2/ Rombongan YAB DS Nizar dah berada di KL...
2/Rombongan YAB DS Nizar Menjalankan Tanggungjawab.....
Pakatan Rakyat memfailkan saman ke atas Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini seperti yang dijangka.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memfailkan saman bagi mengisytiharkan angkat sumpah Dr Zambry Jumaat lalu sebagai Menteri Besar sebagai tidak mengikut berpelembagaan dan tidak sah.
Menurut peguam Pakatan, Leong Cheok Keng, saman itu difailkan hari ini kerana panel peguam telah menyiapkan dokumen.
“Ia telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi ,” katanya .
Katanya, Pakatan tidak memfailkan saman itu di Perak “supaya tidak menyebabkan malu kepada hakim-hakim” di negeri itu dengan meminta mereka membuat pilihan.
Leong berkata, Dr Zambry akan dinamakan sebagai responden tunggal dalam saman yang akan difailkan Mohammad Nizar.
Pakatan bagaimanapun tidak akan mendapat khidmat daripada peguam berpengalaman yang juga Pengerusi DAP, Karpal Singh
No comments:
Post a Comment