ERTI BERMARTABAT
Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...
BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan...
BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...
BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,
CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...
dari TIADA kepada ADA...
dari SUSAH kepada SENANG...
dari SEDIH kepada GEMBIRA...
dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA...
dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...
mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...
dari NEGATIF kepada POSITIF???
dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK....
hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..
Dec 15, 2008
AMARAN AMPANGAN AKAN PECAH,,,,,,
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memberi amaran tiga empangan air utama di Lembah Klang mungkin pecah dalam jangka masa panjang jika kerja-kerja pembangunan di sekelilingnya tidak dihentikan segera.
Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, tiga empangan yang terlibat ialah Empangan Langat, Empangan Semenyih dan Empangan Klang Gates.
Syabas mengesan beberapa kes pencerobohan di kawasan ‘sensitif’ di sekitar empangan tersebut.
Kalau kerja-kerja pembukaan tanah atau penerokaan hutan dibiarkan berlaku di kawasan tadahan air yang terletak berhampiran dengan empangan, kemungkinan ia pecah akan wujud.
Kawasan tadahan air itu sepatutnya diberikan perhatian oleh pihak berkenaan dan dibaik pulih sejak dari dulu lagi.
Kemungkinan tiga empangan tersebut pecah adalah tidak mustahil seperti insiden tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang berlaku tanpa diduga.
Empangan turut dicemari
Tiga empangan utama itu turut dicemari oleh sisa-sisa toksik industri dan kesan pembangunan kawasan yang tidak terkawal sehingga menjejaskan kualiti airnya.
Perkembangan itu membimbangkan kerana tiga empangan tersebut merupakan pembekal air utama bagi Lembah Kelang.
Jika langkah-langkah pengawalan tidak dibuat, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menghadapi krisis kekurangan air bersih dan berkualiti pada penghujung tahun depan.
No comments:
Post a Comment