PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan tuduhan liwat yang dihadapinya.
Notis rayuan berkenaan difailkan melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan di sini hari ini.
Peguam Anwar, Karpal Singh, berkata beliau akan menulis kepada Ketua Hakim
Negara Tun Zaki Azmi bagi memohon tarikh awal pendengaran kes rayuan itu.
Semalam, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Ogos lalu yang menolak permohonan keduanya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
Anwar memfailkan permohonan membatalkan tuduhan liwat yang dikenakan
terhadapnya pada 2 Ogos lalu kerana mendakwa prinsip kesaksamaan serta integriti
pihak pendakwaan berikutan dakwaan hubungan intim di antara Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan pengadu kes Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), sedang dibicarakan atas
tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun itu di Unit
11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara,
Kuala Lumpur, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Perbicaraan kes liwat itu akan disambung semula pada 14 Oktober ini dengan pihak pembelaan menyoal balas saksi pendakwa kedua, doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Razali Ibrahim.-
ERTI BERMARTABAT
Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...
BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan...
BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...
BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,
CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...
dari TIADA kepada ADA...
dari SUSAH kepada SENANG...
dari SEDIH kepada GEMBIRA...
dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA...
dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...
mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...
dari NEGATIF kepada POSITIF???
dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK....
hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..
Sep 21, 2010
Sep 17, 2010
Siasatan pembunuhan Sosilawati tanpa unsur perkauman - Ismail Omar
BANTING: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang baru memegang tampuk kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berkata, siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain dilakukan tanpa sebarang unsur perkauman.
"Kes siasatan Sosilawati adalah kes jenayah biasa kerana ada penjenayah dan ada mangsa," katanya ketika sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di sini hari ini sempena lawatan pertama beliau ke Selangor sebagai Ketua Polis Negara.
Pada sesi dialog itu beliau berkata, siasatan terhadap kes-kes yang ada unsur perkauman seperti kes pembakaran gereja di Petaling Jaya dan surau di Johor dijalankan berlandaskan undang-undang.
Beliau berkata, masyarakat perlu faham bahawa proses pendakwaan kes itu adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara bukannya polis.
Ismail berkata demikian selepas seorang daripada pemimpin masyarakat setempat membangkitkan isu mengapa kes surau di Negeri Sembilan yang dibaling cat dan botol arak tidak dibawa ke mahkamah sedangkan kes pembakaran gereja ada yang dihadapkan ke mahkamah.
Ismail turut mengarahkan polis Selangor termasuk daerah Kuala Langat supaya memantau peningkatan pembabitan golongan belia di daerah itu dalam kegiatan jenayah.
Sementara itu, Ismail berkata beliau akan melihat keperluan menambah anggota dan sokongan logistik di Ibu Pejabat Polis Daerah itu dan keperluan meletakkan seorang Asisten Komisioner Polis bagi mengetuai polis di sana berbanding hanya seorang Superitendan ketika ini.
Kadar penduduk Kuala Langat , kini berjumlah 200,000 orang. Polis perlu tingkatkan keselamatan yang lebih cekap dan berdisiplin.
Ismail dalam pada itu berkata, polis berjaya menurunkan kadar indeks jenayah di daerah itu sebanyak 14 peratus dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Sep 16, 2010
Aug 27, 2010
AlFatihah untuk Isteri Sdr Nasrom Tan Abdullah
Sudah Jatuh Ditimpa tangga. ALLAH LEBIH MENYAYANGI BELIAU.

Hari ini Sdr Nasrom Tan diselubungi sedih atas kematian Isteri tersayang yang lama telah sakit. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi 26 ogos 2010 dikampong tanah air asal di Tanjong Balai Indonesia .
Malangnya pula, Sdr Nasrom Tan juga sakit dan tidak dapat melihat mayat Isteri buat kali terakhir. Kini sdr Nasrom Tan tinggal bersama Hanyar sejak beliau keluar dari Hospital. Beliau masih lemah dan kini bergantung kekuatan dengan bekalan ubat hospital.
Beliau juga kini sebatang kara tanpa keluarga. Sakit beliau untuk berjalan perlu dipimpin, mandi, buang air perlu dibantu.
Pada sesiapa yang ingin melawat saudara Nasrom Tan bolehlah datang dialamat, Vila Penawar, Bt17, Jln Banting Klang, Kg Sg Sedu. 42700 Banting Sel.
Aug 19, 2010
TANGGUNGJAWAB AHLI MAJLIS YANG TERLEPAS PANDANG JUGA PERLU DIPANTAU.
Sepertimana kenyataan MB Selangor hari, adalah amat baik tetapi perlu diperhalusi lagi untuk lebih memantapkan PBT. Banyak Ahli-ahli Majlis yang tidak faham tugas-tugas dan t/jawab mereka. hanyar difahamkan kursus begitu kerap bagaikan cendikiawan. Tetapi bila menjalankan tugas sebagai Ahli Majlis langsung tidak tahu apa sebenar tugas/tanggungjawab mereka.
Contoh seperti diKuala Langat, harta Majlis Daerah tidak dipantau oeh mereka.Bangunan kedai MDKLgt banyak terbiar tanpa disewa kepada yang benar-benar ingin berniaga. Ada penyewa yang tertunggak hingga beribu-ribu RM, seperti tutup mata. Juga ada penyewa memberi sewa kepada orang ketiga(3). Dimana silapnya Ahli Majlis ini?. Ketua jabatan pula seperti lebih berkuasa daripada Ahli Majlis.
Pendapat Hanyar, perlulah Ahli Majlis ini dipilih dengan teliti dan benar-benar iklas untuk kepentingan rakyat.
Bagi Hanyar, peranan Ahli Majlis kepada PBT, amat besar dan tinggi martabat mereka kepada Kerajaan pemerintah itu.
Ingat.... Jangan sehingga rakyat berkata, " Ahli Majlis PBT dari Kerajaan PR sama macam BN, memaksa untuk dapat jawatan dan salah guna kuasa". Pada dua(2) penggal yang lalu banyak kesan yang tidak baik nampak dimata rakyat marhain. Dan masih KEKAL pula memiliki jawatan itu. Bila nama tersingkir, guna TANGAN-TANGAN HITAM diperingkat atasan. (jelas dan ada fakta).
Surat Sokongan Dikeluarkan Ahli Majlis PBT Akan Diaudit - MB Selangor
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid berkata surat sokongan yang dikeluarkan oleh ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor akan diaudit bagi memastikan tiada kes salah guna kuasa berlaku.
Beliau berkata audit berkenaan akan dijalankan oleh Jabatan Audit Negeri bermula di Majlis Perbandaran Klang (MPK) minggu ini.
Laporan lengkap mengenai audit itu juga akan disiarkan kepada orang awam bagi memberi peluang kepada mereka menilai sendiri mengenai surat sokongan yang dikeluarkan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, Rabu.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata sesi dialog bersama rakyat akan diadakan di semua 12 PBT bagi mendapatkan respons, cadangan dan pandangan orang ramai berhubung Pelan Hala Tuju Selangor bagi tahun 2011-2013.
Sesi dialog itu akan bermula pada 21 Ogos ini di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan berakhir pada 6 Sept depan di Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
Aug 15, 2010
JANGAN JADIKAN MEREKA SEBAGAI MEMALUKAN ISLAM
Mualaf Cina Terbiar Di Beri Pembelaan.
Hari ini 15 0gos 2010 bersamaan 05 Ramadzan 1431H menjadi sejarah kepada beliau tinggal dikampong mejoriti kaum melayu. Untuk tindakan menyenangkan hati semua, tindakan terbaik Hanyar bersama rakan membuat keputusan untuk pindahkan beliau kerumah sewa baru di Lot 3753, D4, Jalan Murai, Batu 9, kebun baru Sejangkang. Kadar sewa rumah sebulan RM 300.00.
Permohonan untuk bantuan Zakat, beliau memohon sejak beliau sakit. Dan baru sebulan mendapat bantuan bulanan RM 400.00 dari Zakat Selangor setelah didesak.
Aug 11, 2010
KAMERA TANPA PENGETAHUAN MB, APA MAKSUDNYA?
Kamera tersembunyi dijumpai di pejabat MB S'gor

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.
Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.
Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.
Aug 10, 2010
JANGAN KOMEN, TAK SUKA DIAM! (RAKYAT HAKIM UTK PRU/PRK
YANG BENAR TETAP BENAR