ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 14, 2009

Keperibadian Ketua Pembangkang di Selangor.


KHIR TOYO PERLU MENJADI KETUA PEMBANGKANG BIJAK, BUKAN ISU REMEH TEMEH.

Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat memandang serius isu pembelian kereta Toyota Camry untuk kegunaan exco serta pegawai kanan kerajaan negeri Selangor yang didakwanya telah diputar belitkan oleh sesetengah pihak, lebih-lebih lagi umno BN.

Kedangkalan bekas MB Selangor Datuk Dr Mohd Khir Toyo dalam beberapa akhbar baru-baru ini. Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor sekarang, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan ia mencerminkan keperibadian ketua pembangkang di Selangor.


"Keputusan Pembelian Kereta Toyota Camry dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri minggu lalu dan bukan tahun lalu kerana belum ada peruntukan ketika itu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Keputusan kerajaan Selangor membeli Toyota Camry, berdasarkan sebut harga yang dihantar syarikat kenderaan dan bukannya menerusi tender terbuka kerana harganya telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

"Pembelian kereta Toyota Camry, tidak menjejaskan langsung projek-projek kebajikan "merakyatkan ekonomi Selangor" yang telah dirancang kerana kerajaan negeri sudah mempunyai bajet untuk kesemua program berkenaan".

Kecaman ketua pembangkang tidak berasas, kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja menerajui kerajaan negeri berjaya melakukan berbagai program bagi "merakyatkan ekonomi Selangor" amat memberangsangkan.

Apa yang berlaku, apabila beliau sewaktu memegang jawatan Menteri Besar, telah meluluskan pembelian kereta Mercedes S350L guna peruntukan KDEB. Beliau sebagai pengerusi KDEB, apakah perlu mengguna Mercedes S350L yang berharga RM917,214 semata-mata untuk kegunaan peribadi. Kos besar yang ditanggung kerajaan negeri dan anak-anak syarikat kerajaan negeri akibat masalah pengurusan .

"Adakah beliau lupa berapa banyak keuntungan dikaut pihak pemaju swasta dalam projek-projek usahasama sedangkan Kerajaan Negeri dibelakangkan," tegas Nik Azmi.

Beliau juga berkata, rakyat Malaysia juga sudah mulai sedar dan faham dengan mainan politik murahan BN.

"Ketua pembangkang seharusnya membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan agar segala komen itu dilihat lebih membina daripada menfitnah dan tidak terkena ke mukanya sendiri," tegas Nik Nazmi

No comments: