ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jul 21, 2009

21/07/09. Selasa.

ME67 BUATLAH YANG TERBAIK



Ezam tidak perlu menuduh sesiapa di dalam perkara ini. Ezam harus berani seperti dulu agar mendesak kerajaan untuk menubuhkan badan bebas menyiasat perkara ini. Itu pun jika Ezam masih ada saki baki beraninya. Jika bercakap sekadar untuk menjadi `kipas', lebih baik Ezam mendiamkan diri kerana rakyat tidak akan memandang Ezam terlalu hina

MENGAPA JADI BEGINI?

Ezam sesumpah lidah biawak muncul di kg umno Kanchong Darat Banting K.Lgt. Ternyata, tanpa kehadiran Ezam Umno agak baik prestasinya jika dibandingkan dengan adanya beliau. Agak tepat juga orang mengatakan sesumpah ini sentiasa membawa `suwey’ atau `badi’ kepada Umno. Tanpa Ezam, Umno mencapai keputusan yang agak baik sedikit walaupun tetap terkangkang di Manek Urai.

Hanyar ingin memberi sedikit ulasan tentang apa yang diperkatakan oleh sesumpah @ kotak ini ketika mengadakan ceramahnya di kg umno Kanchong Darat Banting K.Lgt, Selangor Ahad lepas. Saya mengulas berdasarkan laporan di dalam Ezam mendakwa DAP dan pembangkang menuduh SPRM terlibat di dalam kematian atau pembunuhan Mendiang Beng Hock, dengan itu tidak salah jika kita pula menuduh DAP terlibat membunuh Mendiang, kata Ezam. Menurut Ezam, ini adalah kerana mungkin DAP ingin menyembunyikan rahsia rasuah mereka dari didedahkan oleh Mendiang Beng Hock. Rasanya otak dan minda Ezam sekarang sudah tidak berfungsi lagi untuk memikirkan secara lojik tentang kes ini. Apa pun, untuk membalas hujah sesumpah yang semakin merapu semenjak berada di dalam Umno.

Ezam berhujah, apa perlunya SPRM membunuh Mendiang sedangkan Mendiang sebagai saksi utama. Hanyar tidak percaya dan tidak menuduh SPRM terlibat di dalam pembunuhan tersebut kerana siasatan belum selesai dijalankan. Tetapi, tidakkah kita pernah mendengar betapa saksi-saksi juga sering ditekan atau diugut untuk memberikan keterangan? Pihak penyiasat mungkin juga akan menyiasat samada ini terjadi pada Mendiang. Kata Ezam lagi, DAP boleh juga dituduh mengakibatkan kematian Mendiang memandangkan DAP mungkin takut saksi tersebut memberikan keterangan berlakunya rasuah seperti yang didakwa. Hanyar peringatkan Ezam, bahawa semasa Mendiang ditemui mati, siasatan telah berakhir dan keterangan telah diambil oleh pihak SPRM. Jika benar saksi tersebut ingin di`hapus’kan bagi mengelakkan kebocoran maklumat terhadap dakwaan rasuah tersebut, lojiknya Mendiang akan di`hapus’kan sebelum memberi keterangan lagi.

Mendiang ditemui mati di kawasan bangunan SPRM. Bagaimanakah, terutamanya ahli-ahli atau ejen dari DAP boleh memasuki bangunan terkawal tersebut dan melakukan pembunuhan seperti yang difikirkan oleh Ezam? Bukankah kawasan tersebut terkawal dan bagaimana seseorang boleh memasuki bangunan berkenaan terutamanya dari dalam dan menolak Mendiang jatuh ke bawah? Lojikkah? Oleh itu, jika Ezam memikirkan bahawa sememangnya berlaku pembunuhan ke atas Mendiang, maka persoalannya siapakah yang membunuhnya?

Sama sekali tidak percaya semua andaian samada SPRM, apatah lagi DAP terlibat di dalam kes pembunuhan ini. Tidak boleh percaya kerana siasatan terbuka oleh badan bebas masih belum dijalankan. Tidak adil untuk membuat tuduhan. DAP atau pembangkang tidak pernah menuduh SPRM atau sesiapa secara khusus terlibat melakukan khianat terhadap Mendiang Beng Hock. Mereka cuma inginkan siasatan oleh badan bebas. Mereka mahu tahu mengapa Mendiang masih berada di bangunan tersebut agak lama walaupun dikatakan siasatan telah pun berakhir?
Mengapa siasatan dikatakan telah berakhir, tetapi handset Mendiang masih berada di tangan SPRM sewaktu kejadian? Mengapa baju Mendiang terkoyak ketika ditemui?
Lebih memeningkan, sekiranya dikatakan Mendiang membunuh diri, mengapa perlu membunuh diri sekiranya keesokan harinya Mendiang akan mendaftarkan nikahnya?


Untuk tidak menganiayai sesiapa di dalam kejadian ini di samping untuk merealisasikan keadilan dan ketelusan, maka kerajaan wajib menubuhkan badan siasatan bebas bagi mengetahui punca-punca kematian Mendiang. Di sini, isu perkauman tidak timbul sama sekali kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia yang sanggup untuk bekerjasama dalam siasatan rasuah seperti yang didakwa itu. Misteri mata lebam DS Anwar kembali menghantui pemikiran rakyat ketika melihat tragedi ini, begitu juga dengan isu Mendiang Kugan. Apakah isu ini menjadi isu politik? Ya, memang wajar ia dijadikan isu politik kerana hanya dengan kekuatan dan pengaruh politik sahaja yang boleh membantu rakyat teraniaya. Apakah kita mengharapkan para akademik, pelajar atau buruh kasar untuk mendepani isu ini? Orang politik tidak kira di pihak mana harus memandang isu ini satu isu yang serius dan besar.

Sehubungan itu, Ezam tidak perlu menuduh sesiapa di dalam perkara ini. Ezam harus berani seperti dulu agar mendesak kerajaan untuk menubuhkan badan bebas menyiasat perkara ini. Itu pun jika Ezam masih ada saki baki beraninya. Jika bercakap sekadar untuk menjadi `kipas’, lebih baik Ezam mendiamkan diri kerana rakyat tidak akan memandang Ezam terlalu hina.

Jul 20, 2009

20/07/09. Isnin.

LAGI KEBAKARAN KILANG DI DUN SEJANGKANG.

Sebentar tadi sekitar jam 2 petang, sebuah lagi kilang YTY yang memproses barangan plastik terbakar. Akibat kilang tersebut terbakar, asap hitam telah memberi kesan pencemaran pada sekitar penduduk berdekatan.

Sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, 3 buah kilang dan 2 buah rumah terbakar diDUN tersebut. Dimana silapnya kilang tersebut dan apakah puncanya boleh terbakar?. Kerajaan Pakatan Rakyat perlu tindakan pemutihan/kaji semula untuk mengelak dari kebakaran tidak berlaku lagi.

Hanyar merasakan ada yang tidak kena disebalik kebakaran tersebut. Sistem pencegahan kebakaran perlulah diambil kira untuk keselamatan. Lebih-lebih lagi Majlis Daerah Kuala Langat perlu memantau dengan lebih telus kerana dibawah pentadbiran MDKLgt.

Ahli Majlis dan JKKK serta JKKKP juga perlulah lebih berhati-hati untuk memantau keselamatan kawasan sekitar kerana kawasan tersebut juga adalah berdekatan dengan perumahan penduduk kampong.

Dalam tinjauan lawatan tempoh hari bersama JKKK serta Jawatankuasa perlesenan Ahli Majlis juga penguat kuasa Majlis Daerah telah memasuki primis kilang dan didapati kebanyakan kilang tidak lengkap dengan peraturan tetap PBT. Jawatan kuasa perlesenan Majlis pada tempoh hari tidak mengambil tindakan sewajarnya dengan penuh tanggung jawab untuk keselamatan semua pihak.

Akibat kurang tanggungjawab pihak tertentu, maka boleh apa-apa saja berlaku. Diharap dimasa akan datang perkara seperti ini tidaklah berlaku lagi.
20/07/09. Isnin.

MUSLIHAT APA DAN UNTUK SIAPA?

Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam selepas mayatnya ditemui mati dekat pejabat Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Satu serpihan selak penutup tingkap pejabat SPRM itu, di Plaza Masalam di Shah Alam, turut ditemui dekat tempat mayat ditemui, kata Datuk Khalid Abu Bakar hari ini.



Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam, Khalid berkata rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik seorang exco Selangor memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu. Bagaimanapun tidak rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.


Khalid juga berkata polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.


Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut - yang diselubungi pelbagai persoalan.


Pakatan Rakyat bukan mahu mempolitikkan isu ini untuk menutup siasatan SPRM terhadap Pimpinan Pakatan Rakyat, tetapi ini soal kes seorang saksi yang kita syaki dan yakin beliau
mati dibunuh bukan beliau bunuh diri. Mengapa SPRM soalah-olah mahu lepas tangan. Bukankah menjadi saksi utama SPRM sepatutnya mendapat perlindungan dari SPRM?

Jul 18, 2009

18/07/09. Sabtu.

RASIONALNYA CARA KEDUDUKAN SI MATI!.......

Sejak kematian mengejut Setpol seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock 2 hari lepas, banyak teori punca kematiannya diceritakan. Namun satu hakikat - hampir tiada yang percaya Teoh membunuh diri. Saya sendiri sudah bercakap dengan puluhan orang dan setakat ini belum seorang pun yang berani berkata pemuda itu telah dengan sengaja mengambil nyawanya sendiri. Malah ada yang sangat yakin pasukan penyiasat SPRM sendiri yang 'menjatuhkan' Teoh!

Dan petang kelmarin, ketika berbual dengan seorang rakan lama, saya bertanyakan soalan yang sama. Kebetulan rakan ini bekas seorang jurugambar polis yang banyak pengalaman mengambil mayat mereka yang meninggal dengan pelbagai cara, termasuk bunuh diri. Saya percaya pandangannya adalah sangat profesional berdasarkan pengalaman puluhan tahun mengambil gambar dalam pasukan polis.

Ketika saya bertanya adakah beliau percaya Teoh 'dijatuhkan' seseorang atau sekumpulan orang, beliau menyatakan tidak percaya dengan teori itu. Beliau tidak percaya Teoh sengaja dijatuhkan, sebelum dijumpai di bawah bangunan itu. Beliau berkata orang yang terjatuh bangunan dalam keadaan sedar, tidak kira sengaja menjatuhkan diri, terjatuh atau dijatuhkan oleh orang lain, biasanya jatuh di dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua tangan kiri dan kanan terbuka. Kedua-dua tangan terbuka adalah sebagai respons seseorang untuk cuba menahan hentakan badannya ke atas tanah, simen atau objek keras lain di bawah. Tapi Teoh mati di dalam keadaaan mengiring, seolah-olah ketika jatuh, dia sudah tidak ada respons untuk cuba menahan sesuatu di bawahnya.

"Mungkin ketika jatuh orang itu dalam keadaan tidak sedar. Mungkin dia jatuh dalam keadaan pengsan," kata rakan saya itu.

"Mungkin ketika terjatuh, dia sudahpun mati?" tanya saya.

"Mungkin juga. Yang pasti orang jatuh dalam keadaan sedar tidak jatuh dalam posisi seperti itu."

Saya tidak tahu sama ada hendak percaya atau tidak dengan pandangan profesional rakan itu. Tetapi mengambil kira jarak masa yang begitu panjang di antara waktu selepas beliau disoal siasat dan kematiannya dilaporkan, saya seperti yakin ada sesuatu yang cuba disembunyikan mengenai kematian Teoh oleh SPRM.....

Tiada siapa percaya bahawa Teoh membunuh diri. Siapa juga ANJING/BINATANG GANAS yang membunuh Teoh harus bertanggung-jawap dan di bawa ke muka Pengadilan.

Jul 17, 2009

17/07/09. Jumaat.

....Terselindung Sikap Ketuanan Melayu!!!...



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata,"Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu..." (ADAKAH SEORANG MENTERI BERCAKAP MACAM NI?)

Macam mana Nazri tahu bahawa Teoh nak terjun bangunan itu? Mungkinkah dia dah dapat maklumat awal yang Teoh nak terjun. Nazri seharusnya beri penjelasan. Orang yang pukul mati Kugan masih lagi hidup bebas, hidup bergaya, jangan harap lah si pembunuh Teoh akan di tangkap.......

Pikiaq mai, Nazri dan MACC....kalau Teoh tu anak hangpa, macam mana hangpa rasa?

Di bawa ini saya ceduk tulisan anak mami daripada MarGeeMar blogspot(dengan izin) untuk tatapan bersama..........

Terlebih dahulu kita soalkan MACC, kenapa hanya soal siasat keatas DUN-DUN seperti senarai berikut ?

1) Ean Yong
2) Lau Yee San
3) Teresa Kok (Kinrara assemblyman),
4) Elizabeth Wong (Bukit Lanjan),
5) Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama),
6) Edward Lee (Bukit Gasing) and
7) Hannah Yeoh (Subang Jaya)

Ini sudah terbukti siasatan MACC amat berbau perkauman. Tambahan pula kematian misteri Teoh Beng Hock yang berusia 30 tahun, tidak kurang bezanya seperti kes KUGAN. Pihak kerajaan akan menutup kes ini tanpa transparensi, walau pihak parti pembangkang menjerit hingga langgit runtuh, tetap kes ini akan NFA , No Futher Action.

Datuk Mohd Shukri Abdu menyatakan MACC menyiasat Teoh dari jam 5.00 pm hingga 3.50 am. Ini telah menyalahi hak asasi manusia. Siapakah yang memberikan kuasa untuk menyiasat cara marathon? Ini sudah bukti jelas, suatu seksaan mental yang lampau terhadap TEOH.

Tambahan, Datuk Mohd Shukri Abdu menyatakan bahawa pada 1.30 PM terdengar suara menjerit. Adakah TEOH yang berniat bunuh diri itu menjerit atau minta tolong sebelum beliau ditolak dari tingkap?

Banyak persoalan yang timbul dalam kes kematian Teoh. Dari 3.50am hingga 1.30 pm, kenapa tidak hantar Teoh pulang ke rumah? Adakah Teoh didera hingga mati lalu dilontar dari tingkap 15 ? Kenapa pula MACC tidak membenarkan DUN DUN memasuki ibu pejabat MACC di tingkat 15?

Walaupun kematian Teoh mudah dengan alasan bahawa Teoh telah membunuh diri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz nampaknya sudah pasti 100% mendiang Teoh membunuh diri apabila beliau berkata "Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu...," Kalaulah MACC atau pihak kerajaan memberikan alasan sedemikian rupa, maka ini suatu jawapan yang bodoh dan bahlol. Isu perkauman akan membakar di dikalangan masyarakat Tionghua Malaysia. Kes kematian Teoh bukan sahaja menampar muka Najib dalam konsep 1Malaysia , malah bilangan besar masyarakat akan marah atas sebab kemanusiaan.

Memang tidak salah MACC dengan maksud Malaysian Anti Chinese Commission, dimana kes kematian Teoh sedikit sebanyak terselindung sikap ketuanan Melayu di kaki tangan MACC, kematian Teoh juga memberi amaran terhadap masyarakat Tionghua bahawa, Kaum Tionghua telah merampas ekonomi Malaysia, jangan merampas kuasa politik !! Inilah akibatnya. Secara tidak langsung kematian Teoh juga memberi amaran kepada masyarakat Tionghua bahawa pemuda-pemuda Tionghua yang terlibat dalam politik akan menerima nasib serupa Teoh.

Jul 16, 2009

16/07/09. Khamis.

SELANGOR LEBIH BAGUS JIKA MATA DAN TELINGA KERAJAAN LEBIH TELUS.

Tahniah buat pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Tahniah kerana mendapat kepercayaan yang tinggi dari rakyat negeri Selangor.

Saya rakyat Kedah yang menumpang teduh di negeri ini, bangga kerana mendapat sebuah kerajaan yang baik dan Menteri Besarnya yang bagus.

Tak pernah dalam sejarah Malaysia, AIR DAPAT PERCUMA!!!!

16/07/09. Khamis.

JADIKAN IKTIBAR TERANGGANU 1999...


Jelas apa2 yang berlaku sememangnya menyakitkan hati dan membuat rakyat marah meluap2! Moga rakyat jelata sedar segala salahlaku yang berlaku didepan mata!

Malangnya masih ramai lagi rakyat yang masih suka mendengar sebelah pihak sahaja tetapi lansung tidak ambil peduli perjuangan Pakatan Rakyat! Maka, diseru semua kepimpinan, ahli2 dan penyokong2 Pakatan Rakyat bangun dan bangkitlah menyedarkan semua rakyat!

Rakyat kena benar2 sokong pakatan yang bolih mendirikan kerajaan yang bersih,cekap dan amanah dan meletakkan kepentingan rakyat dan hapuskan kepentingan diri,keluarga dan sahabat handai!

Jul 15, 2009

15/07/09. Rabu.

SELOKA BUAT 1 MALAYSIA.

Angan tinggal angan.
Angan untuk menang.
Janji tinggal janji.
Rasuah teserlah memberi.
Umno kempen ramai ramai taraf Menteri.
Dengan harapan pengundi berubah hati.
Datangnya TokYid senyum putih gigi.
Petah berseloka kata manis diberi.
Bekal duit berguni-guni.
Segala media kasi taji.
TV ampu tukang lobi.
Beg sekolah dan basikal Umno bagi.
Beras gula engkau kasi.
Habis idea Umno uli tapi semuanya basi.
Hati pengundi tetap pada Abe Uji.
Kini kalah di sini Umno lari tak toleh lagi.
Malu pening sengih putih gusi.
Tertunaikah janji 1 Malaysia,1 hati.
Atau sekadar retorik terpatri.
Rilek la Umno jangan kecil hati.
Di lain PRK boleh cuba lagi.