ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 19, 2009

Taib Mahmud Jangan Bongkak Membuat Kenyataan.......


19/01/09; Isnin: Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Trengganu sebagai tanda mercu titik mula rakyat marhain hendakkan perubahan kepada kepimpinan yang telus. Bukannya untuk membuat kenyataan dari pihak kerajaan menjawab seperti menegak benang basah.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata, bukan sebagai kayu ukur rakyat Serawak juga menolak BN Serawak yang mungkin tidak lama lagi pilihanraya negeri diSerawak menempuhnya.

Taib Mahmud sepatutnya sebagai Ketua Menteri sudah tahu kehendak rakyat Serawak, dan mungkin tidak bolih lagi dibendung untuk menjenamakan BN sebagai parti bersih daripada rasuah. Rasuah yang berlaku diSerawak, semua rakyat Serawak sudah mengetahui tidak jujurnya Taib dan beliau tidak bolih menafikannya lagi.

Taib perlu buktikan ketelusan selama beliau bersama BN pada rakyat Malaysia. Hasil kekayaan bumi Serawak perlu dibentang dengan terperinci dan biar rakyat Serawak menilai serta menghukum.

Untuk pengetahuan Taib, baru-baru ini pemimpin PR , MP Padang Serai dihalang memasuki Negeri Serawak dan mestilah bertanggungjawab.

Perlu pilihanraya akan datang elak daripada kempin keterlaluan sehingga mengakibatkan wang rakyat disalah gunakan. Apa perlu BN takut untuk menghadapi lawan jika selama ini BN telus?

HAM yang diguna pakai di Malaysia dan terserlah pemerintah BN menghukum rakyat yang cerdik dan tidak memehak BN. Terang-terang HAM telah BN pijak kerana kepentingan politik untuk terus berkuasa.


No comments: