ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 27, 2008

Blog kurang ajar

Oleh Helmy Abd Rahman dan Azlan Hafeedz



KUALA LUMPUR: Melampau dan kurang ajar! Itu kata-kata paling sesuai dilemparkan kepada seorang penulis laman blog yang dikesan cuba menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini apabila tergamak menyiarkan artikel berbahasa Melayu dan beberapa lukisan menghina Islam serta Nabi Muhammad.


Laman blog terbabit yang menggunakan nama seorang wanita Melayu lengkap dengan gambar dan profil peribadi berserta nombor telefon dengan sengaja memaparkan pelbagai lukisan karikatur dan gambar yang diubahsuai selain perkataan serta ayat yang boleh menimbulkan suasana huru-hara di kalangan masyarakat.

Lebih menyakitkan hati, penulis blog berkenaan mencatat nama wanita Melayu yang didakwa dirinya sendiri pada kebanyakan lukisan sebagai tanda memiliki hak cipta pada setiap lukisan itu.

Bagaimanapun, dipercayai kebanyakan gambar dan lukisan sebenarnya dimuat turun dari Internet sebelum disunting penulis dengan memasukkan nama wanita itu.



Selain itu, penulis berkenaan sengaja mengaitkan Islam yang disifatkannya pengganas dan mengamalkan fahaman sama seperti nazi.

Tidak cukup dengan itu, penulis terbabit menghamburkan kata-kata cacian serta menggelarkan pengunjung yang memberi komen memarahinya sebagai bodoh dan orang kampung berfikiran kolot serta tidak layak melayari laman blognya.

Malah, penulis blog itu dengan berani mencabar umat Islam yang menurutnya berfikiran kolot dan mengalu-alukan golongan masyarakat yang kononnya berfikiran terbuka untuk berkongsi idea dengannya melalui perbualan telefon.

Penulis itu juga mengugut membuat laporan polis kepada mana-mana pengunjung laman blog itu yang tidak sependapat dengannya.

Laman blog terbabit yang mula beroperasi bulan ini dengan mempunyai 30 laman, menjadi popular sekelip mata apabila dilayari lebih 3,000 orang, sehingga semalam.

Rata-rata pengunjung meluahkan kemarahan serta menggelar penulis laman blog itu dengan pelbagai kata-kata cacian.

Pada laman pengenalan diri, penulis mendakwa dirinya seorang wanita keturunan Melayu berusia 27 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat automotif terkemuka di Shah Alam, Selangor.

Beliau juga menyifatkan dirinya seorang berfikiran terbuka, moden dan ceria selain memiliki hobi melukis serta mengambil gambar.

Penulis juga memaparkan alamat hubungan laman web sosial untuk mencari kenalan ‘sebulu’ dengannya.

Bagi mengesan identiti penulis, Harian Metro cuba menghubungi nombor talian yang tertera pada laman blog itu malam tadi, namun dijawab mesin penjawab telefon yang memaklumkan nombor berkenaan dimiliki sebuah syarikat pengedar automobil terkemuka antarabangsa.






No comments: