ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 8, 2009

08/12/2009.Selasa.

MAHADHIR TAKUT DENGAN KENYATAAN BEKAS PENGARAH BTN !!!

Mantan PM 4 kenapa nak takut hinggakan melayan kenyataan pembongkaran BTN dah songsang. Kalau dilihat sikap DSAI yang ditohmah oleh Ezam, langsong tidak dilayan kerana kebenaran tetap DSAI hadapi. Inikan pula bekas PM yang paling lama (pecah rekod kezaliman) dah melatah. Bebal betul mantan PM ni.
Bekas pengarah BTN berani telanjangkan apa yang berlaku pada BTN. Dan 2 Kerajaan P.Rakyat, iaitu Negeri Selangor dan Penang melarang untuk tidak terlibat dalam program BTN. Kini Kedah pula cuba menilai semula untuk terlibat bersama.
Ini adalah sebahagian daripada berkat doa Ulamak TGNA untuk rakyat memahami Allah menerima tuntutan yang baik untuk rakyat yang dizalimi. Begitu juga jika keburukan yang dituntut, Allah tetap adil. Lihat dan baca kenyataan takut beliau yang zalim semasa memerintah (Klik sini) untuk kita sama- sama menilai umno yang semakin mereput.

Dec 7, 2009

07.12.2009. Isnin.

ISYARAT MESEJ MAHADIR UMNO MAKIN KRITIKAL

[m.jpg]

Baru-baru ini bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisannya telah mengutarakan pandangan yang Umno kini sudah sampai tahap busuk hingga ke usus.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad pernah mencerekakan kebusukan Umno dalam novelnya paling kontroversi, Shit pada akhir 1990-an. Ironinya, novel Shahnon ini ditulis ketika Dr Mahathir masih berjawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Mengulas tentang ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan ia tanda Umno berada dalam keadaan sangat kritikal walaupun pada zahirnya kelihatan Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno dan Perdana Menteri sedang berusaha memulihkan parti itu ekoran prestasi dalam pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Bagi Nasrudin, Dr Mahathir sudah tentu tidak akan menyiarkan pandangan bekas pemimpin kanan Umno tersebut sekiranya pandangan tersebut, yang berdasarkan komen seorang bekas pemimpin kanan parti, tiada wibawa dan tidak berasaskan bukti-bukti kukuh.

Dr Mahathir melahirkan pandangannya dalam blog beliau awal minggu lalu.

Nyata kehadiran Najib di puncak kepimpinan dengan idea-idea baru yang pada satu ketika nampak mempersonakan sebenarnya adalah perjuangan dan pertarungan Umno itu sendiri secara keseluruhannya untuk terus hidup dan bernafas.

Tambah Nasrudin, pendedahan berani Dr Mahathir ini meletakkan kepimpinan Najib dengan slogan 1 Malaysia di ambang kegagalan.

Usaha pembaharuan Najib, jelas Nasrudin sudah sangat terlambat kerana seperti kata Dr Mahathir, busuknya Umno ini sudah sampai ke usus.

Ini ketara dengan merudumnya kedudukan indeks rasuah negara ke tangga 52, pemilihan kalangan yang terpalit dengan rasuah sebagai pemimpin Umno dan pengurusan dana kerajaan yang tidak betul sebagaimana didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Sehubungan itu, Nasrudin menyeru agar rakyat mula membuka mata dan melihat bahawa Umno hanya berseloka dan slogan serta kata-kata indah yang dihamburkan cuma bertujuan memujuk dan menghiburkan hati.

Kenyataan Dr Mahathir, tegas Nasrudin bukanlah kenyataan penjual ubat kurap di tepi jalan.

Dr Mahathir adalah arkitek kepada penubuhan Umno Baru. Maka ia harus diperhatikan.

Kenyataan pedas Dr Mahathir ini jika dilihat senada dengan cadangan drastik Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Seri Tengku Ahmad Rithauddeen yang pernah menggagaskan supaya biro dan sayap-sayap dalam Umno iaitu Putera, Pemuda, Wanita dan Puteri dibubarkan.

Mungkin ini adalah cara membersihkan usus yang bermasalah yang pernah difikirkan oleh pemimpin veteran itu.

Oleh Zukri Aksah

Dec 3, 2009

SELAMATKAM MALAYSIA, RAKYAT MARHAIN BERTANGGUNGJAWAB



Skandal dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan menyeludup keluar RM10 juta ringgit wang negara adalah sekelumit dari ratusan kes sedemikian rupa.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata Bank Negara mengesahkan 114 kes penyaluran wang secara haram berjaya dikesan bank pusat itu sejak 2006.

Walaubagaimanapun butiran penyeludupan wang ini dirahsiakan dari pengetahuan awam.

Menurut Tian, beliau menerima maklumat ada dua kes membabitkan isteri seorang menteri kanan dan seorang bekas menteri.
“ Sebenarnya dalam rekod yang didapati oleh saya, di antara 2006 sehingga 2009, seperti dalam jadual yang ditunjukkan, sebanyak 114 pengiriman tidak mematuhi syarat telah berlaku. 114 kes tetapi sehingga ke hari ini, hanya 1 kes sahaja yang diambil tindakan manakala yang lain seolah-olah tidak siasatan lanjutan dilakukan”.

Tian bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat dalam tangannya sehingga Bank Negara selesai menyiasat skandal ini.
“ Di sini saya ingin mendesak Bank Negara mengambil siasatan yang adil dan tegas dalam kes-kes yang berkenaan”. TVS

Dec 2, 2009

ISU ROKOK! MEMBAZIR WANG RAKYAT DAN KERAJAAN.

Isu rokok bukanlah satu polimik baru untuk diperdebatkan.Pelbagai langkah telah di ambil bagi menyelesaikan perkara ini namun kebanyakan darinya tidak berhasil. Mengapa?

Pihak kerajaan sendiri tidak pernah jemu dalam menghadapi kemelut ini.Sejajar dengan itu,larangan penjualan rokok kurang daripada 20 batang akhirnya berkuatkuasa pada 1 Jun tahun hadapan sebagai satu lagi usaha.

Bukanlah kerana 20 batang berada dalam kotak remaja yang masih bersekolah tidak dapat membeli. Berbagai cara untuk mereka dapatkan. Memantau dikedai-kedai runcit yang menjual secara buka dan jual sebatang-sebatang adalah tidak munasabah, kerana ia boleh diputar belitkan dengan berkata terlepas pandang.

Pendapat Hanyar untuk selesaikan isu rokok ini kepada tidak terus menjadi kesukaan kepada remaja merokok, amat mudah dan lebih berkesan adalah, turunkan saja harga rokok serendah-rendahnya. Barulah pengusha kilang rokok akan tutup kilang.

Daripada itu juga ada risikonya kepada kerajaan pada hari ini , pengusaha kilang rokok perlu dipantau sehalus-halusnya. Kilang-kilang ini perlu berada dizon Kastam. Rakyat nampak benar pengusaha kilang rokok ini tidak jujur kepada kerajaan. Iaitu pengeluaran yang banyak tidak sama dalam rekod. Isunya cukai kepada kerajaan tidak dapat dipungut.

Kerajaan wajib teliti cara pengeluaran penghantaran kegedong-gedong rokok. Kerajaan sekadar mengeluarkan kenyataan lapok dan menghabiskan wang kerajaan kerana hendak nasihat rakyat tidak merokok. Pada masa yang sama kerajaan dan kesihatan rakyat terabai dan hanya menguntungkan pengusaha kilang rokok sahaja.

Rakyat marhain rata-rata tidak bersetuju dengan langkah Kementerian Kesihatan yang tidak jujur menangani isu ini.


Dec 1, 2009

1/12/2009. Selasa.

LEMBU-LEMBU UMNO KAT KELANTAN PULA!



Polis malaysia tengok saja...kalau orang pakatan rakyat lama dah kena sembor dengan water cannon dan dikatuk dengan cota serta berpuluh kena sumbat dalam black maria...fikir fikir kan lah

Nov 30, 2009

BTN BUKAN KEMPIN POLITIK UMNO, BAGAIMANA PULA TAHANAN ISA DI KEM KEMUNTING?

Hanyar tak nak bincang pasal ISA. UBN buat kerja salah lagi. Pemimpin UBN lebih teruk dari Chin Peng. Chin Peng mengepalai pembunuhan mengakibatkan hilang nyawa dan mati. Siapa mengakibatkan kumpulan Chin Peng mengganas? Bacalah sejarah yang sebenar.

Pembangunan Insan amat perlu pada setiap negara yang mengamal demokrasi. Berbeza pula dengan UBN terhadap rakyat semasa masih memerintah. UBN mengujudkan BTN dan kekalkan ISA adalah sebagai tembok untuk mempertahankan pemerintahan yang makin lama makin korap.

Baru-baru ini kerajaan Selangor mengambil tanggungjawab supaya yang berkaitan, jangan terlibat menghadiri program BTN. Kerana BTN adalah penghasut serta memecah belah kepada Kerajaan PR dan merosakkan minda.

Semalam secara rambang, Hanyar menemui orang-orang yang pernah menghadiri program BTN, Kebanyakannya dari kalangan guru, kakitangan awam dan pelajar U, 90% mengatakan program itu untuk membunuh minda supaya menilai yang baik kepada buruk dan samalah seperti menghasut kami untuk membenci pembangkang.

Mereka-mereka yang Hanyar berjumpa, semuanya berkata BTN itu tembok umno. BTN berjaya menanam sifat sayangkan Malaysia, sayangkan kerajaan Malaysia (kerajaan korap) dan bencikan sesiapa yang melawan Kerajaan. Dan mereka berkata, kami mahukan perubahan kerana yang bertanggungjawab kepada kami iaitu Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI). DSAI mengajar kami untuk berfikir dan beliau sanggup dipenjara beberapa tahun kerana rakyat.

Kerajaan yang adil kepada rakyat tidak perlu BTN sebagai tembok perjuangan.

Apa yang Hanyar dapat simpulkan dari pendapat rakyat marhain, mereka amat menyokong tindakan kerajaan PR Dan mengharapkan lagi untuk terus dengan ketelusan memimpin kerajaan Selangor serta pada PRU 13 nanti, rakyat Malaysia lebih yakin memberi undi untuk menerajui Malaysia pula.

Dihalusi balik, mudah nak brainwash orang yang hanya dengar cerita dari sebelah pihak, orang-orang yang tiada alternatif lain. Jadi,kepada anda yang dah sedar, bantu mereka yang memerlukan. Kalau hari-hari merenung Berita RTM dan TV3 takpun Bernama, baca Utusan Malaysia dan Berita Harian, memang bekulah akal untuk berfikir.

Kepada yang masuk kerja kerajaan, kalau pergi kursus, lepas balik jangan lupa bukak internet, baca Harakah. Juga kepada pelajar lepasan SPM yang pergi ke Pusat Latihan Khidmat Negara.

Tajuk diatas, Hanyar cuba mengelirukan, ramai kata mengarut. Pemimpin umno dan berkepentingan lagi kata mengarut malah menuduh Hanyar pula menghasut. Yang benar Hanyar kata benar dan yang salah tetap disanggah.


Nov 29, 2009

SELANGOR DIANUGERAHKAN PORTAL 5 BINTANG OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA.

Tahniah Pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh YAB Dato Menteri Besar Tan Sri Khalid. Rakyat Selangor amat berbangga kepada pimpinan yang begitu prihatin walaupun ditohmah oleh pihak lawan (BN). Mereka rasa tidak senang dengan berbagai cara menidakkan takbir urus Kerajaan PR yang diberi mandat oleh rakyat semasa PRU12 lepas.
Hanyar mengucapkan tahniah kepada rakyat Selangor yang memberi laluan kepada PR melalui PRU12 yang lepas, dan hasilnya terserlah benar ketelusan yang ditunjulkan terbukti.

Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menerima sijil pengiktirafan portal daripada Y.Bhg Ketua Setiausaha Negara

Semua dijemput ke Program Jualan Selangor Ria 2009
Orang ramai dijemput menyertai Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Pelan Draf Rancangan Tempatan
Program Pendaftaran Pekerja Yang Diberhentikan Dari Kerajaan Negeri Selangor


Sekali lagi buat Menteri Besar Selangor membuat kejutan, yang pendapat orang ramai tidak masuk akal, iaitu alaun RM 1 sebulan. Dan hakikatnya adalah benar dan amat teruja dan dipersetujui. Bagi pimpinan prihatin, alaun bukan soal utama, tetapi hak rakyat perlu dititik beratkan.

Inilah sikap pimpinan yang mengutamakan keperluan rakyat diutamakan, akhirnya akan dapat merasa madu bersama-sama.
Inilah Pimpinan contoh yang perlu diketengahkan dan diharap pimpinan politik yang lain turut ikut bersama. Yang dimaksudkan ialah YB Datuk Sri Anwar bin Ibrahim dilantik oleh Menteri Besar Selangor sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang menerima alaun RM 1 sebulan. Tahniah DSAI.

Nov 24, 2009

24/11/09. Selasa.

KOTA SIPUTIH:DIMANA HAK RAKYAT? APAKAH UMNO MENGAJAK RAKYAT BERPERANG?

Tidak salah kita kata SPR adalah tunggangan umno yang gila kuasa kerana karat. Tak salah juga Hanyar dan rakyat marhain mendesak SPR masuk gelanggang politik, bertanding PRU 13 nanti.

Hari ini kita dapat melihat apa yang SPR telah lakukan. SPR telah memfailkan bagi mendapatkan perintah penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan 16 November lalu bahawa kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah sebagai kosong.Wakil rakyat Kota Siputeh yang tersingkir, Datuk Abu Hasan Sarif juga turut mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan jam 10.00 pagi tadi.

Mahkamah Rayuan telah mendengar kes tersebut jam 2.30 tengahari tadi. Keputusannya akan diketahui nanti.

Ketika itu pasukan peguam bagi Speaker Kedah tidak menyedari perkara tersebut .Peguam Edmund Bon memberitahu The Malaysian Insider bahawa ini merupakan ‘gema’ sepertimana pertelingkahan perlembagaan negeri Perak awal tahun ini.

“Pasukan yang sama, kes yang sama,” kata Bon, yang terpaksa membatalkan semua urusannya yang lain hari ini kerana terpaksa bergegas ke Putrajaya serta merta.