ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 22, 2009

KETUA PEMBANGKANG SELANGOR "LUPA DIRI"....

KHIR TOYO SURUH TAN SRI KHALID LETAK JAWATAN

Kerajaan pembangkang Selangor mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengosongkan sementara jawatan Menteri Besar sehingga siasatan dakwaan salah guna wang kerajaan negeri berjumlah RM110,400 selesai. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah menggeledah Pejabat Menteri Besar dua hari lalu dan sehingga siasatan selesai, Abdul Khalid mesti melepaskan semua jawatan yang dipegangnya. Dipetik dari Berita Hairan Online...

Garangnya Khir Toyo... Lupa agaknya KONTROVERSI masa beliau menjawat Menteri Besar Selagor dahulu sebelum diturunkan takhta oleh rakyat pada PRU-12 lalu.

Teguran dari kawan Khir Toyo "Wak, riko wes kelalen agak e mbiyen skandal rasuah mu lagi hebat. Iki baru lembu wae, mbiyen riko dituduh jutaan ringgit kenopo kue rak ngosong ke jawatan Menteri Besar ketiko kue di tuduh... Agak e eneng kuoso seng lindungi kue sebab kui kue wani dan terus jegong nak kerusi MB Selangor sampek kue diturnkan oleh rakyat.... Sudah la wak... "

Terjemahan : Wak, kau dah lupa agaknya, dulu skandal rasuah kau lagi hebat. Ini baru lembu, dulu kau dituduh jutaan ringgit kenapa kau tak kosongkan jawatan Menteri Besar semasa kau di tuduh. Agaknya kau dilindungi oleh satu kuasa sebab tu kau berani untuk terus duduk kerusi MB Selangor sampai kau diturunkan oleh rakyat...

No comments: