ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 30, 2009


30.12.2009. Rabu.

KETUA PEMUDA UMNO DIMATA NAJIB

Perubahan alaf 1 Malaysia menjadi kenyataan dimata komponan BN dan dihati rakyat Malaysia. Umno sebagai tunjang kepada BN, dan ketua pemuda umno diketepikan adalah satu malapetaka kepada UBN. Najib tidak mengharapkan pilihan rakan dalam komponan parti. Sanggup menolak demokrasi pilihan dalam parti kerana sikap tidak suka (peribadi) dibawanya dalam kuasa sebagai PM.

Ketua pemuda umno dipilih secara demokrasi(sah) tetapi tidak layak dipilih dalam kabinat untuk kekuatan kerajaan 1 Malaysia. Sebaliknya tim. k.p. Umno pula terkehadapan. Ini menunjukkan sifat keperibadian 1 Malaysia sebagai retorik maya.

Perubahan masakini, dikaca mata politik pemerintah, pemuda tidak diharapkan lagi. Ini adalah baik untuk UBN yang akan hancur pada PRU13 nanti.

Jika benar dari mulut PM berkata kerusi tim menteri yang kosong akan diisi dan tidak kepada K.P umno, semenangnya itulah harapan 1 Malaysia menjelang PRU13 nanti.

Sudah terjawab, Pak Lah ditolak oleh Najib sendiri. Bukan rakyat dan parti mereka yang menolak. Pak Lah mengharapkan bila beliau tiada dalam kabinat, anak menantu kesayangan akan menjadi penjulang semangat Pak Lah. Akan tetapi menjadi lebor

dimamah oleh Najib derhaka. Baginya, Pak Lah tidak bermakna kepada Najib dan 1 Malaysia.

Buat Khairi, tidak perlu berpelok tubuh lagi. Tunjukkan kejantanan sebagai Ketua Pemuda Umno yang hebat, dan nyahkan Najib sepertimana Najib nyahkan bapa mertuamu. Pemuda-pemuda yang dibelakangmu dimana?Buktikan. Jika benar-benar umno mahu menjulang martabat melayu sepertimana slogan umno “ umno menebus maruah bangsa”.

Khairi perlu buktikan pemuda sebagai tiang yang kukuh perlu kehadapan. Kalau tidak, Khairi sebenarnya menang semasa pemilihan agong tempoh hari adalah tipu belaka. Khiri tidak ada kekuatan penyokong.

Bolehlah dikatakan harapan Pak lah berkecai juga menantu tidak boleh harap dan dayus.


Dec 26, 2009

26/12/2009. Sabtu.

UMNO MAKIN JADI SASAU, BUKAN NAK MEMIKUL AMANAH RAKYAT.

Mengapa dan kenapa umno terlalu sibuk pasal parti PAS bersama Pakatan Rakyat? Kenapa pulak umno mencampuru urusan PAS. Apakah selama ini umno, membantu rakyat disamping setiap kerusi yang dimenangi PAS? PAS yang begitu ramai penyokong dan tidak boleh dinafikan pada rumpun melayu, cina, india dan kaum orang asli.

Umno kononnya mempertahankan hak melayu untuk bersatu. Dimana prinsip umno yang selama ini, langsung tidak mencerminkan untuk semua kaum bersatu. 50 tahun umno memengang tampuk negara Malaysia, sudahkah melayu dilayan dan dimemertabatkan sepertimana Islam yang mejoritinya melayu, dan melayu itu menjadi sifat contoh yang baik pada semua bangsa serta dihormati?

PAS bukan parti kebangsaan songsang dan sempit macam Umno. Semenjak tahun 1990 sampai sekarang orang Melayu Kelantan terus dianaktirikan oleh Umno. Hanya kerana di sana PAS berkerajaan. Orang Melayu di negeri Umno berkerajaan juga tidak kemana pun.

Kalaulah di negeri Penang sekali pun, BN memerintah pada yang lepas, melayu dimana kedudukannya pada masa itu?

Umno tidak perlu menjadi sasau mempertahankan melayu kerana PAS itu melayu. PAS bukan parti melayu, tetapi PAS adalah parti untuk semua iaitu Melayu, Cina maupun India serta orang Asli. Dan PAS itu adalah sebuah parti berperlembagaan yang mengikut garis panduan yang beretika. Penonjolan PAS yang telah dipersetujui dalam perlembagaan yang sah salah satunya “ keahliannya hanya penganut Islam sahaja boleh mendaftar keahlian.” Ini tidak bermakna PAS menidakkan hak bukan Islam.

Tidak perlulah umno nak menjadi hero untuk melayu, kononnya “ mempertahankan hak melayu”. Perlembagaan Malaysia sudah cukup memberi erti untuk melayu dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua kaum yang berada diMalaysia yang mengaku sebagai rakyat Malaysia.

Hanyar petit kata-kata dari bolger penyokong PR yan boleh memperkukuhkan minda kita yang MERDEKA iaitu;-

PAS tidak boleh mengikuti jejak Umno. Jejak yang memusnahkan, bukan sekadar masa depan PAS tetapi masa depan kepada harapan rakyat Malaysia.

Hayatilah 3 perkara yang bermakna untuk rakyat Malaysia.

Pertama, PAS tidak boleh menjadikan agenda Melayu sebagai asas perjuangannya, seperti Umno. Apabila PAS dapat tegak dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan, pasti tiada yang terpinggir dan teraniaya, baik Melayu atau sesiapa sahaja.

Keadilan melangkaui batas bangsa. Teras kepada keadilan ialah memulangkan hak kepada yang berhak. Orang Melayu ada haknya, sama seperti orang lain. Bukan membela namanya, apabila pembelaan itu dilakukan atas nama bangsa dengan mengenepikan nilai-nilai keadilan sejagat.

Paksi PAS adalah keadilan dan keadilan juga adalah paksi Islam.

Kedua, PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno. Mana mungkin PAS bekerjasama dengan parti yang memijak mahkamah, memperkosa sistem demokrasi, melontar jauh-jauh kemanusiaan rakyat.

Institusi utama negara yang mana satu yang tidak pernah dinodai oleh Umno? Sebut sahaja; SPR, SPRM, polis, mahkamah, parlimen atau mufti?

Negara ini hanya mampu menjadi baik apabila dikendali oleh golongan yang menjulang keadilan.

Benar, parti-parti sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat ada kelemahan dan kesilapan masing-masing. Namun kelemahan dan kesilapan mereka tetap ada batas sempadannya. Memang ada masanya mereka bercakap ‘lepas’, tetapi mereka tidak pernah menzalimi orang lain.

‘Say no to Umno’.

Ketiga, PAS tidak boleh curang terhadap Pakatan Rakyat. Dalam ungkapan lain, kesetiaan PAS terhadap Pakatan Rakyat tidak boleh berbelah bagi.

Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS, satu persetiaan yang harmonis terjalin seperti persetiaan yang terhasil semasa konvensyen yang lalu. Akui Anwar, BN sendiri tidak mempunyai dokumen persetiaan dasar seperti yang dimiliki Pakatan Rakyat.

Persetiaan itu bukan sekadar helaian kertas, tetapi persetiaan yang tersimpul harapan rakyat. Mencabuli persetiaan itu sama seperti mencabuli harapan mereka.

Agenda Melayu, bekerjasama dengan Umno dan curang dalam persetiaan dalam Pakatan pasti meruntuhkan PAS. Kita yakin, itu tidak akan berlaku kini dan akan datang juga.

PERINGATAN PADA PENYOKONG UMNO.

TIDAK PERLU MENJADI KAMBING HITAM UNTUK MENGHANTAR MEMORANDOM KEPADA PESURUHJAYA PAS SELANGOR. PAS TIDAK AKAN MENERIMA MEMORANDOM ITU. PAS TELAH MELALUI PENGALAMAN DAN TIDAK MAHU LAGI BAGAIKAN PISANG BERBUAH DUA KALI.

PAS sudah ada perlembagaan sendiri dan lebih kukuh dalam ikatan bersama Pakatan Rakyat. Umno tidak perlu seperti hidung tak mancong, pipi tesurong-surong untuk menjadi PENASIHAT kepada PAS.


Dec 23, 2009

23/12/2009. Rabu.

MUSIBAH BERKAIT RAPAT DGN SEBABNYA


Percaya qada dan qadar........ BERINGATLAH!!!!!!!!!!!



Agaknya wang royalti menjadi wang ihsan yang diberi kerana........ IKLAS???????????

Dec 21, 2009

21/12/2009. Isnin.

KECIL TAPI PENTING

Bercakap Biar Benar sebagai Bangsa Melayu Islam.


CEO MAIWP, Tuan Hj Anan b Hj Muhamad

MAJLIS SUMBANGAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN UMNO WANGSA MAJU.

Pada 17-12-09 yang lalu telah berlangsung satu majlis bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Setia Jaya iaitu keluarga Pak Yusuf dan keluarga serta mangsa-mangsa pokok tumbang akibat kejadian angin ribut di sekitar Kuala Lumpur.

Dimaklumkan majlis tersebut adalah anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Umno Wangsa Maju. Sumbangan tersebut akan di lakukan sendiri oleh YB Datuk Major Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, serta para pegawai dari (MAIWP). Dimaklumkan juga majlis tersebut akan turut di hadiri oleh Datuk Shafie Abdullah, setiausaha politik kepada Perdana Menteri.

Tetapi malang nya kedua-dua VIP tersebut tidak hadir dan yang hadir hanyalah CEO kepada MAIWP. Iaitu Tuan Hj. Anan B. Muhamad.

Dalam ucapan beliau memberi alasan bahawa YB Menteri berkenaan tidak dapat hadir ke majlis kerana beliau perlu mengulung perbahasan untuk Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri dan meminta beliau bagi mewakili menteri bagi meyampaikan sumbangan dan Datuk Shafie Abdullah ada satu perjumpaan dengan Perdana Menteri.

Kedua-dau alasan adalah tidak benar langsung. Untuk makluman umum, perbahasan Bajet semua jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri telah diselesaikan dua minggu dahulu dan Perdana Menteri telah berlepas ke Copenhagen bagi menghadiri Conference Climate Change pada 15-12-2009. Ini adalah bukti yang jelas bahawa CEO MAIWP telah menipu para penduduk di Kg Setia Jaya dalam ucapannya.

Bagi CEO MAIWP yang menyampaikan berita palsu dalam satu perkara yang kecil ini adalah memalukan kepada kedudukannya dalam sebuah organisasi Islam. Namun sebagai seorang berugama Islam yang arif tentang ajaran Islam beliau seharusnya melaksanakan tuntutan agama Islam dan meletakan jawatannya kerana beliau tidak layak lagi menjadi peminpin dalam MAIWP.


Dec 20, 2009

20/12/2009. Ahad.

DSAI DALAM SIDANG AKHBAR SELEPAS KONVENSEN PR TERULUNG


20/12/2009. Ahad.

KENYATAAN ZAID IBRAHIM MEMBERI MAKNA KPA PEMBANGUNAN INSAN

Dec 19, 2009

19/12/09. Sabtu.

SIAPA MENTERI PERTAHANAN YANG BERKENAAN KETIKA ITU????

Image
Polis menahan empat orang, termasuk pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah.


PERSOALANNYA!!!

Malunya baca berita ni.Jika benda yang hilang tu sebesar sebuah trak 3 tan, ampun lagi.Ini enjin pesawat.Benda ini bukan boleh di jinjit,dijunjung,ditanggung,dipikul dan entah bermacam di.......lagi.
Jika barang ini dijual di Thailand maaf lagi.boleh bawa ikut jalan darat.Ini dijual di Eropah.Agaknya agak jin yang boleh bawa cara "ghaib" kut.Sama-samalah kita pikiaq....
1 MALAYSIA TANAH AIRKU.
1 MUHARRAM 1431 BERSEJARAH BUATKU.


|


Hari ini genap 3 bulan 3 hari Abah pulang ke rumah setelah dikurung tanpa bicara di Kem Kamunting.Kebetulan hari ini hari Jumaat ,beliau dan Suhaib sama-sama menunaikan solat Jumaat setelah 7 tahun dinafikan hak menunaikan solat yang wajib untuk kaum Adam itu.Hakikatnya semua tahanan ISA tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat di Masjid, namun masih ramai diluar sana yang tidak percaya dengan peraturan yang teruk ini.Biarlah....didunia mereka boleh mengadakan apa saja peraturan demi kepentingan peribadi, diakhirat nanti...terima saja lah balasannya....

Siapa sangka ....di sebuah negara yang ada banyak masjid, punya ramai ulamak ,majoriti penduduknya muslim dan pemimpinnya juga berugama Islam, namun masih mempertahankan undang-undang rimba seperti ISA, yang membenarkan 'tahan tanpa bicara' hingga bertahun-tahun lamanya. Dimanakah maruah kita sebagai pendukung Islam, ugama yang sepatutnya memberi keadilan, keharmonian dan rahmat untuk semua?Nampaknya, rakyatlah yang sepatutnya melakukan sesuatu untuk membuang akta zalim ini dari bumi indah ciptaan Allah ini. Marilah berazam melakukannya sempena Maal Hijrah ini.....