ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 1, 2009

CABARAN BUAT TAN SRI ABDUL AZAZ.


RTM MENGHALALKAN UNDANG-UNDANG SPR

CABARAN BUAT TAN SRI ABDUL AZAZ.

[jam1.30ptg] Sebentar tadi berita sulong diRTM 1 berita jam 1 t/hari menayangkan ucapan MB Terangganu hampir 10 minit, kononnya Majlis Pelancaran. Tetapi apa yang dilihat, banyak unsur-unsur ucapan kempin pilihanraya untuk P36.

Kalau beginilah masih berlaku dan tidak membawa perubahan, sepertimana SPR mengeluarkan arahan tidak bolih berkempin sebelum penamaan calun selesai pada 7 januari ini, maka sememangnya parti pemerintah menghina Perlembagaan Parliman Malaysia.

Pemerintah diParliman beria-ia mengusul dan mengubal undang-undang untuk mengesahkan, tetapi mereka-mereka ini pula menghinanya. Dan untuk kepentingan parti mereka, bolih pula tutup sebelah mata. Mana kala bagi pihak pembangkang, pihak pemerintah mengarahkan pegawai kanan kerajaan mengambil tindakan undang-undang.

Inilah yang hanyar perkatakan semalam, cabaran pertama buat Pengerusi SPR yang baru untuk menunjukkan keterbukaan dan ketelusan tanggongjawab memegang amanah Demokrasi Berperlembagaan berParliman.

Itu yang rakyat jelata lihat kat TV. Tetapi apa yang berlaku di kawasan P36 tak tahulah. Sehingga bakal calun BN pun bolih berkempin melalui yang disiarkan ditv. Apa specialnya mereka ini? Mengikut fahamam ramai kiranya, telus perjalanan pilihanraya, tidak perlu BN takut dan sanggup melanggar undang-undang.

Betul apa yang BN kata, “kalau pilihanraya itu tidak adil, mengapa 5 negeri terlepas pada pembangkang. Jika telus pilihanraya yang lepas-lepas dan sebetul-betulnya bersih, jangan guna tv sebagai tempat berkempin. Tetapi apa yang hanyar nampak PRU 12 yang lepas sebenarnya adalah kebangkitan rakyat dan tangan-tangan kotor tidak mampu mengawal kertas undi.

Hanyar bukan menuduh semua pemimpin dalam BN korap. Tetapi melebihi korap daripada yang telus. Dah tu pula, yang dikatakan telus pula, bagi hanyar berpendapat mereka ini berkepentingan semata-mata. Sanggup bersekongkol dengan mereka-mereka yang tidak betul.

Kita apabila dipilih rakyat, hendaklah menjadi pemimpin yang baik kepada rakyat, bukan dipimpin kepada pengkianat.






PENYOKONG PAKATAN RAKYAT JADI BINGONG


AMAT MEMALUKAN PEMIMPIN MACAM BUDAK HINGUSAN, MABUK KUASA SERTA…..

1januari2009.Saya juga salah seorang pendukong menentang pemerintah zalim. Kini lebih 10 tahun berlalu rupa-rupanya amat rapuh setelah 5 negeri diutus ILAHI untuk menunjukkan watak kepimpinan dan teruja. ALLAH MAHA ADIL, hendak kuasa diberi kuasa, kuasa ditangan apa dah jadi?.

9 bulan telah berlalu, 5 negeri yang ditakluk olih kerajaan PR tidak seperti apa yang rakyat harap untuk menjadi contoh kepada jenerasi muda. Masakan pokok bergoyang, jika tidak ada angin?.

Ini lah jadinya jika sesebuah parti yang mempunyai perlembagaan berdaftar, tetapi tidak diguna pakai. Apabila sampai masa pemilihan masyuarat agong tahunan sibok tercari-cari mana satu fasal nak diubah. Kononnya nak baik pulih parti (hampeh). Selepas salesai pemilihan, masing-masing balik di bahagian, ada yang terpilih dengan jawatan tertinggi atau sekadar jawatan dibahagian terus ditong sampahkan buku perlembagaan

Amat sedih, bila Tim. Presidin mengeluar kenyataan kat media menasihati kepada pemimpin-pemimpin parti supaya tidak megeluarkan sesuka hati kenyataan dalaman parti. Tetapi apa yang berlaku, salah seorang Naib Presidin yang terpilih sesuka hati mengaibkan pemimpinnya dan sebangsanya untuk apa? Orang sebegini saya merasa amat menyesal memberi undi pada beliau semasa di kongres 2007 kat Negeri 9 tempoh hari. Pendirian saya ketika itu, beliau matang berpolitik, rupanya tidak.

Semasa kempin PRU 12 yang lepas ramai yang menolong untuk kemenangan dia, dia tinggal mereka begitu sahaja. Orang yang tidak pernah dilihat pula, setelah menang besar beliau masukkan memegang jawatan untuk mentadbir di kawasannya. Orang-orang lama seperti Wak Kerang, Siva dan yang lain langsong tidak dipedulikannya. Ingat! 2 penggal telah diberi peluang Naib presidin, bukan kerana dia berpengaruh tetapi hanya sipati je.

Seperti hari bersejarah dipenghujung tahun 2008 masaalah kontravesi Perliman Kapar, langsung saya tidak nampak pemimpin diMPT yang hanya berapa kerat untuk bersama-sama bersatu menegakkan kebenaran mengikut perlembagaan parti menyatakan hak sebenar. Jika benih-benih ini tidak diambil perhatian berat, maka apa yang parti nakkan iaitu dengan konsep”berbagai bangsa” tidak akan menjadi.

Dimana letaknya, perlembagaan parti yang kita junjung dan kepercayaan DSAI harapkan juga penyokong menaruh harapan tidak menjadi kenyataan. Saya amat mempercayai perjuangan DSAI, masakan tidak beliau sanggup kepenjara semata-mata kepentingan rakyat.

Olih kerana tangan-tangan kotor yang membawa sikap berkepentingan merosakkan perjaugan parti. Sehingga kini rakyat menjadi serba salah dan sedih kerana telah memberi peluang 82 kerusi Parliman serta 5 buah negeri untuk membuktikan yang selama ini menjerit dengan fakta menyatakan BN korap. Rakyat percaya semua ini. Kalau kita perkatakan mereka-meraka ini (bukan semua), orang yang tidak mendapat tempat dalam BN dan kerusi paling mudah mendapat tempat, maka ikut tumpang peluang simpati orang kepada DSAI yang berpengaruh besar. Marah pula.

Susah mencari pemimpin tulin yang bersih tetapi senang jumpa pemimpin sebaliknya.

BAK KATA SAHAQ “SUSAH SENANG KITA BERSAMA” hampeh…..

Dec 31, 2008

SERBA BARU: HIJRAH KEPIMPINAN





CABARAN BUAT RAKYAT DAN PEMIMPIN 2009 @1430H.

Esok menjelang ke Tahun 2009 dan amat bersejarah kali ini. Pertama pada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf. Ke2 juga terhadap pengundi K.Terangganu serta pemimpin-pemimpin politik Malaysia.

Pada yang dihormati Tan Sri Abdul Aziz, selaku pengerusi SPR yang baru masuk pejabat pagi tadi setelah Tan Sri Rashid melepaskan jawatan kerana bersara semalam. Perlu ditangani untuk menghadapi PRK di K.Terangganu, biarlah menjadi contoh yang terbaik dari sebelum ini sepertimana parti pembangkang dan pengundi melemparkan tuduhan kepada SPR melaksanakan perbagai yang tidak telus. Tan Sri telah berjanji akan melaksanakan tanggongjawab dengan sebaik-baiknya. Perlu diingatkan juga, Tan Sri hendaklah memerhati petugas-petugas SPR dibawah kawalan agar mereka bekerja lebih amanah. Jangan terus menuding pada komen rakyat apa yang dikatakan banyak perkara menyeleweng dan tidak keterlaluan juga bolih dikatakan memehak kepada BN.

>Di mana yang bolih diperbaiki. Kita akan lihat satu demi satu dan kita akan perkemaskan<, kata beliau pada wartawan selepas melangkah kepejabat di Ibu Pejabat SPR pukul 9.55 pagi tadi.

Difahamkan beliau amat berpengalaman lebih-lebih lagi semasa berada diKDN sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Banyak pengalaman semasa disana bolih diguna pakai untuk membantu beliau memperbaiki memulihkan SPR yang telah tercemar selama ini.

Buat mantan SPR Tan Sri Rashid tidak perlulah mencabar pemimpin pembangkang untuk diambil tindakan kerana katanya banyak serangan peribadi terhadapnya. Mengapa sebelum ini, semasa memegang jawatan tidak bersuara untuk tindakan diambil? Dan tidak keterlaluan juga pembangkang, bolih menuduh beliau ada kepentingan diri dan BN. Terpulang pada beliau untuk ambil tindakan, besar mungkin beliau agaknya bolih membantu menyuarakan kebobrokan BN dan mengukuhkan kekuatan pembangkang (PR).

Juga pada pemimpin pembangkang, ini adalah masanya dinasihatkan agar lebih telus diera masih lagi rakyat menaruh harapan seperti mana DSAI dengan slogan ”Masa Untuk Perubahan”. Jangan lah terlalu menunjol kepada rapoh dan hancor. Tanganilah masaalah rakyat dengan efisen dan bersedia.

7.Januari 09 akan membawa satu noktah menentukan 17 januari 09, yang rakyak masih percaya pada slogan DSAI itu. DSAI perlu lah menangani masaalah dalaman parti yang agak muda ini pada lebih keterbukaan. Bukan mendiamkan diri dikala tidak perlu, dan apabila perlu menjerit untuk RE4MASI. Orang akan buat tuduhan yang tidak baik dan masaalah politik buruk akan berlarutan tak berkesudahan. Hanyar tidak suka mendengar ada suara-suara kecil ”kita ni biasalah, hanya lembu kepentingan DSAI dan sekutu”.

Bebalik kepada kerajaan Kedah, hanyar amat menghormati keputusan MB kekal dengan proton perdana. Terbaik, tukar sahaja kepada yang baru dengan segera untuk senang dikawal penjimatan wang rakyat sepertimana wakil proton edar menjanjikan yang lebih baik daripada dulu. Juga wakil baikpulih kenderaan untuk kerajaan Kedah ditukar/ dipantau agar tidak ada penyelewengan berlaku.

Tidak perlulah proton edar pergi melawat semua kerajaan negeri, untuk memberi penerangan masaalah V6 itu lagi. Setahu hanyar V6 yang diguna olih kerajaan negeri, bukanlah cara penggunaan lasak sepertimana individu lain guna. Exco hanya guna pada waktu pejabat dan terhad di negeri sahaja pada waktu diperlukan. Mana mungkin kerosakan keterlaluan berlaku.

Kenderaan keluaran Malaysia perlu disokong, pada masa yang sama pemerintah kerajaan Malaysia perlu tangani dengan telus dan jangan mengambil kesempatan merugikan wang rakyat kerana sebahagian saham adalah hak rakyat.

Kepada 5 kerajaan negeri yang yang dipimpin PR, jika belum lagi menukar kenderaan jenama lain daripada V6. Dinasihatkan tukarkan sahaja V6 yang baru dengan segera, dan bolih kita bandingkan kos penyelenggaraan dengan kenderaan yang telah kerajaan Terangganu guna sekarang.

KELALAIAN AKAN MEMBINA KEPADA HANCOR DAN RAPOH


Dec 30, 2008

RASUAH OH RASUAH.......

RAKYAT NAMPAK APA YANG BERLAKU

DIKUALA LANGAT DAN SELURUH SELANGOR.


Semalam Hanyar bertemu dengan kawan-kawan di pekan Banting, hingga awal pagi. Kami merasa hairan banyak lori-lori bawa pasir bergerak waktu lewat tgh malam hingga awal pagi. Kami merasakan daerah K.Lgt seperti peluang pekerjaan disektor pembangunan amat terlalu hebat. Saingan kerja sehingga tidak mencukupi waktu siang. Setahu kami lori tiper ini hanya bolih bergerak membawa muatan hanya waktu pejabat sahaja. Tetapi apa yang berlaku di Banting, lori-lori ini bekerja hingga lewat malam.

Siasatan kami apabila mengekori lori-lori tersebut, apa yang kami nampak tidak seberapa hebat pembangunan dan peluang pekerjaan yang terserlah. Rupa-rupanya hebat yang kami difahamkan adalah pada lori-lori yang membawa pasir itu sahaja. Hebatnya membawa pasir tanpa membayar cukai (doket). Apabila kami bertanya pada pemandu lori berkenaan, mereka menjawab kami kurang bekerja diwaktu siang hari. Malam agak mudah bekerja sebab pejabat tanah tidak beroprasi. Kadang kala sahaja penguatkuasa tanah memantau. Buat kami sebagai pemandu lori tidak menjadi masaalah kerana tonto telah mengawal pergerakan lori yang membawa penuh sarat pasir.

Disini kami andaikan penguatkuasa gagal mengawal penyangak-penyangak pasir yang sesuka hati beroprasi. Dalam hal ini ramai mengatakan penguatkuasa tidak telus. Teringat pula salah seorang yang semeja dengan kami, menceritakan hal sebenar penguatkuasa tidak mampu melaksanakan tugas dengan tegas sebab banyak faktor yang melibatkan keselamatan mereka. Pegawai-pegawai penguatkuasa menceritakan, jika terlalu tegas sehingga penangkapan dilakukan, keselamatan mereka terancam. Jika mereka tidak mengambil tindakan terhadap lori-lori yang terlibat apabila ada komplen, pegawai atasan meraka pula akan mengambil tindakan terhadap penguatkuasa. Jadi kalau begini cara pentadbiran bebas dan tidak ambil kira maka jalan penyelesaian tiada kesudahan. Penguatkuasa juga merasa terkilan apabila, tiada penangkapan pada waktu malam beroperasi, tuntutan kerja lebih masa mereka, jabatan tidak mahu bayar.

Apa yang kami(hanyar) nampak jalan penyelesaian mudah, kiranya telus pegawai kanan PBT yang berpelajaran tinggi dan dihormati juga mempunyai kuasa mutlak dibawah kepimpinan MB Selangor, buatlah satu arahan surat pekeliling kepada kawasan jajahan Penghulu dan Pengerusi JKKK terlibat supaya menahan lori-lori tersebut dengan bantuan penduduk kampong. Setelah menahan, terus menghubungi pegawai PBT untuk tindakan. Inilah cara paling sesuai dan menyelamatkan keselamatan semua pihak.

Kalau perkara yang Hanyar usulkan diatas, pegawai kanan PBT tidak terfikir, rasanya kelayakan tidak membawa erti kepada pembangunan negeri. MB Pakatan Rakyat memberi kepercayaan kepada orang-orang ini meneruskan tugas yang sebelum mereka dibawah kuasa pemerintah negeri iaitu umno. Mereka nilah mencalarkan nama baik pemerintah Pakatan Rakyat. Hanyar andaikan mereka seperti gunting dalan lipatan.

Hormatilah rakyat marhain Selangor yang diberi kuasa mengundi mengikut system demokrasi, iaitu Demokrasi Berparliman Mengikut Sistem Pilihanraya. Pentadbiran MB dengan kata sepakat bersama Exco-Exco akan menjaga hati pada pegawai-pegawai kanan kerajaan diberi peluang terus mentadbir Daerah masing-masing. Tapi apa yang berlaku songsang yang teserlah.

Seperkara lagi Hanyar ada menerima maklumat ushawan koperat pasir telah didatangi tetamu, memperkenali diri mereka adalah orang rapat dengan MB dan bolih berbincang terus untuk menyelesaikan masaalah permit pasir dan meminta puluhan ribu RM kepada koperat pasir ini. Jelas yang kami dengar koperat pasir bersetuju dan memberi RM kepada broker-broker ini. Dan mereka pula berjanji sebahagian tanah pasir di kawasan Ijok bolih dimiliki olih koperat tersebut. Dimaklumkan baru-baru ni koperat merasa tertipu dan telah membuat laporsn polis. Kalau inilah yang berlaku, adalah tidak adil terhadap rakyat, gara-gara koperat yang zalim. Sanggup melakukan kesalahan rasuah, tetapi tidak sanggup menghadapi risiko kena tipu.

Sekiranya kerajaan Selangor tidak menyiasat perkara yang hanyar panjang berjela maklum, maka rakyat marhain merasa tertipu dengan janji-janji Exco Yb Yaakub Sapari janjikan.

Nasihat hanyar pada sesiapa yang tidak melakukan/terlibat dalan hal ini jangan merasa takut. Keadilan yang telus akan menentukan mengikut undang-undang disamping ALLAH bersamamu.


Jazakallah…




Dec 29, 2008

MENGAKU DIPERKOSA



Wahai seful! sempena HIJRAH, berbaliklah pada Quran dan Hadis. sebagai orang Islam pelulah menginsafi apa yang telah berlalu kau tersasar. Hemat Hanyar, kau tidak pernah menyesal kerana kau suka kearah itu. Sedangkan nabi langsung tidak mengaku umatnya sebagai orang Islam.

Untuk kau seful, Hanyar cabar sekiranya benar apa yang telah Anwar lakukan. Kau buat juga laporan polis terhadap doktor yang memeriksa buntut kau (kerana tak mahu kerjasama)yang telah diperkosakan olih Anwar dan buat juga PC secara anak jantan. Kalau tak Hanyar dan semua orang tidak percaya.



LEBIH RATUSAN RIBU JADI MILIK ORANG....


Tok Mun yang dikasihi.

Alahai tok Mun! harap-harap tak payah menyertai pertandingan PRK kali ni lah. Penyokong seramai 600 lebih orang tu, tok tolong kempinkan undi mereka kepada PAS (PR) . Saya yakin pada tok, bolih buat perkara ni, atas beberapa faktor yang membawa kepada "DEMI NASIB ANAK-ANAK DAN JENERASI AKAN DATANG, TERUSKANLAH PERJUANGAN" tok.

Saya nasihatkan juga kat tok, atas penginayaan yang mengguna nama tok pada blog meminta sumbangan sehingga mencecah ratusan ribu, bukan hanya buat lapuran polis saja. tetapi biarlah sehingga tertangkap orang berkenaan kemuka pengadilan. Sekiranya tok Mun tidak lakukan sehingga orang itu tidak diadili, maka susahlah masa akan datang PRU 13 tok nak bertanding semula. kerana orang akan berkata, tok bukanlah orang yang sesuai untuk dipilih menjadi pemimpin mereka.

Apa yang saya perkatakan tadi, adalah kenyataan tok sendiri. Apa gunanya, orang tumpang senang atas nama tok. Tetapi tidak mendapat untung apa-apa.

Saya dengan nama Islam, supaya tok lebih telus agar nama tok tidak dicemarkan dan ALLAH amat mengutuk pada orang yang bersekongkol bersama orang yang zalim.



salam takzim dari saya.(HANYAR)

Dec 28, 2008

UNTUK RENUNGAN YB KAPAR....


UNTUK RENUNGAN YB KAPAR.....

Memang benar kata-kata mantan ketua angkatan muda Malaysia sdr Ezam Mohd Noor. Yang lebih baik pada pendapat saya adalah, walau apa pun Yb perlu tetap kekal dalam parti keADILan dan kekal sebagai MP Pakatan Rakyat. Jangan jadi PKR. PKR bukanlah sebutan singkatan nama parti kita. Kalau ingat ,huruf ini berlaku di aijok (pemuda umno yg sebut) Singkatan asal kita keADILan. Orang-orang yang hebat-hebat sekarang YB memang telus belaka, tapi yang baru menjelma jadi YB sikit masaalah. Nanti saya nukil 4 baris ayat buat YB.

Nasihat saya, yang kusut, kita rongkai. Putus harap disambungkan. Perjuangan kita masih belum kepenghujung. Ikut hati, merana penyokong.

JANGAN KAU SANGSI KEMANA ARAHMU,
LANGKAH MU TIDAK SUMBANG,
JANGAN KAU RAGUI KEYAKINAN MU,
YANG ZALIM PERLU DITENTANG.

Yang tak betul mesti ditentang. Yb mesti buat yang terbaik untuk rakyat dalam satu ikatan yang kukuh. Kita di ibarat lidi(
lidi dah tantu rapoh), jika dikumpul dan jadikan penyapu bukan seperti MB yang lalu. Tetapi guna untuk bersihkan kawasan kotor. heebattt jadinya. Teruskan kedudukan YB dalam satu payong yang sebenar-benarnya rakyat mahu.

Dalam hal ni yang saya nampak, hanya propaganda bn saja. Kerana kebanyakan YDP yang masih kekal sekarang adalah dipandu olih pemimpin umno lagi. Jika ditukar dengan yang jenama baru tentu selesai masaalah ini.

Hati-hati YB, jangan ada orang lain mengambil kesempatan, dengan menulis surat perletakan jawatan/ keluar parti sampai ketangan tim. presiden. Dalam PKR ada orang cuba menangguk diair yang keruh. Lainlah keADILan.



membujur lalu melintang patah.

puisi buat YB

Buat JANJI

Jangan dipahatkan ia
sekadar menjadi penyedap hati
selebihnya mengganggu tidur
dan mimpi kami
yang jenuh dimainkan ilusi
tanpa secebis menjadi realiti.

Jangan dipahatkan janji
manis mulut ketika bertandang sesekali
ke pedalaman belantara daerah kami
atau menawar pelbagai kehendak
sedang demikian masih
kami nikmati dan ulit keperitan
meneguk keruh air di bukit kontang
denai berladung lumpur
di kala hujan
berdebu di kala panas
saban hari sehingga kini.