KISAH 2 MANTAN DUN PERAK
Dah dua malam aku tak cukup tidor.Hari Sabtu…aku kena ikut Pak Nawi buat tazkirah politik kat Bukit Kinding Resort..antara Chemor dan Tanjung Rambutan. Nasib baik belum sampai Tanjung Rambutan..kalau tidak mungkin aku terjumpa dengan dua EXCO yang disorok tu. Aku tanya kat Pak Nawi kat mana dua EXCO ni disorok, tapi pasai malam tu ada amoi-amoi yang buat show tepi kolam renang tak pakai baju..mungkin jin Pak Nawi pun tak berani masuk. Pak Nawi pun tak boleh jawab.
Nasib baik jugak ada contact dengan sorang member MIO, dapat jugak korek sikit-sikit.
Macam yang aku kata semalam, perancangan untuk merampas Perak ni sudah dirancang sebaik saja pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Member MIO ni bagi tau, masa kat Terengganu, SD Johari..orang kanan Ezam pernah bercakap..” tak lama lagi, Perak akan jatuh.” Diantara yang ada bersama SD Jo masa tu ialah Gerakan Anti-PKR(GAP) a.k.a Medan-Info-Kita a.k.a Perak Bangkit. Ezam dan SD Jo mungkin tak sedar, Perak Bangkit ni tak boleh harap simpan rahsia. Sebab dia cukup suka glamer. Biasa la…blogger ni macam aku jugak…mulut capui.
Masa Ezam nak masuk Umno dulu pun, GAP yang pecah lubang. dan perancangan yang dibuat untuk merampas Perak ni pun, GAP yang pecah lubang. GAP a.k.a Perak Bangkit ni dulu Setiausaha PKR Shah Alam, tukang bawak beg Ezam. Mulut selalu capui sebab dia nak tumpang glamer macam Bos dia. Jadi…perancangan nak rampas Perak ni kita dah tau lama dah. Cuma..depa tak tau yang kita dah tau. Dan dua EKO ni pun ingat kita bodoh macam depa.
Dan masa di Kuala Terengganu, aku jumpa Jamaludin. Aku bagi salam..dia cuma salam saja..tak cakap pun. Dia dengan Haji Osman…berkepit kesana kemari. Sehari sebelum hari mengundi, kami makan sama-sama kat Batu Buruk. Tapi Hj. Osman asyik berkepit dengan Jamaludin..tak sembang dengan orang lain pun. Cuma bila kami tinggal bertiga dalam Bilik Gerakan PKR di Bukit Besar, baru Hj. Osman tegur aku. Masa tu…Ummi dan Sya tengah round pergi berkempen. Dan cara depa bersembang..macam sepasang kekasih sedang berkhalwat. Aku rasa semacam ja.
Aku bagi tau kat member MIO, Mejar XXX apa yang aku nampak, dan dia pun bagi tau..akan folow up. Tapi lepas tu…aku pun tak call dia. Cuma bila dua EKO ni hilang, baru la aku cuba dapatkan pertolongan dia.
Pergerakan Jamal dan Osman sudah diekori sejak pilihanraya KT lagi. Dan kemasukan Nasruddin juga diatur setelah mengetahui perancangan Umno, terutamanya Najib.
Ada seorang lagi ADUN PKR yang hampir termakan pujukan Jamal untuk menyertainya melompat kedalam BN, dan nama ini telah disebut oleh SD Johari. Tetapi oleh kerana ADUN ni tidak turut melompat, aku tak sebut namanya dulu. Tapi kita tahu sapa dia.
Jadi, pada awalnya, dua ADUN PKR yang melompat masuk ke Umno sudah cukup untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat Perak. Tetapi dengan kemasukan Nasrudin, rancangan mereka terbantut. Tetapi Jamal yakin, ADUN ketiga akan menyertainya, dan itulah sebab mengapa dia masih mahu meneruskan perancangannya keluar PKR. Tetapi..sekali lagi perancangan Jamal ini dipintas, apabila kita berjaya mengawal ADUN yang ketiga.
Najib masih mahu meneruskan konspirasi ini, tetapi dalam masa yang sama, dia juga tahu ada tiga lagi ADUN UMNO yang akan melompat masuk kedalam PKR. Apa yang aku tulis dulu dalam posting “Kerapu masuk pukat” bukan cerita kosong. Nizar sendiri mengesahkan perkara itu keesokan harinya.
Lantas, Najib perlu mengepung ADUN Umno dulu, sebelum meneruskan langkah seterusnya. Tapi malang, tiga ADUN Umno tidak hadir dalam pertemuan dirumahnya.. kebetulan? hangpa jawab sendiri.
Tapi ini belum tentu selamat. Macam mana kalau tiga ADUN Umno ini dapat diculik oleh geng Najib? Naya kita. Jadi, Jamal dan Osman perlu ditarik keluar dari tempat persembunyian mereka.
Pagi tadi, ada mesyuarat dirumah MB Nizar dan keputusannya ialah menghantar surat perletakan jawatan kedua-dua EKO ini. Surat ini memang sudah sedia dari dulu. Nak tau sapa yang buat surat ini?…Tanya Ngeh Koo Han. dan surat ini juga ditandatangani dihadapan Raja Nazrin.(yang ni aku diberitahu…aku mana boleh masuk istana.)
Kalau Jamal kata dia sain surat tu dalam keadaan dipaksa…dia kena mengadap Sultan dulu. Bagi tau…sapa yang paksa.
Sekarang Jamal dah mula bersuara. Dia kata dia cuma ada masalah dengan kepimpinan PKR dan tidak berniat untuk keluar PKR. Hangpa boleh percaya ka? Kalau jumpa ular, aku katok Jamal dulu. Dia ada masalah dengan sapa? Anwar dah ikut cakap dia. Jamal mau Hj. Ismail di singkir dari jawatan Ketua PKR Perak…Anwar ikut. Jamal mau Hj. Osman dilantik sebagai Ketua menggantikan Hj. Ismail…Anwar ikut. Bukan takat tu saja… dia juga dilantik sebagai Timbalan Ketua PKR Perak! Ada lagi…dia jugak jadi Bendahari PKR Perak!! Nak apa lagi?
So…la ni hangpa tau pasai aku marah sangat kat Anwar bila dia bawak Hj. Osman ke Perak? Baca balik posting aku dalam Krisis PKR Perak 1,2,3. Kat situ aku dah warning Anwar…orang yang dia percaya la yang selalu bawa bala. La ni…baru tau langit tinggi rendah.
Pada hari Sabtu, sekitar jam 7.30 petang, Jamal telah menalipon seorang rakan baiknya dari Batu Gajah dan memberitahu …”Pakatan Rakyat akan tumbang malam ini!” Dia cukup konfiden perkara ini akan berlaku kerana dia tak tau, kita dah bawak lari ADUN ‘ketiga’. Malam tersebut juga, Jamal sepatutnya hadir membuat sidang media, tapi bila ADUN ‘ketiga’ tak dapat di cekup, sidang media yang dijadualkan berlangsung dirumah Najib diPekan terpaksa dibatalkan.
Sekarang, Jamal tidak lagi berada diPekan tetapi dibawa kerumah seorang rakan baik Ezam diSelangor. Kalau tanya Ghani Haron, mungkin tau kot..sebab Jamal memang kamcing dengan Ghani Haron.
Tak tau la…pasai apa Najib percaya sangat kat Ezam, sedangkan semua rancangan Ezam gagal. Macam mana tak gagal, sebab orang-orang dikeliling Ezam semuanya mulut capui. Tapi nasib baik jugak la…ada orang mulut capui macam GAP a.k.a Perak Bangkit. Memang patut jugak depa ni masuk Umno…boleh jadi informer.
Apa langkah seterusnya? Ezam dah malu. Najib tok sah cakap la. Jadi untuk menebus kemaluan ini, Ezam terpaksa membuat satu lagi ‘media stunt’. Hari Selasa ini, satu sidang media akan diadakan dengan mengumumkan seorang pemimpin PKR akan menyertai Umno. Sapa dia? Fauzi Muda.!
Dia ni sorang lagi orang kuat Hj. Osman. Masa Hj. Osman jadi Ketua PKR Perak dulu, Fauzi Muda jadi Ketua Penerangan. Tapi banyak skandal. Dia dulu Ketua Bahagian Ipoh Barat. Bergaduh dengan Timbalannya..Arjunan. Dulu ada satu kes yang melibatkan Fauzi Muda dan Arjunan. Kat sini.
Sapa yang ada masalah…sapa yang ada kes…call Ezam. Dia boleh selesai dengan bantuan Najib. Lagi pun…Umno memerlukan orang-orang yang ada kes macam ni. Yang bersih dan tak dak kes…semua nak cabut.
Posts Berkaitan:
No comments:
Post a Comment