ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 28, 2009


18 orang termasuk 2 MP ditahanPolis Brickfield

Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.-

Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.

Sebelum itu, kira-kira 50 orang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis berhubung layanan terhadap Uthayakumar.

Mereka terdiri daripada lima wakil dari sembilan negeri dan lima anggota keluarga Uthayakumar.




brickfields uthayakumar hindraf 280209















Mereka berkumpul hari ini sebagai membantah kerana Uthayakumar - yang menghidap kencing manis - tidak diberi rawatan perubatan sewajarnya.

Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.

Pada 20 Februari lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, jika keadaan itu berterusan, 'beratus-ratus" laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa hari ini.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 marching to stationPada jam 12.15 tengahari, kira-kira 12 orang ditahan termasuk ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan penyelaras badan pemantau polis dan jawatankuasa hak asasi manusia, S Jayathas.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sing Deo juga kelihatan berada di balai polis untuk memberi sokongan kepada mereka.

Bagaimanapun, pada kira-kira jam 12.45 tengahari, orang ramai sudah beredar dan hanya tinggal polis dan para wartawan di situ..SAKSI VIDEO

4 comments:

Anonymous said...

Ingat kerajaan haprak,.!!!!!
Rakyat akan bangkit menentang kezaliman keatas P.Utayakumar yang mempunyai pengaruh harmoni untuk semua...
Kami dari kaum india juga rakyat Malaysia juga bersama dibelakang undang-undang Malaysia.

Anonymous said...

Juga ingat pimpinan india dalam BN.
Samy Velluuuuuo sebagai isyarat untuk kamu semua. Jangan cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

kpd parti BN/UMNO disini saya mengatakan anda tidak akan mendapat undi kita pada bila-bila masa pun.....

ingat dgn ada mic blh pancing undi...

mic dah korup dan dah jadi brg lusuh..
org dah mula hijrah..
dr 3 org ke 0...

Anonymous said...

bebaskan YB-YB pakatan rakyat...mike dan yg lain (penyokong)..

nak tengok rusuhan lg..
kami tak gentar...
nak cuba...cubalah..BN/UMNO/POLIS
amaran keras..

RAkyat kaum india selangor..