ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 2, 2010

TARAF MENTERI 1 MALAYSIA

HUJAH NAZRI LESU SERTA KELIRUKAN PARLIMAN TANPA FAKTA LAWAN FAKTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Parlimen atas sifatnya sebagai wakil yang dipilih secara sah oleh pengundi melalui pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Bagi Anwar Ibrahim, sebagai Wakil Parlimen dan berada di Parlimen bukan untuk berseloroh atau berkelaku seperti beruk yang kerap diamalkan oleh wakil Parlimen Barisan Nasional..!!

Di Parlimen Anwar menyampaikan hasrat rakyat, bukan hanya rakyat Permatang Pauh malah seluruh rakyat marhaen. Lebih dari itu Anwar juga mencekah segala bentuk pengkhianatan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan umno/BN agar keselamatan rakyat tidak terus diperjudikan oleh agen zionis yang telah bertapak kukuh dalam regim zalim - Umno.

Justeru ketakutan yang teramat sangat, regim zalim umno/Barisan Nasional (BN) akan merujuk perihal Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa khas mengenai hak dan kebebasan Parlimen berhubung kenyataannya mengenai konsep "1 Malaysia 1 Israel.

Umno/BN berhasrat untuk menggantung Anwar daripada menghadiri sidang parlimen untuk jangka masa tertentu mengikut kehendak mereka.

Saya menyarankan kepada pemimpin umno/BN, jika kalian benar-benar pemimpin berjiwa rakyat... Rakyat Didahulukan..!! kenapa tidak hujah dilawan dengan hujah..?? Anwar berhujah di Parlimen. Anwar punyai bukti dan fakta..!! Maka kalian seharusnya lawan Anwar dengan hujah. Kalian sewajibnya membalas fakta Anwar dengan fakta kalian. Itu baru politik matang dan bermaruah namanya..!!

Apakan daya... sama seperti kes Altantuya. Najib dan Rosmah yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam itu tidak didakwa, malah tidak disiasat... Sirul dan Azilah pula yang dikambing-hitamkan.

Apalah nasib... Teoh yang menjadi saksi... terbunuh.. pegawai SPRM berjoli katak dengan wang rasuah.

Oh 1Malaysia... inilah nasib bila duda berkahwin janda.. si duda jadi ketua.. si janda mengada-ngada..!!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata tindakan diambil ekoran Anwar dilihat gagal memberikan hujah- hujah kukuh berhubung dakwaan beliau itu.

Alahai Nazri... bukankah ini sebahagian daripada buktinya??? Sudahlah Nazri, kamu ni bijik pun tiada.. telur pun dah hilang..!!

Mar 31, 2010

Turun Padang Antara Ciri Penting Wakil Rakyat: PM

NAJIB BERCAKAP "CAKAP TAK SERUPA BIKIN"

Sedap dengar bunyinya, "Turun Padang Antara Ciri Penting Wakil Rakyat". Apakah benar yang berlaku sepertimana PM ni berkata-kata?
Hanyar lebih nampak hanya bercakap sebagai pemimpin berkepentingan sahaja. Bercakap sememangnya mudah dari fakta sebenar. Banyaknya PM bercakap hanya seperti menanam tebu dihujung bibir sahaja.
PM yang bertanggungjawab tidak perlu bercakap lagi perkara ini kepada umum, tetapi perlu ada tindakan dan rakyat akan bercakap bagi pihak pemerintah.

Ingatlah; Jgn cakap, org yg baik hatinya, mulia akhlaknya, tidak mungkin Allah akan bagi hidayah kpd dia utk kembali semula kpd Islam. Ya, kita semua lahir sebagai Islam, kita dah berjanji pd ALlah sebelum roh ditiup kedlm janin akan mengaku Allah itu Satu.

Baca petikan dari Bernama, ucapan PM.

Turun Padang Antara Ciri Penting Wakil Rakyat: PM

KUALA LUMPUR: Rajin turun padang, adalah antara empat ciri utama yang perlu ada pada setiap wakil rakyat bagi membolehkan mereka diterima secara menyeluruh oleh rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, seseorang wakil rakyat perlu rajin turun padang untuk meninjau sendiri masalah rakyat di kawasan mereka.

"Bunyinya mudah tetapi kadang-kadang tidak juga dilakukan oleh kita dengan sepenuhnya," katanya dan menambah, seorang wakil rakyat juga mesti mudah dihubungi serta dapat menyelesaikan masalah rakyat.

"Mereka juga mesti sentiasa menunaikan janji sebagai wakil rakyat. Characteristic seperti ini patut ada sebagai wakil rakyat," katanya semasa melancarkan Malam Amal Badan Amal Selangor (Kasih), di Hotel Grand Dorsett, di Subang Jaya dekat sini, malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merangkap Yang DiPertua Kasih; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar; dan isteri Noh, yang juga merupakan Naib Yang Dipertua Kasih, Profesor Datin Seri Dr Aishah Salleh.

Najib berkata, isteri wakil rakyat dan bekas-bekas pemimpin juga perlu sentiasa bergerak aktif dalam badan-badan amal seperti Kasih kerana ia boleh 'complement' tugas dan tanggungjawab suami mereka sebagai pemimpin masyarakat.

Program-program amal yang dilakukan ini selaras dengan apa yang selama ini ditekankan oleh kerajaan, selain merupakan salah satu prinsip utama yang ditekankan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan hari ini, katanya.

Beliau berkata, MEB menekankan supaya pembangunan negara bersifat 'inclusive', iaitu tidak ada mana-mana rakyat yang akan disisihkan, ditinggalkan dan dipinggirkan daripada mendapat manfaat pembangunan dan pembaharuan yang akan diusahakan di negara ini.

Bagi menjayakan pembangunan 'inclusive' itu, bukan sahaja kerajaan perlu menentu dan melaksanakan program-program amal, tetapi NGO seperti Kasih juga diharap dapat membantu mencapai objektif ini melalui aktiviti dan program anjurannya, kata Najib.

"Jadi melalui jaringan sosial seperti ini lebih ramai orang kurang upaya, golongan daif dan kurang upaya dapat dibantu, dan dengan ini pembangunan secara inclusive dapat dicapai," katanya. Perdana Menteri berkata wakil rakyat, sebagai suami pula perlu redha sekiranya para isteri tidak ada di rumah kerana membuat kerja-kerja amal.

"Kalau buat kerja amal kita redhalah...tetapi kalau perkara-perkara lain kena buat permohonan dululah," katanya yang disambut tepukan tetamu yang hadir.

Terdahulu Rosmah dalam ucapannya menyeru supaya lebih ramai isteri pemimpin dan mantan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Selangor tampil menjadi ahli Kasih yang kini hanya mempunyai keahlian kira-kira 70 orang.

Beliau berkata, Kasih mempunyai peranan yang penting dalam menzahirkan komitmen isteri para pemimpin untuk menyumbangkan bakti kepada rakyat Selangor, khususnya kaum wanita dan kanak-kanak bagi membantu mereka dalam aspek kebajikan dan kemasyarakatan.

"Janganlah masa kita berkuasa masing-masing berebut ke depan tetapi bila kuasa tiada di tangan puan-puan hanya duduk menyepi," katanya.

Rosmah berkata, isteri pemimpin mempunyai peranan untuk membantu suami sebagai pemimpin dalam mendekati dan mendampingi rakyat agar sama-sama memahami rintihan dan keluhan mereka.

Kepada para suami pula, Rosmah turut berharap dapat menggalakkan isteri masing-masing untuk mendaftar dan bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti Kasih.

Sempena majlis itu, sejumlah RM2.8 juta berjaya dikutip dan akan diagih-agihkan kepada golongan kurang bernasib baik di Selangor. - BERNAMA



Mar 28, 2010

Mar 27, 2010

ALMARHUM MENINGGAL AKIBAT SAKIT BARAH OTAK

AL FATIHAH BUAT AL MARHUM MP HULU SELANGOR

Hanyar mengucapkan setinggi-tinggi TAKZIAH kepada seluruh keluarga Datuk Zainal, Ahli Parliman Hulu Selangor yang telah kembali kerahmatullah pada malam Jumaat 25 Mach 2010. Al-Fatihah.











Mar 24, 2010

TUNGGU DAN LIHAT

SIAPA MAU TELAN, SIAPA KENA TELAN

Perbankan tempatan berkemungkinan besar (99.9%) akan dikukuhkan lagi dengan penggabungan antara bank-bank di-pusingan kedua.

Pada penggabungan kali ini kita boleh lah lihat siapa yang akan makan siapa, siapa yang akan menelan dan siapa yang akan kena telan. Begitu juga dengan anggota dan kakitangan bank mana pula yang terpaksa menerima tawaran VSS.

Yang terbaru yang sedang hangat menjadi cakap-cakap ialah Hong Leong Bank yang mempunyai 199 cawangan akan menelan EON Capital Bhd., yang mempunyai 140 cawangan EON Bank.

Dan jika penggabungan ini menjadi kenyataan maka aset yang dicampurkan diantara EON Bank dan Hong Leong Bank akan berjumlah sebanyak RM 121.41 billion dan boleh mengambil alih kedudukan bank keempat terbesar dalam Malaysia iaitu RHB Bank yang mempunyai aset bernilai RM 110.5 billion.

Serius dan Bertanggungjawab

PR MENYERU KEMENTERIAN PERTAHANAN SERIUS ISU KESELAMATAN NEGARA

KUALA LUMPUR 23 MAC: Pakatan Rakyat hari ini mendesak Kementerian Pertahanan supaya lebih serius dan bertanggungjawab dalam soal keselamatan serta tidak mempertaruhkan nyawa rakyat.

Desakan dibuat Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution berikutan kementerian itu dilihat semakin acuh tidak acuh terhadap keutuhan benteng pertahanan dan kedaulatan Negara.

Selain kes kehilangan enjin jet belum diselesaikan, katanya, isu kapal selam tidak boleh menyelam hingga terpaksa dibaiki dan kini kementerian itu gagal mengawal pengintipan keselamatan negara pula.

"Kita mendesak Kementerian Pertahanan supaya tidak memandang remeh isu keselamatan dan kedaulatan negara," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Saifuddin juga menyifatkan jawapan dangkal Menteri Pertahanan berhubung isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat, menunjukkan kawalan keselamatan di negara ini longgar dan membuka ruang kepada negara luar mencuri rahsia sulit negara.

Beliau disokong Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang merujuk kepada isu pembelian kapal selam KD Tunku Abdul Rahman yang cuba ditutup kerajaan Umno Barisan Nasional dari diketahui umum.

Mar 23, 2010

GERAKAN DALAMAN UMNO SENDIRI, MENGAPA UMNO KECOH? ZAHRIN YANG PERLU DISIASAT.

16 SEPT, PR DAN BN SETUJU BUKAN LAGI ISU


KUALA LUMPUR, 22 MAC - Wakil-wakil rakyat BN dan pembangkang menganggap pelan peralihan kuasa yang dibangkitkan oleh wakil rakyat bebas Zahrain Mohamed Hashim, bukan isu yang perlu dihebohkan atau mempunyai kesan langsung kepada politik negara hari ini.

“Tiada asas, apa yang berlaku pada waktu itu ialah satu gerakan dalaman Umno yang bergerak untuk menjatuhkan kepimpinan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada masa itu, itu satu benda yang tidak boleh dinafikan.

“Pertama sekali berdasarkan beberapa kenyataan-kenyataan tidak puashati terhadap kepimpinan Pak lah pada masa itu dan perbahasan di Parlimen oleh wakil-wakil dari Sabah, protes dari beberapa orang wakil Sabah yang dilantik untuk jawatan sekurang2nya Timbalan Menteri untuk menolak tawaran itu, itu protes terhadap PakLah dan Umno Barisan Nasional.

“Saya nak katakan apa yang berlaku untuk 16 September bukan dari pembangkang dan sebagainya tetapi daripada dalaman Umno yang cuba menjatuhkan kepimpinan Pak Lah pada waktu itu. Ia satu sejarah yang tidak boleh dinafikan ada dalam negara kita,”kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz omar.

“Nama-nama yang didedahkan merupakan nama-nama yang digunakan pihak berkenaan untuk menyakinkan, saya juga sempat berjumpa beberapa Ahli Parlimen, mereka katakan pernah diberi janji dan tuduhan contohnya Yang DiPertuan Agong telah perkenan..dikatakan beberapa Ahli Parlimen akan melompat dan mereka tolak bulat-bulat...dan kalau betul seperti apa itu berlaku dan mereka masih tidak melompat ke sebelah sana, saya kagum kerana ini menunjukkn kesetian mereka kepada Barisan Nasional,”kata Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Zahrain Rabu lalu mengemparkan semua pihak dengan mendedahkan nama-nama pemimpin Umno yang mahu melompat ke Pakatan Rakyat.

Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) diantara nama yang dipetik Zahrain dalam usahanya menyerang Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Parlimen sepanjang tiga hari berturut-turut.

Meskipun Umno mendapat peluru baru untuk menyerang gagasan pembangkang, namun pemerhati politik berpendapat impak tuduhan Zahrain tidak meninggalkan luka pada tubuh Anwar dan Pakatan Rakyat.

“Apa yang berlaku sekarang ini agak ganjil, sebab benda ini pun Umno buat kenapa sekarang kata orang lain tak boleh buat dan macam-macam lagi? Membabitkan Yang DiPertuan Agong dan angkatan Tentera dan sebagainya, mana ada bukti? Isu yang membuang masa, isu yang tidak logik dan tidak masuk akal sebenarnya, benada yang saya pelik dengan orang yang buat laporan polis dan Ibrahim Ali cadang hendak buat suruhanjaya sedangkan mereka pun buat. Menjatuhkan kerajaan lawan dia(Umno) kemudian membeli memujuk dan melompat..benda ini dibenarkan, apa salahnya ?,"kata Penganalisis Politik, Prof. Dr Abdul Aziz Bari.

Mar 21, 2010

TAK SUNGGUH, TAK KATA

BUKAN KAKI ARAK SAJA TAPI JUGA KAKI BETINA, TANYA MENTERI TU!.

Pemimpin Umno dalam Dewan Rakyat melenting kemarahan apabila Ahli Parlimen Machang mencelah semasa perbahasan titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengingatkan betapa beberapa pemimpin Umno tertidur di mesin slot dalam kasino judi di Las Vegas dalam satu lawatan beberapa tahun lalu.

Kejadian bertikam lidah bermula apabila menantu mantan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bangun untuk memalukan Anwar dengan menimbulkan insiden beliau menari dengan "anak tauke judi".

Anwar dengan tenang berkata, "kita menari sikit dia bising tapi pemimpin Umno muntah kedarah arak takpe".

Saifuddin meminta laluan yang diberi Ketua Pembangkang lalu menyatakan keberanian Khairy berdebat dengan Anwar adalah disebabkan beliau dipinggirkan daripada mennganggotai kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"Memang jawatan Ketua Pemuda Umno tapi tak dapat jadi menteri. Itu je supaya nak naik markah sikit kerana Perdana Menteri menyaksi perbahasan ini," kata beliau Khamis lalu.

Khairy yang tidak berpuas hati terhadap kata-kata sinis Saifuddin terus "mengamuk" seolah-olah hilang akal dan berusaha keras untuk terus memalukan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Dosa besar dalam Umno kalau menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno dan ini berdosa besar kepada parti agama, bangsa, negara. Judi ok, arak ok.

"Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini, berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan Pemuda Umno dulu. Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

"Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat. Jangan cabar, waktu "wedding anniversary", pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika itu Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar cuba menenangkan kerajaan apabila Ahli Parlimen Pasir Salak turut terasa tempias daripada ucapan Saifuddin.

“Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, pemimpin Pemuda Umno itu pun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini, berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” sambung Saifuddin lagi.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut mengikuti perbahasan itu melahirkan rasa terkejut beliau di atas sikap hipokrit pemimpin Umno yang sering bercakap mengenai Islam tetapi melanggar hukum agama.

"Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni," kata Mahfuz.

Saifuddin seterusnya berkata beliau sanggup mengulangi di luar Dewan jika dicabar dan akan mendedahkan lagi banyak keburukan peribadi pemimpin Umno yang bertopengkan Islam.