ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 28, 2010

PENGERUSI KEADILAN SELANGOR BERTUKAR TANGAN..

Semoga apa yang berlaku kpd parti KEADILAN diperingkat negeri Selangor, akan menjadi kenyataan untuk perubahan yg lebih terbaik dan bukan lah pula yang lama dianggap tidak baik dan tidak sempurna. Tapi itulah kehendak pimpinan diakar umbi untuk lebih mantap lagi.(biarlah ada kepentingan diri untuk tidak terlibat kepada melakukan dosa).
Siapa kata isu rasa tidak puashati terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor ‘biasa-biasa’ saja.Ia Mungkin diselindungi oleh senyum,tepuk tampar dan derai ketawa segala macam.
Namun dari sudut politik hakikat yang terbentang depan mata ialah kuasa Khalid sudah ‘ kena potong’ petang Ahad bila Azmin Ali diumum sebagai Pengerusi PKR Selangor ganti beliau.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak sebelum ini dikatakan mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen PKR yang tak puashati cara pimpinan Khalid.Khalid bagaimanapun kekal sebagai Menteri Besar Selangor.Kuasanya setakat mentabir manakala soal parti negeri itu sudah pindah pada Azmin.

Jun 27, 2010

membantu memantapkan parti, itu pendapat MB Selangor.....

PERBEZAAN PENDAPAT, LUMRAH DALAM POLITIK KATA MENTERI BESAR SELANGOR.


Tan Sri Abdul Khalid hari ini menyifatkan perbezaan pendapat antara pimpinan dalam sesebuah pertubuhan politik adalah lumrah, sebaliknya beliau menegaskan, perkara tersebut membantu memantapkan sesebuah parti.

"Ini perkara biasa dalam persatuan atau politik, Ini yang disebut sebagai perbezaan antara kepimpinan. Ini satu-satunya persatuan yang matang dan mengalami keadaan ini dan secepat mungkin perkara ini akan diselesai.

"Apa-apa pun mesti ada penyelesaian dua pihak. Kita dalam parti, biasanya mengadakan mesyuarat untuk isu penting. Tapi, saya rasa isu selangor ini tidak sepenting dalam isu memantapkan parti dan mengemas kini jentera parti," katanya.

Sungguhpun media mendakwa wujud tekanan terhadap Khalid, 17 daripada 22 pemimpin bahagian PKR Selangor pula mengadakan mesyuarat tergempar bagi menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat tergempar ini dibuat berikutan spekulasi media kononnya 15 ahli parlimen cuba menggulingkan Khalid semasa permukiman parti itu di Shah Alam.

Mengulas hal ini, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan media yang mungkin ada agenda tertentu.

"Spekulasi yang diulang-ulang dalam media, jadi jangan kita ambil sebagai satu kebenaran. Tidak wujud, sebab saya ahli parlimen dan saya kenal kawan-kawan saya.
"Inilah isu yang kadang-kadang akan ada perbezaan sedikit. Ini akan diselesaikan dalam saluran yang ada dalam parti seperti retreat dan mesyuarat dalam parti," katanya.

Jun 26, 2010

KP kawan awak ni retak nanti belah...ini mesti fitnah ..



Naib presiden PKR Azmin Ali mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuatkuasa semalam. Sungguhpun tiada sebab yang jelas mengenai perletakan jawatan tersebut, namun Azmin dikatakan berkonfrontasi dengan Khalid Ibrahim dan Othman Omar mengenai laporan blog ini isnin lalu bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membelanjakan hampir setengah juta untuk iklan muka Pengurus Besarnya di TV3 semasa Hari raya Aidilfitri yang lalu.

Sungguhpun pendedahan ini bukan faktor besar namun ia menjadi kemuncak ketidakpuasan hati Naib Presiden PKR tersebut terhadap cara PKNS diurus tadbir sejak di bawah Othman Omar. Azmin yang sebelum ini banyak menghentam Khalid dalam sidang DUN sudah hilang sabar mengenai tindak tanduk Othman Omar.

Khalid Ibrahim dan Othman Omar bertindak seumpama raja di PKNS dengan membuat beberapa keputusan yang tidak dipersetujui oleh Lembaga Pengarah PKNS dan menyebabkan perbadanan tersebut bakal menghadapi krisis kewangan dalam sedikit masa lagi.

Azmin dikatakan tidak berpuas hati dengan gaji Othman Omar yang diluluskan oleh Khalid iaitu sebanyak RM 40, 000.00 sebulan sedangkan ia bertentangan dengan peraturan kewangan kerajaan. Sehingga kini khabarnya kelulusan tersebut belum dilaksanakan kerana pegawai PKNS tidak mahu terbabit dalam sesuatu keputusan yang menyalahi peraturan kewangan kerajaan. Sejak itu Othman membentuk pasukan pengurusan baru dari luar dan langsung tidak merujuk kepada Timbalan Pengurus Besar dan pihak pengursan lain.

Azmin dilaporkan pernah melenting dalam mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS apabila beberapa cadangan pembelian tanah oleh PKNS sangat meragukan dan di bawa terus kepada Lembaga Pengarah tanpa perbincangan dengan pengurusan PKNS. Sejak itu, Azmin berpendapat terdapat penyelewengan dan salah tadbir dalam PKNS yang dilakukan oleh Othman Omar dengan restu Khalid Ibrahim.


Pengurusan dalaman PKNS juga tidak berpuas hati dengan Othman yang membawa beberapa orang luar dan dibayar gaji antara RM 11 - 18 ribu sebulan mengatasi gaji para pegawai kanan PKNS yang lain. Antara mereka ialah Pn Madihah (Senior Group Marketing Manager) bergaji RM 18 ribu, Hani (Senior PR/ RM 11 ribu), Rustam (Senior Marketing Mananger/RM 11 ribu), Mahinder Singh (Senior Marketing Mananger/RM 11 ribu) dan Patrick (Senior Business Mananger/RM 11 ribu).

Gaji bahagian pengurusan PKNS gred 54 pada masa ini tidak melebihi RM 10 ribu sebulan. Manakala Gaji ahli pengurusan JUSA C pula antara RM 12 - 14 ribu sebulan.

Selain itu, Azmin dikatakan tidak berpuas hati dengan projek Datum Jelatek yang mengenepikan kepentingan orang Melayu. PKNS juga akan mengalami masalah kewangan dalam sedikit masa apabila projek Datum Jelatek yang akan dibangunkan atas kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak dapat dibangunkan seperti yang dirancangkan. Projek yang dikatakan bernilai RM1.2 bilion yang terletak bersebelahan stesen aliran transit ringan (LRT) Jelatek melibatkan kerjasama PKNS dengan anak syarikat milik penuhnya, Worldwide Holdings Bhd belum mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan untuk pembangunan tersebut. Terdapat juga penduduk sekitar yang mula membantah kerana dikhuatiri projek tersebut akan menyebabkan kesesakan yang lebih teruk lagi pada masa akan datang.

Sungguhpun pelan pembangunan Datum Jelatek belum diluluskan PKNS sudah melaksanakan proses pengambil alihan flat tersebut. Ini menimbulkan persoalan apa akan terjadi jika pelan pembangunannya tidak diluluskan?

Othman Omar dan Khalid juga berpakat mengubah syarat pembelian hartanah PKNS sebelum ini yang meletakkan kuota 70% untuk bumiputera. Sekarang ini hanya 30% diperuntukkan kepada bumiputera. Ini turut menimbulkan ketidakpuasan hati Azmin.

Justeru apabila dimaklumkan mengenai isu iklan muka Othman mencecah hampir setengah juta Azmin tidak lagi dapat bersabar dan mengambil tindakan drastik meninggalkan PKNS sebelum imej beliau turut terpalit lumpur Othman Omar dan Khalid Ibrahim.

Jun 23, 2010

Hadi Penganas, Anwar Agen Yahudi, Kit Siang Komunis…Najib Hero




Hadi Penganas, Anwar Agen Yahudi, Kit Siang Komunis…Najib Hero! itulah yang cuba dicipta oleh BN dan media yang bersekongkol dengan mereka. Melompat Dr. Asri bila nama dia pun disebut sebagai pengganas dalam satu taklimat khas PDRM berkaitan isu JI.
Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin adalah orang yang dirawikan sebagai pembawa tuduhan ini. Sedikit pun saya tak heran kalau Dr. Asri kena fitnah ini sebab sebelum ini kita dah lama mendengar tuduhan itu.
Bagi Presiden PAS. Tok Guru Abd Hadi, ini sudah kali ketiga beliau dituduh pengganas. 2007, akhbar Daily Mirror kat UK yang tuduh beliau, kemudian tahun lepas Israel pula tuduh beliau sebagai pengganas selepas bertemu Menteri Umno, Zahid Hamidi. Ntah apa yang mereka bincangkan dalam pertemuan sulit itu…tup..tup Presiden PAS dituduh pengganas.
Tapi mana buktinya Presiden PAS pengganas. Kalau Zamihan dan PDRM kata beliau pengganas mana buktinya. Kerajaan pula, dalam program BTN sibuk tunjuk gambar Presiden PAS. BTN gambarkan beliau sebagai orang memecah belahkan rakyat khususnya kaum Melayu.
Tidak cukup dengan itu, Anwar pun dijadikan ikon proksi Yahudi. Itu semua permainan Politik bagi mengaburi rakyat tentang hubungan Kerajaan Malaysia dengan Israel yang disahkan dalam satu minit kabinet pada tahun 1996. Minit itu mengesahkan bahawa Malaysia setuju menjalinkan hubungan dangan dengan Israel.
Tidak cukup dengan itu, Malaysia juga mengunakan khidmat perunding kalangan pelobi Israel seperti Satchi&Satchi (zaman Mahathir) dan APCO (Zaman Najib) untuk menjadi penasihat kerajaan. Siapakah rakan Israel-Zionis sebenarnya?
Lim Kit Siang yang banyak berjuang untuk orang cina dan hak untuk Chin Peng balik ke Malaysia pula dituduh komunis. Senangnya mereka cipta persepsi dan tuduhan. Hanya kerana beliau tuntut apa yang beliau fikirkan patut, beliau pun dituduh sama Komunis. Malangnya hingga kini BN masih gagal membuktikan yang Lim adalah Komunis.
Semua ini sengaja direka dan disebarkan pada rakyat supaya melihat pemimpin Pakatan ini sebagai penderhaka kepada negara dan menonjolkan Najib sebagai Hero. Beliau kononnya penyatu rakyat dibawah gagasan 1 Malaysia.
Tapi rakyat harus terus ingat dasar Liberalisasi Ekonomi Najib yang mengecilkan kuota pemilikan bumiputra dan rakyat bukan bumiputra. Tidak cukup dengan itu beliau bagi free blok minyak L dan M kepada Brunei.
Kemudian, dengan suci hatinya pindahkan Stesen KTM di Tanjung Pagar untuk menyewa di Woodlands. Tanjung Pagar kononya akan dibangunakan secara usaha sama dengan Singapura dengan pembahagian 60:40.
Kemudian Najib cuba gadai Kg. Baru. Satu-satunya Kg. Melayu terakhir di tengah Kuala Lumpur. Kononnya beliau mahu majukan Kg. Baru dan pembangunan juga 60:40 dimana 40 peratus akan dibukan kepada pelabur asing.
Tidak cukup dengan itu. Pangkalan tentera udara di sungai Besi mahu ditutup, juga untuk projek mega Najib bertajuk 60:40.
Apa lagi Najib nak gadai lepas ini untuk dilihat sebagai Hero. Model Ekonomi Baru dicanang satu negara. Tapi sampai sekarang, sekeping kertas pun gagal dibentang di parlimen. Nak perkenalkan GST konon. Rakyat juga jadi mangsa. Subsidi ditarik balik. Wajarkah semua itu dibiarkan berlaku begitu sahaja? Mahukah anda terus menjadikan najib sebagai Hero…kerana beliau hanyalah zero….




Jun 20, 2010

UMNO MENEBUS MARUAH BANGSA? Fikir-fikirlah......

Pandangan jujur aku terhadap UMNO.....

.....UMNO hanyalah lambang sebuah perjuangan bagi memartabatkan bangsa melayu....agar melayu tidak ketinggalan jauh dari bangsa lain kat malaysia....baguslah tujuan tu....tapi UMNO sudah lama menyimpang dari landasan perjuangan asal dengan lahirnyer insan2 jalang yang mula membuka mata mengaut atau merompak peluang2 yang melintas didepan mata....spesies2 beginilah membiak terlalu cepat dalam sangkar jahanam....mereka mula berlumba2 mengumpul harta benda dikesempatan yang ada....makhluk2 jahanam yang semakin membiak ini mula mencipta formula2 yang hebat supaya segala kekayaan terkumpul untuk anak cucu mereka...mereka lupa bahawa mereka akan mampuih tidak menongkat langit!!!!Akhirnyer setelah semuanyer hampir habis mereka mencuba cara lain seperti pembelian kapal yang tidak menyelam, menjual injin jet....wujudkan skandal matawang....memelihara kambing hitam untuk disembelih, memberi makan anjing2 supaya terus menyalak...membeli monyet2 yang melompat termasuk katak2 murahan...mengguna pengaruh yahudi agar mendapat bantuan dari negara zionis dan macam2 perkara yang hanya berkepentingan diri jer...rakyat yerus didodoikan dengan irama2 lagu sumbang...kununnyer merekalah pejuang bangsa....ptuiiii!!!Mereka jadikan ulama2 sebagai musuh utama....mereka memijak-mijak kesucian ugama islam....mereka mengejek golongan2 yang memperjuangkan islam....inilah sebenarnyer UMNO yang diperjuangkan oleh mereka....tanpa mereka sedari bangkai itu semakin mereput!!!!Doakan agar UMNO hancur bersama pemimpin jahanam mereka....ALLAHHUAKBAAARR!!!
 Mr Bo

Jun 19, 2010

UMNO ATAU PAS YANG TAK BETUL?

RAMPAS LE TOUR DE LANGKAWI. UMNO TAK ADA HIDUNG
KELANTAN BERTUKAR MENJADI PROG POLITIK UMNO. DULU UMNO


Kelantan Fiesta: MB, Exco tidak turut hadir malam itu


KOTA BHARU,: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui banginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan.

“Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam program Fiesta Kelantan yang akan berlangsung bermula 16 hingga 19 Jun ini.

“Pihak Red Carpet tidak menghormati persetujuan dan persefahaman yang diberikan oleh kerajaan negeri, antaranya kenyataan rasmi Red Carpet Worldwide, di dalam akhbar mengatakan yang merasmikan program ini adalah Perdana Menteri,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco, di sini tengah hari tadi.

Red Carpet Worldwide, melalui siaran-siaran di seluruh bandar, mengatakan mereka adalah penganjur dengan kerjasama sahaja daripada kerajaan negeri.

“Ini satu gambaran jelas perlanggaran persefahaman oleh Red Carpet Worldwide,” ujarnya.

Takiyuddin menambah, beliau turut dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustafa Mohamad, bahawa Menteri Besar Kelantan, tidak dibenarkan untuk berucap dalam majlis berkenaan walaupun juga telah dipersetujui sebelumnya.

Pada 5 Mei lalu, Exco telah bersetuju untuk menganjurkan program itu secara bersama antara kerajaan negeri dengan Red Carpet Worldwide dengan beberapa syarat.

Katanya, sebelum ini program berkenaan dirancang antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan Red Carpect yang bertindak sebagai event management.

“Antara syarat yang dipersetujui bersama antaranya majlis perasmian itu akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Muhammad Faris Petra.

“Yang keduanya, antara yang bakal berucap pada majlis itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujarnya.

Katanya lagi, Pengerusi Jawatankuasa Induk juga telah melantik empat orang anggota Exco kerajaan negeri bagi mengurus program tersebut.

(Gambar:Sidang akhbar empat Exco Kelantan mengenai Kelantan Fiesta 2010)

Jelasnya, antaranya Haji Abdul Fatah Mahmud, Datuk Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan beliau sendiri mengikut portfolio masing-masing.

Katanya lagi, keempat-empat Exco berkenaan juga sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk telah diberi tanggungjawab untuk mengangkat surat kepada Pemangku Raja untuk menjemput bagi merasmikan majlis berkenaan pada 16 Jun, iaitu malam ini.

“Alhamdulillah dua hari lepas, iaitu 14 Jun lalu saya telah menerima surat dari istana memaklumkan Pemangku Raja telah menyatakan persetujuan baginda untuk berangkat malam ini di stadium.

“Namun beberapa hari ini, kerajaan negeri mendapat maklum dan telah ditunjukkan bukti yang jelas pihak Red Carpet Wordwide tidak mematuhi persetujuan dan persefahaman yang telah dicapai bersama,” ujarnya lagi.

Katanya, jika Menteri Besar tidak berucap, kemungkinan pihak Red Carpet akan berucap bersama Perdana Menteri.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengumumkan untuk menarik diri dari menyertai program berkenaan di mana semua pemimpin kerajaan negeri, para pegawainya juga tidak akan hadir malam ini.

Jelas Takiyuddin lagi, acara-acara yang bakal dipersembahkan malam ini melalui TIC seperti persembahan 1,000 pesilat, persembahan gendang besar, kejohanan bola sepak street soccer dan program di bawah majlis kerja raya juga ditarik balik.

DULU, KINI & SELAMANYA.....



Pi mapuihlah dengan parti dajai, sesat, rasuah, arak, judi, betina, bunuh orang.

Jangan nak perasanlah konon ada iman.

Maksud hadis:

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah kemungkaran itu dengan tangan (kalau ada kuasa). Tak mampu cegah dengan tangan (tiada kuasa), cegahlah dengan perkataan (menegur, ceramah dll). Tak mampu dengan perkataan, cegahlah dengan hati, yakni benci terhadap kemungkaran. Sesungguhnya cegah dengan hati adalah selemah lemah iman".


Maknanya orang yang tak cegah kemungkaran mengikut kemampuan yang ada padanya maka tak ada imanlah.

Orang yang sokong judi, ada iman keeee...???? Lawaklah orang2 ni.... Sokong mungkar, masih mengaku beriman.
 
 
 

Jun 18, 2010

PM: Tarikh Pilihan Raya Satu Kejutan.........

PR tak popular pd mata Rakyat Marhaen, tak gitu?
Apakah kenyataan ini benar?



Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di Tumpat , beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semanagat 1Malaysia," katanya mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya kerana tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lalu.

Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.