Selasa kita akan hantar surat (kepada Sultan Perak)
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga usul, termasuk memohon pembubaran Dewan, yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok di sini Selasa lepas.
Beliau berkata pihaknya akan mengemukakan surat dan dokumen berkaitan hasil persidangan berkenaan kepada Sultan Perak Selasa ini. "Sebelum ini kita sibuk dengan kes mahkamah, Selasa ini kita akan hantar surat (kepada Sultan Perak)... akan menghadap Tuanku sebaik dapat lampu hijau," kata bekas menteri besar Perak kepada pemberita selepas merasmikan tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini yang menjadi kawasan berlangsungnya persidangan berkenaan.
1 comment:
Teruskan perjuangan yang murni untuk rakyat kepada rakyat.
Kepimpinan PR Perak akan dikenang sampai bila2.
Post a Comment