ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 14, 2009

TINDAKAN PADA YANG BENAR


Rabu Januari 14, 2009

BONGKAR DENGAN TINDAKAN.

KUALA TERENGGANU: 2 perkara dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan timbalannya, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong pada sidang media pagi tadi.

1. PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggugurkan Datuk Mat Razali Kassim daripada terus menguruskan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu atas alasan Pengurus Pilihan Raya itu telah 'menyalahgunakan' kedudukan beliau untuk mempengaruhi kakitangannya supaya mengundi Barisan Nasional (BN).

2.PAS juga mendakwa SPR sedang bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam usaha menyediakan 'pengundi hantu' menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Wan. Abd. Muttalib berkata, pihaknya telah menerima maklumat bahawa Mat Razali yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah meminta kakitangan pihak berkuasa tempatan supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Petang ini PAS mahu membuat laporan polis dan aduan kepada SPR.

Reaksi awal, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi berkata, PAS berhak membuat laporan jika ada kakitangan pilihan raya bertindak tidak adil ketika menjalankan tugas mereka.

Tindakan akan dikenakan ke atas Mat Razali ataupun sebaliknya ia bergantung pada kandungan aduan oleh PAS, kata beliau ketika dihubungi di Putrajaya.

Kata beliau, pihaknya telah meminta setiap pekerja pilihan raya termasuk Pengurus Pilihan Raya supaya berlaku adil sepanjang masa pilihan raya ini.

"Itu sebabnya masa hari penamaan calon, SPR telah berlaku adil kepada setiap calon dan parti yang bertanding," katanya.

Kawasan Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira 10,000 orang merupakan kakitangan awam.

"Oleh kerana Mat Razali sudah dilantik sebagai Pengurus Pilihan Raya beliau seharusnya bertindak secara berkecuali.

"Beliau tidak memainkan peranan personaliti berbelah bahagi dengan memberikan taklimat dan meminta mengundi calon BN," kata Wan Abd. Muttalib.

Sambil menolak akan memulau pilihan raya ini, Wan Abd. Muttalib berkata, pihaknya akan mengemukakan perkara itu jika perlu mengemukakan petisyen kelak.

Mengulas isu kerjasama JPN dan SPR, Mustafa berkata, "sudah ada semacam sekekongkolan" membabitkan kedua-dua agenda dan suruhanjaya itu.

"Kami menerima maklumat JPN (Negeri Terengganu) beroperasi sehingga lewat malam, hingga pukul 10 malam... apa tujuan mereka bekerja sehingga 10 malam?

"Mahu JPN dan SPR menjawab... kami ada bukti yang kukuh," kata Mustrafa sambil menambah, beliau keberatan untuk membuat dakwaan itu tetapi terpaksa membuat kenyataan terbuka.

"Apakah dengan ini akan lahir pengundi-pengundi hantu? Kami memandang serius (hal ini)," kata beliau yang juga Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil PAS.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman tahun 2004 dan 2008 pihaknya percaya akan kemungkinan tersebut.

Menjawab kenyataan bahawa SPR bersekengkol dengan JPN, Wan Ahmad berkata: "Itu tak betul. Saya menafikan, tidak berasas." (tuduhan tak betul, buat laporan polis)

"SPR berharap jangan mengaitkan SPR dalam hal ini," kata beliau lagi.

Bagaimanapun tegas beliau, SPR sentiasa bekerjasama dengan JPN dalam urusan penyediaan daftar pemilih.

"Proses penyediaan daftar pemilih ada urusan sepanjang masa dan kerjasama ini wujud sepanjang masa," katanya.

No comments: