ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 10, 2009




PAK LAH TELAH DERHAKA PADA RAJA PERAK. tak caya gua.....


Sebentar tadi berita memaparkan bahawa Pak Lah mengistiharkan bahawa DS Nizal dan Karpal Sing, tiada rancangan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap(ISA) Karpal Singh dan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berhubung bantahan terhadap penubuhan kerajaan Kudeta Perak yang baru.

Kalau macam ni ,Perdana Menteri dah derhaka kepada Raja. Hoi orang-orang PAKIDA, pergi buat demo depan rumah Pak Lah pula dan buat laporan polis terhadap PM kamu dah sokong Pakatan Rakyat. Heheheh.....

Kesian Najib dengan keris sebilah. Hehehehehehehehehehehe..............

BANYAK MAKNA AGS 10


Percaya tak 5 hari lagi YAB Datuk Sri IR Nizal Bin Jamalludin akan masuk SUK. Mampus SU Kerajaan Negeri, Rahman bangsat tu nanti.
DS Nizal kena terjemahkan maksud keretanya tu kepada Akan Gua Sampai 10 hari (AGS 10).
Kekebalan yang ada kat YAB Nizal, Datuk Sri dan perlembagaan tubuh kerajaan negeri Perak.

Tegang di Ipoh. Serta sahabat katak mereka tidak hadir mahkamah dan mahkamah keluarkan waran tangkap. Apa nak jadi............

Feb 10th, 2009 11.45 pagi. Info terbaru dari Chor di Kuala Kangsar.

“Depan taman naik ke Bukit Chandan, Trak FRU 6, landrover 2. Teman sampai sekolah Mazuin kena tahan polis. Deme mintak tolong beli ayor. Polis Teluk Intan. tak sempat minum pagi dah kena datang ke Kuale. “Keme tengah kebulo” kata deme.

Sapa kata orang Pakatan Rakyat anti polis? Tolong beli ayor lagi kat deme. Kesiaaan polis.

11.35 pagi.

Sya dah kembali ke basecamp. Sekarang sidang media dirumah Menteri Besar. Time aku pulak nak tidor. Baca blog Sya-reformis selepas sidang media nanti untuk melihat gambar-gambar sekitar Mahkamah Tinggi dan SUK.

Ciao!

nizar-balik

11.25. Nizar sampai dikediaman Menteri Besar. Senyum walaupun tak boleh masuk kedalam SUK.

11.20 pagi. Konvoi MB dan EXCO bertolak balik kekediaman MB.

11.17 pagi.

MB Nizar tidak dibenarkan masuk dan ketika ini sedang memberikan sidang media didepan pintu SUK.

11.10 pagi.

Konvoi EXCO sampai di SUK

10.55 pagi

MB Nizar dan EXCO bergerak ke SUK. Semua EXCO masih menggunakan kereta Camry.

nizar_exco

ngeh

10.10pagi.

Wakakaka…. Jamal dan Osman tak hadir dimahkamah. Hakim memerintahkan waran tangkap dikeluarkan.. ha..ha.

Dulu Jamal dan Osman pergi Court diiringi dua orang polis. Lepas ni, depa akan diiringi dua trak FRU.

9.55 pagi.

Didepan Mahkamah Tinggi, Ipoh. Sekumpulan 30-40 geng Umno sedang berdemo, dibawah jagaan polis, sementara menanti ketibaan Jamal dan Osman dimahkamah. Orang lain masuk SUK, depa masuk mahkamah.

Dari Chor di Kuala Kangsar.

Sepanjang jalan dipenuhi polis. Hampir disetiap tiang lampu ada polis. Trak FRU ada 15 biji untuk mengawal keselamatan 15 bas penyokong Najib yang nak berdemo di Kuala Kangsar.

Orang balik sembahyang, depa sembur gas pemedih mata, Umno nak berdemo, polis jaga keselamatan mereka. Baguih punya polis!!.

8.50 pagi.

Sya-reformis melaporkan dari Bangunan SUK Ipoh.

Bangunan SUK Ipoh sekarang dikepung oleh FRU. Jalan Panglima Gantang Wahab ditutup kepada lalulintas dan orang awam dilarang daripada menghampiri bangunan SUK.

Terdapat 3 trak FRU beserta satu water-canon sedang bersiap sedia, Mungkin untuk menghalang Menteri Besar Yang Sah daripada memasuki pejabat dan untuk memberi laluan kepada Menteri Besar Kerajaan haram memasuki pejabat.

SIKAP NEGARA RASUAH, YG MEMBELAKANGKAN PERLEMBAGAAN...



Selasa. 10/02/09. Umno ni palat betol..dia derhaka dari dulu boleh? Mahathir terang-terang tarik kekebalan raja tak derhaka? Rakyat turun berdemo tegakan kebenaran tak bermoral dan dituduh kurang ajar ....Tapi umno rampas kausa secara biadap, bermoral dan tak kurang ajar? Bn lompat ke Pakatan Rakyat tak bermoral... Pakatan Rakyat lompat ke Bn bermoral..sudala umno….semakin lama makin nampak keisraellan umno ni..umno zionis....


Dulu PAS join dengan umno dia tendang nya PAS.. Sekarang Pakatan Rakyat nak ajak join......


DS Anwar elok dlm umno pegi terajang dia dgn fitnah maha luar biasa..


Umno aku doakan akan hancurlah. P.Ramlee pun kutuk umno la..alip tendang mim nun tendang wau..


50 thn habis tanah-tanah melayu..singapore satu pulau sesenang bagi dan mcm2 lagi..baru skrg nk cerita pasal tanah melayu..ekonomi melayu habis 50 thn ape jadi?


Melayu terpinggir tertindas/sebab tu la rakyat bangun skrg..sampai bila kau nak menongkat langit? Pasti jatuh tersungkur tersembab....tu la hari-hari doa aku kat umnoni..

Berbalik cerita Perak, kat SUK dah kecoh. Lori merah, topi merah dan macam-macam merah dah jadi tugas arahan umno.Kononnya nak menghalang dari YAB Nizal masuk SUK. Atau pun nak sambut Zamri masuk SUK.


Agaknya lebih kecoh harini, selagi sikap BN yang tidak bermoral berterusan tu.


Apa-apa pun kita tunggu dan lihat seterusnya nanti, babak-babak yang mendatang.......

SEPERTI YANG DIJANJIKAN TADI, GAMBAR2 DIPEROLIHI DARI BLOGER PRIHATIN....

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali.....Moga2 roh nya ditempatkan tuhan bersama orang2 yg diberi rahmat kestasnya....AMIN...



GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENGKEBUMIAN!!!








Bacaan talkin oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar b. Jamaludin
Back to top
View user's profile Send private message

Feb 9, 2009

Dato' SS mohon maaf, Nizar cari rumah lain

.
Sedutan Misbahul Munir

Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri,(SS) Dr. Abdul Rahman Hashim memohon maaf kepada Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin pagi semalam di atas perbuatannya yang kurang ajar dan biadab di pejabat MB Perak hari Jumaat yang lalu. Beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon. Saya sendiri mendengar perbualannya antara Hj Nizar dengan beliau di kediaman MB.

Dalam kejadian Jumaat yang lepas, Hj Nizar sedang ditemubual oleh ramai wartawan, Tidak sampai 10 minit kemudian, kedengaran suara yang begitu tinggi, lantang, menengking sampil menepuk-nepuk tangan meneriak para wartawan supaya keluar dari Pejabat MB.

Pihak polis turut digunakan untuk menghalau para wartawan. Penasihat undang-undang juga pun ada bersama pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Teman saya Penolong Setiausaha kerajaan bahagian Khidmat Pengurusan turut malu melihat bosnya yang biadab itu.

MB Perak ketika itu sedang diwawancara dan merasa kesal di atas sikap SS yang panas baran dan biadab itu. Sebaliknya Hj Nizar tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap beliau, laporan yang mengatakan Hj Nizar berkata kesat adalah tidak betul.

Saya ada di tempat kejadian, yang berlaku SS menengking, menjerit, meneriak dan menepuk tangan, para wartawan termasuk beberapa EXCO cukup kesal dan tidak senang hati. dalam ramai-ramai itulah ada yang membalas balek tengkingannya itu, tetapi saya yakin bukan Hj Nizar.

Walau bagaimanapun dalam perjalanan keluar Dato' SS ada menyapa untuk berjumpa dengan Hj Nizar, tetapi Dato' Seri menjawab dengan begitu sopan, "minta maaf, saya nak balek ke kediaman, ada mesyuarat, terima kasih".

Apabila ada akhbar yang membuat laporan dan menyiarkan gambar SS yang bersikap demikian, mungkin beliau terasa malu, imejnya buruk, akhirnya beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon dan memohon maaf, dan memberitahu Hj Nizar kalau nak tinggal lama di kediaman pun tak apa, dan kalau nak keluar nanti, beritahu sahaja, beliau akan membantu menyediakan pengangkutan. (tetapi kita faham, mafhum mukhalafahnya (maksud sebaliknya)bahasa perli la tu). Macam seorang ibu memarahi anaknya " ooo!, main hujan ya, mainlah, mainlah, sampai malam pun tak apa) Anak itu faham, dia akan berhenti main hujan.

Dato' Seri Hj Nizar pun faham, dia beitahu saya, " Misbah, cari rumah kat mana-mana, sehari dua nanti, kami nak pindah". Saya bersama dengan rakan-rakan kini sedang mencari rumah yang sesuai untuk Hj Nizar dan keluarga berpindah.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

09 Februari 2009

Jenazah Ahli Parlimen Bkt. Gantang selamat disemadikan.

BATU GAJAH , 9 Feb :- Lebih 5000 orang menziarahi jenazah Almarhum Hj. Roslam Sharum di kediamannya di Changkat Larang di sini petang tadi. Jenazah yang sampai dari Hospital batu Gajah sekitar jam 3.00 petang telah ditunggu oleh saudara dan rakan taulan sejak lebih awal lagi.

Setibanya jenazah di rumah pada masa tersebut, bertali arus saudara dan rakan dari kaum Melayu, Cina dan India berdatangan untuk memberi ucapan takziah dan memberi penghormatan terakhir.

Antara yang hadir dan dapat dikesan ialah DS.Anwar Ibrahim,Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin,Dr. Hatta Ramli, Hj. Mahfodz Omar, Ust. Ahmad Awang,Ahli Parlimen yang lain serta ADUN-ADUN. Pemimpin tertinggi Parti pakatan Rakyat Perak dan Pegawai-pegawai kerajaan juga kelihatan hadir.

Sembahyang jenazah dilakukan sebanyak 3 kali, sekali di rumahnya dan dua kali di Masjid jamik Changkat Larang.

Jenazah disemadikan di tanah kubur yang berdekatan. bacaan talkin diketuai oleh YAB Menteri Besar perak dan Tahil di ketuai olehPengarah Jaipk ,Sheikh Mohd. Nor Al Hafiz.

Insyallah gambar menyusul nanti...
.

Ya Allah, jika inilah hikmah di sebalik polemik yang melanda negeri Perak ini, kau berikanlah kemenangan kepada rakyat dalam mencari pengganti MP Bukit Gantang, dan cucurilah rahmat yang beroanjangan buat rohnya. Amin


KHAIR TOYO MUKA PENYAPU

Rujukan : Otosan Meloya


Lu jangan fikir lu Jawa, lu selamat dari tuduhan wa terhadap gen Melayu. Lu Jawa ke, Acheh ke, Madura ke, orang asli ke, wa generalkan sekali dalam Melayu.

Ada ISA boleh la lu. Dasar mati pucuk punya gen. Mementang UMNO dikecualikan dari ISA, kemain berlagak lu. Sistem2 Raja ni, dari Raja Arab sampai la ke Raja Melayu adalah sistem paling sial skali yang pernah tercipta.

Tak dapat wa nak terima apabila pemerintahan itu beralih dari gen bangang kepada gen bangang kepada gen bangang, secara muktamad begitu. Sama dengan sistem khalifaj kunun. Uweekkk!! (pinjam gaya nyle)

So, hari ni, hari lu. Kerajaan sepower Nabi Sulaiman pun Allah gilirkan. Ada penamatnya, inikan pulak pemerintahan lu kan. Dan sistem raja2 bodoh nih. Mesti ada tamat punya. Fana'. Wa kutuk sistem ni, bukan bermula kes Perak, dah lama dah. Heboh main kuda piala dunia konon, rakyat kucar-kacir buat derk jer.

Apa kejadah jadi payung. Buat beban dan semakkan hati jer.

Dalam web beliau hari ini, banyak beliau menterjemahkan tentang tranformasi kearah pemuda. kepala otak dia.