ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 9, 2009

POLITIK TELUS, EKONOMI NEGARA LEBIH BAIK.. RAKYAT TAK PERLU BUANG MASA SPT HARINI.....

Undi Pos (PRU12) Menidakkan Kemenangan Mohd Sabu
Taklimat saya terima semalam mengatakan bahawa calon PAS didalam PRU ke-12 dulu, Mohd Sabu telah memenangi pilihanraya kawasan Kuala Trengganu dengan lebih dari 300 undi, tetapi apabila didatangkan undi Pos beliau telah kalah dengan 600 lebih undi.

Undi Pos ini undi dari mana? Petugas-petugas tempat yang bekerja untuk SPR semasa pilihanraya, dan juga undi dari tentera. Saya nak komen tentang undi dari Tentera. Saya ada seorang kawan, seorang Lt Kolonel dari 7 Ranger. Kini dia dah bersara. Langsung tak minat dengan politik. "Pedooh belaka," katanya. Perkataan pedooh itu bererti bohong, cakap orang Temerloh.

Lt Kolonel itu kini sudah diletakkan title "B" bermakna "bersara".

Dia kata dia pernah ditugaskan untuk mengundi bagi pihak semua askar dibawah jagaannya. Dia diarah supaya mengundi untuk memenangkan BN. So, dia beri pembangkang lebih kurang 10% dan yang lainnya (90%) dia undi BN untuk mereka tu. Itulah dianya undi pos. "Dulu" katanya,"kami undi juga pembangkang, tapi hari ini pegawai-pegawai itu boleh undi 100% BN. Ini semua kerja pembohong! Mana ada askar mahu undi sampai macam tu.

Askar-askar ni adalah anak orang susah-susah, anak orang kampong. Kalau mereka mengundi sendiri dan tidak oleh pegawai mereka, sudah pasti BN kalah, sudah pasti mereka undi pembangkang. Askar-askar ni lagi ada banyak masalah dengan kerajaan BN ni,"katanya.


Lt Kolonel (B) ini tak mahu terlibat langsung dengan poliktik. "Menyampah" katanya. "UMNO ni semuanya penipu". Dia tidak pernah undi UMNO/BN selepas bersara. "Tak kiralah, kalau DAP pun bertanding di kawasan saya mengundi tu, nescaya saya undi DAP, jangan harap saya undi UMNO." Tapi dia tak mahu berpolitik. Dia tak yakin dengan politik lebih-lebih lagi politik UMNO, politik rasuah dan penipu. Takpe lah Lt. Kol (B). Kami tetap berpolitik kerana hanya melalui politik saja arah tuju negara dapat ditentukan. Dan takkan sampai aku duduk hampir 2 minggu di KT ni dengan duit sendiri, belanja sendiri kalau tidak kerana politik dan perjuangan. Kami ingin pastikan PAS menang didalam pilihanraya kecil ni!

Lt Kol (B) ini tersentak juga apabila saya katakan Brig. Jend (B) so and so kini sangat aktif menyokong PKR walau pun dia belum menyertai PKR kerana hubungan perniagaannya. Tapi semua tulisan Jenderal itu peda-pedas belaka bila dia hantar melalui e-mail kepada saya. Dan saya tunjukkan e-mail itu kepada Lt Kol (B) tersebut. Rasa-rasanya tak berapa lama lagi dah sebelum Lt Kol (B) akan menyertai PKR.

Kebakaran di LCCT

Jumaat, 9/1/09,

SEPANG: Satu kebakaran berlaku di Terminal Lapangan Terbang LCCT menyebabkan seluruh penumpang dan staff dipindahkan dari situ serta merta.(klik tajuk panjang)

Jan 8, 2009

Polis MESTI Saman Wan Farid dan MANA-MANA PEMIMPIN PARTI..




Khamis. 8/1/09. Polis tidak wajar mengamal penguatkuasaan “double standard”. Umum mengetahui bahawa menunggang motorsikal tanpa topi keledar adalah satu kesalahan. Sememangnya ramai orang awam yang telah disaman Polis kerana kesalahan itu.

Namun pihak Polis tidak berani untuk mengeluarkan saman terhadap Wan Farid, sebagai mantan TIMBALAN MENTERI Dalam Negeri, a tas kesalahan menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar.


Klip video telah disiarkan oleh beberapa siaran berita TV jam 8 malam tadi. Wan Farid (Yek) hanya bertopi “cap” BN sahaja. Apakah Polis mengamalkan double stanardnya=2 0di sini? Walhal, terdapat lebih 6,000 anggota Polis tambahan yang dikerah di Kuala Terengganu - sudah pasti ada anggota Polis di kawasan di mana Wan Farid menaiki motorsikal tanpa topi keledar!

Ini bukan kali pertama. Sebelum ini juga jelas disiarkan di akhbar-akbar semasa PRU 2008. Khairy Jamaludin pun turut menaiki motorsikal tanpa bertopi keledar. Sehingga hari ini tiada tindakan yang diambil oleh pihak Polis.



JELMAAN HANTU KERNA WANG dan KUASA

8/01/09.Khamis.
Sebelum datang soalan, hantu-hantu BN, kau baca dulu dekat bawah ni aku quot dari The Malaysian Bar -
  • Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is leading the Barisan Nasional (BN) charge in the Jan 17 Kuala Terengganu by-election, said yesterday the coalition is ready to answer all issues raised by the Opposition.
  • He said the Opposition is under increasing pressure to use national issues and this shows they are running out of local issues to raise.
  • Najib said the Opposition’s action here in playing up the issue of murdered Mongolian Altantuya Shaariibuu was totally irrelevant to the by-election. “If they bring up this issue, it means they are bankrupt of issues ... it has no connection at all with this by-election,” he added.
Najib cakap, "BN sedia menjawab apa sahaja isu yang cuba dimainkan oleh pembangkang" dan jugak "pembangkang ketandusan isu".

Dekat sini aku nak habaq, Pakatan Rakyat tak pernah ketandusan isu selagi UMNO/BN kekal dengan cara pemerintahan dan jugak diterajui oleh hantu-hantu yang level pemikirannya sama dengan "PM In Waiting". hang silap Mat Pekan.

Meh sini aku nak bagi kau satu isu. Isu Nasional. hantu-hantu UMNO/BN pun tolong jawab pertanyaan aku atas 1 isu ni.

Aku nak tanya pasal isu hudud.

Dalam Forum antara Husam dengan KJ, KJ tanya tentang pendirian Husam yang mewakili PAS tentang pelaksanaan Hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia.

Jawapan dari Husam - PAS akan tetap melaksanakan Hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara Malaysia.

Dekat 2 minggu UMNO/BN melompat macam sakai babi dan tanpa parti melayu Islam UMNO sedari, depa sebenarnya memperlekehkan hukum Allah dalam isu ni. sepatah pun aku tak dengar atau baca pendirian UMNO dalam isu hudud... sekor pun hantu-hantu UMNO tak dak dok sebut apa pendirian UMNO dalam soal Hukum Hudud sebaliknya......

Hantu-hantu UMNO dok sibuk mencucuk DAP dengan isu Hukum Hudud, hoi hantu UMNO...!!! hangpa sebenarnya menganut agama apa? Islam HadHari tu sembah Allah ka sembah apa???

Hangpa semua hantu-hantu UMNO memang lahanat mengalahkan Yahudi...!!! Hukum Allah hangpa eksploitasi untuk melaga-lagakan yang bukan Islam dengan yang beragama Islam. memang sah hangpa kafir..! ni bukan tahap kafir Quraish dah ni, ni dah tahap kafir HadHari. hangp ala yang dok perosak agama Islam.

Patutnya hangpa perjelas dekat yang bukan Islam apa itu hudud, sebaliknya hangpa gunakan hukum Allah untuk buat perkara tak baik, perkara lahanat, perkara yang diharamkan dalam Islam. hangpa hantu-hantu UMNO memang sah KAFIR...!!!

Lepaih tu hangpa dok sibuk pulak tanya Anwar apa pendirian dia tentang Hukum Hudud...

Malam tadi dalam ceramah Anwar di KT, Anwar habaq -
  • KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.
  • Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.
  • "Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.
Itu kenyataan dari DSAI yang hangpa dok tunggu-tunggu... tapi hangpa lupa 1 hal...

Hangpa lupa nak tanya diri hangpa sendiri apa pendirian hangpa dalam isu Hukum Hudud. hangpa lupa agama hangpa apa. hangpa lupa dekat Allah masa hangpa dok main isu ni. hangpa lupa Hukum Allah bukan untuk dieksploitasi. hangpa lupa Hukum Allah untuk dilaksanakan bukan untuk dipermainkan.

Mungkin hangpa jadi lagu tu pasai hangpa pun dah lupa macam mana nak mengucap 2 kalimah syahadah, mungkin hangpa jadik lagu tu pasai hangpa memang bangsa Kafir Lahanat yang tak takut pada Allah pencipta sekelian alam.

Hangpa bebal, hangpa la lahanat yang paling bebal..!

Ni aku nak tanya hangpa, yang mana ada dekat Kuala Terengganu, kalau ada peluang selisih dengan mana-mna pemimpin UMNO atau hantu-hantu UMNO yang aku tak pasti depa ni masih Islam atau tidak... mintak tolong sangat-sangat bagi jawapan atas soalan aku ni untuk hantu-hantu UMNO.

Soalan aku senang.

Apa pendirian UMNO dan jugak hantu-hantu UMNO tentang Hukum Hudud???

Hnagpa sokong dilaksanakan ka hangpa nak bagi alasan supaya tak dilaksanakan???

Hoi hantu-hantu UMNO...!!! hang jawab soalan aku yang ni...!!!

Sebelum tu kalau hangpa nak persoal kenapa PAS tak laksanakan Hukum Hudud dekat Kelantan & Terengganu, baik hangpa tak payah nak komen dekat bawah ni. sapa yang tak dapat jawapan pasai pelaksanaan Hukum Hudud dekat Kelantan & Terengganu maknanya hangpa MENTAH LAGI DALAM POLITIK MALAYSIA.

Kalau tak tau sejarah dan fakta, tak payah nak auta dekat ruangan komen, buat semak mata aku ngan pembaca je. jawab soalan aku dekat ruangan komen sebagai seorang hamba Allah yang beragama Islam. sebelum nak jawab, hangpa mengucap 2 kalimah syahadah dulu..!

Kalau nak mengucap 2 kalimah syahadah pun tak reti, maknanya hangpa bukan Islam. kalau hangpa bukan Islam, aku tak dapat buat apa. yang Islam sendiri pun tak paham ajaran agama sendiri, apa lagi yang bukan Islam?

Tak tau la pulak kot-kot hangpa sanggup mengaku bukan Islam & pakai pelat india atau cina. itu antara hangpa dengan Allah. aku tak tau... dekat kanan ngan kiri hangpa ada 2 malaikat bertugas. hangpa kaw tim la ngan depa kalau hangpa buleh.

Apa pendirian hangpa wahai hantu-hantu UMNO berkenaan pelaksanaan Hukum Hudud?

Jan 7, 2009

KITA MERANCANG, ALLAH MENENTUKAN

DSAI mahu Kuala Terengganu percepat menuju Putrajaya

Rabu Januari 7, 2009KUALA TERENGGANU: Selepas dua sasaran untuk membentuk kerajaan persekutuan gagal, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan harapan itu hari ini dengan mengatakan bahawa "kemenangan di Kuala Terengganu" akan membantu mempercepatkan rancangan pihaknya bertapak di Putrajaya.

"Jangan selesa dengan kehadiran yang ramai (ketika ceramah perdana malam tadi dan ketika penamaan calon). Kita mahukan kemenangan yang lebih meyakinkan dan proses perjalanan ke Putrajaya dipercepatkan," kata beliau ketika berucap merasmikan Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu di sini, pagi ini.

Ia merupakan majlis kedua Anwar selepas berucap dalam ceramah perdana malam tadi.

Anwar meletakkan sasaran 16 September lalu sebagai tarikh awal untuk membentuk kerajaan pusat diterajui Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Kemudian ia gagal menjadi kenyataan, beliau menjangkakan ia boleh dilakukan menjelang Hari Raya Aidiladha bulan lalu.

Anwar dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, menggantinya isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.

Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh juga bertumpu kepada aspek membentuk kerajaan baru dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun ketika ditemui wartawan pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata sasaran pihaknya itu bukan tidak menjadi, tetapi belum menjadi kenyataan.

Pun begitu, katanya, matlamat utama pihaknya sekarang ialah membolehkan penduduk Kuala Terengganu mempunyai seorang wakil rakyat yang boleh mewakili kepentingan rakyat, bukannya kepentingan diri dan kroni.

Barisan Nasional (BN) meletakkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala PAS, anggota komponen Pakatan Rakyat, menurunkan Mohd. Ahmad Wahid Endut manakala calon Bebas ialah Azharudin Mamat @ Adam.

Kempen bermula semalam selepas proses penamaan calon manakala pengundian pula diadakan 17 Januari.


Pakatan Rakyat Berpadu Sokong PAS

Usaha Umno Kelirukan Orang Ramai Gagal




Umno atau agennya rancak mengatakan Pas kehabisan modal dan isu untuk dimainkan disepanjang kempennya selama 10 hari dalam pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu, 17 Januari depan hakikatnya Umno atau agennya yang kekeringan modal.

Hampir semua pemimpin utama Pas berada ditempat penamaan calon. Mereka mungkin tidak bersetuju dengan calon yang diketengahkan itu tetapi apabila perarakan 'perang' untuk melawan musuh (Umno dan BN) bermula mereka melupai segala titik bengkit dan melangkah sederap ke hadapan. Inilah semangat dan kecintaan orang Pas yang ditunjukkan kepada perjuangan mereka rela mengenepikan soal remeh temeh.

Begitu juga hampir semua pemimpin tertinggi parti-parti Pakatan Rakyat turut sama berada di pusat penamaan calon di Stadium Negeri. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Mohd Azmin Ali, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan lain-lain semuanya memberi semangat dan menyatakan sokongan kepada Pas. Mereka juga akan turut sama berkempen dan berceramah.

Kepada kira-kira 80,000 pengundi Kuala Terengganu diharap mereka tidak akan mabuk dan mudah terpesona dengan janji bersifat sementara yang dilontarkan di sepanjang kempen berkenaan. Gunakan akal fikiran sebelum memangkah. Gunakan medan pilihan raya itu untuk merobah masa depan yang lebih terjamin lagi bukan saja di dunia tetapi akhirat juga.

Perubahan yang besar itu bermula di medan yang kecil. Kuala Terengganu... apakah akan membawa TERANG kepada mereka yang menang?




FARID MELOPONG...


6/1/09. 10.00 mlm – Alhamdulillah, suasana dan sambutan pada majlis Ceramah Mega sempena pengenalan Calon PAS bagi PRK P036 Kuala Terengganu, YB Ab Wahid Endut yang juga merupakan ADUN Wakaf Mempelam meriah dan diluar dugaan.

Puluhan ribu pengunjung yang membentuk lautan manusia telah membanjiri kawasan pentas terbuka di tepi pantai Kg Paya Bunga.

Majlis Ceramah Mega ini turut dihadiri oleh YAB Al Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat, YB Tuan Guru Dato Seri Presiden, YB Ustaz Nashrudin Mat Isa (Timbala Presiden PAS), Dato Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu), calon PRK P036 Kuala Terengganu YB Wahid Endut (merangkap ADUN Wakaf Mempelam), YB Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Tian Chua (MP Batu) dan beberapa orang pimpinan lagi.

Jan 6, 2009

UMNO TAKUT KALAh KERANA susah nak MENIPU UNDI......


selasa 6/1/09.
Penyokong Barisan Nasional (BN) bertindak liar terhadap penyokong PAS dengan membaling botol air di hadapan
pintu masuk Stadium Negeri kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.
Semalam umno bekerja untuk SPR dan arah polis menangkap 5 orang keADILan termasuk tim. KAM Pusat(cikgu Faris).