ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 25, 2008

SEBENAR NYA .... FARID NI KENA TIKAM DARI BELAKANG,,,,

NAK MP, DIBERI CALUN. KUASA NAJIB PUNYA ANGKARA. NAK BLOG DIBERI BLOG. DALAM BLOG ADA CERITE.


251208. BELUM pun berlangsung hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, paluan gendang dan suara menentang calon pilihan Presiden Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh ligat kedengaran sana-sini.

Biarpun media arus perdana setiap hari memainkan propaganda ke atas PAS berikutan masih belum mengumumkan nama calonnya, namun 'najis yang melekat' kepada calon Umno terus diperkatakan membayangi perihal sebenar kekalutan dalam Umno.

Pemilihan Wan Farid yang diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 20 Disember lalu tidak berjaya 'mengamankan' kelompok yang bertelagah.

Sumber ahli Umno di Kuala Terengganu menyatakan, sebenarnya Wan Farid telahpun ditentang sejak sebelum hari pengumuman calon.

Sumber mengakui, ahli umno dan jentera pilihan raya umum Mac lalu masih 'bengang' dengan sikap Wan Farid yang dilihat hanya menjadi 'elit' tetapi tidak membantu kempen.

Pemilihan Wan Farid juga dilihat oleh kelompok penyokong Ketua Puteri Umno Terengganu, Nordiana Shafie sebagai 'sabotaj' kerana kononnya Wan Farid yang menjadi dalang hingga Nordiana tidak dilantik sebagai senator semula.

Nordiana sendiri pastinya mengidamkan akan dicalonkan kerana 'signal' berikutan tidak dilantik sebagai Senator untuk penggal yang kedua dilihat sebagai langkah untuk mencalonkan beliau.

Namun segalanya meleset bagi Nordiana, akhirnya 20 Disember lalu Wan Farid pula yang dipilih sebagai calon paling rapat dengan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Paling dibimbangi beberapa tokoh yang juga pemimpin Umno Terengganu dikatakan berkira-kira untuk mengenakan Wan Farid dan dalam bahasa lain, 'sabotaj' rakan baik menantu PM itu pada 17 Jan ini.

Wan Farid juga pastinya 'tahu' perkembangan ini, namun 'alang-alang' telah dicalonkan dan mandat telah diberikan Presiden Umno, beliau pastinya akan menggunakan kesempatan untuk mendaki.

Namun Wan Farid pastinya bakal tidak tersangka akan perubahan yang sebenarnya berlaku dalam Umno mutakhir ini dimana ahli Umno seperti dalam pilihan raya umum lalu mampu melakukan perubahan untuk tidak mengundi calon Umno jika tidak kena dengan selera mereka.

Lihat sahaja fakta dalam pilihan raya umum lalu ahli Umno secara 'borong' memangkah calon Pakatan Rakyat untuk menzahirkan kemarahan kepada Umno yang hancur kerana ditadbir Abdullah Ahmad Badawi dengan nasihat 'tingkat 4'.

Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui senario yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu yang akhirnya menjerumuskan Umno kepada keparahan.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu mungkin akan mengulangi senario yang sama, pastinya kubu kuat Umno itu bakal disabotaj oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan pemilihan Wan Farid.

Angin perubahan sudah mula bertiup, kalangan pemimpin bawahan Umno di Kuala Terengganu sudah mula mengkritik dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

Seperti kata seorang pemimpin Umno tempatan, BN harus mempertimbangkan kekuatan PAS di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN): Batu Burok, Ladang dan Wakaf Mempelam.

"Ruang untuk menang ada tetapi kena kerja kuat. Tetapi ketika ini peluang adalah 50-50," katanya.

Malah BN juga perlu memikirkan faktor lain seperti pengundi atas pagar dan pengundi Cina.

Paling menjelekkan mata pengundi pastinya personaliti Wan Farid yang dianggap "elit" menyebabkan calon itu sukar mendapat sokongan pengundi kampung.

Pengundi juga dikatakan mula membandingkan Timbalan Menteri Dalam Negeri itu dengan bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu Dato' Razali Ismail, yang diibaratkan "langit dengan bumi".

INFO AGAMA

Pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya...

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2.Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3.Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia


Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan tadi:


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185


KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179


KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab : " Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab : " Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab : ' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


Dec 24, 2008

AKU PUN BUKAN BUGIS MUDAH LUPA..........

Aku bukan melayu mudah lupa .ko orang ??????












Foto ini khas untuk mereka-mereka yg baru berjinak dengan parti keadilan.ingat di mana kamu ketika pemimpin kamu di perlakukan sebegini dulu.
Adakah ahli keADILan lupa?
Adakah pemimpin keADILan lupa?
Adakah reformis lupa?
Adakah orang umno lupa?
Adakah polis lupa?
Adakah orang melayu lupa?
Adakah keluarga DSAI lupa?
Adakah Dato Seri Anwar lupa?
Tetapi-tetapi tidak jk. BUGIS NI PUN SAMA GAK.
Tak ketinggalan juga, adakah orang cina, india, asli lupa?

Eh... yang lepas jangan di kenang, kepala bapak ko orang, atok laki mak kau. Dia kena hentam teruk sorang-sorang senang je suruh lupakan. Sampai matipun tak akan jamil lupakan. Aku pun.

............................KESIANNYE,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Dec 24, 08 10:48am

Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Abu Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - menyertai PAS hari ini.

abu zahar hashim umno pasBeliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.




RUMAH KE RUMAH MEMBAWA FITNAH....

-- Jentera Pemuda UMNO Terengganu akan menggunakan pendekatan kempen “rumah ke rumah” bagi mendekati pengundi bagi memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kekal milik Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangannya, Razali Idris berkata melalui pendekatan tersebut pihaknya bukan sahaja dapat menerangkan misi dan visi BN malah menceritakan kisah sebenar Pas yang selama ini berselindung di sebalik perjuangan Islamnya.

Jelas beliau kempen tersebut bukan berbentuk fitnah atau tuduhan liar sebaliknya bersandarkan kepada banyak fakta dan bukti.

"Pas tidak perjuangkan negara Islam. Mereka hanya mengabui mata rakyat di kampung-kampung sedangkan di dalam Parlimen mereka tidak sedikit pun memperjuangkan negara Islam."

Aku cukup-cukup setuju dengan pendakatan yang cuba diambil oleh pemuda UMNO Malaysia. dekati pengundi dengan fakta dan bukti.

Cadangan aku untuk Pemuda UMNO :-

Terangkan jugak pada para pengundi dengan fakta dan bukti bahawasanya yang menghalang PAS dari menegakkan undang-undang Islam di Kelantan dan juga Malaysia selama ini ialah KERAjaan yang diketuai oleh UMNO.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana Kerajaan PAS Kelantan diugut oleh KERAjaan pusat pimpinan UMNO akan diambil tindakan dibawah akta Darurat sekiranya Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang hudud.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana wang royalti yang sekian lama dinikmati oleh Negeri Terengganu sejak lama dahulu dirampas oleh KERAjaan pusat pimpinan UMNO sebaik sahaja tampuk pemerintahan bertukar pada PAS pada tahun 1999.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti kemana dan bagaimana wang royalti milik negeri Terengganu dibelanjakan selepas ianya dirampas dari rakyat Terengganu.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti kemana hilangnya wang royalti milik negeri Terengganu hilang semasa pemerintahan KERAjaan UMNO pimpinan Idris Jusoh.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana tindakan bodoh KERAjaan menaikkan harga minyak telah membebankan rakyat golongan sederhana dan bawahan.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana keadaan rakyat sekarang selepas 7 kali penurunan harga minyak. adakah semakin baik atau tidak berubah, masih terbeban?

Sebenarnya, kebodohan KERAjaan UMNO menaikkan harga minyak secara mendadak pada pertengahan tahun tempohari dah banyak merosakkan kehidupan rakyat Malaysia terutamanya golongan sederhana dan rendah.

Bagi aku, penurunan harga minyak sebanyak 7 kali sikit pun tak membantu. masa harga minyak naik, harga barangan pun naik mendadak. bagi hangpa yang ada motosikal & kereta, kira ringan la jugak (walaupun sikit) sebab hangpa dapat jugak rebet.

Aku yang tak dak kenderaan ni dapat apa? aku macam jugak rakyat Malaysia yang lain-lain yang tak dak kenderaan cuma dapat beban. sebab apa kami dapat beban?

Sebabnya ialah, bila harga minyak naik, harga barangan pun sama jugak naik mendadak. kami membeli barangan keperluan dengan harga yang tinggi lepas kenaikan harga minyak. belanja bulanan kami naik mendadak sebaik harga minyak dinaikkan oleh KERAjaan.

Korang pergi la dekat pasaraya atau pasar atau mana-mana kedai. bukan korang tak tau harga susu anak naik berapa RM lepas bulan 7? bukan korang tak tau harga barangan dapur naik berapa RM lepas bulan 7?

Kami yang tak dak kenderaan ni langsung tak rasa ringan walaupun harga minyak dah turun sebanyak 7 kali. apa yang KERAjaan buat untuk kurangkan beban kami? sdelama ni KERAjaan dok bangga sebab berjaya turunkan harga minyak sebanyak 7 kali tapi hakikatnya kalau harga minyak turun sebanyak 800 kali pun kesannya pada kami hanyalah pada "seronok harga minyak turun" tapi pada kos belanja bulanan, kami tak dapat apa-apa faedah pun.

Jadi UMNO tak payah la nak bangga sangat dengan cerita harga minyak ni. hangpa-hangpa yang ada kenderaan sendiri memang seronok bila harga minyak turun, tapi kami yang tak dak apa-apa ni cuma mampu "sakit hati" je.

Ramai yang fikir beban rakyat semakin berkurang dengan penurunan harga minyak tapi hakikatnya ialah, beban korang-korang yang ada kenderaan je yang berkurang. kami masih membayar harga yang tinggi untuk menanggung anak bini kami dan KERAjaan pusat yang ada sekarang tak pernah peduli dan tak pernah sedar kewujudan kami.

Setakat ni KERAjaan pusat cuma berlakon konon mendesak supaya harga barangan keperluan diturunkan sejajar dengan penurunan harga minyak, tapi itu cerita 2 minggu lepas. sekarang mana suara desakan-desakan tu? KERAjaan pusat lebih tertarik untuk bantu golongan berada di bukit antarabangsa daripada kami-kami yang berpendapatan "sikit" ni.

Apa yang kami nak seronok? apa yang orang Kuala Terengganu nak seronok? makcik-makcik ngan pakcik-pakcik boleh bagi tau pemuda UMNO yang nak kempen dekat rumah tu berapa kali dah harga barang dekat pasar turun... harga ayam berapa kali turun? harga ikan berapa kali turun?

Aku tak yakin Pemuda UMNO yang kononnya nak "dekati pengundi dan terangkan dengan fakta dan bukti" berani nak cerita pasai ni. kalau depa cerita pun aku 100% yakin bahawa cerita tu hanya penuh dengan auta... seperkara lagi, aku rasa depa tak kan pi dengan tangan kosong kerumah para pengundi...

Kurang-kurang pun aku rasa 2-3 ratus mungkin akan jadi "umpan" untuk para pengundi. juallah maruah korang kalau korang rasa korang tak de harga diri. mungkin 2-3 ratus tu boleh kurangkan beban korang selama sepenggal lagi. sape tau kan?

Kebenarannya ialah - UMNO tak pernah pedulikan nasib rakyat Malaysia golongan sederhana dan rendah, UMNO tak kan bercerita yang benar... apa yang benar dalam UMNO? yang benar tentang UMNO satu perkara je... UMNO benar-benar tak guna..!

WAKIL RAKYAT PAYUNG TERJUN TAK TAHU DIUNTUNG....

JANGAN persiakan walau sekuman pun harapan menggunung rakyat yang mahukan perubahan diterjemahkan pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

‘Suara Rakyat Suara Keramat’ – laungan Reformasi yang mencetus sejak sedekad lalu, dibasahi dengan darah dan keringat rakyat, perlu dihayati semula semua pimpinan parti.

Jangan dek kerana seekor kerbau yang membawa lumpur, rakyat menjadi sangsi dan hilang kepercayaan seterusnya merencatkan agenda perubahan Pakatan Rakyat (PR). Secara jujur kita kena akui bibit-bibit keresahan itu, kini mulai menular ke akar umbi. Masalah tersebut tidak boleh diselesaikan hanya menyapunya ke bawah permaidani.

Ingat, kemenangan PR bukan semata-mata kerana kekuatan sendiri, sebaliknya kerana meluatnya rakyat kepada kerakusan dan kebobrokan pimpinan BN selama ini.

Pemimpin PR kini bukan sekadar berdepan dengan BN, tetapi sedang bergelut dengan ‘pemimpin’ yang akan merosakkan imej PR. ‘Pemimpin’ yang bukan sahaja baghal dalam tindak tanduknya dan tidak tahu diuntung, bahkan turut mewarisi sikap rakus dan bobrok pimpinan Umno/BN.

Blog Alahai ... FAIRUS TKM 1 Penang ini lahir setelah pelbagai pihak termasuk Anwar Ibrahim gagal mengubati 'penyakit mental' yang dihidapi sejak sekian lama oleh Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Kerana selalu bersangka baik, DS Anwar kini terjerat. Selepas kes Shaiful Azlan, beliau kini berdepan dengan masalah Fairus pula. Kita tidak mahu, kerana lambat bertindak kes Fairus akan terus membelit dan sukar dirungkai akhirnya.

Biar apapun anggapan umum, demi masa depan PR Alahaiii…Fairus tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat, lebih-lebih lagi pemimpin bersifat munafik yang sanggup bersumpah semata-mata mempertahankan pembohongan, kerakusan dan kebobrokannya demi kepentingan diri sendiri.

PR tidak memerlukan pemimpin hipokrit- cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa cakap, lebih parah mempunyai masalah mental tahap 'koma' !

Ramai lagi wakil-wakil rakyat dari PR yang hipokrit perlu diambil tindakan untuk kebaikan. Seperti contoh MP Kuala Langat dan ADUN Telok Datuk tidak tahu menghormati rakyat Kuala Langat. Mereka membuat kerja fitnah dan yang tak sepatut mereka buat. Rata-rata rakyat K.Lgt merungut dikedai-kedai kopi cerita pasal wakil rakyat ni. Mereka membawa budaya songsang dalam PR. Fitnah yang mereka lontar, amat buruk sekali. Buat fitnah yang bukan-bukan terhadap Abdul Razak yang berkempin kuat untuk mereka kepada kemenangan PRU 12 yang lalu. Apa salah beliau setelah kemenangan dipertikaikan terhadapnya. Apa kenamengena beliau dengan GERAK dan keADILan? Apa yang kami faham, beliau tetap menyokong keADILan (PR). Setahu kami, beliau masih ketua bahagian Kuala Langat 2007-2010. Kami tahu isi hati beliau, yang tidak suka kepada kuasa mengharap. Menyepinya beliau di bahagian Kuala Langat adalah kerana segelintir bangang-bangang dibahagian tidak tahu berpolitik. Dan memang mereka ini gila kuasa dan ada yang nak jadi ketua bahagian.

Beliau telah memberitahu pada kami, hanya corak 2 wakil rakyat ini yang beliau tidak suka. Kata beliau, MP dolah memfitnah kata “Razak memijak gambar DSAI”. Dolah mencerita pada semua MPT dan semua orang di Kuala Langat yang agak mengenali Razak. Berita ni sampai ketelinga beliau. Dolah kata ada bukti dengan gambar dan saksi 8 orang, kami minta untuk dolah buktikan. Bagi kami sekiranya dolah tidak membawa bukti dan bertemu mata dengan Razak, kami tidak bolih menerima dolah sebagai MP Kuala Langat..

Begitu juga dengan Philip tan tidak tahu kenang budi, seperti kacang lupakan kulit. Beliau bukan meminta jawatan, tapi beliau mahu Philip tan sedar sikit 3 bulan bersama Razak sebelum bubar parlimen. Cerok mana beliau tak bawa untuk mengenali pengundi di kawasan Telok Datuk. Dan akhirnya selepas PRU 12 kepimpinan DAP K.Langat dan Philip tan juga memfitnah beliau berbelanja di 3 tempat mengundi, iaitu Sg, Sedu, Tmn Mahkota dan Sg, Manggis lebih RM17 ribu. Beliau telah menunjukkan butiran terperinci kepada kami hanya kurang RM10 ribu yang dibelanjakan. Malah wang beliau habis dibelanjakan juga.

Barah sedang merebak- kita kena singkirkan ‘virus pemimpin’ sebegini sebelum rakyat singkir PR pada PRU 13 akan datang ! Selamatkan PR sebelum terlambat !

Dec 23, 2008

HARAP-HARAP BEBUDAKNI SAMPAILAH KE-PARLIMEN AKAN DATANG UNTUK ANTAR MEMORANDUM.....


KALAULAH SEPERTI GAMBAR DIATAS NI MEMEHAK KEPADA MENYOKONG PEMBANGKANG, DAH TENTU BERITA NI DIMUATKAN KAT BERITA TV. BUKAN TV PAS. IKUTI LAH CERITA SELANJUTNYA YANG AKAN MENYUSUL. ATAU BERI KOMEN.

Dec 22, 2008

Ibrahim Ali Buat Hal Lagi…

Ibrahim Ali Buat Hal Lagi…



Walaupun beliau adalah Ahli Parlimen Bebas, tetapi tidak semestinya beliau begitu bebas menyatakan pandangan dan pendapat atau sokongan. Sedarkah beliau bahawa kemenangan beliau dahulu adalah atas tiket dan sokongan PAS? Atau benar seperti dakwaan sesetengah pihak, Ibrahim Ali mengamalkan ‘politik anjing tersepit’
Ibrahim Ali tidak kenang budi, buat hal lagi…

Umum mengetahui Ibrahim Ali adalah politikus licik yang begitu mementingkan ‘survival’ karier politiknya. Bagi beliau, buatlah apa sahaja asalkan kerjaya politik berada dalam keadaan selamat, walaupun terpaksa menjilat kembali muntah dan kahak yang pernah diludahkannya sebelum ini.

Dan umum juga mengetahui, Ibrahim Ali mendapat kembali ‘title’ Yang Berhormat (YB) pada Mac 2008 lepas setelah memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas. Yang lebih menariknya, kerusi yang dimenangi oleh beliau itu adalah atas belas ehsan dan ‘kurniaan’ YAB Tok Guru Nik Aziz dan juga rakyat Kelantan, khususnya para pengundi Pasir Mas.

Apa yang diharapkan oleh Tok Guru ialah, kurniaan ini mampu merawat hati Ibrahim Ali dan mungkin boleh mendekatkan Ibrahim Ali dengan perjuangan Islam. Dengan kata lain untuk memberi peluang dan galakan kepada Ibrahim Ali untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Bukan sedikit kerja khianat dan fitnah yang dilemparkan oleh Ibrahim Ali sebelum ini kepada PAS dan juga Tok Guru Nik Aziz. Tetapi sebagai seorang pendakwah Islam yang bertanggungjawab, dan atas dasar untuk menyelamatkan Ibrahim Ali dari terus hanyut dengan tindakan-tindakan melampaunya terhadap Islam dan Gerakan Islam, maka sokongan dan undi ahli PAS diberikan kepada beliau.

Namun sayang seribu kali sayang, diharap panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Ibrahim Ali yang pada mulanya nampak sudah berjaya ‘dijinakkan’ oleh Gerakan Islam PAS, telah mula membuat perangai tidak senonoh. Bermula dengan menyerang pimpinan PAS, diikuti dengan sokongan terbuka beliau kepada akta zalim ISA, dan yang agak terbuka seolah-olah telah memberi sokongan kepada BN dan calonnya pada PRK P036 Kuala Terengganu. Cerita penuh boleh diikuti di sini http://nobisha.blogspot.com/2008/12/ibrahim-ali-yakin-bn-menang-di-p36.html .

Walaupun beliau adalah Ahli Parlimen Bebas, tetapi tidak semestinya beliau begitu bebas menyatakan pandangan dan pendapat atau sokongan. Sedarkah beliau bahawa kemenangan beliau dahulu adalah atas tiket dan sokongan PAS? Atau benar seperti dakwaan sesetengah pihak, Ibrahim Ali mengamalkan ‘politik anjing tersepit’ yang akan menggigit kembali kaki atau tangan individu yang telah menyelamatkannya sebelum ini. Atau benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa Ibrahim Ali ini mengamalkan ‘politik si katak lompat’? Apa komen anda?


Respon

1.

Inilah satu contoh hidup kepada kita. Orang Islam memang amat menyayangi saudara mereka sendiri. Umat Islam tidak akan mengkhianati saudaranya sendiri. Di sinilah kita nampak manusia yang manakah yang betul-betul memperjuangkan Islam kita? Di sini juga kita dapat melihat betapa mulia seorang pejuang Islam seperti Tok Guru Nik Aziz yang sentiasa menghormati manusia lain dan sentiasa memberi peluang kepada manusia lain walaupun manusia itu merupakan musuhnya. Tetapi kenapakah hal yang sebaliknya berlaku?

Masalahnya ialah manusia yang kita harapkan tu bukan berminat memperjuangkan Islam tetapi lebih kepada keturunan yang mana amat dilarang dalam agama kita. Ibrahim Ali memang dikenali sebagai ‘katak’. Jadi bagaimanakah kita nak berharap beliau nak berperangai seperti manusia. Darah yang mengalir dalam dirinya bukan bertunjangkan sifat keIslaman. Darah yang sudah bercampur dengan benda-benda haram amat payah dibersihkan kecuali bertaubat. Bolehkah dan Benarkah beliau sudah bertaubat? Beliaulah manusia yang sanggup mempergunakan apa saja untuk kebaikan dirinya. Mengkhianati agama Islam pun tak apa. Mengkhianati bangsa pun tak apa. Janji aku dapat habuan aku. Inilah perjuangan Ibrahim Ali.

Saudara Aku kat Kelantan. Jangan mempercayai manusia macam ni lagi. Kalau dah bersifat munafik, sampai bila pun macam tu. Jangan kerana kulit dia macam kita, kita maafkan dia. Kita harus buang semua manusia yang mempermainkan agama Islam kita walaupun dia tu serumpun dengan kita.

Hidup Islam. Bahagialah manusia sejagat. Allahuakhbar. Allahuakhbar. Allahuakhbar.
*

By: AKU on Disember 21, 2008
at 11:45 am

2.

PRU13 nanti jgn bagi dia peluang dah.
*

By: zuhairy on Disember 21, 2008
at 12:40 pm

3.

Mengikut kata kawan-kawan aku di Kelantan (Pasir Mas) YB ni sangat kaya orangnya. Entah betul atau tidak , aku pun tak pasti. Soal duit, kononnya YB ni dah tak peduli. Politik itu adalah satu2nya hiburan untuknya. Nak menyanyi karaoke tak pandai kot. Biar ajelah dia nak melompat. TGNA nak beritahu bahawa bukan mudah nak menukar dasar pemikiran seseorang. Pengikut UMNO yang ramai itu pun samalah. Dah berkarat sehingga tak nampak yang betul dan yang salah. Malangnya masih ada lagi pemimpin PAS yang beranggapan UMNO mahu berubah sehingga sanggup bermaufakat dengan UMNO. Kalau ikut gaya, PRU13 nanti dia akan guna tiket BN pulak. Korang pengundi kawasan dia, buatlah pilihan yang betul.
*

By: lee lepi on Disember 21, 2008
at 9:17 pm

4.

Politik katak

Sebenarnya org yang semacam ini tak boleh dipercayai walaupun dia berlutut dengan kita.
Iman dan islam tak ada pada dia, yg ada hanya
kepentingan diri. Menyesal undi dulu. Mudah mudahan akan datang dia akan mati katak.

Rakyat dah percaya dan tengok sendiri telatah
dan tingkah laku beliau. Tak mungkin akan menang akan datang, PAS tak akan beri menang mudah kepada penderhaka dan orang tidak beriman ini.
*

By: Johan Nor on Disember 22, 2008
at 8:54 am

5.

ibrahim ali adalah orang kuat nik aziz. beliau lah yang lawan erdogan yang nak guling nik aziz tu

tunggu najib jadi pm…. brahim lah mb kelantan dek oiii sebab tuanku berkenan

dia ni pahlawan melaytu islam…. bukannya kaki bontot yang masuk lubang tahi jantan dek

dia pejuang melayu islam dan org kampong pasir mas tu tak kira apa parti…..nik aziz menang 2oo4 hanya 1 kerusi dek…. sapa punya jasa tu… brahim lah…..

maka baca blog aku dulu kalau nak bijak politik….
*

By: aberamly on Disember 22, 2008
at 10:46 am

6.

pink aku dah jawab dalam

http://awanggedeber.blogspot.com

lain2 blog

http://ramlyotai.blogspot.com

http://aberamly.wordpress.com

salam tk
*

By: aberamly on Disember 22, 2008
at 11:34 am

7.

ni orang kampung pasir mas nak cakap: aberamly, kalu mu tak kenal siapa ibrahim ali mu jange nak bercakap pasal dia. mu baca dulu buku lama bab sejarah siapa ibrahim ali ini dalam politik sebenarnya. ibrahim ali tu dah kena ludah atas muka di bandar pasir mas. manusia mcm ini tak perlu diberi peluang. kaulah kaki bonton jange nak menuduh orang lain kaki bontot tanpa sebarang bukti. aku kenal dia sejak sama2 dalam persatuan pelajar lagi. sahabat baik anuar ibrahim. malangnya ibrahim ali adalah manusia pembelot, pendusta, pengampu, pembodek, pencacai, penjilat dan seribu satu macam pem….lagi. Semua orang pasir mas dah tidak akui dia manusia normal. ini orang GILA….. dia ni dengan sifat fizikalnya pendek kementot muka tak malu, muka tebal, muka sadin pergilah ke mana pun tiada siapa yang layan dia. terhegeh2 di bangunan parlimen baru2 ini pun tak ada siapa nak masuk dekati dia. mundar-mandir di kafetaria nyamuk pun tak nak masuk dekat sebab nyamuk pun tau gheti malu bukan macam engkau yang tak gheti malu masih nak cuba bela dia. menang calon bebas atas belas kesian TGHNAA saja.rakyat klate pangkah dia atas sebab memelihara air muka TGHNAA. Engkau apa tahu bodoh makan tahi itek mcm dia juga. mana ada ibrahim ali orang kuat nik aziz. mana ada dia pahlawan melayu islam…mana ada dia pejuang melayu islam. engkau ni buta perut……ptuui! itu manusia pembelot munafik namanya. waktu DSAI kena hendak 1998 dia juga ikut hentak kawan baik dia jilat PM waktu itu kemudian dapatlah merasa jawatan di JPM sekejap, mana dia gheti buat kerja hampeh!!!dia bekerja untuk buncitkan perut dia sendiri saje tapi tin kosong…..fikirlah habis2 sebelum nak bela sape2. jange salah oghe weh!
*

By: pjolor on Disember 22, 2008
at 1:13 pm

8.

Dah lama dah orang tak caya dia..seluruh rakyat malaysia pun kecewa camana dia dah bomohkan pemimpin pas untuk bertanding atas tiket pas,dan parti pas sendiri pun korbankan pemegang kerusi pru11 calon pas dengan mudah sekali…

Tak ada orang Islam di muka bumi ini boleh percaya manusuia munafik seperti ibrahim ali ni..inilah satu-satu manusia yang sanggup ludah dan jilat demi untuk memenuhi hajat politiknya..takpe lah benda dah lepas,kawe harap lain kali pas dan sahabat dalam pkr.,berhati-hatilah dengan manusia yang sebegini.
*

By: jebat on Disember 22, 2008
at 2:01 pm

9.

Dia bersendirian sekarang ini…dan dia ada pendirian…kita usah bimbang tentang islamnya…dia tahu macamana nak amalkannya…manusia ada masa boleh brubah…kita cuma sementara saja…
*

By: globalmalau on Disember 22, 2008
at 3:19 pm

10.

bro aberamly, bila masa pulak Brahim jadi orang kuat TGNA? Yang pasti dia jadi pengampu no.1 kepada sesiapa saja yang boleh menaikkan dia. Yang penting dapat jawatan dan pangkat/projek.
bro ramly, kau ni memang sama spesies Brahim Ali. Spesies katak juga. Ramly, dah banyak tahi yang kau dapat jilat daripada puak2 umno?
*

By: mahaguru on Disember 22, 2008
at 3:44 pm

11.

Peribahasa untuk Brahim, “Bagai melepaskan katak puru di bawah tempurung”…..
*

By: mahaguru on Disember 22, 2008
at 3:45 pm

12.

BRAHIM PAKAI BOMOH SIAM KOT ?

KALU GANTI BRAHIM DENGAN MAT SABU PUN LEBIH BERMANAFAAT

TAK PUN..LEPAS NI…TOK GURU BILEH BAGI LAGI KERUSI KEPADA ZAID…TUN M….PIDAH…SAMY,,,,KITA TENGOK SIAPA YG KENAAA