ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 2, 2009

2/5/2009. Sabtu

Hantu Altantunya Menunggu Di Penanti ??

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Walaupun baru tidak sampai 20 hari Dato' Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6, namun sudah banyak petanda awal yang menunjukkan era pemerintahannya belum dapat menggamit keyakinan rakyat. Retorik perubahan yang diuar-uarkannya nampak dangkal dan bersifat kosmetik, hanya sekadar mahu mengelabui pandangan orang ramai.

Sampai bila dapat bertahan tanpa permaidani merah? KLIK BACA SETERUSNYA....
2/May/09

KARNIVAL USAHAWANAN DAN PERTANIAN KADUN SEJANGKANG.

Hari pertama Karnival anjuran Kadun Sejangkang pada pagi tadi diturunkan hujan rahmat dan tepat jam 10 pagi kehadiran Datuk Menteri Besar Selangor dan rombongan Kerajaan Negeri tiba. Menteri Besar dengan selamatnya merasmikan Karnival dan ramai peserta ushawan mengambil bahagian menyertai menjual hasil tani digerai-gerai sedia ada. Lebih 60 khemah gerai jualan yang disediakan penuh dengan berbagai jualan.

Sementara itu juga Exco kebajikan dan masyarakat turut hadir bersama memberi ucapan. Esok , pada sebelah petang perasmiam penutup karnival, dirasmi kan olih Exco Pembangunan dan pertanian YB Yaakob Bin Sapari.

Gambar diatas, sebahagian gerai-gerai jualan hasil tani penduduk kampong.

May 1, 2009

1 MAY. 2009. Jumaat.

KARNIVAL USAHAWANAN DAN PERTANIAN ANJURAN KADUN SEJANGKANG.



Kadun Sejangkang mengalu-alukan kunjungan orang ramai untuk menjayakan Karnival yang murni ini. Tapak Karnival bertempat diPadang Awam, Dewan Wawasan Telok Medan, Sejangkang.

Datuk Menteri Besar akan merasmikan dan kehadirannya bersama Exco Pembangunan dan Usahawanan pada jam 10 pagi Sabtu. Sempena Karnival ini, aktiviti jualan hasil tani dan berbagai diadakan.

Ditapak Karnival ushawan dan tani, pada petang tadi, kerja-kerja urusetia Karnival sedang giat untuk persiapan terakhir. Program ini akan berlangsung pada hari Sabtu 2 may 2009 hingga Ahad 3 may 2009. Bermula jam 9 pagi dan berakhir pada hari Ahad jam 5 petang.



Gambar diatas Pengerusi JKKK Kg Medan Hj Bastani, En Abdul Razak serta turut bersama Exco AMK Kuala Langat yang terlibat membantu kerja-kerja akhir untuk persediaan Karnival.

Apr 30, 2009

30/4/09. Khamis.

Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin tidak seperti ahli PAS


Pada mulanya berkemungkinan dalam kepala otak si Dr. Zambry yang ada PHD, bersubahat dalam rampasan kuasa di Perak adalah mudah, nampak senang saja kerana mungkin beliau telah diyakinkan sepenuhnya bahawa mereka boleh berbuat apa saja dengan menguasai semua intitusi serta badan kerajaan dalam menghalalkan matlamat kotor UBN.

Dr. Zambry yang ada PHD, dengan penuh yakin seperti anjing yang patuh pada tuannya, bersetuju apatah lagi jika dijanjikan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Walaupun mereka telah berjaya mempengaruhi pihak Istana, rupanya harapan beliau yang disangkakan mudah itu hanya bersifat sementara, tetapi sehingga ke hari ini Dr. Zambry yang ada PHD masih belum mendapat pengiktirafan sebagai Menteri Besar Perak yang SAH.

Seperkara lagi nasib Dr. Zambry yang ada PHD dan Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin adalah sama dimana apa yang aku perhatikan mereka seolah berjuang bersendirian dalam mempertahankan dan menuntut hak berkaitan perlembagaan yang diertikan telah dirogol oleh UBN, dalam perkara ini aku tak mahu sentuh soal Dr. Zambry, cuma aku merasa terkilan sedikit apabila melihatkan seolah-olah Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin tidak seperti ahli PAS, kemana perginya pemimpin-pemimpin PAS yang lain, mengapa tiada sokongan moral daripada kepimpinan PAS.

Jadi tidak hairanlah jika Dato Seri Nizar dikatakan sebagai boneka DAP, kerana yang berdiri teguh dibelakang Dato Seri Nizar adalah pemimpin-pemimpin DAP, jika tiada orang-orang DAP maka kelihatanlah Dato Seri Nizar keseorangan memperjuangkan hak rakyat Perak yang sudah dicabuli yang kini akan dipindahkan semula ke Mahkamah Tinggi. Noktah….

Keputusan kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang sependapat bahawa kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi amat aku hormati, dan masih terlalu awal untuk mengulas dengan lebih lanjut, oleh kerana negara ini bernama Malaysia Darul Boleh.

Cara permainannya masih lagi kotor apabila kes ini berhadapan dengan campur tangan sang pengotor durjana dalam institusi perundangan negara, yang selama ini senyap seketika dan aku ingatkan dah mampus tetapi masih hidup lagi rupanya… iaitu si Gani Pak Tail yang berperanan sebagai pencelah, Malaysia Darul Boleh.

Nampaknya perjalanan kes ini amat berliku dan penuh ranjau bagi Dr. Zambry yang ada PHD tu, jika anda percaya kepada keajaiban, maka tiada yang mustahil akan berlaku. Dan jika beliau seorang yang ada PHD dan bergelar Doktor yang ada maruah diri maknanya beliau tidak akan sanggup memperbodohkan diri dan diperbodohkan oleh orang atasannya dengan melanjutkan lagi perkara ini.

Sepatutnya dengan kebijaksanaan seorang Doktor yang ada PHD, beliau seharusnya mempertahankan harga diri sebagai seorang yang berpengaruh dan ada jati diri sebagai seorang jantan yang bermaruah. Biarlah ianya nampak mulia di mata masyarakat, daripada dicerca dan di maki hamun setiap hari.

Isa : Kerajaan Negeri Perak masih tiada Menteri Besar lagi… mahkamah pun belum bagitau siapa yang sah sebagai Menteri Besar…

30 April. 2009. Khamis.

Gua Orang Orang Biasa Saja

Maka gua wujud dijadikan sebagai orang biasa. Gua kena belajar dan bekerja. Kadang-kadang gua merangkak, kadang-kadang gua berlari. Ada juga berapa kali gua tersungkur. Gua pasrah dan redha. Kadang-kadang juga gua pedih, perit, terkesima. Lumrah alam.

Gua kadang-kadang pandai juga bersyukur. Hidup di bumi ini kadang-kadang kena pandai ikut rentak alam. Gua ikut. Tersungkur jugak. Tak la sempurna gua ni. Tapi gua belajar pelan-pelan. Agar gua dilandasan betul.

<<>>Gua tak pergi ke jalan gelap.

***

Gua syak


@@@@@@gua begini sebab belum kena uji

%%%%%%%%%%%%%%dengan $ sebillion kot?



AKU, DIA, ATAU.......?

Apr 29, 2009

29/4/2009. Rabu.

7 Mei 2009 SIDANG DUN KERAJAAN KUDETA.


Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar Kudeta, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.

ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini. Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.

Sehubungan itu, Abdullah meminta ADUN-ADUN mngemukakan cadangan nama Speaker yang baru.

Borang pencalonan Speaker baru itu turut dikepilkan bersama surat tersebut.

Menurut Abdullah, borang pencalonan itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran (DUN) selewat-lewatnya esok, 30 April.
29 April 2009. Rabu

DIMANA SILAPNYA PRIMES-PRIMES PERNIAGAAN BOLIH BEROPERASI TANPA KELULUSAN YANG SAH MENGIKUT UNDANG-UNDANG.

Pada 27 April 09. Ahli Majlis Jawatankuasa Perlesenan dan Penguatkuasa Majlis Daerah melakukan pemeriksa dibeberapa buah premis kilang yang telah diadu olih penduduk kampong dan didapati kesemua nya menjalankan perniagaan dengan tidak mengikut peraturan tetap Majlis Daerah Kuala Langat. Jawatankuasa Keselamatan Kampong Bt9 Sejangkang (JKKK) serta rombogan AMK K.Lgt dan wakil penduduk turut memantau dalam operasi mengejut itu.

Hanyar telah diadu olih penduduk kampong tersebut dengan sokongan JKKK, kilang-kilang tersebut sememangnya telah beroperasi dah lebih setahun berlalu. Persoalannya mengapa MDKLgt tidak mengambil tindakan yang sewajarnya agar kepentingan hak orang lain diutamakan. Apa yang dilihat bila aduan diterima, hanya sekadar tindakan saman yang dikeluarkan sahaja dan tidak melaksanakan sesuatu untuk menjamin ekonomi negara dengan betul.

Seperti gambar yang dipaparkan semua primes yang menjalankan perniagaan adalah tidak mengikut peraturan undang-undang MDKLgt.


Sebuah kilang kerja logam tidak mempunyai lesen MDKLgt dan telah menerima saman sebagai kesalahan menjalankan perniagaan kilang haram.Bangunan kilang ini terletak diJalan Melati Batu 10 Kebun Baru.


Di Jalan Enggang, Kedai runcit bebas menjual minuman akhol. Tiada lesen.Di Lorong Jalan Enggang, menjalankan perniagaan barang lusuh tanpa lesen dikawasan industri.


Bangunan kilang DBTS terletak diJalan Nuri. Telah beroperasi sejak beberapa tahun tanpa CF dan retakan pada bangunan jelas kelihatan. Mengguna tenaga pekerja Asing .

Bangunan kilang ABLEACE ASSET SDN BHD, diJalan Kasawari. Dipercyai kilang membuat sabun dan telah beroperasi beberapa tahun. Mengapa MDKLgt mengeluarkan Lesen Sementara?


Sebuah bangunan kilang dalam pembinaan yang tidak mempunyai kelulusan dari MDKLgt. Penguatkuasa Majlis bertanggungjawab menyita. Bangunan ini terletak dijalan Kasawari.
Kepada Ahli Majlis (jawatankuasa perlesenan) serta JKKK perlu lebih telus memastikan kepentingan rakyat untuk menjana ekonomi penduduk. Pastikan YDP MDKLgt dan Ahli Majlis bekerjasama kearah slogan kerajaan negeri. Rasuah akan membantutkan ekonomi Negara/Negeri.


Apr 28, 2009

28. 4. 2009. Selasa.

PEMBAKARAN TERBUKA BERLAKU DI KILANG HARAM

Pada petang hari minggu (Ahad) 26.4.09. jam 8 malam, di Batu 16. Tanjung 12, Jalan Klang Banting, sebuah kilang yang tidak mempunyai nama, dimaklumkan tidak menepati undang-undang MDKLgt telah melakukan pembakaran terbuka. Disebabkan pembakaran berlaku, penduduk sekitar berdekatan telah membuat aduan pada pihak bertanggungjawab.
Ahli Majlis yang bertanggungjawab perlu lebih perihatin terhadap kawasan yang dipertanggungjawabkan. Janganlah sekadar menjawab panggilan dengan sms sahaja. Ahli Majlis berkenaan diperingatkan supaya selesaikan masaalah ini secepat mungkin, agar tidak berlaku lagi seperti malam itu.

Pandangan kawasan belakang kilang yang berpagar tetapi ia berkeadaan terbuka.
Pekerja kilang ini menjadi kelan-kabut, sementara menanti bomba datang. Barang terbuang yang dibakar seperti gambar diatas.
Bomba terpaksa mengambil air di tepi jalan Kampong Sungai Sedu(paip bomba) kerana kelengkapan paip bomba tiada di kawasan kilang. Sekiranya kebakaran besar berlaku, mengakibatkan penduduk, sudah tidak berguna lagi.
Penduduk berdekatan memaklumkan telah membuat aduan pada MDKLgt beberapa kali, tetapi pihak Penguatkuasa MDKLgt hanya mengeluarkan saman keatas kilang tersebut sahaja.

Rakyat tidak menolak pembangunan ekonomi. Tetapi biarlah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Untuk kebaikan bersama kilang tersebut perlu ditutup seberapa segera dan meneliti faktor kepentingan penduduk.

Adalah tidak adil, bagi hak penduduk diabaikan dengan hanya bertindak dengan saman keatas kilang yang beroperasi secara haram itu.

Tindakan saman bukanlah bolih menyelesaikan masalah penduduk yang selama ini merasa selesa dan kini merasa terancam, setelah gangguan akibat kilang itu. Kegelisahan penduduk akibat operasinya kilang itu, menyebabkan habuk yang berbau tidak menyenangkan, berbunyi bising dari pagi hingga lewat malam.
Kilang tersebut juga mengguna tenaga pekerja dari pendatang asing yang berkemungkinan tiada mempunyai permit kerja.