1. Allaudin Mohd Sheriff
2. Ariffin Zakaria
3. Nik Hashim Nik Ab Rahman,
4. S Augustine Paul
5. Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Benarkah mereka yang tersebut itu sama busuk dan hancing ....urgh...kerana dikatakan telah kencing dan berak di atas Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ? “Saya tak tahu undang-undang. Saya tanya sahaja ," kata Bakaq di sini
17/04/2009. Jumaat.

TOKOH PEMIMPIN TERPILIH DIDUNIA.



Pejabat Ketua Pembangkang Parlimen Dato' Seri Anwar Ibrahim melaporkan, pimpinan Pakatan Rakyat itu dicalonkan oleh majalah 'Time' antara 100 tokoh paling berpengaruh di dunia. Pencalonan tersebut memberi kredit kepada Malaysia iaitu di kalangan orang Melayu, memang mampu menampilkan tokoh berwibawa, berkarisma dan setanding dengan pimpinan negara luar. Bagaimanapun sikap Pateh Karma Wijaya yang berakar umbi dalam pimpinan Melayu, legenda Hang Tuah dan Hang Jebat menjadi tragedi yang ditangisi sepanjang zaman. Justeru dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Dato' Seri Anwar hari ini (15 April 2009) menjelaskan:

"Majalah antarabangsa Time sekali lagi mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai antara 100 orang tokoh paling berpengaruh dunia untuk tahun 2009. Pada tahun lalu, Anwar diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam kategori Pemimpin & Revolusioner sebaris dengan Barack Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama dan Vladimir Putin.Sekiranya anda ingin memilih calon tokoh berpengaruh dunia untuk tahun 2009, anda boleh layari pautan di bawah:

The 2009 TIME 100 Finalists
17. APRIL. 2009. Jumaat.







Pilihanraya kecil N12 Penanti adalah satu lagi anugerah bagi memanifestasikan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat disamping membenamkan keangkuhan UMNO-BN. Dalam tempoh 60 hari dari sekarang bakal berlangsung satu lagu pilihanraya kecil pasca PRU 12 ekoran perletakan jawatan ADUN Penanti yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.

Setelah membuktikan kejayaan di Bukit Selambau dan keunggulan di Bukit Gantang, sepastinya Penanti akan merupakan satu "endorsement" tentang suara hati rakyat terutama pandangan rakyat terhadap kepimpinan baru negara yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

DUN N12 Penanti terletak di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. Dari segi struktur masyarakatnya pula

Pecahan pengundi mengikut kumpulan etnik adalah:

Melayu...62.9%
Cina.....33.2%
India.....2.8%

Berdasarkan keputusan pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh, kita akan dapat tidak sukar untuk meramalkan Pakatan Rakyat akan mengulangi kecemerlangannya di dalam siri pilihanraya kecil bermula di P44 Permatang Pauh sendiri pada 26 Ogos 2008, di P036 Kuala Terengganu pada 17 Jan 2009, di P059 Bukit Gantang dan N25 Bukit Selambau pada 7 April 2009.



PKR berjaya di dalam semua daerah kecuali Telok Wang pada PRU12 dengan perbezaan 34 undi (261-227), namun ia diperbaiki di dalam pilihanraya keci P44 dimana PKR menang dengan perbezaan 28 undi sehingga menjadikan PKR memboloti kemenangan di kesemua daerah di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ketika itu.

Bagi pilihanraya kecil kali ini, UMNO sepastinya memainkan kontrovesi yang melanda bekas Adun Penanti itu hingga memaksa beliau meletak jawatan. Namun Fairus sendiri di dalam wawancara bersama akhbar Nanyang Siang Pau telah pun menjawabnya terlebih dahulu sebelum ia sempat menjadi modal besar UMNO di Penanti.

Mengenai dakwaan keterlibatan beliau di dalam aktiviti kuari haram yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fairus mendakwa beliau tidak terlibat dan semua yang berlaku hanyalah fitnah dan sebahagian dari usaha untuk menjatuhkannya.

“Saya telah melakukan kerja-kerja untuk dewan undangan negeri Penanti sebaik mungkin dan telah mendapat sokongan dari para pengundi saya. Semua yang di luar tidak tahu dan tidak mengerti kerana kerja dan perkhidmatan yang saya lakukan selama ini tidak dilaporkan oleh akhbar-akhbar,” kata Fairus.

Pemerhati politik berpendapat bahawa Pakatan Rakyat bakal memenangi pilihanraya kecil Penanti, berkemungkinan dengan majoriti yang lebih tinggi berdasarkan senario semasa yang lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Apr 16, 2009

16.04.2009. Khamis.

SPEAKER TIDAK MEMPUNYAI KUASA, SIAPA BERKUASA?

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan keputusan yang mengejutkan dan tidak pernah berlaku dalam negara kita bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Perak rampasan kuasa, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN.

Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif.

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar bersama Jawatankuasa Hak dan kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar kudeta bersama enam Exconya daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.

Secara umumnya mulai dari keputusan ini boleh ditafsirkan semua pengantungan yang dilakukan selama ini oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Deran Rakyat dan DUN adalah tidak sah ?

Berikutan itu, pada 2 Mac lalu, Zambry dan enam Exconya itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

Zambry dan enam Exco terbabit juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.

Keenam-enam Exco itu ialah Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon.


Bertanggungjawab Pada Parti, Kena serah pada Rayat......

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkuat kuasa hari ini.


Beliau yang juga bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang berkata dalam satu kenyataan hari ini, akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Pasca Siswazah sebagai alasan perletakan jawatan.