Umno Janganlah Berlagak Seperti Kereta Entik.
Sejak kebelakangan ini umno telah kehilangan arah tuju dan sepertimana ramai diperkatakan seperti telah mereput. Kepimpinan atasan parti merasa takut,dan menghantui mereka kerana ramai keluar parti menyertai parti PR.
Sebenarnya umno terlalu sombong dengan angka atas kertas dengan keahlian yang ramai. Orang tidak penting bagi mereka-mereka yang berkepentingan kuasa tidak ambil peduli masaalah kehendak rakyat jelata.Mereka membeli undi dengan wang (rasuah).
Umno pada mereka umpama seperti jambatan untuk mencari tempat kemewahan hidup.
Umno tidak perlu lagi diberi penghargaan dengan kata “Jasa Mu Dikenang”(benar kata Dato Fauzi). Adalah kewajipan pemerintah melaksanakan urus takbir negara dengan baik dan iklas.Umno menyeleweng pada perlembagaan yang sedia ada untuk memertabatkan hak rakyat.
Umno yang angkuh cuba minta simpati pada rakyat, setelah makin mereput hilang kepercayaan rakyat sejak lama dulu.Yang membuatkan angkuhnya umno dan meyakinkan rakyat ada faktor yang bolih rakyat percaya, kemenangan BN selama ini bukan lah kerana undi rakyat yang mendaftar sebagai daftar pemilih. Semuanya adalah undi tipu berlaku sejak lama dulu.
Kini rakyat makin cerdik memahami kenapa perlunya turun mengundi semasa pilihanraya. Sehingga BN tidak dapat melaksanakan kerja menipu undi. Seperti mana sejak lama dulu kemenangan pada PAS, DAP adalah permainan politik BN sahaja. Begitu juga dinegeri Kelantan.
Rakyat akui kemenangan memehak pada pembangkang sememangnya telus kerana BN cuba untuk mengelabui mata rakyat.
Berbalik pada tajuk diatas, pengemar kereta antik yang memilikinya adalah pada yang berkemampuan dan hanya mahu menarik perhatian orang sahaja. Juga mahu meletakkan nilai yang tinggi, bukan untuk kegunaan seharian.
Kereta antik tidak bolih disamakan dengan parti umno yang tidak mempunyai ciri-ciri antik. Hanya bolih diibaratkan sebagai kereta lama yang rosak tidak mempunyai alat ganti serta geran yang telah disenarai hitam.
Buat pimpinan umno yang mejoriti melayu Islam berbaliklah pada Quran dan Hadis sebagai rujukan dan menafaatkanlah Islam itu benar untuk ikutan semua.
No comments:
Post a Comment