ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 15, 2009

6/ SOKONG UMNO SEPERTI IKAN MATI

Jengok sepintas lalu media-media totok UMNO, nampak tajuk utama Pakatan Rakyat berpecah! Dalam agensi berita nasional, Bernama yang dikuasai Anuar Zaini juga melaporkan krisis dalaman Pakatan Rakyat.

Zalim sungguh si Anuar Zaini ni,eloklah kalau penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang meniaga di pasar,mini market dan bisnes sendiri bila jumpa manusia bernama Anuar Zaini ni, korang bagi dia harga yang mahal-mahal sebagai upah kepada Bapa Peruntuh Demokrasi di Perak. Gelaran tu kau kena kongsi dengan Najib dan Zahid.

Realitinya, UMNO-BN semakin ditolak rakyat, kaum India memang dah lama makan hati dengan sikap angkuh UMNO-BN ini. Banyak isu melibatkan kaum India seperti HINDRAF, Kugan dan macam-macam lagi yang tak diambil peduli oleh UMNO-BN. Kalau MIC bijak, eloklah bawak 3 MP korang tu join Pakatan Rakyat.

Kaum Cina lebih 90% pengundinya menolak UMNO-BN ketika PRU12 dan PRK Permatang Pauh. PRK Kuala Terengganu tak boleh dijadikan ukuran kerana kapasiti mereka sebagai minoriti serta berdepan dengan tekanan kerajaan negeri Terengganu yang dikuasai UMNO.

Kaum Melayu pula berbelah-bahagi tetapi senario politik mutakhir seperti rampasan kuasa di Perak oleh UMNO-BN menjadi penanda aras kebangkitan Melayu menolak UMNO-BN. Tidak ramai Melayu yang tahu UMNO-BN telah merampas 1 juta hektar tanah rizab Melayu atas alasan pembangunan.Bela Melayu hanyalah pembohongan besar UMNO yang dibuat untuk mendapatkan undi mereka.

Melayu sekarang bukan bodoh.....Kenaikan harga barang runcit, PLUS pula menambah beban rakyat dengan pengumuman kenaikan tol sebanyak 5% dan gula pula naik 20 sen sekilo.

Apa yang najib buat untuk memulihkan ekonomi negara. Beli 3 DUN Pakatan Rakyat lompat parti. Ketika ini 10 ribu orang menganggur, pelabur asing ramai yang berkira-kira nak tutup kilang. Prestasi najib sebagai menteri kewangan lebih teruk daripada Pak Lah. Eloklah dia dipecat atau dipotong gaji seperti yang dicadangkan oleh MTUC. Cadangan potongan gaji ke atas menteri kabinet dibuat MTUC baru-baru ini jika ekonomi masih meleset.

Earl Longford ke 7, seorang bangsawan politik terkenal di England pernah berkata, hanya ikan-ikan yang mati mengikut arus sungai.

Siapa nak jadi ikan mati boleh join UMNO-BN. Ingatlah semua, Pakatan Rakyat adalah alternatif terbaik buat rakyat Malaysia untuk menumbangkan rejim UMNO-BN yang memerintah negara melalui kaedah penipuan, ugutan dan jual beli.

Diperingatkan kepada MB Pakatan Rakyat yang lain agar mencontohi tindakan terbaru kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap little napolean dalam jentera kerajaannya. Mereka inilah ibarat duri dalam daging dan musuh dalam selimut. Jangan dibiarkan mereka bermaharajalela serta merosakkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

Orang harapan pimpinan jib sememangnya dungu.Pasal masing2 jaga salah laku sendiri.Kita cabar zomby, datang kat P.Buntar tempat dia belajar dulu, sm pang5.Gi jumpa emak angkat dia.Perbagai masaalah kerja tinggal semenjak 11 penggal umno memerintah Perak. takkan zomby tak tau.

Anonymous said...

fuulamak, dalam sungguh makna buat orang politik. tapi iyake?

Earl Longford ke 7, seorang bangsawan politik terkenal di England pernah berkata, hanya ikan-ikan yang mati mengikut arus sungai.