ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 17, 2011

KEPUTUSAN MUKTAMAT MEMEHAK KEPADA BN untuk KEKAL BERKUASA.


PEJUANG-PEJUANG PARTI PAKATAN RAKYAT TELAH BERJAYA MEMERANGSANGKAN MINDA RAKYAT SERAWAK.

Rakyat Serawak bukan lagi seperti "katak dibawah tempurung", walau bagaimanapun mereka juga tidak seperti "katak dalam kotak kaca".

Pilihanraya DUN Negeri Serawak telah berakhir dan keputusan muktamat juga telah diumumkan. Apa yang perlu setiap janji-janji semasa kempin sejak hari penamaan calun hingga hari mengundi, dan BN telah berjaya mempertahankan Kerajaan Negeri Serawak.
Kekalnya kerajaan Serawak kpd BN adalah sangat tidak menggairahkan, kerana peratus pengundi  turun mengundi kurang dari yang dijangkakan.
Kepada PR yang begitu berhajat untuk membentuk Kerajaan Negeri diSerawak dan keputusan muktamat adalah gagal.Kegagalan tidak beerti terus gagal dan perlu muhasabah dimana yang perlu dianalisakan. Ada baiknya kegagalan itu, akan lebih merangsang kepada mempertahankan beberapa buah negeri Kerajaan PR  diSemenanjung untuk kekal berkuasa. Jika Negeri-Negeri pemerintah Kerajaan PR  pada PRU13 nanti gagal untuk mempertahankan kuasa, ini bermakna pengundi berubah arah. Untuk kekalkan kemenangan, perlu analisa dimana ada kepincangan, perlu diperbetulkan.
Seperti diKuala Langat, kemenangan Parliman serta dua dari tiga DUN semasa PRU12 lepas, adalah sumbangan pengundi atas pagar. Kemenangan itu, bukanlah kemenangan selesa. Apa yang terbaik, bermula dari sekarang, DAP, KEADILAN dan PAS yang sejak kemenangan lepas telah membentuk Pakatan Rakyat (PR) perlu kerja lebih mantap. Bukannya masing-masing membuat hal sendiri dan mengabaikan hak suara pengundi memberi pendapat.
Tahniah kepada pengundi-pengundi Serawak kerana memberi satu tamparan hebat kepada BN untuk kekal memerintah dan apa yang dijanjikan BN, rakyat Serawak berhak menuntut sepertimana mereka janjikan.

Apr 16, 2011

BERSEJARAH SERTA PENENTUAN BUAT PR MEMIKUL AMANAH RAKYAT SERAWAK.

BAGAIMANA JIKA MENJADI KENYATAAN KEPADA BN YANG PENGUNDI HAKIM MUTLAK?



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru rakyat negeri Sarawak agar memilih calon Pakatan Rakyat pada hari pengundian hari ini, bagi membentuk Sarawak Baru.

Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ianya kerana calon yang diwakili PAS, PKR dan DAP, adalah mereka yang ikhlas mahu membela nasib rakyat berbilang kaum di negeri ini, yang sekian lama tertindas di bawah BN.

"Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat sama ada dari PAS, PKR dan DAP adalah terdiri dari mereka yang layak untuk dipilih.

"Ini kerana mereka semua memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua," katanya.

Tambahnya, mengundi calon yang layak akan memberi kesan yang baik kepada semua pihak.

Malah ujarnya lagi, memilih calon dari pihak yang baik dikira ibadat yang mulia dan sudah pasti akan mendapat restu Tuhan.

"Oleh itu saya berharap kita semua dapat melakukan perubahan ke arah membina Sarawak Baru yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat," katanya.

Ayuh berubah, tolak BN

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu rakyat menggunakan peluang mengundi hari ini untuk menghentikan segala penindasan kerajaan BN terhadap mereka.

Katanya, Setelah lebih 42 tahun dipersiakan kerajaan BN, kini sudah tiba masanya bagi rakyat Sarawak melakukan perubahan.

"Cukuplah negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi ini dipergunakan oleh BN selama puluhan tahun dengan meminggirkan rakyat sejak sekian lama.

"Marilah kita berubah dengan menolak BN dalam pilihan raya ini," katanya.

Tambahnya, jika PAS diberi peluang mewakili rakyat di beberapa Dun yang ditandingi, parti itu akan mempamerkan keadilan Islam untuk kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Hari ini, rakyat negeri Sarawak akan menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi memilih kerajaan negeri yang baru.

Banyak pihak menjangkakan akan berlaku perubahan besar dalam landskap politik Sarawak pada pilihan raya kali ini.

Keputusan hanya akan diketahui malam ini. INSYAALLAH..................



Apr 14, 2011

KERANA TAMAK , LUPA DASAR PERJUANGAN PARTI....

1-kena tahu kenapa byk negeri yg jatuh ke tangan pembangkang pd PRU yg lepas... why ?? 
2-kenapa kawasan bandar di kuasai oleh pembangkang berbanding kampung... why ??

Hmm... Kalau awal-awal lagi Orang Tua Taib Mahmud tu tak masuk bertanding
BN ada harapan Cerah untuk Menang...
Tapi sebab terlalu Tamak Kuasa dan takut dengan Bayang-bayang Hendak kena siasat
Orang TUa ni pun terpaksa lah masuk bertanding...!
Konon-kononnya boleh memberi harapan cerah kat BN..
Kwa..Kwa..Kwa...Lawak sungguh lah Orang Tua Taib ni...
Helo...Orang Tua..?
Lebih layan Bini Muda Ko tu dulu...
Takut BN Kalah nanti..semangat Muda hilang pulak...!
Aku dah babyak duit macam orang Tua ni...Lebih layan Bini Muda Puas-puas
Takut Habis Pilihan Raya Badan Sakit...Otak sakit..Lama-lama mampus Pulak
Kan dah Rugi Besar..!!!!
Ko tak Sayang Ke Bini Muda Hidup Mati Beragan...
Jalan pun dah larat...nak jadi Ketua Menteri lagi...?
Binggong lah Orang Tua Taib ni...

TAIB MAHMUD BAGAIKAN HEMPEDU UTK RAKYAT SERAWAK, DIA MADU BAGI PR MENJADI LEBIH KUKUH/MANTAP..

LUAR BIASA RODA TAIB MAHMUD SERTA BN!!!!!!!

Parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yakin bahawa mereka boleh menawan undi kawasan bandar pada hari penentuan pilihan raya negeri Sabtu ini, tetapi Barisan Nasional (BN) kelihatan memiliki sokongan yang cukup untuk memastikan ia boleh memperoleh majoriti dua pertiga kerusi.
Bagaimanapun laporan-laporan positif kelihatan terus memihak kepada PR di kesemua 71 kerusi yang dipertandingkan - memberikan harapan kepada perikatan berusia tiga tahun itu memberi cabaran sengit kepada BN yang tidak pernah disaksikan.
Meskipun pemimpin-pemimpin PR cukup berhati-hati, kehadiran penyokong dengan konsisten pada ceramah-ceramah yang diadakan sejak seminggu lalu dan respons cukup menggalakkan daripada penduduk setempat membolehkan mereka mengakui akan peningkatan sokongan di luar jangkaan mereka.
Ketiga-tiga parti komponen PR – PKR, DAP dan PAS – telah mengisytiharkan bahawa mereka akan menambah kerusi berbanding kedudukan lima tahun lalu jika pun Sarawak tidak jatuh ke tangan mereka.
Gerak-geri risikan menunjukkan mereka memperoleh respons yang semakin meningkat sejak hari penamaan calon Rabu lalu.
Wong Ho Leng dari DAP memberitahu The Malaysian Insider, situasi hari ini lebih menggalakkan dan meyakinkan berbanding ketika pilihan raya kecil kerusi Parliemn Sibu, Mei lalu.
Beliau membuat kejutan dengan memenangi kerusi itu daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).
“Kali ini lebih baik. Di Sibu, keadaan menjadi lebih positif ketika menuju penghujung. Tetapi di sini, sokongan sudah kelihatan sejak hari pertama (selepas penamaan calon). Saya berharap dapat mengekalkan persekitaran,” katanya lagi.
Wong menyenaraikan lima kerusi disandang BN yang cukup meyakinkan DAP iaitu Repok, Pujut, Piasau, Bawang Assan dan Batu Kawah.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga yakin yang partinya akan meningkatkan undi popular pada jumlah yang signifikan.
“Selalunya, kami membandingkan dengan pilihan raya negeri sebelum ini dan dari sini, adalah jelas dan terlalu sukar untuk menafikan respons baik khususnya di kawasan-kawasan pedalaman,” kata Ahli Parlimen Machang ini.
Beliau menambah PKR yakin ia akan memperlihatkan keputusan baik di tiga kawasan yang sebelum ini dimenangi BN dengan majoriti kecil iaitu Saribas, Ba’Kelalan dan Senadin.
Rakan sejawatannya dari PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata, respons pengundi sangat menggalakkan sehingga pemimpin-pemimpin setempat parti itu kini “terlalu yakin” akan peluang mereka.
“BN memandang mudah perubahan semasa. Saya boleh melihat sesetengah pemimpin setempat dan jentera mereka terlalu yakin dengan peluang kami (pada kali ini). Saya minta mereka tidak (terlalu yakin),” katanya.
Umumnya bagi PR, ini adalah pilihan raya negeri pertama sejak ia dibentuk tiga tahun lalu khususnya selepas menyaksikan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008.
Perikatan itu menggunakan pilihan raya negeri ini sebagai raptai menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.
Sementara pilihan raya negeri ini dilihat sebagai pungutan suara ke atas populariti BN yang semakin terhakis di Malaysia Timur, ia juga dilihat sebagai ujian kepada PR untuk membuktikan popularitinya yang semakin meningkat sejak tsunami politik 2008.
Bagaimanapun sumber-sumber pembangkang risau dengan khabar angin mengatakan BN akan membuat usaha akhir dalam kempennya dengan memberi ‘buah tangan’ lumayan kepada Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), yang hubungannya dengan PR terjejas beberapa hari sebelum penamaan calon, dan bertanding di 26 kerusi yang disaingi PKR.
Ini, menurut beberapa sumber, dilakukan untuk memecahkan undi bakal diperoleh pembangkang dan memastikan kemenangan BN.
Wong juga mengakui mendengar khabar angin sedemikian tetapi enggan membuat spekulasi mengenainya.
Ketika ditemui di ibu pejabat PKR di Satok di sini, Saifuddin juga melahirkan kebimbangan yang sama.
“Kami tidak menafikan bahawa kami menerima sokongan permulaan yang baik, tetapi isunya sekarang ialah sama ada kami boleh mengekalkan (sokongan) sehingga Sabtu ini,” katanya.
“(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) berada di sini dan beliau macam Santa Claus, memberikan buah tangan.
“Ini satu kekurangan besar bagi kami,” katanya lagi.
Najib secara perubadi mengetuai kempen sejak Ahad lalu situasi yang tidak pernah disaksikan masa-masa lalu.
Meskipun begitu pemimpin-pemimpin PR kelihatan yakin bahawa mereka telah menerokai kedudukan lebih baik sejak enam hari lalu meskipun di kawasan-kawasan yang sebelum ini sebagai dilihat kubu kuat BN.
Bagi PR satu lagi faktor besar yang mendorong kempennya ialah peningkatan rasa tidak puas hati pengundi terhadap kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul  Taib Mahmud.

Apr 13, 2011

PENGUNDI-PENGUNDI SERAWAK DIUJA DENGAN UGUTAN BN

KISAH SEBENAR MURID SEKOLAH DITERAJUI PAS, MURID 7 TAHUN MANGSA MENEMUI AJAL...

Semuanya ada kaitan dengan pilihanraya DUN Serawak kerana BN cuba mengekalkan KUASA dan mengugut pengundi..................Begitu juga dengan kes video sex yang hangat dengan tuduhan melulu terhadap DSAI.


Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.

Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan.

Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil.

Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang.

Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.” Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h.

Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful).

Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful.

“ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri. 


Klik utk bacaan seterusnya bacalah...

Berita sumbangan sgderhaka.

TAMPARAN HEBAT UNTUK PERASUAH BAGAIKAN ANGIN KENCANG YANG MENGHEMPAS HELIKOPTER.

 
Najib dan Semua Pimpinan BN menjadi Menguncup terhadap Sikap Pengundi Serawak.


Gambar Hiasan: Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersedia dengan peti-peti undi untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 di Bilik Gerakan SPR di sini, Selasa. PRN Sarawak akan diadakan pada 16 April ini membabitkan 71 Dewan Undangan Negeri di 1,749 pusat pengundian membabitkan 979,796 pengundi berdaftar. - foto BERNAMA



Sejak hari penamaan calun hingga kehari ini pihak lawan PR, telah kehausan modal menangani isu-isu yang diketengahkan olih pihak PR. Hari-hari disetiap saluran TV dan semua media yang datangnya dari pembodek-pembodek Kerajaan BN, jelas lagi nyata, kata-kata yang terkeluar dari mulut-mulut mereka seperti “mengugut pengundi-pengundi Serawak.
Sungguh memalukan pada dunia, yang selama BN memerintah telah terabai untuk keharmonian rakyat Serawak. Negeri Serawak yang begitu kaya-raya berbagai hasil bumi, dan sebaliknya keterampilan kepada rakyat jelata yang sesungguhnya amat doif.
Modal BN, bila ada sahaja Pilihanraya, maka projek-projek kerajaan menjadi habuan untuk rakyat. Yang kenyang siapa? dan kerja sudah tidak dapat dikawal selia dengan berkualiti, bagaikan wang yang diguna pakai untuk kerja-kerja seperti turap jalan macam duit(RM) poket BN sendiri.
Walaupun BN peneraju besar adalah Melayu, mereka adalah melayu Islam yang tidak JUJUR. Bagi orang Islam mahkotanya adalah KEJUJURAN barulah Islamnya BERMERTABAT.


""Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.

"Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan”.




Mar 29, 2011

KETUA CABANG KUALA LANGAT 2010-2013




Siapa Mereka Semasa Berada Dalam Jawatan Tertinggi PKR K.Lgt?


Kepada yang kalah dalam pertandingan pemilihan jawatan parti PKR pada 27 mac 2011 yang tertunda sejak 5 bulan lepas, sepatutnya ruang besar utk menang adalah peluang mereka terus menerajui Kepimpinan parti. Tetapi ia amat berbeza kerana ahli-ahli parti memerhati gerak kerja mereka. Oleh itu tidak hairanlah mereka-mereka ini wajib terima hakikat sebenar apa yang berlaku.
Sememangnya pendapat peribadi Hanyar, pemilihan hari itu ketidak ketelusan yang terbaik berlaku. Apapun Hanyar menghormati program itu berjalan dengan lancar sehingga selesai serta menerima keputusan muktamat .

*Yang  dihiraikan, kenapa lebih 6000 ahli berdaftar, hanya kurang dari 1000 ahli datang menunaikan t/jawab?
*Kenapa ramai ahli-ahli dari penyokong Hanyar, hilang sebagai ahli berdaftar?
*Kenapa ramai ahli-ahli tidak tahu hari pengundian berlangsung (w/pun ada pemidang kecil dipaparkan)?
*Kenapa kehadiran pengundi, datang dengan kenderaan yang disediakan oleh calon-calon Ketua Cabang? 

Tidak salah mereka disediakan kemudahan untuk kehadiran. Tetapi biarlah kehadiran mereka, tahu t/jawab seorang ahli parti. Terbaik kenderaan disediakan oleh parti sendiri, keuwangan guna tabung parti Cabang.

Serta tidak hairanlah bila ada kelompuk calon yang kalah, sudah kedengaran mahu keluar parti, tidak mahu kerjasama dengan pilihan Ketua Cabang baru. Ada juga angin-angin berkata parti itu tidak betul dan ingin keluar parti. Kenapa selama ini mereka semasa berada dalam jawatan parti dan ingin pula bertanding utk pertahankan jawatan? 
Pendapat iklas Hanyar, MEREKA ADALAH PENGKIANAT PARTI SEJAK 3 TAHUN BERLALU.
Hanyar ucapkan pada calon yang menang, dan Hanyar juga bertanggungjawab membantu untuk kemenangan beliau. Hanyar ada menerima RASUAH dari calon? (lapurkan kpd polis,sprm dan parti. Hanyar akan kerjasama utk penjelasan).

Seperti yang lalu Hanyar ada huraikan sedikit tentang 5 calon K.Cabang  yang bertanding. Apa yang berlaku hanya 3 calon sahaja muktamat bertanding. Kenapa 2 calon tiada? Jawapannya ada pada semua calon yang bertanggungjawab.
Kenapa pemilihan pada 5 bulan yang lepas menjadi terbatal? Malah, Hanyar pula dituduh dalang dari UMNO juga bukan ahli parti. Kenapa pula mereka tidak mendakwa kepada yang pihak yang sah utk tindakan? Hanya keluar kenyataan pada media dada akbar serta internet sahaja.

Mar 27, 2011

Memacu Arus Perjuangan