ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 11, 2009

Speaker mohon deklarasi 3 DUN kosong



KUALA LUMPUR : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar semalam memfailkan permohonan untuk perintah deklarasi bahawa kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong atas dakwaan peletakan jawatan tiga Adun itu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan pilihan raya kecil.

Sivakumar dalam saman yang difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini semalam, menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong sebagai responden pertama sehingga ketiga dan SPR sebagai responden keempat.

Beliau memohon writ bersifat 'quo warranto’ dikeluarkan kepada tiga Adun itu memerintahkan semua mereka memberikan tunjuk sebab, maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa mana mereka masih Adun kawasan masing-masing dan bertindak menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas Adun.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang adalah kosong akibat peletakan jawatan Jamaluddin dan Mohd Osman pada 1 Februari lalu manakala Hee pada 3 Februari.

Sivakumar turut memohon satu perintah injunksi menghalang ketiga-tiga mereka bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai Adun.

Sementara itu, dalam dokumen berasingan, tiga Exco, iaitu Adun Sungkai, A Sivanesan; Adun Kuala Sepetang, Tai Sing Ng dan Adun Keranji, Chen Fook Chye bersama tiga lagi pengundi, Ahmad Sabri Wahab, Abdul Latip Afiffin dan Foo Hong Wai turut mengemukakan permohonan sama terhadap keempat-empat responden berkenaan. -

DRS. KHALIL

No comments: