ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 17, 2009


1/BERAPA BUKIT LAGI DAAAAAA.
PERMAINAN POLITIK KOTOR MEMERENCATKAN EKONOMI NEGERI.
ADAKAN PERATURAN BERTANGGUNGJAWAB DARI SPR MENANGANI POLITIK KOTOR YANG DIPERMAINKAN OLIH UMNO.

Elizabeth Wong adakan sidang media 11 pagi ini

Pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan dua pertemuan penting - peringkat negeri dan pusat malam tadi - bagi membincangkan nasib Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjadi mangsa skandal pengedaran gambar bogel.

Satu mesyuarat diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Shah Alam, dihadiri wakil-wakil rakyat negeri itu manakala pertemuan susulan dipengerusikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.

Kenyataan berupa "memikul tanggungjawab" akan dikeluarkan oleh PKR hari ini.

Difahamkan Wong juga hadir dalam pertemuan dengan Anwar dan menjelaskan isu berkenaan.

SMS yang diterima awal pagi ini memaklumkan Wong akan mengadakan sidang media khas di Ibu Pejabat PKR pukul 11 pagi ini.

Susulan kedua-dua pertemuan tersebut, difahamkan Wong yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor diberikan opsyen untuk dipertimbangkan termasuk melepaskan kedudukannya itu.

"Mesyuarat mengambil kira bahawa isu tersebut merupakan soal peribadi beliau, tetapi kini ia menjadi isu umum.

"Oleh itu, dan memandangkan beliau mengakui gambar-gambar itu adalah diri beliau, maka pemimpin PKR merasakan beliau wajar mengambil tanggungjawab dari sudut moral.

"Justeru, kepimpinan PKR dijangka akan mengeluarkan kenyataan 'bertanggungjawab' hari ini,"

2 comments:

Anonymous said...

Rakyat Selangor jangan nak buat keputusan terburu.Serah pada pucuk pimpinan,disamping polis masih menjalankan siasatan . Sememang perkara ini dianggap penting. Kerana setiap yang baik,akan menjadi cacat,hasil drpd tidak puas hati.

Anonymous said...

Cintakan perubahan dalam PR, biar SPR buat keputusan, Sebab SPR bolih menghukum. tak caya, cuba ingat, kes lembu dari Perak. Orang PR hendakkan yang baik belaka.Baca pendapat ini klik tajuk tu KITA HARUS BERSATU, BENTUK RENCANA BARU RUKUN...klik..