ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 18, 2008

Kariah kumpul wang bina masjid


December 2008

KAMPUNG BANDAR – Penduduk di sini mengambil inisiatif mengumpul duit untuk menyiapkan pembinaan masjid bagi memudahkan mereka menunaikan ibadat solat dan melaksanakan aktiviti keagamaan.

Masjid Al-Ehsan itu mula dibina pertengahan tahun 2000 bagi kegunaan penduduk dari lapan kampung iaitu Kampung Bandar, Tembak, Kelian Dalam, Sri Kemunting, Kota, Chenerai, Lalang Rimau dan Charok Sotong.

Menurut Imam Masjid, Ismail Zawawi Ahmad Kemeri, dia dan ahli jawatankuasa masjid bersepakat menetapkan kutipan setiap bulan sebanyak RM5 isi rumah di bawah kariah itu.

“Masjid ini memerlukan peruntukan kira-kira RM1.3 juta dengan penyediaan peralatan yang lengkap seperti almari, sejadah, al-Quran dan sebagainya.

“Bagaimanapun, masjid ini sudah siap 90 peratus dan selebihnya masih lagi dalam pembikinan serta dijangka siap sepenuhnya tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurut Ismail Zawawi, masjid itu tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak atasan.

“Saya bersama ahli jawatankuasa masjid ini sudah banyak kali meminta peruntukan untuk pembinaan masjid ini.

“Namun, tiada keputusan diterima seolah-olah mereka tidak mahu memberikan kelulusan kerana disebabkan politik,” katanya.

Beliau berkata, sebelum pilihan raya umum lalu semua pihak berjanji akan memberikan peruntukan untuk menyiapkan pembinaan masjid itu kerana untuk kepentingan orang awam.

Bagaimanapun, selepas pilihan raya masing-masing berdiam diri menyebabkan penduduk kecewa kerana pihak berkenaan seolah-olah mempermainkan mereka demi kepentingan diri dalam politik.

Ismail Zawawi kata, mereka bernasib baik kerana ada kontraktor di Baling yang bermurah hati membantu membina masjid itu dengan meminjamkan wangnya.

“Kita membayar secara ansuran kepada kontraktor berkenaan hasil daripada kutipan penduduk. Setakat ini, kita masih lagi berhutang sebanyak RM400,000 bagi menyelesaikan perbelanjaan pembinaan masjid ini.



No comments: