ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 5, 2009


5/4/2009.


PELAYAR WEB BOLIHLAH MELAWAT BLOG PILIHAN RAYA KECIL 7 APRIL 09.

Laman Rasmi PRK P.59 Bukit Gantang

Laman Rasmi PRK N.25 Bukit Selambau





Tamparan pada BN, Naib Presiden PPP sertai KeADILan

SUNGAI LALANG, 5 April (Hrkh) -

Barisan Nasional (BN) menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan 7 April ini apabila Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Dato' V.Nadarajan keluar daripada parti itu dan menyerta..



Taktik melampau: Cuba gambarkan PAS ganas, bakar kereta polis!

BUKIT GANTANG, 5 April (Hrkh) -

Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat,Dato' Mustafa Ali mendedahkan...


Tanah SAR diguna untuk bina bangunan Umno?

GEORGETOWN, 5 April (Hrkh) - "Usah pilih Barisan Nasional (BN) lagi untuk menerajui rakyat...


Projek 'Mee Segera' berleluasa di Bukit Selambau

'Projek Mee Segera' terus berleluasa di Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau walaupun Perdana M .....


Buat pengundi Batang Ai


z
Orang Asal ... oh-oh Orang Asal,
Mengapa nangis, matamu bengkak,
Aduh Papa, aduh lah mama, )
Hak Orang Asal, semakin ditindas.).. 2 X

Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua, wahai Orang Asal )
Mari berjuang, pertahan hak kita.).. 2 X

Orang Asal ... oh-oh ... Orang Asal,
Mengapa nangis, matamu bengkak,
Aduh aru, aduhlah aki,)
Adat kami kini hampir hilang.) 2 X

Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua, wahai Orang Asal)
Mari berjuang, tahan adat kita.).. 2 X

Apr 4, 2009

4/4/2009.

KECERDIKAN RAKYAT DI 2 BUKIT, SATU BATANG PERLU DGN TINDAKAN.


Selepas beberapa jam PM ke 6 mengangkat sumpah, beliau telah mengumumkan pembebasan tahanan ISA serta Suara Keadilan dan Harakah berkuat kuasa serta-merta.

Sebulum ini rakyat telah mendesak supaya mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)bebas semua tahanan ISA . Apa yang berlaku pada pengumuman semalam adalah melepaskan batuk ditangga sahaja.

Hanyar mewakili rakyat marhain mengucapkan berbanyak terima kasih kerana tidak ketelusan Najib. Rakyat marhain, lebih-lebih lagi DI 2 BUKIT, SATU BATANG PERLU DGN TINDAKAN, dan cerdik berfikir dengan tindakan Najib itu.

Pengundi PRK pada 7 april 2009 hari Selasa ini, tidak perlu terpengaruh dengan pengumumam itu. Kesejahteraan rakyat lebih penting daripada hanya 13 orang tahanan ISA sahaja yang dibebaskan.

Permainan politik Najib cukup teserlah dengan politik kotor.

Apa perlunya 13 tahanan ISA bebas?

Bagaimana yang lain masih ditahan?

Kononnya berkuat kuasa serta-merta, tetapi masih mengambil masa yang terlalu panjang untuk dibebaskan. Dan mengapa ?


Hanyar menyokong apa yang dituliskan olih penarik beca iaitu;-

Penghias jendela dan Altantuya

Labels: Altantuya, ISA, Najib

Nak kata tak reti bahasa takut mengamuk pulak peminat-peminat Datuk Seri Najib Tun Razak. Orang tuntut mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dia pi bebaskan 13 orang saja-saja nak buat penghias jendela. Setakat window dressing tak main la woi!!

Dah jadi macam satu fesyen pulak puak ni. Bila naik, bebaskan tahanan ISA. Lepas tu, buru dan sumbat lebih ramai lagi di dalam tahanan. Orang tua-tua kata, taktik menipu takat sekali orang percaya la. Tapi kalau dah jadi amalan harian, siapa nak percaya?

Apa pun, nama suami Laila tidak ada dalam senarai mereka yang dibebaskan. Barangkali kerana Laila dikehendaki membayar harga yang mahal kerana penglibatan aktifnya dalam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Mungkin Laila dan anak-anak menaruh segala harapan bila mendengar 13 orang dibebaskan. Tetapi, alangkah hampanya mereka bila nama orang yang mereka nanti-nantikan tak ada dalam senarai.

Baguslah dalam ucapan yang dah lama sungguh Najib gian nak menyampaikannya, banyak sungguh dicampak-campakkan entah apa-apa. Yang gian nak mengutipnya bolehlah kutip seperti kucing jalanan menerkam tulang ikan yang dicampak orang. Malangnya, ada yang tertinggal dalam ucapan itu.

Rakyat Malaysia yang terpaksa menerima Najib sebagai Perdana Menteri masih menanti-nantikan penegasan suami Datin Seri Rosmah Mansor itu bahawa beliau akan menyaman akhbar Liberation dan semua media yang dijerit pekikkan sebagai memfitnahnya di tempat media-media itu diterbitkan seperti yang pernah dilakukan Tengku Razaleigh Hamzah (sudah-sudahlah berangan tu, Ku!).

Selagi Najib tak saman media-media itu serta dibuktikan bahawa mereka memfitnahnya tanpa keraguan yang munasabah, seperti yang saya katakan sebelum ini, kita berada dalam keadaan tak berdaya - sama seperti tidak berdayanya Najib memisahkan nama Altantuya dari dirinya, kita juga tak berdaya memisahkan nama Altantuya dan Perdana Menteri keenam itu.

Rakyat Malaysia perlu lebih perkukuhkan demi perjuangan MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENENTANG KEZALIMAN.


Rakyat perlu menitik beratkan perjuangan Datuk Sri Anwar, dengan slogan pertama beliau;-

DEMI NASIB ANAK-ANAK DAN GENERASI AKAN DATANG, TERUSKANLAH PERJUANGAN.

Apr 3, 2009



PAS cabar Syed Hamid saman Dr M dan KuLi
Irwan Muhammad Zain

BUKIT GANTANG, 3 April (Hrkh) - PAS mencabar Menteri Dalam Negeri menyaman Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah (KuLi) yang turut mempertikaikan keputusan Sultan Azlan Shah melantik Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.


Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan larangan itu bertujuan untuk melindungi Najib, yang baru sahaja dipilih menjadi Presiden Umno 27 Mac lalu.

"Kita (PAS) tidak faham dengan arahan Syed Hamid itu, apakah beliau cuba untuk menunjukkan kesetian kepada Najib agar tidak digugurkan dari kabinet?

"Jika ianya subjudis kenapa beliau tidak menyaman Dr Mahathir dan KuLi yang menulis dalam blog mereka mempertikaikan pelantikan Dato' Dr Zambry sebagai Menteri Besar," tegas beliau.

Larangan KDN itu tegas beliau mengambarkan ketakutan pihak BN untuk berhadapan dengan rakyat yang turut mempersoalkan pelantikan Dr Zambry dan tetap mengaitkan Dato' Seri Najib dengan pembunuhan Altantuya.

Kamaruddin juga menegaskan selepas mengantung Harakah dan Suara Keadilan, KDN berusaha untuk menyekat rakyat memperolehi maklumat melalui ceramah yang diadakan menjelang pilihan raya kecil 7 April nanti.

KDN mengeluarkan larangan mengejut kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan kontroversi raja.

Menterinya Dato' Seri Syed Hamid Albar mengesahkan arahan terbaru itu - setelah masuk hari ketiga berkempen - bagi kerusi parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak

Kematian tragis wanita muda Mongolia itu sering dikaitkan dengan bakal Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sementara itu Dato' Kamaruddin Jaffar sebelum ini berlepas ke Vienna, Austria untuk menghadiri persidangan anti rasuah sedunia yang dikenali sebagai Global of Parliamentarian Against Corruption (Gopac) selama tiga hari.

Beliau merupakan satu-satunya ahli parlimen di Asia Tenggara yang dipilih untuk menghadiri persidangan tersebut dan pemilihan beliau merupakan satu pengiktirafan kepada PAS di mata dunia.

Wakil rakyat PAS dipilih untuk mewakili Asia Tenggara kerana parti itu merupakan parti yang bersih dari amalan rasuah dan politik wang dan ianya terbukti menerusi pentadbiran PAS di Kelantan sejak 19 tahun yang lalu. - mks._


Cadangan Dr Mohd Asri Tentang Pembentukan Kabinet Baru

Disiarkan pada Mar 30, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |

Saya mencadangkan agar pihak yang akan membentuk kabinet baru bagi pentadbiran negara mengambil kira secara bersungguh-sungguh tentang amanah yang dipikul dan menilai keperluan semasa politik negara. Bertitik tolak dari perintah Allah dalam Surah al-Nisa ayat 58: (maksudnya) “sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada yang berhak” maka saya mencadangkan beberapa perkara;

1. Anggota kabinet yang hendak dibentuk hendaklah benar-benar dipastikan bersih dari segala unsur yang boleh merosakkan negara. Mereka yang mempunyai rekod buruk, atau telah meleburkan kepercayaan rakyat hendaklah dipinggirkan. Jika tidak, perlantikan tersebut adalah pengkhianatan.
2. Anggota kabinet yang hendak diberikan amanah kepimpinan hendaklah benar-benar atas asas kemampuan dan kecekapan dalam bidang yang diamanahkan. Dengan itu, seseorang sekalipun anggota kuat parti yang memerintah, atau ahli Majlis Tertinggi tidak boleh dilantik jika tidak mempunyai kewibawaan dan kecekapan.
3. Saya mencadangkan perlantikan anggota kabinet merentasi sempadan parti pemerintahan. Dalam ertikata lain, tokoh professional atau ahli politik parti pembangkang, atau bebas terutama jika mereka anggota parlimen yang berwibawa dan mahir dilantik dalam kabinet yang hendak dibentuk. Ini tidak semesti menunggu kerajaan campuran, sebaliknya dilantik sesiapa sahaja anggota pembangkang yang berpotensi menunaikan amanah dengan cemerlang. Jika ini berlaku menunjukkan kesungguhan kerajaan menjaga perpaduan dan membangunkan negara bukan sekadar menjadi kepentingan parti semata. Dengan perlantikan seperti itu, ketelusan, kewibawaan dan kepercayaan rakyat terhadap kabinet negara akan ditingkatkan. Hendaklah kerajaan sedar, peranan para menteri bukan untuk kepentingan yang terbatas bagi sesebuah parti politik sahaja, sebaliknya, ia adalah demi kepentingan rakyat awam yang merentasi sempadan kepartian dan puak. Negara mesti bergerak ke arah politik yang lebih matang.

Sekian, saya mencadangkan,
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin,
30/3/09, Dubai.

Apr 2, 2009

Benarkah Najib dimurkai ?

akbar Korean Times terbaru turut keluar kartun kaitkan Najib dan negara ini dengan pembunuhan Altantuya. sila klik sini
Keratan akhbar Peranchis yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya

Pak Lah sudah jumpa DYMM Agong hari ini. Namun kerana Najib yang tamak dan takut tak dapat jadi PM maka dia telah secara kurang ajar mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk mengeluarkan surat jemputan kononya ada majlis angkat sumpah jumaat ini.

Semua pelik bila dapat surat dari KSU seharusnya kad jemputan perlu dikeluarkan Istana. Berita terbaru Istana mula rasa kurang senang dengan perangai Najib yang terburu - buru.

Sumber rapat Rosmah pula mengatakan Rosmah tetap tenang dengan perkembangan ini kerana menurut Rosmah dia dah boleh pegang pemaisuri agong kerana pernah bawa pemaisuri pergi membeli belah di luar negara. Kuruang ajar juga Rosmah ini.

Najib patut guna masa ini untuk cuci mana bukan untuk tunjukkan lebih kelolo dan membangkitkan lagi benci orang tengok dia.



TERKINI:

Majlis Angkat Sumpah Najib sebagai PM esok dibatalkan. Agong terima perletakan jawatan Abdullah Badawi tetapi belum terima/ ditentukan kemudian Najib sebagai PM.

TERKINI DI PARLIMEN BUKIT GANTANG


SETELAH TINJAUAN TERKINI DI PARLIMEN BUKIT GANTANG MAKA DI DAPATAI PERATUSAN PENGUNDI KELUAR MENGUNDI ADALAH DI SEKITAR 75 HINGGA 80% PADA KESELURUHANNYA, TINJAUAN SELEPAS MAGHRIB 1/4/09 PAS MASIH MENDAHULUI BN DI SEKITAR 60% PAS DAN 45% BN INI BERIKUTAN URA-URA DUN PERAK MUNGKIN AKAN DI BUBARKAN APABILA SIDANG DUN TIDAK BERSIDANG SELAMA 6 BULAN YANG TAMAT TEMPUHNYA PADA BULAN HADAPAN.

KEBANYAKAN ORANG MELAYU YAKIN BAHAWA PR AKAN BERKUASA SEMULA DAN AKAN MENDAPAT MANDAT YANG LEBIH BESAR LAGI, DAN MEREKA YAKIN BAHAWA PENGUNDI CINA DAN INDIA KEKAL MEMBERIKAN UNDI MEREKA KEPADA PR, BAGI ORANG MELAYU PULA MEREKA MERASAKAN BAHAWA KERAJAAN BN SUKAR NAK LAKSANAKAN PEMBANGUNAN PADA NEGERI YANG DI PERINTAH OLEH PR INI BERIKUTAN TIADA KUASANYA KERAJAAN BN PADA MELAKSANAKAN MASALAH AIR DI NEGERI SELANGOR, DEMIKIAN JUGA DENGAN KUASA HARTANAH YANG DI KUASAI OLEH KERAJAAN NEGERI

TINJAUAN TERHADAP ORANG CINA DAN INDIA MEREKA MENYATAKAN LEBIH KERAS LAGI " APA BN MAHU PERINTAH SMPAI INI DUNIA HABIS KA ! KASI CAN LA SAMA PR PULA ! TENGOK APA MACAM DIA ORANG BIKIN !