ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 15, 2009

Ahad, Mac 15, 2009

Rahmat Tuhan paling utama, ialah agama.

Tuhan mengirimkan kehidupan, lalu Adam dan Hawa bercinta.


Tuhan mengurniakan akal, untuk fikir. Dan segala jenis pancaindera, untuk mengumpul, menganalisa dan membuat kesimpulan terhadap sesebuah perkara. Logik dan tidak logik, semuanya dapat terpisah, umpama beza hitam dan putih, langit kelam dan cerah.

Manusia dibekalkan dengan anggota tubuh badan. Untuk kesenangan bergerak, berjalan, berlari dan lain2 gerakan yang menyenangkan. Syukur pada-Nya, yang memberi segala. Di langit dan bumi. Maha suci Allah, yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar.

Tercetusnya sesuatu akibat dari fikiran dan gerakan adalah hasil gumpalan nafsu-nafsi dan restu Ilahi. Fikiran dan niat manusia tergerak bersama2 dengan qada' Tuhan. Jika qada' mengatakan kita adalah ahli neraka, maka bergembiralah bagi mereka yang sebaliknya. Dan turunlah ayat Tuhan tentang 'masa' dan sumpah keramat Allah mengenainya.

Rindu. Kita sentiasa dalam keadaan rindu, kerana kita di dunia kehilangan sesuatu. Ingatan dan memori sewaktu kita bukan di waktu sekarang telah terpadam. Waktu dulu umpama sebuah memori usang yang sudah hilang. Berbaik2lah dengan alam, kerana dengannya kita berupaya mengingati kembali. Akan segala janji2...


Agama tidaklah mengongkong, sedangkan manusia yang mengongkong.



Aku tidak MAMPU menerangkan segala bentuk dan ragam agama yang suci, hanya dalam satu entri. Segala pengetahuan, pengalaman, dan kerinduan kita terhadap agama, tali, ikutan, segala hakikat, makrifat, syariat, hanya bisa ditemui melalui keinsafan, dan rasa tenteram di dalam hati.

Puncak agama adalah ilmu. Barang siapa punya ilmu, maka beruntunglah ia...


No comments: