ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 3, 2009

Kerajaan Nizar Bersidang Di Bawah Pokok, BERSEJARAH

Pelik tapi benar. Itulah hakikatnya apabila kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang elah dirampas kuasanya secara biadab oleh UMNO-BN terpaksa menjalankan persidangan tergempar di bawah pokok yang terletak beberapa meter dari Bangunan Kerajaan perak Darul-Ridzuan.

Bangunan yang telah dikepung oleh anggota Polis sejak petang semalam dipercayai dengan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini tidak dapat dimasuki oleh Nizar dan lain-lain ADUN yang sepatutnya mengadakan sidang tergemparnya di situ.

Sivakumar cuba diperangkap oleh perencanaan jahat apabila hanya Sivakumar dibenarkan masuk ke bangunan tersebut. Namun Sivakumar enggan sebaliknya meninggalkan bangunan tersebut bersama-sama ADUN Pakatan Rakyat untuk meneruskan persidangan di satu kawasan lapang - kawasan dimana semua rakyat dapat melihat perjalanan dewan.

Dunia menyaksikan detik bersejarah itu tadi apabila lensa TV seluruh dunia - CNN, BBC, Al-Jazeera dan lain-lain menghalakan lensa kamera mereka ke persidangan yang berlansung akibat kebiadaban dan kezaliman kerajaan UMNO-BN yang tidak cukup merampas kuasa, kini memperkudakan segala jentera seperti polis, pegawai pentadiran bangunan. setiausaha kerajaan dan lain-lain untuk menafikan hak kerajaan sah Pakatan Rakyat dari menggunakan dewan undangan negeri yang terletak di bangunan Kerajaan Perak Darul-Ridzuan.

Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian kerana mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.

Yang pasti kesemua pihak yang terlibat di dalam konspirasi rampasan kuasa di perak tetap akan menerima penghinaan dan kutukan sejarah zaman berzaman.

GB

7 comments:

Anonymous said...

ORANG YANG MEROMPAK JIKA TIDAK IKUT UNDANG-UNDANG MAKA AKIBATNYA AKAN HANCURLAH NEGERI DAN RAKYAT MENJADI MANGSA, ALANGKAH BAIKNYA JIKA NEGERI DAN NEGARA INI TIADA UNDANG-UNDANG, DENGAN ADANYA UNDANG-UNDANGLAH MAKA SEGALA PEKERJAAN TIDAK BERES, INILAH YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDWAN

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI PERAK 16 (6) , 16 (7) , 18 (2) a, 36 A (1) DAN PERKARA 72 (3) PERINTAH TETAP NEGERI PERAK MEMBOLEHKAN KERAJAAN MOHAMAD NIZAR MASIH MENJADI MB PERAK DAN UNDANG-UNDANG INILAH JUGA YANG MENGHALANG ZAMBRY TIDAK BOLEH JADI MB PERAK, RAKYAT SUDAH MULA MELUAT DENGAN UNDANG-UNDANG

Anonymous said...

Saya kagum dengan ketrampilan beliau.
Dalam masa yang singkat beliau menjadi begitu popular dan dikehendaki oleh orang Perak. BN/Umno secara tidak langsung membuatkan beliau popular and disayangi rakyat Perak. Harap sungguh beliau kembali menjadi MB Perak.

Anonymous said...

mmg mesia negara cabok.. kerajaan umno memperkudakan rakyat .. bahkan undang2 juga jadi hak dia.. sebiji perangai macam arab.. undang2.. bukan atas kertas..tp.. mulut hamprak haram jadah.. blah ko barisan neraka.. pergi jahanam ngan perangai ko

Anonymous said...

la ni ADUN dok bersidang kat bawah pokok.
sultan dok nganga ja ka?
nampak sangat negeri jakun...

Anonymous said...

Tuan-tuan jangan lupa turun 7 MAC ini bagi membantah PPSMI. Perhimpunan 100 ribu rakyat. jangan biarkan anak-anak kita menjadi mangsa kejahilan BN. Bayangkanlah anak-anak kita sudah ketinggalan selama 6 tahun semenjak dasar ini diketengahkan. Tiada seorang manusia diMalaysiapun berjaya mendapat Nobel prize. intelektual semakin ditindas dibumi ini. Semalam saya berbincang panjang dengan A Samad Said. Beliau begitu kecewa dan bersemangat.

Anonymous said...

YB DS Nizar kena persembahkan kepada Sultan Perak dengan kadar segera...BUBARKAN DUN..
Nak balik kampong nie.. ambik cuti!! Bleh mengundi!

Anonymous said...

rakyat jelata spt kami gusar risau sepanjang mlm tadi.Bersimpuh bermunajat di pertiga mlm mohon ALlah menjauhkan Sidang tergempar ini dr gangguan gerombolan BN.Dr jauh doa teriring agar pembubaran DUN dpt dilaksanaka bgi "a new fresh election" agar kemelut ini tidak berpanjangan.Ekonomi dunia yg suram,perkembangan siasah yg meresahkan.