ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 28, 2009


untuk apa anwar turun shah alam?

kepercayaan yang di beri jangan di sia sia kan. itu lah pesanan mulut becok kepada penasihat PKR, anwar ibrahim. kita dah menang di 5 negeri, tapi sikap lepas tangan dan silap percaturan adalah punca sebenar perak jatuh ke tangan pembangkang. sekarang perak 50/50, kelantan, kedah tak perlu bimbang, penang kita tak takut, tapi selangor macam telur di hujung tanduk.

hari ni anwar buat ucapan kat hotel quality shah alam.
kalau korang nak baca kandungan kenyataan .... klik sini

hati aku sudah terguris dengan anwar ni ketika dia buat rombakan pegawai perhubungan di seluruh negara. yang patut ada, di gugurkan dan yang tidak patut ada, buat onar dalam pakatan rakyat.

apa yang berlaku di perak sudah jelas .. nkorang baca artikel dari perak express berkenaan perubahan pegawai perhubungan pkr perak sehingga di katakan penyebab kepada kerja lompat parti 2 dari adun di sana. aku petik sedikit,
Sejak krisis Perak..muka Hj. Osman tak pernah nampak. Kecuali kalau Anwar hadir disini. Hj. Osman tak pernah terlibat dalam menangani krisis Perak..tetapi dibelakang tabir, nama Hj. Osman sedang hot.
kisah hj osman ni memang dah panas sebelum dua katak tu melompat. bila kejadian itu berlaku, telahan itu menjadi benar. pemimpin pkr bukan tidak di berikan amaran, tapi mereka buat buat bodoh. aku tak tau samaada ini juga perancangan pkr, tapi isu ni meleret sampai orang lain tak boleh buat kerja.

selangor bernasib baik sebab kejadian tersebut berlaku di perak. marah rakyat kepada golongan katak itu membimbangkan adun adun pkr yang ada niat nak melompat parti. tapi sikap tamak manusia kita tak tau. hari ni mungkin ok, selang sebulan lagi, diorang pun ikut lompat juga.

sekarang anwar suruh penyokong pkr untuk berwaspada dan kukuhkan benteng. kata kata semangat sekali lagi menjadi senjata. yang kita bimbang adalah sikap sikap pemimpin termasuk dirinya dan juga menteri besar selangor yang tidak memikirkan orang lain ketika hidup selesa, suara akar umbi terus di lupakan. anwar sedar bahawa sikap khalid menyebabkan rakyat dan penyokong pkr sudah hilang kepercayaan. orang tak hairan kalau khalid masuk mahkamah pun. kerana itu anwar turun bertemu muka dengan penyokong hari ini.

khalid ... ? kah kah kah ... orang selangor tak layan bro. orang dah benci dia. kalau bukan kerana benci kita pada umno sudah sampai tahap maksima, lembu takkan di usung ke sprm. usaha itu bukan kerana sayang kan khalid, tapi bencikan umno.

dengan umno tak cukup dengan kuatkan benteng. midfield kena kuat, stricker pun kena hebat. mana tahan kalau asyik bertahan saja.

kita mesti serang sebelum diri di serang. kita bukan berada di amerika yang boleh bezakan antara musim pilihanraya dan musim bekerja. itu demokrasi sebenar. demokrasi kat malaysia ni, demokrasi gila. tiap tiap hari pun pilihanraya. tiap tiap hari umno cuba rampas kerajaan. kerana itu, pemimpin pkr terutamanya harus aktif untuk bongkar rasuah dan penyelewengan umno di masa lalu. selagi umno di berikan nyawa, ia akan terus membinasa. taktik khalid di selangor memang fail !

jadi .. anwar jangan risau tentang penyokong dan rakyat. dia perlu ubah sikap pemimpin di selangor yang lembik, lemah dan longlai, macam bapok siam. kalau pemimpin bagus, penyokong tak hairan duduk kat jalan berhari hari. seharusnya tanya barisan pemimpin pkr termasuk, mb, exco dan adun, sudah kah mereka bersedia atau masih lagi membesarkan bontot dan poket masing masing. setakat duit gaji lepas hidung, tapi penyokong poket kosong, sibuk dengan politik ke sana kemari, tapi hasilnya langsung tak der.

anwar kalau ada masa, duduk meeting dan dengan masalah pemuda dan ahli pkr. ini bukan zamannya lagi untuk suruh orang dengar apa kita cakap, tapi juga untuk suruh telinga kita dengar apa orang lain cakap.

1 comment:

Anonymous said...

Ada parti, dah tentu ada pemimpin, ada pemimpin yang hebat dan beraura, semestinya ada penyokong............