ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 23, 2009

Janji - Buat Khir Toyo



Inilah derita kami




Gambar inilah kebahagian mereka dari derita kami



Sahabat ku
Semalam aku bisikan ke telinga anak kecil ku
Esok lusa jika aku dijemput kembali
Aku akan pergi , jika itu janji aku pada Ilahi.

Kata ku kepada anak ku
Berjanji la kamu,
Sebagai saksi
Apabila syurga kita
Melutut menyembah bumi sendiri
Kerana khianat bangsa kita sendiri
Mereka ragut kebahagian kita
Untuk ketamakan mereka
Dari derita kita
Dari air mata kita
Dari kesengsaraan kita
Dari keringat dan peluh ayah
Dari tangis dan rayuan ibu mu
Dari kesombongan mereka
Dari kuasa bongkak mereka
Dari kezaliman mereka
Dari ketamakan mereka
Dari keangkuhan mereka.
Mereka diri kan istana mereka
Mereka roboh kan mahligai kita

Anak ku
Berjanji lah
Kerana kau juga menjadi saksi
Kerana kau juga yang mengerti
Kerana kita lemah tak berdaya
Kerana kita mangsa haloba mereka

Sahabat ku
Hari ini mereka merayu
Hari ini mereka menagih
Mereka berjanji
Mereka lakukan apa saja
Kerana mereka mahukan kembali
Kuasa mereka
Kerana

Allah SWT
Membalas dosa terkeji
Allah tarik kuasa mereka
Allah tarik keangkuhan mereka
Allah tarik kesombongan mereka
Allah tarik negeri mereka
Allah tarik mahkota mereka

Nukilan : Ayah Kampong Berembang

Inilah Rumah Jawa terkaya di Malaysia dan mungkin Asia ?


Ruang depan rumah , ini gambar kereta pekerja , 30 ke 50 biji kereta senang saja boleh masuk. Kalau jadi Ketua Pemuda dan jadi menteri , bayangakanlah betapa besarnya lagi istana ini. Istana ini kita gelar sebagai Istana Meroyan.


Dari atas - Siap bertembok macam Tembok Besar Cina

Ada air terjun sekali dan Taman Firdaus , manalah Wak ini ambil duit banyak ini.

Antara tembok yg mengelilingi rumah ini , bayangkan bila tembok ini kita lihat sejauh ini masih bertembok. Besar sungguh kawasan rumah ini. Jom kita buat rombongan.


Tentu ramai yang tidak tahu kenapa gambar istana ini wak paparkan dalam blog ini, Sebenarnya wak berbangga kerana bukan mudah bagi seorang anak Jawa untuk memiliki rumah sebesar rumah ini, jika dinilaikan semula harga rumah ini tidak kurang dari 15 juta. Berapa sangat gaji jawa ini dahulu , itu baru harga rumah belum lagi meintanance rumah ini. Beruntunglah Pemuda UMNO jika Kalaulah empunya rumah ini menjadi Ketua Pemuda UMNO . Bolehlah selalu berkunjung ke rumah ini., sebelum ini kecoh mereka mengenakan Istana arwah Dato' Zack. Ini bukan istana lagi , White House pun tak macam ini.

White House siapa ini, disini wak akan bawa anda meneroka ke kawasan rumah ini dengan gambar yang wak terima , tapi wak tidak boleh terokai semua , maklum lah gambar curi-curi. Bolehlah kalau nak buat rombongan untuk melawat satu lagi tempat bersejarah dan cantik bagaikan kawasan peranginan. Alamat Jalan Suasa 7/1L, Section 7, 40000 , Shah Alam, Selangor. Rumah ini dikatakan masih dalam pembinaan. Kalau nak tahu rumah siapa ini dengan lebih lanjut , cheklah sendiri kat Pejabat Tanah. Siapa lagi yang mampu untuk memiliki rumah sebesar ini ?

[Kemaskini : Wak baru terima gambar ini melalui pesanan email Wak]

Rumah yang tengah-tengah tu kalau buat kilang Tempe pun ok jugak

Wah!!! Sekolah Rendah Wak dulu pun tak seluas ini.


Ini Rumah kaa... Istana Kayangan

Waduh-waduh siap dengan kolam renang lagi tuh!!!

Wak budak Kampung mana mampu beli rumah Mahligai seperti ini, wak orang susah...

No comments: