PENYOKONG UMNO MEMBALING OBJEK KEARAH YAB NIZAR.....
Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dibaling botol air dan batu oleh kumpulan yang dipercayai penyokong UMNO selepas sidang tergempar Dewan Undangan Negeri.
Kejadian berlaku di luar pejabat DAP di Ipoh setelah Nizar selesai mengadakan sidang akhbar mengenai persidangan bersejarah itu yang diadakan di bawah pokok di hadapan Bangunan Dewan Undangan Negeri yang diambil alih oleh polis
Ketika memasuki keretanya, sekumpulan orang membaling botol air mineral dan batu ke arah Nizar sebelum melarikan diri (Sendiri mau Ingat : Penakut Org2 Umno ni sama mcm Yahudi).
Kira-kira sejam sebelum itu, Nizar dan rombongannya dihalang oleh penyokong UMNO ketika mereka dalam perjalanan untuk menghadiri sidang tergempar berkenaan.
Malaysiakini melaporkan polis yang di kerah disitu tidak bertindak terhadap kumpulan berkenaan.
Nizar dan rombongannya berjaya melepasi sekatan itu. Namun mereka dihalang, dan dikasari oleh polis apabila tiba di pintu masuk Bangunan Perak Darukl Redzuan.
Pada sidang medianya, Nizar berkata pihaknya menepati segala peruntukan perlembagaan untuk mengadakan sidang tergempar itu.
TERKINI11.48am. Semua ADUN PR beredar meninggalkan pejabat DAP untuk kembali ke tempat penginapan masing-masing sambil dikawal ketat oleh Unit AMAL dan petugas khas yang dilantik.
1 comment:
kEPADA PENYOKONG PR YG ADA MENGAMBIL GAMBAR SEBAGAI BUKTI HARAP BUAT LAPORAN POLIS. SEBELUM TU MAKLUM PADA PIMPINAN P.RAKYAT DAHULU. SUPAYA TIADA SPEKULASI BERLAKU.
Post a Comment