ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 28, 2009

Abdullah hadap Agong 2 April, maklum letak jawatan PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abdin untuk memaklumkan hasrat letak jawatan Perdana Menteri, pada 2 April, Khamis depan.


Kalau ini berlaku, dan Tuanku YDA merestui Najib mengambil alih tampuk pucuk pimpinan Negara, lihatlah nasib rakyat Malaysia yang ketagihkan negara demokrasi akan menjadi terkubur.

Pemimpin diakar umbi hingga ke pimpinan atasan Pakatan Rakyat harus bertanggungjawab dan menilai selama sejak 1998 dan 2008 hingga kini mereka wajib menilai dan jawab kepada rakyat yang memilih mereka keParlimen dan DUN.

Setiap salah laku pemimpin umno/BN diketahui olih pemimpin PR dan penyokong menerima serta menyokong dan memberi mandat dengan undi. Siapa perlu dipersalahkan?

BELIAU BUKANLAH SEBAGAI NASI TAMBAH KEPADA PAKATAN RAKYAT!!!

Keiklasan pakatan beliau kepada Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia. Jangan sia-siakan perjuangan beliau walaupun mereka disaat-saat akhir ini menampil.

masih ingatkah kata2 Dato' A Samad Said?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLviLKI_Ey1dq9gOIMlpKAq1LzR6G_LW5ckQUAKVsNvgpP7i3UXk2CxorXa3jkLPgAiXk4sJZFtp-yLYm4AqsxjrO5fHgmn1NlqD9Y4w5zZ5YfGYB7qALnsQ45T32BY3_LAJ1QSxksGXk/s320/a+samad+said.jpg


Ingatkah kata-kata Najib?
Mee Segera. Hanyar cukup faham dengan mee segera yang di maksudkan itu. Bukan kerja-kerja PRK turap jalan dan sebagainya, tapi yang tersirat pada Najib adalah kerak nasi. Kerana beliau adalah bini kepada Rosmah.
Rasanya mee segera tu, bolihlah ditujukan pada Muhyidin Yasin.

PAKATAN RAKYAT PERLUKAN MEE SIAM

Mar 27, 2009

UMNO BOLEH....BUKAN NAK BERUBAH TAPI AKAN REBAH !!!!!

Nampak gayanya, khairy juga yang dipilih oleh perwakilan, itulah suara UMNO masakini yang kononnya inginkan 'perubahan'. Dengan poket yang penuh diisi melampuh-lampuh setelah menempuh salam berisi, mereka umpama menyerahkan negara ini kepada Khairy Jamaludin.

Dalam hal ini Hanyar cabar umno/BN untuk membentuk satu perubahan yang nyata bukan penyata mengarut.


Terima kasih UMNO ! Kami rakyat Malaysia yang inginkan perubahan mengucapkan SELAMAT MENJADI PEMBANGKANG kepada UMNO sejurus PRU13 berakhir.

Mar 26, 2009

26 March 2009

Anwar in Batang Ai (Video)



Anwar in Batang Ai Pt2
Anwar in Batang Ai Pt3



Lagi... "Khairy, rasuah"

Mukhriz supporters hold impromtu protest - Malaysiakini



Beginilah keadaan huru hara ahli-ahli pergerakan Pemuda Umno yang tidak berpuas hati apabila Khairy Jamaluddin diumumkan pemenang pertandingan bagi jawatan ketua Pemuda.

Inilah contoh pemuda harapan bangsa yang dilaungkan oleh Pemuda Umno dan beginilah caranya mereka menunjukkan ketaksuban terhadap pemimpin mereka.

Mereka inilah yang ahli Umno mahu sandarkan harapan untuk menjadi pemimpin pelapis!

Kemungkinan mereka adalah penyokong dua calon yang kalah iaitu Mukhriz Mahathir dan Dr Mohd Khir Toyo.



ketamakan pemimpin punca umno dibenci






26 March 2009

Kota Bharu: DS Anwar, TG Haji Hadi, Dato Haron Din dan TG Nik Aziz

MSK : Sementara mendengar ceramah kat Stadium Mini Pasir Mas, aku cuba update sikit.

Aku sampai di Kota Bharu jam 7 petang tadi. Kami lepak sekejap kat JKR 10 untuk mandi-manda sebelum pergi ke Pasir Mas untuk majlis ceramah kat Stadium Mini Pasir Mas.

Sebaik sampai kat JKR 10, aku nampak Speaker DUN Perak V. Sivakumar pun ada. Bila bersembang dengan member-member yang ada disana, aku dapat tau DS Anwar, TG Haji Hadi, Dato Haron Din dan TG Nik Aziz telah mengadakan pertemuan khas di JKR 10.

Mereka sampai di Kota Bharu selepas zohor dan berbincang sehingga kira-kira jam 4.30 petang. Apabila keluar dari bilik mesyuarat, semuanya senyum dan menunjukkan ibu jari tanda bagus kepada semua yang ada. Apa yang dibincangkan…tak siapa yang tau kerana hanya mereka berempat yang tau.

Cerita tentang pertemuan lapan mata ni mula-mula di hebohkan oleh MSO dan walaupun aku dapat menghidu semalam, tapi tak sempat nak sampai di Kota Bharu tepat pada masanya. Dan masalah lagi satu ialah, member-member kat Kota Bharu..hatta yang bekerja dengan MB nik Aziz pun tak tau menahu! Setengahnya tak sedar pun dalam bilik TG Nik Aziz sedang berlangsung pertemuan lapan mata.

Kalau setakat pertemuan, aku tak heran. Tapi bila penuh dengan kerahsiaan…yang tu aku syok nak tau. Ada sapa-sapa tau?

Dan lebih mengejutkan…ketika aku sedang melayari internet untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di PWTC, tiba-tiba Speaker DUN Perak..YB Sivakumar masuk kedalam rumah tetamu didalam kawasan JKR 10. Apa cerita?

Sampai la kami makan kat sebuah restoran di kota Bharu…sapa pun tak mau bukak cerita. Tak pasti..tak tau atau tak mau cerita.

dsc096742
Apa pun…seperti yang aku cakapkan dalam posting terdahulu Bukit Gantang masih belum hot. Krisis Perak pun sudah kool..tetapi yang hot sekarang dan selepas ini ialah di Putrajaya.

Belum pasti berapa kerat pemimpin UMNO yang akan turun ke Bukit Gantang..kerana masing-masing akan memberikan tumpuan ke Putrajaya. Belum pasti siapa pemimpin Umno yang akan berkempen di Bukit Gantang kerana masing-masing nak jaga kerusi masing-masing.

Anwar, Hadi, Nik Aziz dan Haron Din sudah tersenyum lebar. Orang-orang Pak Lah sudah menguasai Wanita dan Pemuda UMNO. Geng-geng Perak Bangkit sudah berdebat sesama sendiri…manakala Najib masih mengimpikan kerusi Perdana Menteri.

Kita tunggu tarikh keramat….1hb April 2009. (link)

Balkis perah lebih RM5 juta duit PNSB?~Malaysiakini

Balkis perah lebih RM5 juta duit PNSB?~Malaysiakini


Anak syarikat kerajaan negeri, Pemodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), memperuntukkan sumbangan RM1 juta setiap tahun bermula tahun 2002 hingga 2007 kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Ketua Eksekutif PNSB, Datin Khairiah Abu Hasan yang menjadi saksi kelima dalam siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) memaklumkan jumlah sumbangan sepanjang tempoh itu sebanyak RM5,186,588.20.

Beliau yang menjadi Ketua Eksekutif sejak tahun 2007 mengakui semua program Balkis akan diberi sokongan daripada PNSB.

Khairiah turut mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Yang Dipertua Balkis, Datin Zaharah Kechik (isteri mantan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo).

Pada tahun 2003 PNSB telah menyumbangkan RM1.65 juta kepada Balkis dan sebanyak RM148,280 diperuntukkan dalam majlis perkahwinan saudara baru seramai 50 orang.

PNSB membayar jamuan makan untuk jemputan 1,400 orang hampir RM90,000 selain bayaran tempahan kek RM5,000, kombo MBSA RM9,000 dan hiasan dalaman RM19,000.

Pengerusi Selcat adalah Teng Chang Khim (DAP) manakala AJK adalah Haniza Talha (KeADILan-Taman Medan), Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Pada hari kedua siasatan dijalankan dua orang wakil BN, Sulaiman Abdul Razak dan Ismail Sani tidak hadir.

Setelah diajukan soalan daripada Jawatankuasa Selcat, Khairiah mengakui pada 14 Oktober 2003 PNSB telah memberi wang tunai sebanyak RM240,000 kepada Setiausaha Balkis ketika itu untuk membeli hamper di mana Balkis turun ke program 'Bersamamu' sempena bulan Ramadan.

Beliau turut mengakui PNSB memberi sumbangan kepada Balkis sebanyak RM5,000 untuk diagihkan kepada 48 kawasan DUN bagi meraikan warga emas dan orang miskin pada bulan Ramadan.

Pengakuan beliau menyebabkan Azmin mengajukan soalan; "Pada tahun 2003 ada 54 Dun, enam Dun diwakili pembangkang dan sudah jelas bahawa 48 Dun dikuasai BN. Apakah PNSB terlibat secara langsung dengan permainan politik BN ketika itu?"

Bagaimanapun, soalan itu tidak dapat dijawab oleh Khairiah.

Lebih menarik dan mengejutkan Jawatakuasa Selcat, pada tahun 2004 PNSB memberi sumbangan kepada Khir Toyo yang menjadi Menteri Besar ketika itu sepasang jaket jenama 'Summer Man' bernilai RM3,600 sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam satu majlis berbuka puasa September 2006, PNSB sekali lagi membayar RM13,000 kepada saudara kandung Zaharah Kechik, Abdul Malik Kechik untuk pakej jamuan dan nyanyian.

Khairiah diingatkan berulang kali oleh Teng supaya memberi penjelasan dengan betul kerana ia dibuat setelah beliau melakukan perakuan bersumpah.

Ini berikutan banyak persoalan yang diajukan oleh Jawatankuasa Selcat tidak dapat dijawab oleh Khairiah terutama dalam isu pengeluaran wang tunai yang melibatkan ratusan ribu kepada Balkis.

26 Mac 2009

Siapapun kepalai sayap, persoalan rasuah masih membelenggu UMNO !

Siapa pun kepalai sayap, persoalan rasuah masih membelanggu Umno?
Wan Nordin Wan Yaacob Thu Mar 26, 09 11:42:12 am MYT
Pemilihan di peringkat sayap-sayap Umno sudah diketahui, malah ada yang menyifatkan satu keputusan yang agak mengejutkan dengan ramai muka baru membarisi ketiga-tiga sayap Umno.

Khairy Jamaluddin calon yang penuh 'kontroversi' kerana diberi amaran oleh Lembaga Disiplin berikutan dakwaan rasuah menang Ketua Pemuda menewaskan Dato' Mukriz Mahathir dan Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Sementara Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil menang besar selaku Ketua Wanita menewaskan 'iron lady', Dato' Seri Rafidah Aziz dengan jurang undi yang besar.
Di peringkat Puteri pula, ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Sirlin menewaskan lima lagi calon lain termasuk saingan sengitnya, Dato' Shahaniza Shamsuddin.
Menyingkap kemenangan Khairy menewaskan saingan sengitnya Mukriz, beberapa penganalisis politik membayangkan perihal Pemuda Umno yang akan dibawa selepas ini.
Paling menarik, sebelum ini bekas calon KeADILan, Badrul Hisham Shaharin yang pernah menentang Khairy di Rembau pada pilihan raya umum ke-12 mengungkap bahawa jika Khairy menang, benarlah hipotesisnya bahawa ada 'deal' yang berlaku antara Ketua Pemuda Umno itu dengan orang penting yang akan menerajui Umno.
Sementara dalam sebuah forum televisyen swasta semalam, seorang panelis, Anis Yusal Yusof mengingatkan antaranya jika ini kehendak perwakilan Pemuda Umno maknanya ia juga akan menjadi bicara kepada semua pihak di pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Anis Yusal membayangkan apa yang dikaitkan dengan Khairy sebelum ini menjadi bahan yang turut akan dibawa tidak kira oleh mana-mana pihak yang akan berkempen nanti.
Walaupun agak terkejut dengan kemenangan Khairy, namun kesemua panelis forum itu antaranya, Norizan Shariff dan Prof Hamidin masih mahu melihat apa sebenarnya mesej yang mahu ditampilkan perwakilan pemuda yang memilih Khairy.
Di peringkat Puteri pula, Anis Yusal positif dengan pemilihan Rosnah yang pernah dikenali sewaktu di Institut Integriti Malaysia.
Sementara membincangkan perihal rasuah yang membelenggu dalam Umno, Anis Yusal dengan tegas memberi peringatan bahawa apa juga bentuk politik wang ia adalah satu jenayah yang harus dipandang serius.
Menjadikan tindakan larangan bertanding oleh Lembaga Disiplin Umno ke atas Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam sebagai contoh, Anis Yusal mengingatkan betapa masyarakat melihat Ali dikekalkan selaku penjawat kerajaan mengundang persoalan.
Perihal rasuah dalam pemilihan Umno bukan rahsia lagi, malah secara terang terangan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut jika siapa pun terpilih dalam Wanita, perihal rasuah tidak akan terlepas di antara dua calon Ketua Wanita.
Nah rakyat kini mempunyai persepsi bahawa terpilihnya Shahrizat tidak semestinya barisan kepimpinan 'muka baru' ini tidak terlepas dari rasuah.
Hanya kini yang kurang dibicarakan persoalan rasuah hanyalah jawatan Ketua Puteri Umno, walaupun mungkin dalaman sayap itumengetahui ada 'benda' yang berlaku.
Dari cerita seorang rakan Pemuda Umno yang hadir dalam pemilihan semalam, pemilihan Khairy tetap dilihat dengan penuh persoalan.
Tidak kesemua bicara penulis dengan rakan itu boleh diadaptasi dalam analisa ini namun, bicara beliau mengundang persoalan adakah apa yang ditohmah kepada Khairy selama ini termasuk perihal rasuah akan terus dibincangkan selepas ini?.
Kejadian sorak menyorak antara penyokong Khairy dengan Mukriz selepas pengumuman keputusan yang berlaku di luar dewan dan tuduh menuduh yang didakwa berlaku turut mengundang persoalan.
Rakan penulis menyingkap persoalan 'jika benar pemilihan Khairy diekori persoalan rasuah, maka kelompok yang kalah termasuk Mukriz dan Khir perlu melaporkan kepada Lembaga Disiplin untuk siasatan'.
Namun katanya jika Khairy benar-benar menang dengan bersih, pastinya tamparan hebat kepada Mukriz dan Khir yang sebelum ini mendominasi pencalonan di peringkat bahagian.
Khairy hanya calon yang terakhir yang layak bertanding jawatan Ketua Pemuda, dan dalam ucapannya semalam menantu Perdana Menteri itu mengingatkan perwakilan perihal yang dihadapinya sewaktu pencalonan sebelum ini.
Norizan Sharif dalam forum Awani Astro yang membincangkan ucapan penangguhan Khairy menyifatkan ucapan tersebut tidak berunsur menyatukan pemuda.
Tidak seperti ucapan Shahrizat yang jelas membuka mata perwakilan wanita agar bersatu kembali di bawah pentadbirannya.
Persoalannya, dengan kepimpinan yang diterjemahkan perwakilan yang memilih semalam adakah Umno yang terus dilihat sebagai parti yang bergelumang dengan rasuah ini mahu dilihat sedemikian selamanya?
Yang menariknya natijah dari pemilihan ini pastinya membuka satu lagi episod yang bakal diterjemahkan rakyat dalam pilihan raya kecil 7 April ini.
Samada jentera sayap Pemuda, Wanita dan Puteri yang akan berkempen di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan diterima dengan imej yang dibawa nanti, atau sebaliknya kehadiran mereka akan membawa liabiliti kepada Umno.
Adakah persoalan rasuah akan terus membayangi Umno selepas ini, pastinya ramai yang menanti analisa bekas Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad yang terpaksa menerima hakikat anaknya kalah dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno./wann _

PNSB Ibarat 'Cashier' Untuk Balkis

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dilabelkan sebagai 'cashier' (juruwang) oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Teng Chang Khim pada sesi petang Pendengaran Awam Balkis berkata ini berikutan amalan anak syarikat kerajaan negeri Selangor itu yang menurut saja arahan atau permintaan Badan amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis) untuk menyelesaikan pembayaran atau memberi sumbangan berkaitan dengan aktiviti atau program anjuran badan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Datin Khairiyah Abu Hassan memberitahu panel Selcat, adalah menjadi amalan biasa bagi pengurusan syarikat tersebut untuk melunaskan ataupun menyediakan sumbangan berbentuk wang ringgit setiap kali diminta berbuat demikian oleh Yang Dipertua (YDP) atau Setiausaha Kerja badan berkenaan.

Ahli panel Selcat, Saari Sungib, yang juga Adun Hulu Kelang turut mengulangi kesimpulan yang dibuat bahawa PNSB sememangnya berperanan seperti juruwang ketika itu apabila bil-bil Balkis yang berjumlah begitu kecil serendah RM180 untuk membeli bakul hadiah pun terpaksa dibayar oleh syarikat tersebut.

Sepanjang tahun 2002 sehingga 2007, PNSB telah menanggung atau menaja kebanyakan program serta aktiviti yang dianggap mengamalkan pembaziran dan gaya perbelanjaan mewah.

Selcat diberitahu, antara pembelanjaan atau sumbangan yang dilakukan oleh PNSB termasuk:

- Membayar sejumlah RM4,000 bagi membeli sehelai jaket berjenama "Summer Men" sebagai cenderahati kepada mantan Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo dalam satu majlis menyambut Tahun Baru Cina pada tahun 2004

- Perbelanjaan berjumlah RM17,000 bagi membeli tiket penerbangan serta penginapan dalam satu lawatan ke Bukit Tinggi, Indonesia yang diketuai oleh YDP Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik dan turut disertai Khairiyah sendiri.

- Membayar RM13,000 bagi majlis berbuka puasa anjuran Balkis dimana pembayaran tersebut adalah bagi pembiayaan jamuan dan juga bayaran penyanyi.

- Menaja meja makan satu majlis makan malam anjuran Balkis berjumlah RM25,000

- Menaja RM338,547.97 untuk sukan tahunan anjuran Balkis pada tahun 2007 lalu.

Khairiyah juga ditegur oleh ahli panel Selcat kerana tidak mengamalkan pengurusan korporat yang telus dan cekap.

Selcat juga mendapati berlaku pembayaran kepada Balkis yang tidak mengikut prosedur syarikat di samping wujudnya tindakan membuat pindaan kepada baucer pembayaran menggunakan tulisan tangan tanpa ditandatangani untuk pengesahan.

Beliau juga kelihatan keberatan untuk menjawab atau mengesahkan samada beliau sebenarnya mengikut arahan daripada Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo ketika Selangor di bawah pemeritahan BN apabila diminta berbuat demikian oleh ahli panel Selcat.

-tvantara