ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 31, 2009


DSAI MENEMUI GABENOR BANGKOK

Oleh Khalid Jaafar

BANGKOK - Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29jan lepas telah menemui M R Sukhumbhand Paribatra untuk mengucapkan tahniah kerana dipilih sebagai gabenor bandaraya Bangkok dalam pilihanraya 11 Januari lalu.

Anwar mengatakan kemenangan Sukhumbhand dalam pilihanraya gabenor itu disambut meriah oleh sahabat-sahabatnya di rantau Asia Tenggara dimana beliau dikenali sebagai cedekiawan dan tokoh politik yang berperinsip.

Sukhumbhand adalah timbalan menteri luar Thailand ketik Anwar dipenjarakan dan beliau secara terbuka mengkritik kezaliman tindakan perdana menteri ketika itu terhadap mantan timbalannya.

Kedua-dua mereka telah menjalin persahabatan lebih dari satu dekad ketika Anwar menteri kewangan dan Sukhumbhand seorang professor di Universiti Chulalongkorn.

Sukhumbhand adalah penulis utama kepada laporan bertajuk “Shared Destiny” yang ditulis dibawah naungan Anwar. Sebahagian dari konsep dan cadangan dalam laporan itu kini menjadi sebahagian dari Piagam Asean.

Sukhumbhand memberitahu Anwar bahawa keutamaan dasarnya adalah untuk pencipta pekerjaan bagi penduduk Bangkok, meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memperbaiki lain-lain kemudahan asas.

Beliau juga menyatakan hasratnya untuk menjadi Bangkok bandar berkembar dengan beberapa bandaraya Islam seperti Istanbul, Dubai dan lain-lain. Beliau meminta bantuan ketua pembangkang tersebut yang beliau ketahui mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Turki dan lain-lain pemimpin negara Islam di Timur Tengah.

No comments: