ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 6, 2009

BALING BATU SEMBUNYI TANGAN


Menurut Prof. Dr. Abd. Aziz Bari, drama di mana Pihak Polis menghalang 28 ADUN untuk sidang tergempar dari memasuki bangunan SUK boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.

Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.

"Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan.

Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis."

Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul.

" Inilah Polis Kerajaan Haram Pasola "


1 comment:

Anonymous said...

Fikir2lah.
Brapa kerusi dun diPerak?........
Brapa kerusi PAS bertanding?.....
Brapa kerusi keADILan bertanding?...
Brapa kerusi DAP bertanding?.......

Kenapa DAP menang banyak?......
Kenapa PAS dan keADILan menang sedikit?.......

SEDARLAH ORG-ORG YG KOLOT POLITIK.

ORG-ORG CINA DAN INDIA DAH TOLAK BN. MELAYU MASIH TENGAGA-NGAGA..
APA NAK JADI MELAYU YG LAYU?.

CINA DAN INDIA DAH BERSATU, MELAYU JADI LEMBU TUNGGANGAN NAJIB.


CAK RAYA.